You are on page 1of 2

Minggu : 1

Tarikh : 16 Jun 2019

Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran

Pensyarah Major : Palanisamy A/L Kathir Veloo

Guru Pemimbing : Puan Rosdahani Binti Ambuar

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal

Tajuk jurnal : Murid tidak menumpukan perhatian ketika Pembelajaran dan


Pemudahcaraan(PdPc) berlangsung

Isu yang difokuskan

Saya telah menjalankan PdPc subjek Matematik di kelas tahun 2 Elit dan 5 Elit. Secara
keseluruhanya, saya mendapati murid-murid hanya menumpukan perhatian ketika set induksi
dan fasa perkembangan seperti kerja kumpulan. Namun, mereka tidak dapat memberi
tumpuan sepenuhnya ketika fasa imaginasi iaitu ketika saya memberi penerangan di hadapan
kelas. Contohnya, terdapat segelintir murid iaitu dua hingga empat orang murid yang sering
ke tempat kawan dan bercakap dengan kawan. Hal ini demikian kerana, mereka mulai berasa
bosan terhadap pengajaran yang saya sampaikan.

Analisis yang difokuskan

Punca murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam sesi PdPc hasil daripada analisis
terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak
dapat menarik perhatian murid iaitu menggunakan papan putih. Selain itu, gaya pengajaran
yang digunakan kurang menarik serta pengajaran terlalu berfokuskan kepada guru. Apabila
murid tidak dapat menumpukan perhatian ketika PdPc berlangsung, mereka tidak dapat
menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna dan menjejaskan minat mereka
untuk terus mempelajari ilmu baru. Tambahan pula, keputusan ujian dan peperiksaan juga
turut terkesan.
Kajian lampau

Menurut Ahmad Zanzali dan Daud dalam Faizab Ja’apar (2017) menyatakan bahawa
penggunaan buku teks, papan hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah
pengajaran guru dalam proses P&P, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam proses
P&P bagi meningkat minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta
kaedah tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar.

Cadangan dan idea penyelesaian masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-

i) Penggunaan alat atau bahan bantu mengajar yang menarik seperti bahan maujud atau
penggunaan teknologi seperti video pembelajaran.

ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan.

iii) Menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik perhatian murid.

Tempoh masa penyelesaian

1 minggu

Tindakan susulan

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mendapatkan bahan berbentuk video yang
berkaitan dengan pengajaran topik yang saya ingin ajar. Selain itu, menggunakan bahan
bantu mengajar yang berbentuk bahan maujud serta mengaplikasikan gaya pembelajaran
yang lebih menarik seperti belajar sambil bermain.

Rujukan

Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar(BBM) dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
(P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Tesis Ijazah Sarjana
Muda. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Universiti Tun Hussien Onn
Malaysia.

You might also like