You are on page 1of 3

Makanan berserat tinggi adalah sangat penting dalam diet seharian, terutamanya jika anda

mempunyai masalah lebihan berat badan dan sedang berusaha untuk menurunkan berat
badan. Atau pun jika anda kerap sembelit. Apakah yang dimaksudkan dengan makanan
berserat tinggi? Apakah kepentingannya kepada tubuh badan? Apakah sumber makanan
berserat tinggi?

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan berserat tinggi?


Serat atau fiber adalah makanan dari bahan selulos yang tidak boleh dicerna dan dihadam
oleh sistem pencernaan manusia dan ia hanya boleh didapati daripada sumber tanaman dan
tumbuhan. Serat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Serat larut ( Soluble fiber )


Serat tidak larut ( Insoluble fiber )
makanan berserat tinggi
Sumber: Hellosehat
Berapa banyak serat yang perlu diambil oleh seorang manusia setiap hari?
Menurut kajian, seseorang lelaki dewasa yang berumur kurang daripada 40 tahun perlu
mengambil sekurang-kurangnya 38 gram serat setiap hari sementara seorang wanita
dewasa yang berumur kurang daripada 40 tahun pula memerlukan sebanyak 25 gram serat
setiap hari.

Kajian tersebut juga mendapati bahawa seorang lelaki dewasa yang berumur lebih daripada
50 tahun memerlukan sebanyak 30 gram serat setiap hari dan wanita yang berumur lebih
daripada 50 tahun hanya memerlukan lebih kurang 21 gram serat sehari.

Apakah fungsi makanan berserat tinggi?


Serat adalah sangat penting kepada tubuh badan manusia. Di antara fungsi serat ialah:

Menjaga berat badan yang ideal


Menjaga kesihatan sistem penghadaman
Melancarkan sistem perkumuhan
Membantu proses penyahtinjaan berjalan dengan baik dan mengelakkan masalah sembelit
Memberi rasa kenyang dengan lebih lama dan lebih cepat
Mengelakkan anda makan berlebihan
Mencegah penyakit strok
Mengelakkan penyakit darah tinggi
Mengurangkan risiko kencing manis
Apakah kesan kekurangan makanan berserat tinggi kepada tubuh badan?
Sekiranya anda tidak mengambil serat yang secukupnya setiap hari, anda akan mengalami
masalah berikut:

Sembelit
Masalah lebihan berat badan
Lambat berasa kenyang lalu menyebabkan anda makan dengan lebih banyak dan berlebihan
berbanding yang sepatutnya
Anda akan mudah berasa lapar semula
Masalah pada sistem penghadaman
Masalah pada sistem perkumuhan
Meningkatkan risiko penyakit strok
Meningkatkan risiko penyakit kencing manis
Meningkatkan risiko penyakit darah tinggi
makanan berserat tinggi
Sumber: Healthxchanges
Apakah sumber makanan berserat tinggi yang baik untuk tubuh badan?
Jika anda nakkan badan yang sihat dan kekal langsing tanpa perlu pening untuk memikirkan
cara untuk menurunkan berat badan, ini adalah makanan berserat tinggi yang perlu anda
masukkan dalam menu diet setiap hari:

Betik adalah makanan berserat tinggi yang paling mudah untuk anda perolehi. Ianya bukan
sahaja lazat malah harganya juga sangat murah. Pernah dengar orang kata, kalau sembelit
makan buah betik supaya lawas? Ianya adalah sangat benar kerana betik kaya dengan serat
yang membantu melancarkan proses pencernaan dan membantu mengatasi masalah
sembelit. Enzim yang terdapat dalam betik juga dapat meningkatkan fungsi sistem
pencernaan.
Brokoli merupakan salah satu daripada sayuran yang sangat tinggi drngan serat. Tahukah
anda, dalam satu cawan brokoli terdapat sebanyak 5.1 gram serat. Oleh itu, kalau anda ke
pasar jangan lupa untuk beli brokoli.
Buah pear bukan sahaja sedap, manis, dan berbau harum. Ia juga merupakan buah yang
sangat baik untuk kesihatan memandangkan ia sangat kaya dengan serat. Dalam satu biji
buah pear terdapat kira-kira 5.3 gram serat. Oleh itu, jika anda sedang berdiet dan berusaha
untuk menurunkan berat badan, jangan lupa untuk masukkan buah pear dalam senarai
buah dalam menu harian anda.
Avokado. Sejak dulu lagi orang barat menggunakan avokado sebagai salah satu cara untuk
mengatasi masalah sembelit dan menjaga kesihatan sistem pencernaan. Avokado
mengandungi kandungan serat yang tinggi dan membantu menjada kecantikan kulit dan
mencegah anemia dengan cara membantu penghasilan sel darah merah.
Oat. Oat merupakan makanan diet yang paling popular di Malaysia. Jika anda nak kurus,
elakkan makan nas lemak atau roti canai semasa bersarapan, tapi bertukarlah kepada oat
yang jauh lebih sihat. Oat kaya dengan serat yang memberikan anda rasa kenyang dengan
lebih cepat dan lebih lama. Selain itu, oat juga mengandungi beta glucan yang merupakan
sejenis serat yang membantu menurunkan paras kolesterol dalam tubuh badan. Malah oat
berfungsi untuk meningkatkan imuniti dan daya tahan lawan penyakit. Mengamalkan oat
setiap hari juga akan membantu sistem pencernaan anda.
Kekacang seperti badam, walnut, kacang peas, makadamia, dan kacang tanah sangat kaya
dengan serat. lemak sihat, dan protein. Oleh itu, jika anda berasa lapar, jadikan kekacang
sebagai jajan dan kudapan. Elakkan daripada makan pisang goreng cheese, keropok lekor,
ayam gunting, dan sebagainya. Satu cawan kekacang mengandungi kira-kira 16.3 gram
serat.
Gandum sangat kaya dengan serat. Anda boleh makan bijirin gandum yang dimasak sebagai
bubur gandum atau boleh juga makan gandum dalam bentuk tepung gandum. Tepung
gandum sememangnya sejenis tepung yang banyak digunakan dalam bidang masakan.
Terdapat pelbagai masakan yang berasaskan tepung gandum seperti kueh-mueh, pasta,
mee kuning, pastri, roti dan sebagainya. Gandum bukan sahaja memberikan rasa kenyang
yang lama malah ia juga membekalkan tenaga.
makanan berserat tinggi
Sumber: Wikipedia
Itulah dia tadi info tentang makanan berserat tinggi yang ingin kami kongsikan kepada anda
pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin
berminat untuk membaca tulisan kami tentang panduan piramid makanan, makanan
protein, dan makanan karbohidrat.

You might also like