You are on page 1of 13

Pengenalan :

Membuat Rekaan dan Corak

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak


dalam alam dan kehidupan seharian. Kegiatan ini memberi peluang
kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan
tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada
bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Bahagian ini juga menekankan kegiatan mengenal motif dan olahannya
untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang
kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang
dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil
kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh
dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan
lakonan.
DEFINISI

Corak ialah susunan motif Motif ialah rupa atau


sama ada secara teratur, bentuk asas dalam satu-
terancang atau secara satu rekaan atau gubahan
bebas. Corak terdiri yang terdiri daripada motif
daripada Corak Terancang flora, fauna, geometrikal
dan Corak Tidak Terancang. dan organik.

Corak tradisi ialah corak


yang mempunyai
motif tersendiri dan
mempunyai nama-nama
tertentu yang berunsur
tradisi.

PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:

Corak

a) Corak Terancang –Corak


terancang dibuat menggunakan b) Corak Tidak Terancang –
motif yang disusun dengan Corak tidak terancang dihasilkan
teratur dan dalam susunan secara bebas tanpa mempunyai
tertentu. Motif ini menghasilkan motif tertentu dan boleh
corak yang mempunyai pelbagai dihasilkan dengan cara merenjis,
jenis susunan, termasuk meniup, mengayak, menggolek
penggunaan garisan grid dalam dan sebagainya.
penghasilan corak.
JENIS-JENIS CORAK
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui
kegiatan seperti:

2.1 Corak tidak terancang :


2.1.1 Pualaman – Pualaman ialah satu penghasilan corak teknik cetakan
mono apabila warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan
melekit menggunakan sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan
minyak. Bahan yang berasaskan minyak akan terapung di atas
permukaan ke semua arah mengikut aliran bahan tersebut. Corak
pualaman boleh dijadikan sebagai kulit buku.

Pengkarya: Yurika Ezzora (2015), IPGKTHO

2.1.2 Tiupan – Warna air ditiup sama ada terus di atas kertas atau
menggunakan straw untuk menghasilkan corak seperti ranting pokok.
2.1.3 Titisan – Warna akan dititiskan menjadi motif yang menarik.

2.1.4 Ikatan dan celupan – Teknik ikat dan celup yang biasa digunakan
ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan yang terlalu dalam
menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya
yang terhasil adalah kecil. Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali
sebagai batik pelangi. Garam digunakan sebagai bahan
penyerapan. Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang
terkenal di Malaysia.
2.1.5 Renjisan dan percikan – Suatu teknik dalam menghasilkan corak
terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau
tiupan. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang
berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
2.2 Corak terancang :
2.2.1 Lukisan – Seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan
garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit seperti pensel warna dan
krayon. Unsur garisan amat ditekankan sebagai kerja asas untuk
menghasilkan catan, cetakan atau mural.

2.2.2 Catan – Hasil seni menggunakan bahantara pigmen warna di atas


permukaan yang rata. Catan yang terhasil melalui sapuan warna ke atas
permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain,
memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat
interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau
rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Jenis warna yang
lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat
minyak, cat tempera, dan fresko – kapur plaster.
2.2.3 Cetakan – kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis
pada permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan
dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan boleh
dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan
dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.

2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan

2.2.6 Resis – teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan


menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain
seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin. Resis boleh dikatakan
sebagai proses penolakan warna.
2.2.7 Kolaj – Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong,
mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas
permukaan rata atau 2D . Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan
kolaj adalah daripada bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, pelbagai
jenis kertas dan fabrik.

2.2.8 Kaligrafi – Kaligrafi mengandung dua makna iaitu “keindahan dan


menulis”; kaligrafi merupakan suatu seni artistik tulisan tangan yang
memiliki unsur keindahan dan estetika.
2.2.9 Stensilan – Penggunaan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan
dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong
di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil
yang diletakkan pada kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong
atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang
itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN

1. Susunan Ulang Sekata

Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi
menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya
menggunakan garisan grid sebagai panduan.

2. Susunan Berselang-seli

Motif yang disusun secara berselang-seli antara motif yang lain atau
antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu
penghasilan corak yang menarik dan teratur.
3. Susunan Batu Bata

Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif
seterusnya disusun antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

4. Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi
yang bertentangan.

5. Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu
sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.
6. Susunan Beralun

Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang


sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang
sama atau berbeza.

7. Susunan Berpusat/Berpancar

Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang


dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi
empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

You might also like