You are on page 1of 17

@aisyah.

assiddiqah

Panduan
Sembuh
Psoriasis
Tanpa Ubat
Oleh : A’isyah As Siddiqah binti Sariff
2023

1
@aisyah.assiddiqah

Pendahuluan
Kalau awak suka google kenapa kulit awak macam ni, macam tu, mesti
awak dah tahu apa itu psoriasis kan? Dan kalau baca kat page2 doctor
biasanya awak akan dapat maklumat yang psoriasis ni TIADA UBAT. Betul
tak?

Haa sebab saya sendiri pun dah 14 tahun kena penyakit ni, jadi saya boleh
katakan sebenarnya kita BOLEH SEMBUH. Saya bercerita sebagai orang
yang dah pernah sembuh setiap kali saya tekad nak sembuh ya, bukan
sebagai seorang yang lagi terer daripada doctor. Tidak.

Awak ada pilihan samada nak gunakan cara saya ni, atau nak guna ubat
doctor. Tapi saya nasihatkan awak untuk pergi jumpa doctor dulu, biar
doctor sahkan yang awak memang kena psoriasis, bukan awak agak2 saja
daripada ilmu yang awak ceduk daripada bacaan2 awak di internet. Saya
cadangkan awak pergi jumpa doctor pakar kulit. Doctor biasa di klinik biasa,
biasanya tak tahu sangat pasal penyakit psoriasis ni. Biasanya mereka akan
diagnose kita sebagai penyakit eczema. Dan sebagai pesakit yang dah 14
tahun kena psoriasis, saya boleh katakan ia totally different.

So psoriasis ni adalah penyakit usus yang timbul kat kulit. So sebenarnya


awak sakit usus, bukan sakit kulit. Pening? Tak apa saya explain dalam
next bab.

So konklusi untuk pendahuluan ini adalah, langkah pertama awak kena buat:

1. Jumpa pakar dan sahkan yang awak memang kena psoriasis.

2
@aisyah.assiddiqah

Apa itu Psoriasis


So sebenarnya psoriasis ni adalah penyakit usus, biasa orang panggil leaky gut
maksudnya usus bocor.
Bocor tu bukan maksudnya koyak. Ni bocor yang tak nampak. Awak bayangkan
macam kain, kalau kita lalukan air atas kain tu, air tembus kan? Sebab ada lubang2
kecil pada kain tu betul tak?
Samalah dengan usus, dia ada kebocoran2 halus macam kain tu. So makanan yang
kita makan, dia tak duduk diam dalam usus. Dia pergi keluar masuk dalam darah.
Walaupun makanan tu bagus, contohnya protein haiwan, macam ayam, atau pun
susu, bagus Kan? Kalsium. Tapi bila dia , masuk dalam darah, lain lah jadinya.

Apa yang jadi? Jadilah tompok2 psoriasis tuu.

So sebenarnya kita kena betulkan makan kita. Untuk betulkan usus kita semula. Kita
ken tebalkan dinding usus semula, tu je. Nanti dah boleh makan balik makanan yang
kita tak boleh makan tu lepas usus kita dah tebal, means sihat dan kuat.

So sebenarnya banyak lagi lah penyakit yang penyebabnya adalah usus ni. Bezanya
dia serang kat mana.

Ada orang kena kat gerd. Usus jugak.


Eczema. Usus jugak.
Thyroid. Usus jugak.
Ha yang kita ni kena kat kulit, so dapatlah psoriasis.
Basic dia sama. Kita ada alahan terhadap makanan tertentu. Tapi makanannya
berbeza.

BAGAIMANA ANDA TAHU ANDA MEMPUNYAI MASALAH SINDROM KETIRISAN


USUS (LGS)?

Salah satu tanda utama masalah LGS ini anda mempunyai sensitiviti atau alahan
kepada pelbagai makanan. Ia berlaku kerana partikel-partikel protin dan lemak
terhadam ter’bocor’ di celah-celah sel-sel di dinding usus anda dan masuk ke
saluran darah yang menyebabkan reaksi alahan ini. Oleh itu dicadangkan anda
membuat ujian darah untuk menguji masalah LGS ini di klinik-klinik yang tertentu.

3
@aisyah.assiddiqah

Alahan kepada makanan ini bukanlah semata-mata anda akan mendapat ruam,
gatal dan bengkak pada kulit anda. Selalunya simptom yang lebih biasa adalah
seperti:

• Angin/kembong (bloated)
• Sakit perut jika tersalah makan (food sensivities)
• Masalah thyroid (hyper atau hypothyroid)
• Lesu (fatigue) & kurang tenaga
• Sakit-sakit sendi (tanpa sebab yang nyata)
• Sakit dan sengal urat (tanpa sebab yang nyata)
• Sakit kepala atau migrain
• Masalah kulit – ekzema, jerawat dan rosacea
(kulit menjadi bengkak & kemerahan)
• Masalah penghadaman
• Masalah berat badan dan sangat susah menurunkan berat walaupun bersenam
dan berdiet.

Simptom awal ini akan melarat dan menjadi lebih teruk jika tidak di rawat dengan
betul, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih teruk seperti:

• Inflammatory Bowel Disease (IBD) – Penyakit Crohn’s, Coeliac


• Irritable Bowel Syndrome (IBS)
• Sakit radang sendi (arthritis)
• Ekzema
• Psoriasis
• Depressi (Kemurungan)
• Anxiety (Kerisauan)
• Migrain
• Sakit Otot (Myalgia)
• Lesu Kronik (Chronic Fatigue)

4
@aisyah.assiddiqah

Dalam kajian yang dilaporkan dalam jurnal perubatan iaitu Journal of Diabetes
(Vaarala, 2008), terdapat bukti yang kuat yang menunjukkan bahawa LGS ini adalah
punca kepada masalah penyakit autoimmun termasuklah masalah diabetes jenis 1.

Lagi satu masalah dengan LGS adalah masalah gangguan penyerapan nutrisi
(malabsorption) untuk zat-zat pemakanan penting seperti vitamin (vitamin B12) dan
minerals (zinc, zat besi) yang akan menyebabkan gangguan kepada metabolisma
sels-sel tubuh kita.

PUNCA KEPADA MASALAH LGS

Lectin adalah bahan protin yang boleh menyebabkan masalah keradangan dalam
usus dan mencetuskan masalah LGS. Lectin didapati dalam makanan yang kita
makan dengan kandungan yang rendah dan bukan hanya dalam bijirin biasa yang
kita makan. Masalah lectin ini adalah kandungan yang tinggi dalam makanan bijirin
seperti gandum, beras, spelt dan soya. Dengan proses penapaian dan
mencambahkan (sprouting) ia akan mengurangkan kandungan lectin dan phytate
didalam bijirin ini. Bijirin yang di olah genetiknya iaitu GMO dan bijirin hybrid
mempunyai kandungan lectin yang tinggi untuk ia tahan serangga perosak.

Bijirin yang tinggi kandungan gluten juga menyebabkan masalah LGS ini kerana ia
merosakkan protin ikatan ketat (tight junction) pada sel-sel di dinding usus. Jika usus
anda tidak pulih, makan bijirin sekali-sekala tidak akan menyebabkan apa-apa
masalah.

Susu lembu yang biasa adalah diantara makanan yang menyebabkan masalah LGS
ini kerana terdapat komponen dalam usus iaitu protin A1 kasein. Proses
mempasteur susu akan merosakkan enzim yang penting menjadikan laktosa dalam
susu susah di hadamkan. Oleh kerana itu susu yang lebih sihat diambil adalah susu
lembu A2 (organik), susu kambing, susu biri-biri dan susu kerbau.

Gula adalah satu bahan yang juga menyebabkan masalah kepada kesihatan usus

Gula membekalkan makanan kepada kulat usus (yis & kandida) dan bakteria jahat
dalam usus yang akan menyebabkan masalah LGS dan merosakkan usus. Bakteria
jahat dalam usus akan menghasilkan banyak bahan toksin yang dipanggil
‘eksotoksin’ yang merosakkan sel-sel sihat pada dinding usus dan menyebabkan
LGS.

5
@aisyah.assiddiqah

4 LANGKAH MEMULIHKAN MASALAH LGS

Kita boleh memulihkan secara beransur-ansur masalah LGS ini dengan pemakanan
dan suplemen tertentu.
4 langkah yang boleh kita lakukan adalah:

1. REMOVED -Pantang/ Elakkan makanan dan faktor yang merosakkan usus


2. REPLACED - Ganti/ Tukar dengan makanan yang memulihkan usus
3. REPAIR – memulihkan usus dengan suplemen yang tertentu
4. REBALANCE – menyeimbangkan bakteria baik (probiotik) dalam usus

1. Pantang & Elakkan Makanan dan Faktor yang merosakkan usus

Adalah sangat penting untuk kita membuang bahan allergen dan makanan yang
menyebabkan keradangan dalam pemakanan seharian. Elakkan gula pasir, tepung
gandum, lemak trans (marjerin & krimer), bahan penambah makanan sintetik dan
produk susu konvensional. Elakkan pendedahan kepada bahan toksin yang boleh
merosakkan usus seperti air paip tanpa bertapis, racun serangga, racun rumpai,
ubat NSAIDS dan ubat antibiotik (jika tiada keperluan).

2. Ganti / Tukarkan dengan Makanan yang memulihkan usus

Beberapa makanan perlu kita ambil dan gantikan dengan makanan yang telah kita
cuba pantang. Makanan-makanan ini penting untuk membantu memulihkan usus
dan sel-sel di dinding usus (epithelial).

Senarai makanan yang boleh kita ambil adalah:

• Sup Tulang (Bone Broth) – ia mengandungi kolagen dan asid amino proline &
glycine yang akan membantu memulihkan sel-sel usus yang rosak.
• Produk Tenusu asli/organik – seperti dadih (yogurt), kefir, mentega, keju dsbgnya
kerana ia mengandungi kuman baik probiotik dan asid lemak rantaian pendek
(SCFA) yang membantu memulihkan usus.

6
@aisyah.assiddiqah

• Sayuran atau makanan yang di peram/tapai – seperti kimchi, saurkraut dan kvass,
kerana ia mengandungi bahan asid organik yang menyeimbangkan pH dalam usus
dan membekalkan probiotik yang penting untuk kesihatan usus. Di Malaysia produk
yang diperam adalah seperti tempe, budu, belacan, cencalok, tempoyak dsbgnya.

• Produk Kelapa – semua produk berasaskan kelapa adalah sangat baik untuk usus
seperti santan dan minyak kelapa dara. Ia mengandungi asid lemak rantaian
sederhana (MCFA) yang mudah dihadamkan oleh usus dan membantu membunuh
kulat dan yis dalam usus.

• Bijirin Bercambah (Sprouted Seeds) – seperti chia seed, flaxseed dan hemp seed
yang telah bercambah. Ia adalah sumber serat yang sangat baik yang bertindak
sebagai prebiotik iaitu makanan untuk kuman baik probiotik. Sumber serat yang baik
juga daripada sayuran dan buah-buahan serta bahan seperi gam arab (Al Manna)
yang boleh juga kita amalkan selalu.

• Lemak Sihat – pengambilan minyak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa
dara, minyak ikan, habbatussauda, minyak sapi, telur, avocado membantu
pemulihan usus. Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 juga perlu kita amalkan
kerana sifat anti keradangannya penting untuk mengawal keradangan usus dan
memulihkan sel-sel usus.

• Buah-buahan – mengambil sekurang-kurangkan 2 hidangan buah-buahan setiap


hari adalah sangat penting untuk pemulihan usus. Ambil buah-buahan semasa perut
kosong dan jadikan hidangan wajib setiap hari. Walaubagaimanapun, berpada-pada
dengan jumlah buah-buahan yang kita ambil supaya tidak melampau dan tidak
membuat jus dengannya kerana jus yang di buang serat adalah sangat tinggi gula.

3. Pulihkan Usus dengan suplemen khusus

Dalam pelan rawatan masalah LGS ini terdapat beberapa suplemen yang perlu
diambil untuk meyokong sistem penghadaman yang sihat dan melindungi sel-sel
lapisan dalam dinding usus daripada kerosakan yang lebih teruk. Suplemen-
suplemen yang boleh membantu dalam masalah LGS ini adalah:

i. Probiotik (50 – 100 billion unit sehari)

7
@aisyah.assiddiqah

Ini adalah suplemen yang paling penting untuk diambil kerana ia membantu untuk
menambahkan semula bakteria baik (probiotik) dan bersaing dengan bakteria jahat
dalam usus.

8
@aisyah.assiddiqah

Apa itu Gluten?

9
@aisyah.assiddiqah

Makanan yang dibolehkan

10
@aisyah.assiddiqah

Makanan yang dielakkan

11
@aisyah.assiddiqah

Menu Cadangan

12
@aisyah.assiddiqah

Supplement yang diperlukan


Probiotik ini boleh diambil daripada makanan yang kaya dengannya seperti budu,
tempoyak, belacan, cencalok, kimchi dsbgnya. Ia juga boleh diambil dalam bentuk
capsul suplemen yang dijual di farmasi atau klinik. Jika anda hanya berpantang
makanan yang merosakkan usus tetapi tidak menambah semula bakteria baik ke
dalam usus maka usaha rawatan ini tidak lengkap dan mungkin akan gagal.

Kajian menunjukkan diantara jenis probiotik yang baik adalah strain Bacillus clausii ,
Bacillus subtilis , Saccharomyces boulardi , Bacillus coagulans , Lactobacillus sp,
Bifidobacteria sp dsbgnya.

ii. Enzim Penghadaman (Digestive Enzymes)-1-2 capsul sebelum makan.

Pengambilan suplemen enzim penghadaman ini untuk memastikan makanan yang


di makan di hadamkan secara lengkap dan mengurangkan kebarangkalian partikel
makanan yang separa hadam dan protin membocorkan usus akibat LGS dan
menyebabkan tindakbalas immuniti dan keradangan yang tidak diingini.

Suplemen enzim ini boleh di dapati dengan doktor yang merawat dan sesetengah
jenama suplemen antarabangsa yang terkenal. Sila rujuk doktor anda untuk
maklumat tentangnya.

Saya mencadangkan pengambilan spektrum penuh serat yang mengandungi


beberapa jenis enzim seperti:
• Protease — pengahdaman protin (termasuk gluten)
• Amylase — pengahdaman kanji
• Lipase — penghadaman lemak
• Lactase — penghadaman laktosa (gula susu).

Terdapat juga enzim yang lebih khusus untuk penghadaman jenis-jenis makanan
tertentu. Anda perlu merujuk doktor anda untuk maklumat yang lebih khusus.

iii. L-Glutamin

13
@aisyah.assiddiqah

Ini adalah suplemen yang sangat penting dalam program rawatan dan ia bertujuan
untuk pemulihan masalah LGS ini. Glutamin ini adalah asid amino yang penting dan
bersifat anti keradangan dan bertujuan untuk pertumbuhan dan pemulihan lapisan
dinding dalam usus.

Kajian menunjukkan suplemen L-Glutamin membantu sebagai pelindung dinding


dalam usus dengan melapisi (coating) dinding sel-sel epithelium dan bertindak
sebagai penolak (repellent) kepada bahan-bahan yang menyebabkan irritasi.

iv. Serat / Fiber

Serat adalah sangat penting sama seperti probiotik dalam rawatan LGS. Tanpa serat
kuman baik probiotik tidak boleh hidup. Kita perlu mengambil serat yang banyak
untuk memberikan makanan kepada bakteria baik probiotik dalam usus. Oleh kerana
itu, makanan yang kaya dengan serat seperti chia seed, gum arabik (Al Manna),
flaxseed, ubi kayu, keledek, keladi, oat, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah
penting.

Untuk pesakit LGS, pengambilan serat boleh di amalkan dengan mengambil sayur-
sayuran yang di kukus seperti brokoli, lobak merah, bunga kobis dll. Buah-buahan
juga di galakkan pengambilannya 3-4 hidangan sehari.

Tetapi jika usus anda terlalu sensitif dengan buah-buahan, mulakan dengan serat
lain atau boleh ambil suplemen Gum Arabik (Al- Manna) atau suplemen serat
physillium husk. Target jumlah serat yang diperlukan adalah 30-40 gram sehari.

v. Serbuk Kolagen

Serbuk kolagen boleh diambil sebagai suplemen dalam masalah LGS ini. Kolagen
adalah protin yang menyokong dalam memberikan kekuatan kepada tulang, rawan
dan urat tendon.

Apabila di masak, ia menjadi ‘gelatin’ dan kajian menunjukkan dengan mengambil


suplemen kolagen atau gelatin ia akan meningkatkan penghasilan jus gastrik (asid
perut) dan membantu meningkatkan kesihatan lapisan mukosa perut dan usus.

14
@aisyah.assiddiqah

Kolagen juga mengandungi asid amino seperti proline dan glycine yang merupakan
bahan pembina asas untuk memperbaiki sel-sel di lapisan dinding usus.
Pengambilan suplemen kolagen 2 sudu dua kali sehari boleh membantu
mendapatkan sumber asid amino ini.

vi. N-Acetyl Glucosamine (NAG)

N-Acetyl Glucosamine (NAG) adalah sejenis suplemen yang melindungi lapisan


dalam perut dan usus. Ia telah mula di terima oleh ahli perubatan konvensional.

Ia bersifat anti keradangan , oleh itu ia di gunakan dalam penyakit reput sendi
(osteoarthritis) dan penyakit keradangan usus (IBD) iaitu Ulcerative colitis dan
Crohn’s

vii. Cendawan Reishi (Ganoderma)


Ia adalah suplemen jenis adaptogenik yang mempunyai kesan positif kepada sistem
imuniti tubuh yang berpusat dalam usus. Kajian menunjukkan ia membantu dalam
penyakit kanser dan juga melindungi sel-sel normal daripada bermutasi.

Kajian juga menunjukkan ia sangat baik untuk sistem imuniti tubuh kita dengan
membantu organ hati menjalankan aktiviti detoksifikasi.

viii. Akar Likoris (Licorice Roots)

Ini adalah sejenis bahan herba adaptogenik yang memberi kesimbangan hormon
kortisol dan meningkatkan penghasilan asid dalam perut. Kajian menunjukkan
bahawa, akar likoris ini menyokong proses semulajadi tubuh untuk menjaga lapisan
mukosa dalam perut dan usus duodenum. Kajian menunjukkan herba ini
sebenarnya lebih bermanfaat untuk seseorang yang mengalami masalah LGS akibat
stres emosi kerana ia bertindak dengan cara memperbaiki penghasilan dan
metabolisma kortisol yang berkaitan dengan stres.
Likoris mengandungi bahan ‘glycyrrhizin’ yang telah di ketahui menyebabkan
sembab air (edema) dan darah tinggi (hypertensi) jika diambil dengan kuantiti yang
banyak. Kuantiti yang dicadangkan adalah 6-18 gram sehari untuk masalah LGS.
Kebanyak produk likoris yang dijual di pasaran mengandungi 500mg hingga 1000mg
dalam satu dos.

15
@aisyah.assiddiqah

Suplemen herba likoris ini boleh didapati di farmasi atau boleh di beli secara online.

ix. Herba Shilajit

Ia adalah sejenis herba perubatan Ayurveda yang kelihatan seperti minyak tar.
Kajian , menunjukkan ia melindungi lapisan dalam perut dan membantu dalam
rawatan ulser perut dan ia juga bersifat anti keradangan yang di cetuskan dan di
tambah teruk oleh masalah LGS. Herba ini boleh didapati di farmasi dan secara
online.

x. Akar Marshmallow

Kajian menunjukkan ianya adalah sejenis herba yang mempunyai sifat anti oksidan
dan anti histamin. Ini menjadikan ianya satu suplemen tambahan yang sangat baik
dalam rawatan LGS kerana histamin juga merupakan isu dalam masalah ini.

4. Menyeimbangkan bakteria baik (probiotik) dalam usus

Keseimbangan diantara bakteria baik dan bakteria jahat dalam usus adalah asas
kepada pelan rawatan untuk masalah LGS ini. Mengambil suplemen probiotik
berkualiti tinggi adalah cara yang lebih mudah untuk mencapai keseimbangan ini.
Tanpa memperbaiki keseimbangan probiotik ini maka rawatan untuk LGS adalah
hampir mustahil.

Terdapat pelbagai jenis probiotik ini dan masing-masing mempunyai peranan dan
kelebihan masing-masing. Sesetengah probiotik membantu meningkatkan imuniti
tubuh, sesetengah pula membantu untuk keseimbangan hormon. Oleh itu penting
juga untuk kita mengambil pelbagai jenis probiotik untuk membantu proses
pemulihan LGS ini.

Apabila kita membeli produk probiotik, penting untuk kita membaca label untuk
mengetahui jenis, species dan strain probiotik yang kita ambil. Labelnya juga akan
menulis tentang CFU (colony forming unit) iaitu jumlah probiotik yang ada dalam
produk tersebut semasa pengilangannya.

Pilih jenama yang baik dan mempunyai reputasi yang baik. Pilih produk yang
mempunyai nilai CFU yang tinggi seperti 30 billion atau 50 billion CFU. Pengambilan

16
@aisyah.assiddiqah

2 ke 4 capsul sehari adalah memadai untuk masalah LGS ini. Ambil lah produk
probiotik dengan pelbagai jenis ‘strain’ yang baik.

Jenis-jenis species probiotik yang ada seperti:


• Bacillus clausii
• Bacillus subtilis
• Saccharomyces boulardii
• Bacillus coagulans
• Lactobacillus plantarum
• Lactobacillus paracasei
• Bifidobacterium bifidum
• Bifidobacterium longum
• Bifidobacterium breve
• Bifidobacterium infantis
• Lactobacillus casei
• Lactobacillus acidophilus
• Lactobacillus bulgaricus
• Lactobacillus brevis
• Lactobacillus rhamnosus

Amalkan pemakanan sihat dengan mengambil makanan asli yang kaya dengan
serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Elakkan pengambilan
makanan proses yang tinggi gula, lemak trans dan tepung gandum yang menjadi
punca kepada masalah LGS ini. Insyaallah

17

You might also like