Professional Documents
Culture Documents
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan cirit-birit sebagai pembuangan cecair atau
najis cair yang terlalu kerap, sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa 24 jam. Cirit-birit akut
merupakan salah satu dari masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak.
Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak membuang air besar lebih kerap dari biasa
dan najisnya cair.Ia boleh disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti tidak mengamalkan
kebersihan diri yang baik, mengambil makanan dan air yang telah tercemar dan keadaan
persekitaran yang tidak terjaga dan kotor. Ia juga merupakan salah satu dari punca utama
penyakit dan kematian di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Cirit-birit mudah menjangkiti
kanak-kanak terutamanya bayi yang berusia antara 6 - 12 bulan yang tinggal di persekitaran
yang kotor dan juga bayi yang berusia di bawah 6 bulan yang diberi susu botol.
Bagaimana boleh perjelaskan lagi mengenai cirit-birit ini?
Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak mengeluarkan najis yang cair yang abnormal
berulangkali berbanding dengan keadaan biasa. Ia boleh diselangi dengan muntah-muntah dan
kadang-kadang tidak. Pada amnya, ia berpunca dari virus atau bakteria.
Kuman-kuman ini boleh merebak melalui air, makanan, tangan, perkakas-perkakas seperti
pinggan mangkuk, lalat dan kotoran yang melekat pada kuku jari.
Bagaimana cirit birit berlaku ?
Bakteria boleh menyebabkan cirit-birit melalui sekurang-kurangnya 3 cara:
1. Penghasilan enterotoksin (bahan beracun yang mempunyai kesan buruk ke atas saluran
gastrousus yang boleh
menyebabkan muntah, cirit-birit dan sakit abdomen) yang merangsang rembesan elektrolit
(kepekatan ion-ion
yang terpisah dalam edaran darah) yang aktif ke dalam usus.
a. Serangan bakteria yang boleh merosakkan lapisan mukosa usus (pengalas membran yang
lembap
dalam saluran gastrousus).
b. Penusukan bakteria yang menyerang lapisan mukosa tetapi ia tidak menghasilkan ulser pada
mukosa
usus secara besar-besaran.
c. Kanak-kanak juga boleh mendapat cirit-birit tanpa diserang oleh apa-apa jangkitan, seperti
disebabkan oleh alahan terhadap makanan tertentu dan alahan laktosa. Dalam keadaan ini,
badan
menghasilkan sejumlah kecil laktase. Laktase merupakan sejenis enzim yang terdapat di dalam
usus.
Ia mencernakan laktosa (sejenis gula yang terdapat di dalam susu atau hasil susu). Apabila
laktosa
tidak dapat dicernakan oleh laktase, ia menapai dan menyebabkan cirit-birit.
2. Cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan kesan dari pengambilan ubat-ubat tertentu. Ubatubat tersebut
terutamanya antibiotik yang digunakan untuk merawat ramai kanak-kanak yang menghidap
jangkitan saluran
pernafasan, saluran kencing atau jangkitan-jangkitan lain. Hampir 40% dari kanak-kanak ini
mendapat
cirit-birit dipercayai disebabkan oleh gangguan imbangan kehidupan bakteria-bakteria penting
dalam usus
kanak-kanak kerana penggunaan antibiotik tadi*.
3. Gangguan-gangguan gastrousus yang lain termasuk keadaan seperti penyakit keradangan
usus (seperti
penyakit Crohn.s) dan sindrom gangguan usus (Irritable Bowel Syndrome). IBS selalunya
berlaku apabila
kanak-kanak mengalami stres atau tekanan disebabkan sesuatu masalah keluarga.
Apakah yang menyebabkan cirit-birit ?
Cirit-birit boleh disebabkan oleh banyak faktor yang berkemungkinan tidak mempunyai kaitan
dengan saluran gastrousus. Biasanya, ia disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit dari tangan,
makanan, susu, air ataupun botol susu yang kotor dan tercemar dan masuk ke dalam badan
melalui mulut. Kajian-kajian telah menunjukkan terdapat banyak bakteria, virus dan parasit
patogenik yang telah dikenalpasti sebagai penyebab cirit-birit. Dua masalah utama cirit-birit
yang boleh membahayakan kanak-kanak ialah dehidrasi (kekontangan) dan kematian. Kematian
yang berpunca dari cirit-birit adalah disebabkan oleh dehidrasi (kehilangan air dan garam dalam
badan). Kira-kira 10% dari kes cirit-birit yang mengalami dehidrasi berpunca dari kehilangan
air dan elektrolit yang berlebihan. Seorang kanak-kanak tidak boleh hidup jika ia kehilangan
terlalu banyak air dan garam dari badannya, melainkan kehilangan itu digantikan.
Seorang bayi akan menjadi lemah dan kekurangan zat makanan atau malnutrisi jika ia
mengalami cirit-birit yang berulang-ulang. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika si ibu
berhenti menyusui bayi dengan susu badan atau berhenti memberikan makanan semasa ia
mengalami cirit-birit. Bayi yang kekurangan zat makanan mudah diserang cirit-birit dan
serangan ini akan menjadi bertambah serius.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko cirit-birit ?
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan cirit-birit termasuklah: Kanak-kanak yang lemah dan sering sakit di mana ketahanan semula jadinya menjadi lemah
akibat serangan
penyakit yang berulang-ulang.
Kanak-kanak yang datang dari keluarga yang miskin, di mana pemakanan hariannya
mungkin kurang berkhasiat
dan selalunya dikaitkan dengan kebersihan diri yang tidak terjaga.
Teknik memberi makan yang tidak betul:
Kepekatan makanan yang tidak betul - jika terlalu pekat, boleh menyebabkan cirit-birit
osmotik (iaitu
penyerapan cecair dari usus) dan memburukkan lagi cirit-birit yang dihidapi.
Makanan yang terlalu cair dan kekurangan nutrien atau zat makanan.
Apakah gejala-gejala cirit-birit ?
Gejala-gejala adalah seperti berikut:
Cirit-birit, satu gejala yang biasa.
Kekejangan dan sakit pada bahagian abdomen.
Sembab.
Terasa loya dan muntah
Terasa ingin segera membuang air besar.
Demam.
Najis mengandungi darah.
Dahaga
Hilang selera makan
Setiap kanak-kanak yang mengalami cirit-birit berulangkali akan kehilangan sebahagian air dan
garam dari badannya. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada bagaimana keadaan ciritbirit itu dan kekerapan kanak-kanak itu membuang air besar. Jika kanak-kanak itu mengalami
dehidrasi, ia memerlukan perhatian dan rawatan segera.
Dehidrasi atau kekontangan ialah satu keadaan di mana badan mengalami kekurangan cecair
untuk berfungsi dengan baik. Keadaan ini merbahaya bagi kanak-kanak dan mereka perlu
mendapat rawatan segera bagi mengelakkan dari masalah kesihatan yang lebih serius.
Tanda-tanda dan gejala dehidrasi ialah: Kanak-kanak itu cepat meragam.
Terasa dahaga dan kurang membuang air kecil dan air kencingnya berwarna gelap.
Mata kelihatan cengkung dan kering.
Kelihatan lemah.
Ubun-ubun melekuk (terdapatnya bukaan pada tengkorak kepala
disebabkan penutupan tulang kranial yang belum sempurna), biasanya
berlaku pada bayi yang berusia di bawah 18 bulan.
Mulut dan lidah menjadi kering.
Kulit berkedut dan kelihatan kering serta mengelupas.
Bila kanak-kanak itu menangis air matanya tidak keluar.
Cirit-birit boleh jadi akut atau kronik.
Cirit-birit akut biasanya dikaitkan dengan jangkitan bakteria, virus atau parasit. Ia juga boleh
disebabkan oleh
perubahan pada tabiat makan seperti alahan kepada makanan, kesan sampingan dari ubat-ubatan
dan lain-lain.
Kes cirit-birit akut yang sering berlaku adalah disebabkan oleh virus seperti Rotavirus dan
Adenovirus*.
Cirit-birit yang akut boleh jadi berair atau bercampur darah. Cirit-birit akut yang berair
biasanya akan berakhir
dalam masa kurang dari 14 hari dan bahayanya ialah ia boleh membawa kepada dehidrasi. Ciritbirit yang
bercampur darah kadangkalanya dikenali sebagai disentari. Ia juga boleh menyebabkan
dehidrasi tetapi yang
paling bahaya ia boleh membawa kepada kerosakan usus, penurunan berat badan dan
kekurangan zat makanan.
Cirit-birit yang kronik biasanya dikaitkan dengan ketidakaturan fungsi badan seperti
Sindrom Gangguan Usus (IBS) atau penyakit seperti Coeliac Disease. Ia biasanya mengambil
masa lebih dari 3 minggu. IBS contohnya, disebabkan oleh pengecutan otot yang keterlaluan di
dalam saluran usus. Ia berlaku hingga berbulan-bulan atau bertahun.**
Kadangkala kanak-kanak yang menghidapi IBS ini mengeluarkan najis bersama-sama mukus.
Walau bagaimanapun, kebanyakkan cirit-birit yang kronik ini tidak begitu serius. Ia boleh
dikawal melalui pengubatan.
Apakah komplikasi yang boleh berlaku akibat cirit-birit?
Dua keadaan cirit-birit yang merbahaya ialah dehidrasi dan kekurangan zat makanan.
Kebanyakan bayi yang mati adalah disebabkan oleh dehidrasi iaitu kehilangan cecair dan garam
dalam badan.
Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyebab cirit-birit?
Sampel najis boleh dihantar ke makmal untuk menentukan jenis kuman yang
menyebabkan cirit-birit. Jika ini
boleh dilakukan ia merupakan satu tindakan yang baik. Tetapi jika cirit-birit
hanya sederhana ia boleh dirawat di rumah sahaja.
Cuma sebahagian kecil kanak-kanak sahaja yang memiliki kuman bakteria
seperti Campylobacter, Salmonella, Shigella atau E.coli dikesan dari najis
mereka.
Kebanyakan kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh kuman
virus seperti Rotavirus. Ujian ELISA (Enzyme Linked Immunosorbent Assay
merupakan satu teknik ujian darah yang sensitif untuk mengesan antibodi
tertentu dalam darah) boleh dijalankan untuk mengecualikan jangkitan
Rotavirus yang biasanya berlaku dikalangan bayi.
Bagaimana kita boleh memantau seseorang kanak-kanak yang mengalami cirit-birit?
Kanak-kanak yang mendapat cirit-birit perlu diperiksa oleh seorang doktor dalam masa 12 jam
setelah memulakan rawatan. Ini bagi memastikan masalah kanak-kanak itu dapat ditangani dan
ia tidak kehilangan berat badannya terlalu banyak. Seorang ibu seharusnya mengetahui
bagaimana hendak menguruskan anaknya dalam keadaan begini. Rawatan dan kemajuan kanakkanak tersebut perlu dipantau seperti berikut:
Periksa dari masa ke semasa dan pastikan kanak-kanak tersebut mengambil
larutan ORS dengan memuaskan. Jumlahnya perlu direkodkan.
meningkatkan ketahanan bayi melawan jangkitan. Berikan juga ORS di antara penyusuan
tersebut. Berikan penyusuan tambahan selepas cirit-birit berhenti.
Jika bayi tidak lagi menyusu susu ibu, berikan larutan ORS sama jumlahnya dengan penyusuan
biasa dan berikan air yang telah dimasak di antara pemberian ORS. Selepas 6 hingga 8 jam,
bayi boleh diberi minum susu separuh pekat. Teruskan memberi anak anda larutan ORS selama
1 hingga 2 hari iaitu diberi di antara penyusuan harian sehingga cirit-birit sembuh. Apabila ciritbirit berhenti, teruskan penyusuan anak anda seperti biasa.
Peringatan:
Sekiranya anak anda tidak menunjukkan sebarang perubahan atau keadaan
dehidrasinya semakin teruk, anda dinasihatkan membawa anak anda ke
klinik/ hospital yang berhampiran dengan segera. Sementara itu, teruskan
memberi anak anda larutan ORS.
Hentikan pemberian larutan ORS jika mata anak anda kelihatan bengkak.
Teruskan penyusuan, berikan air suam atau susu pada anak anda. ORS
boleh diberi semula jika bengkak pada matanya telah hilang dan masih
mengalami cirit-birit.
Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit dan mengambil larutan ORS perlu
diperiksa oleh anggota kesihatan. Bawa anak anda ke klinik atau hospital
segera.
Jika terdapatnya tanda-tanda dehidrasi yang serius, ini menandakan anak anda perlu segera
dimasukkan ke hospital.
Rawatan menggunakan ubat-ubatan
Anak anda tidak perlu diberi sebarang ubat-ubatan untuk cirit-birit yang dihadapinya, kecuali
atas nasihat doktor. Jangan berikan ubat antibiotik kepada kanak-kanak yang dirawat di rumah.
Ini kerana antibiotik tersebut boleh menimbulkan kesan sampingan dan ditakuti boleh
memburukkan lagi keadaan cirit-birit itu.