You are on page 1of 3

Dialog temubual bersama salah seorang guru subjek Matematik iaitu Cikgu Sazlinawati

Bt A. Jalil

Pengkaji : Assalamualaikum, Cikgu. Saya dari Institut Pendidikan Guru Kampus


Pulau Pinang. Bolehkah saya menemubual cikgu berkenaan
perbezaan individu?

Cikgu Sazlinawati : Waalaikumusalam. Sudah pasti boleh.

Pengkaji : Pertama sekali, bolehkah Cikgu memberi tahu saya perbezaan


individu yang selalunya ada di dalam sesebuah kelas?

Cikgu Sazlinawati :Oh, bagi soalan itu saya boleh katakan ada beberapa perbezaan
individu. Contohnya sepertI perbezaan fizikal, mental, jantina,
personaliti, status sosio-ekonomi, dan juga budaya.

Pengkaji : Seterusnya, antara perbezaan individu yang cikgu sebutkan tadi,


perbezaan individu yang manakah memerlukan perhatian dan
dorongan yang lebih?

Cikgu Sazlinawati :Bagi saya semua perbezaan perlu diberi perhatian yang lebih tetapi
saya sentiasa memberi perhatian yang lebih kepada individu yang
mempunyai perbezaan mental dan personaliti.

Pengkaji :Oh begitu. Apakah sebab cikgu mengutamakan perbezaan mental dan
sahsiah?

Cikgu Sazlinawati :Perbezaan mental membezakan seseorang murid itu dari segi
kebolehan menaakul,berfikir secara logik, berbahasa, berimaginasi dan
sebagainya. Sebagai seorang guru saya merasakan bahawa pekara ini
amat penting. Perbezaan personaliti pula penting untuk mengetahui
tingkah laku dan gaya belajar murid. Ini kerana guru dapat membuat
rancangan pelajaran yang bersesuaian dengan gaya belajar.

Pengkaji : Jelas sekali. Jadi pada pendapat Cikgu apakah implikasi perbezaan
individu dalam PdP?

Cikgu Sazlinawati : Antara implikasinya guru perlu merancang teknik, kaedah dan strategi
PdP mengikut jenis kecerdasan dan potensi yang tardapat pada murid-
muridnya. Melalui aktiviti yang sesuai, menarik dan berkesan, setiap
murid dapat belajar secara optimum. Pelbagai teknik dan kaedah yang
diintegrasikan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran akan
memberikan peluang untuk murid belajar secara aktif dan
menyeronokkan. tumpuan tidak seharusnya diberikan kepada
kecerdasan logik matematik sahaja, malah guru juga boleh
mengintegrasikan pendekatan dan teknik PdPnya dengan kecerdasan
lain melalui pelbagai aktiviti yang sesuai. Misalnya, dalam satu sesi
PdP tajuk nombor bulat bagi murid tahun 1, aktiviti-aktiviti yang boleh
diintegrasi adalah seperti nyanyian lagu “Sepuluh Budak Hitam”
(kecerdasan muzikal), membentuk nombor menggunakan tanah liat
(kecerdasan visual-ruang), dan membuat pergerakan mengikut arahan
(kecerdasan kinestetik). Misalnya menepuk tangan untuk nombor 1,
hentak kaki untuk nombor 2 dan seterusnya.

Pengkaji : Oh begitu, saya berharap perkongsian yang diberikan oleh cikgu


dapat saya aplikasikan pada masa akan datang. Baiklah, soalan
seterusnya, apakah contoh teknik yang cikgu guna untuk mengatasi
perbezaan individu ini?

Cikgu Sazlinawati : Murid-murid di kelas saya merupakan pelajar yang aktif bergerak.
Oleh itu saya merasakan aktiviti seperti permainan yang berkaitan
dengan pelajaran membantu saya untuk menarik murid untuk belajar.

Pengkaji : Baiklah, soalan yang terakhir untuk sesi temuramah kuta pada hari ini,
apakah kekangan untuk melaksanakan PdP berdasarkan perbezaan
individu?

Cikgu Sazlinawati :Antara kekangan di dalam kelas untuk melaksanakan PdP


berdasarkan perbezaan individu adalah bilangan pelajar yang terlalu
ramai. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila
bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai
tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi
tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak
mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut.
Jadi,pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti
pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat
bising,mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.
Pengkaji : Terima kasih Cikgu kerana sudi meluangkan masa bersama saya.
Diharap apa yang kita bincangkan sebentar tadi dapat memberi
panduan untuk saya menjadi seorang guru yang berjaya. Sekian,
terima kasih.

Cikgu Sazlinawati : Sama-sama.

You might also like