You are on page 1of 1

ISU PULAU LIGITAN DAN SIPADAN

PENGENALAN
Isu ini merupakan pertikaian wilayah antara Indonesia dan Malaysia di atas dua pulau di laut Sulawesi,iaitu
pulau lagitan dan sipadan.Pertikaian ini bermula pada tahun 1969 dan sebahagian besarnya diselesaikan oleh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2002,yang berpendapat bahawa kedua pulau tersebut
adalah milik Malaysia.

LATAR BELAKANG

Pulau ini adalah dua pulau kecil yang terletak di laut Sulawesi di pesisir tenggara negeri
Sabah.Pada tahun 1969 Malaysia Dan Indonesia mempertikaikan kedaulatan ke atas pulau-pulau ini
dan dipergiatkan pada tahun 1991 apabila Indonesia mendapati Malaysia telah membina beberapa
kemudahan pelancong di pulau Sipadan.Indonesia telah membuat dakwaan dengan bukti mereka
telah membuat perjanjian lisan dengan Malaysia pada tahun 1969 ubtuk mebincangkan persoalan
kedaulatan ke atas pulau-pulau.Namun Malaysia menafikan dakwaan perjanjian
tersebut,mengekalkan bahawa pulau-pulau itu sentiasa menjadi sebahagian daripada wilayah
negara Sabah.Dua negra tersebut tidak memecah zon maritime mereka di Kawasan itu dan
mahkamah tidak diminta memerintah perkara selanjutnya.Pada 2 November 1998,Dua negara
tersebut bersetuju untuk membawa perkara tersebut ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

KERAJAAN FILIPINA INGIN CAMPUR TANGAN


Mereka memohon semasa prosiding campur tangan atas kes itu berdasarkan tuntutan mereka ke utara
Borneo.Pihak Filipina menyatakan Pewaris Sultan Sulu telah menyerahkan hak mereka ke Borneo
Utara(SABAH)ke Filipina [ada tahun 1962 Walaubagaimanapun,daripada pungutan suara yang dianjurkan oleh
PBB,majoriti wilayah bahadian itu memlilih menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun
1963.Mahkamah menolak percubaan Filipina campur tangan dengan demikian menyatakan bahawa
permintaan yang dibuat Filipina tidak berkaitan dengan perkara-perkara itu.

FAKTOR PULAU-PULAU INI MENJADI REBUTAN


Pertama ialah faktor geografi.Ianyamenjadi rebutan keran kedudukan sumber aslinya.Ambalat terletak
pada kedudukan lebih kurang 65km daripada barat arah timur dan 135 km daripada selatan ke utara.Ini
menyebabkan kedudukannya agak strategik.Oleh yang demikian,kedudukan pulau ini mudah untuk kapal-
kapal berlabuh

Yang kedua ialah faktor ekonomi.Pulau tersebut mengandungi banyak sumber mineral yang boleh
membangunkan ekonomi negara.Sumber gas asli dan petroleum yang digelar’emas hitam’tertanam di dasar
blok minyak dianggarkan 40million dollar US blok minyak.Pulau tersebut berpotensi menghasilkan 764 juta
tong dan 1,4 trilion kaki gas per kubik.Selain itu sangat berpotensi untuk tempat pelancongan menyelam.Di
Kawasan itu kaya dengan sumber laut seperti ikan,udang,ketam dan batu karang.Pengutipan telur penyu sejak
1941 oleh kerajaan Great Britain Borneo Utara untuk menjadi sumber pendapatan.Kawasan pantainya boleh
dijadikan tempat penyu menetas telur

KESIMPULAN
Pulau Ligitan dan Sipadan sah menjadi milik Malaysia berasakan perjanjian terdahulu dan konvensyen
yang dimeterai oleh Brtish dan Belanda serta AS sejak 1878.Keputusan ICJ memihak kepada Malaysia dengan
bukti yang kukuh.Satu npertikaian yang berlaku di rantau Asia ini dapat diselesaikan dengan cara yang aman
tanpa ada sebarang ancaman.

You might also like