You are on page 1of 18

TUGASAN 1

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)


Penyakit tidak berjangkit (NCD) kini merupakan ancaman kesihatan baru di Malaysia
dengan jumlah pesakit yang meningkat setiap tahun. Antara contoh penyakit tidak berjangkit
yang banyak menyerang rakyat Malaysia ialah:

1. kencing manis
2. diabetes
3. darah tinggi
4. obesiti
5. batu karang
6. strok resdung
7. lemah jantung
8. kanser
9. Alzheimer
10. radang paru-paru
11. paru-paru berair
12. cihorsis hati dan banyak lagi.

Punca utama penyakit tidak berjangkit ialah masyarakat kini mengamalkan amalan hiup dan
pemakanan tidak sihat serta kurang bersenam. Malah ramai rakyat Malaysia tidak melakukan
ujian saringan kesihatan secara berkala. Individu yang menghidap NCD tidak mengalami
sebarang gejala dan kaang kala ia hanya dapat dikesan selepas tujuh hingga 10 tahun.

Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan
ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung
rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan
kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu
struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh
dibezakan.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan
oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka
atau keturunan.

5
TUGASAN 1

Setiap penyakit mempunyai punca mengapa penyakit tersebut boleh dihadapi oleh pesakit.
Selain itu, setiap penyakit juga mempunyai simptonnya yang tersendiri yang akan dialami oleh
penghidap. Namun begitu,setiap dari penyakit ini juga mempunyai cara-cara pencegahan atau
cara mengatasinya.

Oleh yang demikian,kita seharusnya tahu sedikit sebanyak tentang penyakit-penyakit ini
agar kita dapat mencegah diri dan keluarga dari menjadi mangsa penyakit ini.

6
TUGASAN 1

BATU KARANG

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan buah pinggang yang mempunyai batu karang

7
TUGASAN 1

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang"
terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah
adalah kalsium oxalat, kalsium fosfat dan yang kurang dikenali ialah asid urik, cystine
dan magnesium fosfat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf.
Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam
saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan
ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana
kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan
kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah
dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian
batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan
tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan
seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini
dari kaum wanita.

8
TUGASAN 1

PUNCA – PUNCA

1. Terlalu banyak mengambil makanan atau diet yang tinggi kandungan bahan kimia atau
purine. Bahan kimia ini ada di dalam organ dalaman haiwan, angsa, ekstrak daging, makanan
laut, telur ikan dan arak.

2. Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing atau bahasa mudahnya saluran kencing
mungkin sedikit tersumbat.

3. Kegagalan buah pinggang berfungsi pada tahap normal.

4. Risiko turut dipengaruhi oleh tahap metabolism setiap individu.

5. Nanah dalam organ yang akhirnya mengeras. Nanah mungkin bermula akibat jangkitan
kuman semasa kecil.

6. Kurangnya minum air dikatakan antara faktor utama penyebab sakit batu karang.

7. Jangkitan parasite atau cacing di dalam pundi kencing.

8. Keadaan kerja yang tidak banyak pergerakan seperti di pejabat atau kerjaya pemandu lori
dan teksi serta kerja di luar yang terdedah kepada matahari.

9. Kajian turut menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan
ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetic.

SIMPTON-SIMPTON

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi
apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing,
kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah
sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan
apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih
ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan
perubatan yang segera.

9
TUGASAN 1

CARA MENGATASI

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini
dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku
lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari.

Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi
mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit
hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian.

Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu
tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang
lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine.
Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan
memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan


sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah
pinggang tidak akan berfungsi lagi.

10
TUGASAN 1

OBESITI

Gambar 3 : Kanak-kanak obesiti di Amerika Syarikat

Gambar 4 : Warga obesiti dewasa

Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang
disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah
kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah
obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu
gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami
tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam
Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah
yang tertinggi di Asia.

11
TUGASAN 1

PUNCA - PUNCA

Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti
tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu
manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga
boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca
berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak
melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita.
Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk..

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam
bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC,
Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang
bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas
penat bekerja.

12
TUGASAN 1

SIMPTON-SIMPTON

1. Seseorang yang obes merasa letih lesu dan kurang bermaya. Dia juga mudah marah, gelisah
dan berasa rendah diri. Mood mereka kerap berubah-ubah.

2. Mereka ini turut mengalami masalah perubahan pada nada dan kotak suara. Jika dahulu
suara mereka halus dan merdu kini nada suara menjadi rendah.

3. Sindrom obesiti menyebabkan hormon wanita menjadi rendah. Mereka yang menderita
sindrom ini juga juga kerap kencing. Setiap kali selepas makan mereka akan ke tandas
manakala usus menjadi lemah dan pembuangan najis tidak lancar.

4. Mereka juga sering mengadu bau badan yang kuat akibat dari hadirnya hormon testosterone
yang berlebihan.

5. Pergerakan dan daya pemikiran penderita sindrom obesiti adalah perlahan. Ini menjadikan
setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi lambat.

6. Mereka juga tidak tahan dengan bunyi bising dan sering mahu menyendiri.

7. Masalah gatal gatal kulit juga sering terjadi terutama pada waktu malam bagi pengidap
sindrom ini. Kulit menjadi kasar dan mata mengecil. Kerap kali mereka kehilangan bulu mata
dan kening di mana kening menjadi nipis.

13
TUGASAN 1

CARA MENGATASI

Pada asasnya cara mengatasi obesiti sangat mudah untuk diamalkan. Namun ia
bergantung pada seseorang individu. Cara yang pertama ialah melakukan riadah atau
bersenam.senaman ini haruslah dilakukan secara istiqomah. Oleh itu, kita mesti melakukan
senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh
dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki
pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan .
Seterus ialah kita harus mengamalkan diet seimbang sepertimana yang disarankan oleh
kementerian kesihatan Malaysia. Selain itu, untuk mengelakkan obesiti, kita hendaklah makan
lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga
hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak
dengan cara mengukus, membakar atau merebus. orang ramai harus sedar bahawa
pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan
mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.

14
TUGASAN 1

DIABETES

Gambar 5 - Luka pada kaki pesakit kencing manis

Gambar 6 - Keadaan kaki pesakit yang semakin teruk

Terdapat dua jenis diabetes - Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus
daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan
kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis
1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.

Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1 badan tidak
menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap
insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika
tidak diurus dengan baik.

15
TUGASAN 1

PUNCA-PUNCA

Kebocoran salur darah utama merupakan punca sebenar penyakit kencing manis.
Saluran yang dimaksudkan adalah saluran vena dan aorta yang berfungsi menyalurkan
makanan yang telah diproses atau dicernakan terutamanya makanan yang membekalkan
tenaga ke seluruh badan.

Oleh sebab kebocoran tersebut, tenaga tidak dapat disalurkan dengan sempurna yang
mana tenaga keluar melalui kebocoran tersebut mengakibatkan badan menjadi lemah, urat
saraf lemah dan mengecut. Malah, organ pankreas juga tidak mendapat bekalan tenaga yang
secukupnya bagi merembeskan insulin dan mengakibatkannya menjadi tidak aktif dan
mengecut.

Kegagalan organ pankreas untuk menghasilkan insulin mengakibatkan kita menghidapi


penyakit kencing manis, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, tenaga dalaman menurun dan
mengakibatkan saluran jantung mengecut serta boleh mengakibatkan buta.

Kebocoran yang dimaksudkan berlaku adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan
dalam badan dan bukannya gula yang berlebihan. Asid urik ini datangnya daripada pemakanan
tidak sihat yang kebanyakkan amalkan seperti kerap memakan santan, mee kuning, makanan
laut, minuman berkarbonat, cili padi dan sebagainya.

Kandungan gula berlebihan dalam badan hanya meningkatkan bacaan ketika membuat
pemeriksaan kencing manis dan bukannya punca mengakibatkan kencing manis. Maka,
pengambilan ubat-ubatan atau suplemen yang hanya bertindak mengurangkan kandungan gula
atau mengaktifkan pancreas adalah bersifat mengawal kerana selagi masalah kebocoran
diselesaikan.

Secara logiknya, masalah kebocoran ini dapat diatasi dengan menampal kembali
kebocoran tersebut. Maka, untuk menormalkan serta memulihkan terus penyakit ini adalah
dengan menampal kembali kebocoran yang ada pada saluran ini.

Sebagai contoh, hal ini boleh diumpamakan seperti paip air yang bocor tidak akan dapat
menyalurkan air dengan sepenuhnya kecuali langkah diambil dengan paip tersebut ditukar baru
atau pun ditampal. Hal ini sama seperti penyakit kencing manis. Oleh itu cara untuk merawat
dan seterusnya menstabilkan penyakit kencing manis adalah melalui proses penampalan.

16
TUGASAN 1

SIMPTON-SIMPTON

1. Paras gula darah tinggi

Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh
doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan
meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang
hari adalah tidak normal.

2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi
gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang
mencukupi sebelum tidur.

Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras
untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-
kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan
membuat anda rasa lebih dahaga.

Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan
bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

3. Hilang berat badan secara tiba-tiba

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat,
disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini
bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh
digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot
sebagai sumber tenaga alternatif.

17
TUGASAN 1

4. Sentiasa rasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap
insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan
tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.

Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda
kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan
sebagai rasa lapar.

5. Luka lambat sembuh

Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa
yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan
untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.

6. Keletihan dan cepat marah

Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda
letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat
anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan
membuat sesiapapun cepat marah.

7. Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes
melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling
biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

8. Penglihatan kabur

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan
penglihatan kabur.

Walaubagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali
normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang
panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

18
TUGASAN 1

9. Kebas pada tangan dan kaki

Kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini adalah tanda-tanda
bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah
dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

10. Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis
nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu
sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka
mungkin tidak tinggi. Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris =
diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan
hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan
makanan, pada penghidapnya.

CARA MENGATASI

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat
yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut
iaitu penjagaan pemakanan dan berat badan serta kerap bersenam. Selain itu,pemakanan
pesakit iaitu makanan pesakit diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Kemudian pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu
dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit
mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan
mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan
bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan
dipatuhi iaitu dimana ubat-ubatan harus dibeli dan masa untuk makan ubat serta cara makan
ubat agar penyakit dapat dikawal.

19
TUGASAN 1

RESDUNG

Gambar 7 - Ulat resdung yang terdapat dalam pesakit

Gambar 8 - Wajah pesakit resdung

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa
pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

20
TUGASAN 1

PUNCA-PUNCA

Punca pertama yang boleh nyatakan ialah alahan. Iaitu terhadap jenis makanan
tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang
bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia
menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam
hidung menjadi semakin membengkak. Bagi yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap
kesakitannya.

Yang kedua,struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang
hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit
resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak
lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas juga boleh menyebabkan resdung.
Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah
ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas
amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi
(dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis
akibat kerosakan gigi.selain itu, menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang
tercemar juga boleh menjadi penyebab resdung.

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh
hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit
kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

21
TUGASAN 1

SIMPTON-SIMPTON

Antara simpton-simptom resdung yang akan terjadi pada pesakit ialah,hidung selalu
tersumbat lendir dari hidung dan tekak. Selain itu,pesakit akan mudah berasa sakit atau rasa
berat muka terutama kawasan di antara mata. Simpton – simpton resdung yang lain juga
termasuklah sakit tekak yang berpanjangan dan berulang. Yang setrusnya, demam atau rasa
tidak sedap badan yang berpanjangan. Kemudian, .gejala alahan hidung seperti bersin, gatal
hidung dan sebagainya. Yang terakhir yang saya dapati ialah jerawat di wajah dan belakang
badan pesakit.

CARA MENGATASI

Rawatan adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian
akan disyorkan. Terdapat banyak cara. Salah satu caranya adalah dengan mengambil
Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut) atau ubat selesema. Selain itu pesakit juga
boleh mengambil Dekongestan iaitu ubat titis atau semburan hidung. Bagi yang ingin sembuh
dengan cepat boleh melakukan pembedahan. Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya akan
dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang
menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

22

You might also like