You are on page 1of 5

Isu-isu Konflik Semasa

Persempadanan dan
Tuntutan Bertindih di Malaysia
Nama Ahli :
1) Muhamad Hafiz
2) Danial Irsyad
3) Saiful Ehsan
Apakah kesudahan bagi pulau
tersebut apabila menghadapi
konflik tentang hak pemilikan :

i. Pulau Batu Puteh


ii. Pulau Layang-Layang
i. Pulau Batu Puteh

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Batuan
Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia selain memutuskan hak milik
Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan
perairan negara yang menguasainya.

Malahan, Malaysia memfailkan permohonan semakan pada 2 Februari 2017 dan pada 30 Jun tahun sama,
memohon supaya mahkamah mentafsirkan penghakimannya berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan
Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.

Dukacita, Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Perdana
Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran
penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata Dr Mahathir membuat keputusan itu, beberapa
hari sebelum kes itu dijadualkan dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 11 Jun 2018.
jah Tun Dr Mahathir berkenaan dengan keputusan beli
Dalam hal itu, kedua-dua negara bersetuju untuk merujuk isu tuntutan pulau berkenaan kepada
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Bagaimanapun, kata beliau, untuk ini kedua-dua pihak
perlu berjanji secara bertulis akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ICJ
termasuk tidak ada rayuan terhadap keputusan ICJ dan ia adalah muktamad. Beliau
menegaskan bahawa, rujukan kepada ICJ hanya akan diterima oleh ICJ jika perjanjian menerima
tanpa soal dan keputusannya dihormati. Beliau menjelaskan bahawa, negara yang bermaruah
mesti hormati janji dan hanya negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji.
“Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang
akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah,” katanya dalam
kenyataan menerusi laman web beliau pada 20 Oktober 2021.
i. Pulau Layang-Layang
Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly
kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah. Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-terumbu
Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September 1979,
Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di
beberapa buah terumbu batu karang yang dalam wilayah negara. Hasil kajian telah melihatkan pembinaan
tugu pertama Terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980 dan pada Mei
1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di
Terumbu Layang-Layang.[1] Terumbu Layang-Layang terletak kira-kira 162 batu nautika atau sejam
penerbangan dari Kota Kinabalu merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly di Laut China
Selatan, dengan empat lagi terumbu dikawal oleh TLDM iaitu Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu
Siput dan Terumbu Peninjau.

Kepulauan Spratly menjadi rebutan beberapa negara seperti China, Vietnam, Filipina dan Brunei kerana
dipercayai kaya dengan hasil semula jadi seperti fosforus, gas asli, petroleum dan pelbagai hasil marin yang
memukau.

You might also like