You are on page 1of 1

HARITH IMANNIE BIN RAHIM 1 PPISMP RBT3 RBT 1024

FAKTOR MEMPENGARUHI TUMBESARAN HAIWAN


FAKTOR KESIHATAN
Kesihatan haiwan amatlah perlu dititik beratkan supaya haiwan dalam keadaan yang baik dan
sihat.Menjaga kesihatan haiwan sangat penting kerana dapat mengurangkan kadar kematian .Kadar
kematian anak haiwan sangat tinggi kerana keupayaan antibodi yang lemah.Selain itu,dapat menbuat
penukaran makan yang optimum.Haiwan yang mempunyai masalah kesihatan boleh di lihat dengan
mempunyai simptom seperti,tiada selera makan,cirit-cirit,tidak aktif,mata kuyu,dan berat badan
kurang.
Penyakit ini berpunca daripada serangan patogen dan parasit.contoh patogen ialah
virus,bakteria,protozoa dan kulat manakala contoh parasite ialah kutu,hama,cacing pita,cacing gelang
dan lalat kerbau.Di samping itu,kekurangan nutrien menyebabkan daya tahan penyakit dan mereka
perlu makronutrien dan mikronutrien.kecederaan fizikal dan pencemaran makanan dan minuman juga
menjadi punca penyakit.Kecederaan disebab benda yang tajam atau pemangsa yang jika tidak di rawat
akan menjejaskan kesihatan haiwan.Makanan yang dimakan seperti rumput mempunyai racun atau
sebagainya menyebabkan haiwan keracunan makanan.
Namun,keadaan ini boleh dicegah dan dikawal dengan kuarantin.haiwan di tahan sementara atau
asingkan dengan haiwan yang lain terutamanya haiwan yang sedang mengandung.Ini kerana untuk
mengelakakn patogen merebak ke haiwan yang lain.Seterusnya penghapusan jika haiwan mengalami
penyakit yang sangat teruk,boleh dibunuh atau dibakar supaya virus yang berada dalam badan tidak
merebak.Daripada itu juga,kita boleh memberi vaksin kepada haiwan supaya antibodi haiwan
merangsang.Ianya juga boleh menguatkan sistem imun badan haiwan.Pemberian makan yang
seimbang juga perlu diberi perhatian.Makan yang diberi hendah mengandungi semua nutrient yang
diperlukan dan mengan dungi semua kelas makanan.Tubuh yang sihat akibat dari pemakan yang
seimbang menghasilkan antibodi yang mampu melawan pelbagai penyakit seperti bakteria.
Terdapat juga banyak bahan untuk merawat penyakit yang dialami oleh haiwan.Yang pertama
ialah antiseptik, yang merupakan bahan kimia yang boleh memusnahkan atau merencatkan pembiakan
bakteria penyebab penyakit.Antibiotik juga boleh diguna pakai yang merupakan hasil fermentasi
mikrob seperti kulat dan bakteria.ianya juga digunakan untuk mengawal dan merendahkan jangkitan
penyakit yang teruk.Antibiotik ini diletakan didalam makanan haiwan sebagai aditif
makanan.Seterusnya racun cacing,contoh racun cacing ialah albenzanol,fenbenzanol dan
ivermectin.Cara pemberiannya dengan melalui suntikan.secara mulut,aditif makan dan kapsul lepas
lambat.Racun parasit luar bahan kimia yang boleh digunakan untuk mengawal dan membunuh
ektoparasit.Bahan ini digunakan secara semburan,celupan,sapuan,suntikan dan mandian.Contoh racun
tersebut ialah BHC,Asuntol dan Retenon.

You might also like