You are on page 1of 7

1.

Mengelak penyakit hipokinetik


Hipokinetik adalah keadaan kurang bergerak dan tanpa diimbangi dengan aktiviti
fizikal sehingga akan menimbulkan penyakit akibat kurang pergerakan.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa hipokinetik ini merupakan gaya hidup
manusia yang disebabkan kemajuan teknologi yang membantu manusia dalam
mengatasi masalah-masalah yang memerlukan aktiviti fizikal.
Kekurangan aktiviti fizikal akan membawa kepada peningkatan mendapat risiko
hipokinetik dan kronik.
Seseorang yang tidak suka membuat senaman biasanya berisiko mendapat
penyakit hipokinetik dan kronik seperti penyakit jantung koronari, hipertensi,
hiperkolestrolemia, kanser, dan obesiti.
Kajian daripada para saintis dan professional yang menyatakan bahawa dengan
melakukan aktiviti fizikal dapat menjaga kesihatan dan langkah yang baik
mencegah daripada penyakit kronik.
2. Mengurangkan penyakit berkaitan jantung
Menurut Organisasi Kesihatan Dunia, sebanyak 85% kematian akibat atau
disebabkan oleh penyakit jantung tidak kira seseorang itu berpendapatan tinggi atau
rendah dalam sesebuah negara.
Penyakit jantung koronari adalah disebabkan oleh pembuluh darah yang membawa
darah ke otot jantung tersumbat.
Faktor mendapat risiko penyakit jantung koronari ialah sejarah keluarga, tekanan
darah tinggi, kadar kolestrol tinggi dalam darah dan kurang aktiviti fizikal.
Hampir 22% kes penyakit jantung koronari di dunia dipengaruhi oleh kekurangan
aktiviti fizikal.
Dengan melakukan aktiviti fizikal dapat menghindari daripada penyakit ini.
Menurut William (2001) aktiviti fizikal dan aktiviti kesihatan yang lain akan
mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung koronari dan penyakit
kardiovaskular.
3. Mengurangkan risiko antheroscelerosis
 Definisi antheroscelerosis ialah:
Suatu proses penebalan dan pengerasan dinding pembuluh darah arteri akibat dari
timbunan lemak (plak) pada lapisan pembuluh darah yang menyebabkan aliran
darah menjadi perlahan.
Faktor berlakunya antheroscelerosis ialah:
Merokok
Banyak minum alcohol
Kadar kolesterol dalam darah tinggi
Kurang melakukan aktiviti fizikal
Cara mencegah antheroscelerosis ialah:
Menjaga berat badan yang sihat
Berolahraga secara teratur
Dapat mengawal tekanan darah dan kolesterol
Berhenti merokok
Mengurangi stress
4. Melambatkan proses penuaan.
Proses penuaan merupakan proses yang berhubungan dengan umur seseorang.
Manusia mengalami perubahan sesuai dengan bertambahnya umur seseorang
itu. Semakin bertambah umur semakin berkurang fungsi-fungsi organ tubuh.
Senaman fizikal yang berterusan dapat meningkatkan ketahanan fizikal dan
mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, mengurangkan tekanan
darah rendah dan mengawal tahap gula dalam badan serta meningkatkan sistem
imuniti. Oleh itu, dengan sentiasa melakukan senaman, seseorang akan Nampak
lebih muda.
Senaman juga akan membantu mengekalkan ‘muscle-tone’ dan fleksibiliti
disebabkan pertambahan usia, meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara
keseluruhannya, dapat menghindari daripada mendapat penyakit berkaitan
jantung.
Senaman juga akan meningkatkan aliran darah ke seluruh badan yang boleh
membantu menjaga kesihatan mental. Satu cara mudah untuk mendapatkan
senaman adalah dengan berjalan kaki, berbasikal.

You might also like