You are on page 1of 25

NAMA ;SITTI SAIDAH BT MOHD SAID

GROUP UPSI07
NO ID : D20112052853
NAMA PENSYARAH:DR. NORMAH BT JUSOH
TAJUK: PENYAKIT GOUT


Antara penyakit yang paling digeruni
oleh kaum Adam adalah penyakit gout.
Gout adalah salah satu penyakit
yang melibatkan sistem muskuloskeletal.
Gout ialah sejenis penyakit sendi
seperti artritis.
Penyakit ini tidaklah membawa maut
tetapi mengganggu rutin harian
pengidapnya kerana gout menyebabkan
kesakitan yang amat sangat ketika bergerak.


Bahagian-bahagian sendi yang kerap menjadi sasaran
ialah sendi di bahagian ibu jari kaki, buku lali dan
lutut.
Istilah gout berasal daripada perkataan bahasa
Latin, gutta yang bermakna setitis.
Pengidap paling ramai ialah kaum lelaki yang
berusia lebih 40an.
Sesetengah kes terdapat juga kaum lelaki yang
berusia awal 30an diserang penyakit gout.
Menurut NIH (Nasional Institutes of Health in
Amerika), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta
penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh
lelaki berusia antara 40 50.

Pesakit akan merasa sakit secara tiba-tiba di bahagian ibu jari
kaki, lutut dan pergelangan kaki.
Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah
secara serta-merta bila disentuh .
Sesetengah pesakit akan merasa demam.
Benjolan akan timbul di bahagian sendi yang sakit.
Keadaan ini adalah disebabkan paras asid urik yang tinggi di
dalam darah.
Rupa bentuknya kelihatan seperti kapur atau
dipanggil juga kristal asid urik.
Gout biasanya menyerang bahagian kaki
seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Serangan gout juga boleh berlaku secara
tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya yang
ketara.
Sekiranya pesakit kekurangan air secara
berlebihan.
Akibat pengambilan air beralkohol
Kecederanan pada sendi
Selepas pembedahan
Biasa berlaku pada waktu malam akibat
terkena air sejuk di bahagian sendi yang
sakit.
Bila keadaan ini berlaku maka pesakit akan
menggigil dan berasa demam.
Gambar di sebelah diperolehi melalui buku
Penyakit Gout, Lily Haslina Nasir (2004).

Gout, kartun oleh James Gillray (1799). Penggambaran
yang amat jelas mengenai bengkak dan sakit
keterlaluan yang merupakan gejala-gejala penyakit ini.

Menurut Lily Haslina Nasir (2004) dalam bukunya
Penyakit Gout ada menyatakan antara faktor-faktor yang
menyebabkan penyakit gout ialah:
Mengambil makanan yang kaya dengan purina (purines)
seperti ayam, hatti, ikan bilis, sardin, kekacang, roti manis,
itik dan telur.
Obesiti atau berat badan berlebihan. Sebenarnya memiliki
badan gemuk hanya menimbulkan masalah. Ini kerana
pelbagai penyakit akan menyerang antaranya ialah gout.
Orang yang gemuk biasanya akan makan apa sahaja tanpa
memikirkan akibatnya.

Pendedahan kepada plumbum dalam alam sekitar.
Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh
mengganggu proses pembuangan asid urik dari tubuh.
Faktor genetik. Adalah dianggarkan antara enam hingga
18% mereka yang menghidap gout mempunyai sejarah
keluarga.
Selain itu maklumat daripada internet juga mendapati
:Terlalu gemar mengambil makanan yang berbentuk
kekacang seperti kacang tanah, kacang putih, dan kacang
bergaram atau berperasa.
Gemar makan jeruk buah-buahan
Gemar makan mee segera
Gemar mengambil minuman yang berperisa seperti oren
squash dan minuman berkafein
Gemar dan kerap makan mee kuning dan roti canai.


Gemar dan kerap minum teh kedai
Gemar makan coklat atau minum milo dan yang
sejenis
Gemar makan buah-buahan seperti durian, rambutan,
ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan
dengan jumlah yang banyak.
Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai susu
termasuklah tembikai susu
Kerap mengambil makanan laut seperti kerang,
ketam, udang, sotong dan telur masin
Kerap dan banyak makan buah oren seperti sunkist,
air limau atau teh o ais limau.
Kerap mengambil kordial SUNQUICK serts kordial
yang lain


Terlalu kerap makan makanan berasaskan yang
kari
Kurang mengambil sayur-sayuran yang pahit
seperti bunga betik atau peria dalam menu seharian
Kerap makan cendawan termasuklah ubat yang
berasaskan ganoderma
Kerap mengambil ubat pain killer
Gemar mengambil makanan ringan yang
mengandungi kadar garam berlebihan seperti
Twisties
Gemar makan fastfood seperti pizza, burger dan
nuget
Pengambilan supplement yang bermacam jenis
dan tidak tetap




Peringkat Kedua: Kerap Rasa Letih dan Lesu.
Kualiti Tidur Yang Tidak Bagus.
Ini adalah disebabkan kesakitan yang dialami
oleh pesakit gout terutamanya pada waktu malam.

Peringkat Ketiga: Lemah Tenaga Batin atau Mati
Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Apabila kumpulan Kristal itu kurang atau diserap
badan keradangan akan lega. Jadi individu yang
mengalami keradangan itu terpaksa kerja kuat
kerana bergerak pantas ketika sedang melakukan
hubungan seksual dengan pasangan. Selain itu tiada
sebab lain yang boleh menjejaskan hubungan
seksual penyakit gout. (Dr. Ismail Tambi )


Peringkat Keempat: Serangan Gout pada Ibu Jari
Kaki atau Buku Lali
75% daripada semua serangan pertama ialah ibu jari
kaki.
Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada
sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak.
Disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan
peredaran darah yang buruk.


Peringkat Kelima: Serangan Gout Mula Merebak
ke Lutut dan Tangan
Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga
mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit,
walaupun hanya disentuh dengan lembut.

Peringkat Keenam: Jari-jari Mula Mengeras
dan Bengkok.
Pembentukan batu kapur (Topin) pada sendi
jari pengidap gout yang kronik.

Peringkat Ketujuh: Tofi Mula Menonjol Di
Permukaan Kulit atau Bintik-bintik Kutikel Halus
Muncul Di Sekeliling Cubing Telinga.
Dalam sesetengah kes, karang-karang asid urik
boleh membentuk sejenis karang ginjal.

Peringkat Kelapan: Masalah Buah Pinggang,
Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi,
dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Peningkatan asid urik boleh juga berpunca
akibat masalah buah pinggang atau pengambilan
ubat-ubatan seperti untuk mengawal darah tinggi
dan sakit jantung.





Peringkat Kesembilan: Peringkat Terakhir?
Pada peringkat ini kehidupan pesakit sudah
berada diambang maut.



Terdapat dua cara perawatan iaitu perawatan
tradisional dan rawatan moden
1. Rawatan Tradisional antaranya ialah:
Cara rawatan tradisional adalah antara cara yang
dikatakan paling berkesan untuk merawat gout.
Ramai orang percaya cara ini lebih berkesan dan
selamat digunakan berbanding cara moden.
Rebus kulit kentang dengan air untuk
menjadikannya ekstrak kulit kentang.
Minum air rebusan itu.

2. Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali
Rebuskannya dan dibuat sup bersama dengan
kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup
diminum dan kaki ayam dimakan.
3. Ambil beberapa helai daun pandan dan
rebuskannya.
Minum air rebusan tersebut.
Amalkannya 2 kali seminggu.
4. Selain itu, bekam lintah juga sudah mula
mendapat perhatian ramai setelah melihat
hasilnya amat memuaskan.
Keberkesanan bekam lintah dalam
menyembuhkan penyakit adalah kerana
wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur
lintah.

2. Kaedah Rawatan Moden:

Ubat yang biasa diberikan kepada pesakit gout yang
sakit secara tiba-tiba ialah NSAID atau suntikan
kortikosteroid pada sendi yang sakit.
Bagi pesakit yang kerap mengalami kesakitan pula
digalakkan mengambil ubat secara berjadual yang
dipanggil allopurinol. Ubat ini boleh mengurangkan
kadar asid urik dalam badan.


o Sebenarnya tidak ada kaedah yang paling sesuai
untuk mencegah dari terkena serangan sebarang
penyakit terutamanya gout selain dari mengamalkan
gaya hidup sihat.
o Bagi pesakit gout terlalu banyak senarai makanan
yang tersenarai untuk dielakkan . Oleh itu mencegah
adalah lebih baik dari merawati.
o Namun begitu, yang paling penting adalah perlu
rajin melakukan riadah ataun bersenam. Kaedah
mengeluarkan peluh sesuai bagi mencegah sebaran
penyakit terutamanya gout.
oBagi yang mempunyai sakit kronik, seperti pesakit
kanser, gout, darah tinggi, kolestrole dan diabetes,
banyakkanlah berbuasa. (Dr. Zubaidi Hj. Ahmad)

Berikut cadangan yang sesuai bagi mengelakkan
terkena sakit gout :
oMinum lebih air kosong. Cadangan 2L sehari.
o Elakkan makanan yang berasaskan kacang
terutamanya kacang tanah dan kacang putih.
o Elakkan makan buah-buahan yang dijeruk.
o Elakkan makan mee segera.
o Elakkan makan makanan ringan yang merapu
seperti ring, chikadess dsb.
o Elakkan minuman bergas.
o Kurangkan pengambilan makanan laut
o Kesimpulannya, apa yang paling penting sekali
ialah berfikiran positif. Hati dan pemikiran yang
bersih melambangkan gaya hidup sihat yang
sebenarnya.

Bibliografi:

1. http://wannuraterapi.wordpress.com/2012/08/14/gou
t-punca-dan-cara-rawatan-moden-atau-tradisional/
2. http://www.klik4sihat.com/penyakit-gout-dan-tanda-
tandanya.html#
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Gout
4. http://fuh.my/tanda-penyakit-gout-yang-perlu-
diketahui/
5. Dr. Ismail Tambi, (2008)Terapi Perkahwinan, Panduan
Bagi Menghangatkan Alam Rumah Tangga, Komplikasi
Soal Jawab Majalah Keluarga Dan PA&MA
6. http://www.facebook.com/DrZubaidi
7. Lily Haslina Nasir (2004), Penyakit Gout, Associated
Educational Distributers (M) Sdn Bhd. Melaka.

You might also like