You are on page 1of 9

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2 Tahun 1

PENTAKSIRAN ALTERNATIF : JUN 2020

NAMA :

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : PKES3033


KURSUS : PEMAKANAN DAN KESEJAHTERAAN
MASA : 8 JAM
JUMLAH MARKAH : 40

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian:

Jumlah Soalan : 2 soalan esei (40 markah)


2. Jawab semua soalan.
3. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan.
4. Panjang jawapan bagi setiap soalan tidak melebihi 500 patah perkataan.

5. Soalan hendaklah ditaip menggunakan font Arial bersaiz 12.


6. Jawapan hendaklah dihantar melalui email kepada pemeriksa tidak lebih 8 jam
setelah peperiksaan bermula dalam bentuk fail ‘word’.
7. Peniruan dan plagiat adalah tidak dibenarkan. Jika dilakukan boleh menyebabkan
skrip jawapan tidak diberi markah.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 9 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT PKES3033

SOALAN
( 40 markah )

Jawab semua soalan di bawah.

1. Berbagai jenis penyakit boleh dihidapi manusia melalui bawaan seperti air, udara,
serangga, binatang dan juga makanan. Penyakit bawaan makanan berlaku apabila
terdapat pencemaran oleh unsur-unsur yang mengakibatkan penyakit bawaan
makanan itu, umpamanya banjir.

Perincikan bagaimana punca penyakit bawaan makanan ini berkait dengan keadaan
banjir yang melanda negara satu ketika dulu.

[20 markah]

2. Malnutrisi merupakan keadaan yang terhasil akibat pengambilan nutrisi yang tidak
mencukupi berpunca daripada kekurangan zat makanan atau pengambilan nutrien
dalam nisbah yang salah.

Bincangkan masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak dan berikan saranan


untuk mengelakkan masalah tersebut berlaku dalam kalangan mereka.

[20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3033

RUANG JAWAPAN

Soalan 1.

JAWAPAN:
> Apakah itu banjir? Banjir dimaksudkan sebagai keadaan air yang
mengenangi sesuatu kawasan yang luas yang biasanya kering. Banjir ini mungkin
berlaku akibat limpahan air dari takungan air, seperti sungai, tasik, atau lautan, di
mana air melimpah atau memecahkan benteng, mengakibatkan sejumlah air
tersebut melepasi dari sempadan biasa. Pencemaran ini membawah banyak kesan
kepada manusia. Antara salah satunya ialah penyakit bawaan makanan. Penyakit
bawaan makanan berlaku apabila terdapat pencemaran oleh unsur-unsur yang
mengakibatkan penyakit bawaan makanan itu, umpamanya banjir. Penyakit bawaan
makanan ialah bermaksud apa-apa penyakit yang terhasil akibat dari penggunaan
makanan yang tercemar, patogen bakteria, virus, atau parasit yang mencemarkan
makanan. Persoalan yang bermain dalam pemikiran kita adalah bagaimana punca
penyakit bawaan makanan ini berkait dengan keadaan banjir yang melanda negara
satu ketika dulu? Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi punca penyakit bawaan
makanan ini amat berkait dengan keadaan banjir. Oleh itu, perkara ini akan dikaji
secara lebih mendalam sehingga akar ke umbi.

Penyakit bawaan makanan yang kerap berlaku sewaktu dan selepas kejadian
banjir ialah kepialu (tifoid), taun, hepatitis A, keracunan makanan, dan disentiri.
Pertamanya, banjir yang berlaku akan menyebabkan keracunan makanan.
Keracunan makanan bermaksud makanan yang tercemar, rosak, atau toksik. Pada
musim banjir makanan mudah tercemar oleh pelbagai agen pencemar yang berada
di dalam air yang tidak bersih. Selain itu, ada kemungkinan makanan akan disentuh
oleh haiwan-haiwan pembawa bakteria atau virus seperti lalat, tikus dan lipas. Oleh
itu makanan akan menjadi makanan yang beracun. Sekiranya, manusia mengambil
makanan seperti ini ia boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan
awal. Keracunan makanan juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh
atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan. Pendek kata, keracunan makanan salah
satu penyakit bawaan makanan bepunca daripada banjir.

Seterusnya, banjir juga menyebabkan penyakit taun menular di kawasan


kejadian. Taun adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama.

3 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3033

Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dikenali sebagai ‘Vibrio
cholerae’. Penyakit taun ini lebih mudah merebak di kawasan yang tidak mempunyai
bekalan air bersih dan kemudahan tandas yang sempurna. Banjir yang berlaku akan
menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini
bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit
seperti taun. Penyakit taun ini merupakan penyakit berjangkit yang boleh
menyebabkan cirit-birit berair yang serius, seterusnya menyebabkan dehidrasi dan
juga kematian jika ia tidak dirawat. Oleh itu semua orang harus mengekalkan
kebersihan dan sistem pembuangan tinja iaitu najis yang sesuai terutamanya
selepas banjir atau bencana alam. Tuntasnya, taun adalah salah satu penyakit
bawaan makanan yang berpunca daripada banjir.

Disamping itu, pencemaran seperti banjir ini juga menyebabkan hepatitis A.


Penyakit ini menyebar kerana akibat air yang tidak bersih dan kebersihan yang
kurang baik. Makanan yang tercemar oleh najis individu akan dijangkiti Hepatitis A.
Selepas berlaku banjir takungan najis manusia atau haiwan keluar bersama-sama
limpahan air dan najis ini bertaburan di merata-rata tempat serta makanan sehingga
mengakibatkan penyakit bawaan makanan seperti hepatitis A. Penyakit Hepatitis A
tidak menyebabkan penyakit hepar yang kronik tetapi boleh mendorong ke arah
kegagalan fungsi hati dan kematian. Virus Hepatitis A adalah salah satu penyebab
utama penyakit bawaan makanan dan ianya memberi kesan dari segi ekonomi dan
kesan sosial dalam komuniti. Pendek kata, hepatitis A berpunca daripada
pencemaran seperti banjir.

Tambahan pula, penyakit bawaan makanan seperti kepialu (tifoid) disebabkan


oleh banjir. Kepialu (tifoid) merupakan satu jangkitan bawaan makanan disebabkan
oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam urin,darah
dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang
mempunyai bakteria tifoid dalam saluran penghadamannya tetapi tidak mempunyai
gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria
tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain. Penyakit merebak pada
waktu banjir melalui bekalan air yang tidak bersih, melalui makanan dan minuman
yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi,
melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit dan pembawa bakteria

4 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3033

Salmonella typhi dan akhirnya melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria
Salmonella typhi. Pesakit penyakit ini boleh mengalami pendarahan dan bahagian
yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecahatau bocor. Tuntasnya, penyakit
bawaan makanan seperti kepialu (tifoid) disebabkan oleh banjir.

Akhirnya, kita dapat disimpulkan bahawa bencana alam seperti banjir berkait
dapat dengan punca punca penyakit bawaan makanan. Oleh itu, semasa atau
selepas banjir semua orang haruslah peka terhadap langkah-langkah yang harus
diambil bagi mengelakkan penyakit bawaan makanan dan mengekalkan kesihatan
kita pada tahap baik.

Soalan 2.

JAWAPAN:

5 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3033

> Malnutrisi ini didefinisikan sebagai satu keadaan yang terjadi apabila badan
manusia memperolehi kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan
nutrien yang lain. Kandungan tersebut amat diperlukan untuk mengekalkan
kesihatan tisu badan dan fungsi organ tubuh. Malnutrisi dalam kalangan kanak-
kanak menjadi satu masalah yang penting terutamanya di negara-negara dunia
seperti Somalia, Senegal dan Uganda di benua Afrika serta Bangladesh, Selatan
India dan Pakistan di benua Asia. Di Malaysia masalah malnutrisi dalam kalangan
kanak-kanak masih sederhana dan terkawal, hasil daripada keadaan ekonomi yang
stabil dan pendidikan yang berkesan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa
punca yang mengakibatkan berlaku masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-
kanak.

Punca utama berlaku masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak ialah


pengambilan makanan yang tidak seimbang. Makanan seimbang ialah makanan
yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara
normal. Makanan yang seimbang mengandungi pelbagai nutrient. Contohnya
karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar nutrien yang betul.
Makanan seperti ini memberikan kita makanan yang mencukupi, tenaga,
karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang
mencukupi. Makanan yang memberikan tenaga boleh membina badan dan dapat
menjauhi kita daripada penyakit. Apabila kanak-kanak makan makanan yang tidak
bernutrien tinggi, mereka akan mengalami kekurangan nutrien dalam badan. Oleh
itu, terdapat penyakit-penyakit yang boleh mengakibatkan anak anda sukar untuk
menghadam makanan. Ini secara langsung akan menganggu proses pengambilan
nutrien dan berlaku malnutrisi.

Selain itu, punca lain yang menyebabkan keadaan ini adalah adalah isu
kesihatan mental kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami kemurungan
cenderung mempunyai tabiat makan tidak sihat yang secara tidak langsung akan
menyebabkan berlakunya malnutrisi. Hal ini demikian kerana, kemurugan ini
menganggu proses tumbesaran kanak-kanak. Malnutrisi dalam kalangan kanak-
kanak berlaku kerana harga makanan yang mahal atau kehabisan bekalan
makanan. Ekonomi keluarga yang tidak stabil menyebabkan kanak-kanak tidak
dapat makan makanan yang secukupnya. Kekurangan pengambilan makanan ini

6 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3033

turut menyebabkan pelbagai penyakit. Terdapat beberapa simptom yang


menunjukkan kanak-kanak menghadapi malnutrisi. Di antara simptom-simptom
kemungkinan kanak-kanak menghadapi malnutrisi ialah kebiasaannya pendek umur,
kurus, dan mempunyai daya tahan badan yang sangat lemah. Simptom-simptom
malnutrisi yang lain adalah diarrhea, kebingungan, koordinasi otot semakin
berkurangan, otot tersentak, amenorrhea dan bibir dan mulut yang pecah dan retak.

Persoalan yang bermain dalam pemikiran semua orang adalah apakah


kesan-kesan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak? Sememangnya tidak dapat
dinafikan lagi malnutrisi mendatangkan banyak kesan negatif kepada kanak-kanak.
Oleh itu kesan tersebut akan dikaji lebih teliti sehingga akar ke umbi. Secara
umumnya, malnutrisi ini menyebabkan kerosakkan terhadap pertumbuhan otak
kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kekurangan nutrien menganggu proses
perkembangan otak. Selain itu, pada waktu persekolahan, kanak-kanak yang
mempunyai sejarah kekurangan nutrisi semasa bayi akan menghadapi kesukaran
mengekalkan perhatian semasa belajarb di kelas dan mereka mudah terganggu.
Oleh itu, ini menganggu proses pembelajaran dan tumbesaran kanak-kanak. Pendek
kata, malnutrisi yang terjadi kertika tempoh pertumbuhan pesat boleh menyebabkan
kerosakkan otak dan menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk memberi perhatian
semasa belajar.

Disamping itu, malnutrisi juga turut mengakibatkan beberapa penyakit dalam


kalangan kanak-kanak. Antara penyakit-penyakit utama berpunca daripada
malnutrisi adalah seperti kwashiorkor. Kwashiorkor berpunca daripada kekurangan
zat protein atau di kenali juga sebagai penyakit “red boy”. Seseorang yang
kekurangan protein asid–asid amino akan mempunyai penyakit ini. Penyakit ini
biasanya dijangkiti oleh kanak–kanak yang tidak lagi menyusu dengan ibunya ketika
berusia 5 tahun dan sentiasa akan makan makanan yang mengandungi sama ada
bijirin, ubi kentang atau yang berkanji. Seterusnya ialah Marasmus. Marasmus
merupakan sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kekurangan kalori dan
protein (Protein Clorie Malnutrition Diseases). Penyakit ini biasanya berlaku pada
kanak–kanak yang berumur 1.

7 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3033

Tambahan pula, xeroftalmia juga salah satu penyakit akibat malnutrisi.


Xeroftalmia merupakan satu penyakit mata akibat kekurangan vitamin A. Hal ini
akan menyebabkan mata seseorang itu mengalami sensitif pada cahaya. Akibat
daripada penyakit ini ialah kelopak mata akan menjadi bengkak akibat daripada
tiada rembesan air mata dan seterusnya melekat pada nanah. Selain itu juga,
bakteria juga akan memasuki mata dan tumbuh pada kornea. Jika keadaan ini
berterusan pesakit itu boleh menjadi buta. Lagi anemia juga penyakit akibat
malnutrisi. Anenmia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Zat besi digunakan
untuk memproduksi sel darah merah, yang membantu menyimpan dan membawa
oksigen dalam darah ke jaringan tubuh. Jika sel darah merah sedikit, organ dan
jaringan tidak akan mendapatkan oksigen yang cukup. Punca kekurangan zat besi
adalah dari segi amalan pemakanan, kehilangan darah yang berlebihan dan
penyerapan zat besi yang lambat. Bukan penyakit ini sahaja disebakan oleh
malnutrisi. Maka terdapat penyakit seperti anorexia nervosa, beri-beri, penyakit
tulang, rabun malam, beguk dan lain-lain.

Jika keadaan ini dibiarkan begitu sahaja, mesti malnutrisi akan


mengakibatkan kematian. Oleh itu kita perlu sediakan payung sebelum hujan.
Pertamanya langkah yang sepatutnya yang diambil untuk mengelakkan malnutrisi
dalam kalangan kanak-kanak ialah, ibu perlu memberi susu badan kepada bayi
untuk selama sekurang-kurangnya enam bulan pertama adalah langkah terbaik
mencegah malnutrisi pada peringkat awal bayi. Menyusu bayi adalah amat
digalakkan bagi memastikan bahawa bayi tidak mempunyai masalah kekurangan
dalam vitamin kerana susu ibu adalah kaya dengan vitamin A. Susu ibu juga dapat
membekalkan nutrien terbaik untuk bayi dengan kadar yang mencukupi. Kolostrum
dalam susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya melindungi bayi dan
menguatkan sistem imunisasi mereka. Kolostrum juga dapat melindungi bayi
daripada jangkitan cirit-birit, selsema, bronkitis atau radang paru-paru. Ia juga
mencegah pelbagai masalah alahan yang dialami bayi dan kanak-kanak, antaranya
asma, ekzema dan kolik.

Seterusnya, kanak-kanak perlulah makan makanan seimbang bagi


mengelakkan malnutrisi. Penyediaan makanan seimbang amat penting kepada
anak-anak yang membesar. Hal ini demikian kerana, makanan seimbang

8 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3033

mempunyai nutrien yang secukupnya untuk kanak-kanak. Oleh itu ibu bapa haruslah
memberi makanan mengikut piramid makanan dan menasihatkan anak-anak mereka
mengambil makanan mengikut piramid makanan. Makanan seimbang merupakan
makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, garam mineral, air dan
serabut yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan. Kanak-kanak juga perlu
melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C dalam buah-
buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan daya imun badan, seterusnya akan
membantu mengelakkan penyakit seperti demam dan selsema. Selain itu,
memandangkan pada usia ini kanak-kanak mudah terdedah kepada pemakanan
tidak sihat seperti air berkarbonat dan makanan ringan, jadi ibu bapa harus
memantau dan pastikan mereka mendapat hidangan sayur dan buah berwarna-
warni. Kanak-kanak juga perlu mengurangkan pengambilan minyak tepu dan
kolesterol dan mengelakkan mengambil makanan yang terproses atau segera dan
ringan. Makanan seperti ini akan menjejaskan kesihatan kanak-kanak.

Akhirnya, malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak sepatutnya boleh dicegah


dari peringkat awal lagi sekiranya masyarakat sedar dan tahu kesan-kesan yang
boleh disebabkannya. Pendidikan nutrisi merupakan langkah yang utama bagi
melengkapkan pendidikan kesihatan. Dalam erti kata yang lain, pendidikan nutrisi
adalah berkesan untuk memerangi kejahilan tentang keperluan nutrisi dan ancaman-
ancaman yang berkaitan dengannya. Kita harus mengadakan aktiviti-aktiviti nutrisi
yang cekap seperti pemeliharaan halaman rumah, kebersihan diri, pengimunan dan
lain-lain program piawaian nutrisi yang penting dalam mengurangkan serta
menghapuskan masalah malnutrisi dalam masyarakat kita.

9 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like