You are on page 1of 15

NAMA: SHARIFAH SALFINAZ BT. SYED HOOD BARAKBAH NO. MATRIKS: D20112053631 NO.

KAD PENGENALAN:791129-02-5254 KUMPULAN: UPSI07 NAMA PENSYARAH:DR. NORMAH JUSOH

Adalah sejenis penyakit artritis disebabkan oleh asid urid yang berlebihan dalam darah. keradangan yang menyebabkan sakit sendi. Terdapat empat kategori gout iaitu gout akut dimana kesan kesakitan dan keradangan hanya pada satu sendi manakala gout kronik keadaan kesakitan dan keradangan lebih daripada satu sendi.

Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba terutama pada bahagian ibu jari, buku lali, kaki, pergelangan kaki dan lutut. Sendi yang terjejas menjadi bengkak Sendi yang terjejas menjadi kemerahan, lembut, panas dan teramat sakit Demam Rasa ketidakselesaan yang berlarutan Kulit akan rasa gatal dan mengelupas selepas keradangan reda.

badan akan menghasilkan asid urid apabila memproses purines (bahan yang terdapat dalam makanan tertentu seperti ikan bilis, asparagus dan cendawan) metabolisma dan pengendalian asid urid yang tidak seimbang menyebabkan asid urid berlebihan dalam darah. mendapan kristal asid urik di sekitar sendi atau di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi. Jika mendapan kristal asid urik berpanjangan di dalam badan, tophi dan batu karang akan terbentuk. Hyperuricemia, iaitu keradangan sendi pula berlaku apabila kandungan asid urik terlalu tinggi di dalam darah

Jantina:-lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus Gaya hidup:- Individu yang banyak minum minuman keras dikatakan lebih berisiko mendapat gout. Obesiti :- Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat:-Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout. Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tibatiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit. Genetik:- Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout. Umur:- Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Kerosakan Sendi
Menurut laman web National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases, gout juga boleh menyerang di bahagian buku lali, tumit, lutut, pergelangan tangan, jari dan juga siku. Asid urik yang bertukar menjadi kristal ini akan menyebabkan keradangan pada sendi-sendi anda. Keradangan yang berlaku secara berterusan akan menyebabkan kerosakan pada sendi, menyebabkan kecacatan dan menghadkan pergerakan anda.

Tophi
tophi ear, tophi goutTophi adalah satu lagi kesan daripada asid urik. Bintik-bintik kecil dan berkapur ini boleh dilihat di manamana bahagian bawah kulit dan juga di cuping telinga. Walaupun secara umunya tophi tidak menyakitkan, tetapi ia boleh membengkak ketika berlakunya serangan gout akut.

Batu Karang
Pembentukan batu karang adalah disebabkan kristal urate berkumpul di dalam buah pinggang di mana fungsi buah pinggang ialah mengeluarkan asid urik yang berlebihan. Jika tidak dirawat dengan segera, keadaan ini akan menyebabkan fungsi buah pinggang anda akan terjejas. Walaupun mengekalkan berat badan membantu anda menangani apa sahaja jenis artritis, termasuk gout, penurunan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan asid urik tertumpu di dalam buah pinggang, di mana keadaan itu akan menyebabkan batu karang.

Ubatan Alopaty
Antara ubat alopathy untuk gout adalah:
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Allopurinol (Zyloprim) Anturane (Sulfinpyrazone) ColBenemid (Proben-C) Colchicine (generic only) Fenofibrate (Tricor) Losartan (Cozaar, Hyzaar) Probenecid (Benemid) Uloric (Febuxostat)

Rawatan Homeopati Terdapat lebih 1000 remedi homeopati yang dapat merawat gout antara yang selalu di gunakan ialah:1. Arnica 2. Bryonia 3. Calc Phos 4. Colchicum 5. Formica Rufa 6. Ledum 7. Mag Phos 8. Nux Vomica 9. Nat Sulph 10. Urtica Uren

Rawatan Jangka Panjang Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik. Menjaga berat badan kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan Mengelakkan minuman keras Pemakanan elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout. Amalkan pemakanan yang seimbang Minum banyak air

Hishamuddin Ahmad & Noraiwa Rosman (2013) Modul Fungsi Muskulokeletal dan Pergerakan Manusia. Tangjung Malim:UPSI Sumber Internet Gout.com dipetik daripada laman web:http://www.gout.com Rawatan Gout dipetik daripada laman web:http://www.doktormalaya.com/rawatan-penyakit-gout/ Sakit Gout.com dipetik daripada laman web:http://sakitgout.com

You might also like