You are on page 1of 2

FAKTOR KESIHATAN HAIWAN RUMINAN

Kesihatan amatlah penting bagi menjaga haiwan ruminan ini. Haiwan-haiwan ini
kebanyakannya terdedah dengan kuman dan serangan penyakit kebiasaan yang terjadi seperti
SAMPAR,PURU,KUKU DAN MULUT serta BRUCELLOSIS. Penyakit-penyakit ini hadir
kerana adanya pathogen seperti virus,bateria,protozoa dan kulat yang membuatkan haiwan ini
terjangkit dan mengalami penyakit yang boleh memudaratkan haiwan-haiwan ini. Parasit
juga boleh memudaratkan kesihatan haiwan ini. Parasit terbahagi kepada dua iaitu
endoparasite dan juga ektoparasit yang boleh memudaratkan. Endoparasit seperti cacing
pita,cacing pipih dan cacing gelang. Ektoparasit pula seperti cengkenit,kutu,hama lalat
rumah dan juga lalat kerbau yang akan membiakkan lagi dan menjadikan haiwan ruminan
sebagai perumah parasite-parasit ini.

Selain daripada jangkitan penyakit daripada pembawa seperti diatas kekurangan dari
segi makanan dan juga nutrient mempengaruhi peritus yang besar kesihatan haiwan ruminan.
Kekurangan makronutrien seperti kalsium,kalium,fossorus,magnesium,klorin dan natrium
bukan sahaja ini mikronutrien juga mempengaruhi dalam pengambilan nutrien seperti
kuprum,kobalt,ferum,mangan,selenium dan zink. Kedua-dua jenis nutrient ini memberikan
zat dan kebaikan kepada haiwan ruminan dan mampu mempengaruhi kadar pertumbuhan
haiwan ruminan.Kecerderaan yang berlaku juga boleh membuatkan kondisi haiwan-haiwan
ini bertambah teruk dengan kecerderaan yang boleh merangsang kehadiran parasite dan
pathogen dengan lebih banyak dan membiak secara tidak terkawal boleh menyebabkan
kecacatan sirius sehingga boleh melumpuhkan fungsi badan.

Namun begitu, kesemua ini ad acara penyelesaiannya yang tersendiri dan boleh
membantu dan menjadi langkah pencegahan yang bagus. Kuarantin kan haiwan yang
terjangkit agar tidak menyebarkan kepada yang lain dan manusia diluar, pemvaksinan juga
mampu membantu menambahkan kekuatan sistem imunisasi kepada haiwan-haiwan ini.
Penghapusan juga merupakan salah satu cara kerana dengan penghapusan pembawa penyakit
mampu menghentikan serta merta penyakit yang ada disitu, Kaedah yang bagus boleh
digunakan dengan membuat baka resisten seperti lembu KK yang dikacukkan denga lembu
temperat seperti lembu Ferisien. Kacukkan ini bagus kerana dapat menambahkan keimunan
haiwan ini dan kajian mengatakan bahawa lembu kacukan dapat berhadapan dengan cuaca
ekstrim.

You might also like