You are on page 1of 3

LAMPIRAN 1-1

2.1 Pernyataan Profesional

Sebelum PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah kali ke-2 (PBS 2) merupakan satu program yang wajib
diikuti oleh semua pelajar guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Antara
tujuan utama program ini ialah bagi memberi serta membekalkan pengalaman di samping
sebagai pendedahan awal kepada pelajar PISMP mengenai suasana sebenar di sekolah, budaya
sekolah, organisasi atau pengurusan sekolah, prasarana dan sebagainya.

Sebelum menjalani PBS untuk kali kedua, saya dan rakan-rakan telah menghadiri satu
sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai dari Unit Praktikum yang memfokuskan mengenai
beberapa perkara yang perlu dilakukan ketika menjalani PBS 2. Seterusnya, saya juga telah
mendapatkan penerangan mengenai beberapa tugasan yang diberikan oleh para pensyarah
untuk dilaksanakan sepanjang seminggu tempoh PBS 2.Selain itu, sebagai persiapan awal
sebelum menjalani PBS 2, saya juga telah mengenal pasti beberapa lagi tugasan yang perlu
disempurnakan. Antaraya termasuklah mendapatkan maklumat mengenai sekolah yang dipilih,
memerhati suasana dan bilik darjah sekolah seperti susun atur bilik darjah, cara maklumat
dipamerkan dalam kelas, kemudahan yang disediakan dan lain-lain lagi.

Di samping itu, saya juga telah melakukan perbincangan dengan rakan kumpulan bagi
membina soalan berkaitan soal selidik yang akan dilakukan sewaktu PBS 2 serta melaksanakan
laporan kajian kes berkaitan isu-isu pengajaran dan pembelajaran bagi Nombor dan Operasi
dengan penggunaan resos. menyediakan resos untuk menguji tahap keberkesanan resos.
tugasan bagi kursus MTES 3063, iaitu melakukan soal selidik terhadap pelaksanaan Program
LINUS. Maka sebelum memulakan sesi PBS 2, saya telah merangka soal selidik untuk mengkaji
perlaksanaan Program Linus serta merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan resos yang dibina bagi mengatasi isu seperti miskonsepsi, kesilapan, kesukaran
dan lain-lain. Seterusnya, saya telah mencari maklumat di internet mengenai tajuk tugasan yang
diberi. Di samping itu, saya juga telah berbincang bersama kawan saya secara bersemuka dan
atas talian bagi melancarkan tugasan tersebut.

Secara kesimpulannya, saya telah membuat beberapa persiapan awal terhadap tugasan
yang perlu dilaksanakan sewaktu PBS 2. Hal ini demikian, bagi memastikan bahawa semuanya
dapat diselesaikan mengikut tempoh yang telah diberikan.
LAMPIRAN 1-1

Semasa PBS

Sepanjang seminggu tempoh pelaksanaan PBS 2, saya telah berkesempatan untuk


menjalankan beberapa aktiviti dan tugasan yang telah diberikan. Berikut merupakan jadual aktiviti
yang telah dilalui semasa menjalan PBS kali ke-2 Sekolah Kebangsaan Maras pada 26 Ogos
2018 – 30 Ogos 2018.

BIL TARIKH AKTIVITI / CATATAN


1 26 Ogos  Melaporkan diri kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Maras, iaitu
2018 Puan Jamilah Binti Harun.
(Ahad)  Menghadiri perhimpunan rasmi mingguan.
 Berkenalan dengan guru-guru sekolah.
 Mendapatkan maklumat mengenai sekolah.
 Meninjau kawasan sekolah.
2 27 Ogos  Mengikuti sesi perhimpunan pagi (aktiviti minggu Bahasa Melayu)
2018  Mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk “merdekakah kita?”
(Isnin)  Melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam senarai tugasan PBS 2
 Melawat perpustakaan
3 28 Ogos  Mengikuti sesi perhimpunan pagi (aktiviti minggu Bahasa
2018 Arab/Matematik)
(Selasa)  Menyertai Program Jom Sihat dan Aktif
 Memasuki kelas 3 Bestari untuk melaksanakan kajian (Tugasan MTES
3073)
 Mengedarkan kertas soal selidik bagi tugasan MTES 3063
4 29 Ogos  Mengikuti sesi perhimpunan pagi (aktiviti English Day).
2018  Memasuki kelas 3 Bestari untuk membuat pemerhatian bagi sesi

(Rabu) pengajaran & pembelajaran subjek Matematik bersama mentor, iaitu


Puan Y.M. Tn. Nahilah Bt. Syed Abdul Ghani
 Melawat bilik audio visual dan bilik kaunseling
5 30 Ogos  Menghadiri perhimpunan harian waktu pagi, bacaan surat Yassin, Solat
2018 Dhuha, dan Solat Hajat.
(Khamis)  Melengkapkan borang kehadiran dan borang penilaian (mendapatkan
tandatangan pihak pentadbir)
LAMPIRAN 1-1

Selepas PBS

Secara amnya, selepas seminggu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah kali ke-2
(PBS 2) di Sekolah Kebangsaan Maras, banyak pengalaman dan perkara baharu yang dapat
saya perolehi serta pelajari. Segala perkara baharu yang dipelajari sudah semestinya sangat
berguna kepada diri saya sendiri mahupun kepada setiap rakan pelajar guru seperti saya. Hal ini
demikian kerana, setiap perkara yang dipelajari sudah pasti menjadi satu panduan kepada diri
saya untuk diaplikasikan apabila bergelar pendidik kelak.

Sepanjang seminggu berada di Sekolah Kebangsaan Maras, banyak perkara baharu


yang saya pelajari berdasarkan kepada pemerhatian, soal selidik mahupun temu bual yang
dilakukan. Antaranya, melalui pemerhatian, saya dapat mengetahui mengenai budaya sekolah
tersebut. Misalnya, budaya membaca ayat al-quran pada setiap pagi semasa perhimpunan harian
dan budaya menunduk apabila memberi salam kepada guru.

Selain itu, sepanjang seminggu berada di sekolah tersebut, saya juga mendapati bahawa
sahsiah dan tingkah laku murid berada dalam keadaan yang baik. Walaupun sewaktu
perhimpunan murid agak kurang memberi fokus dan sering buat bising, namun apabila berada di
dalam kelas, murid menumpukan tumpuan dengan baik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

Di samping itu, selepas menjalani sesi PBS kali kedua ini, saya juga dapat mempelajari
pelbagai perkara baharu daripada guru di sekolah ini. Sebagai contohnya, bersikap prihatin
terhadap murid dalam kelas seperti menanyakan keadaan kesihatan murid apabila mendapati
murid berada dalam keadaan lemah atau kelihatan kurang sihat.

Konklusinya, tempoh lima hari menjalani PBS 2 pada kai pertama ini telah memberi
banyak pengalaman baharu kepada saya. Saya juga berkesempatan untuk mempelajari pelbagai
ilmu baharu daripada para guru mahupun rakan PBS 2 di sekolah tersebut.

You might also like