You are on page 1of 3

Hipertensi dikenali sebagai tekanan darah.

Tekanan darah adalah tekanan yang

dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jik tekanan darah anda tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar. Tekanan darah ada 2 ukuran dan biasanya diukur seperti beriku - 120/80 mmHg. nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. ia dipanggil tekanan diastolik. masa yang paling baik unuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Hipertensi berlaku apabila arterioles, saluran kecil darah yang mencabang daripada arteri, menjadi sempit membuat ia sukar untuk darah mengalir melaluinya. Hasilnya, tekanan darah meningkat dan jantung terpaksa bekerja lebih. Jika tekanan darah semasa duduk tenang ialah 140/90 atau lebih, ini bermakna seseorang itu mengidap hipertensi. Punca Hipertensi Utama: - faktor genetik - ketidakbiasaan (abnormalitites) dalam Sistem Angiotensin-ReninAldosterone mengikut pakar sistem angiotensin-reninaldosterone (kumpulan hormone) mula bertindak bahaya kepada badan manusia. Yang ketara penting ialah tindak balas hormon aldosterone dan sejenis peptide iaitu angiotensin II. - ketidakbiasaan Sistem Saraf Simpatetik iaitu sebahagian daripada sistem saraf automatik yang mengawal kadar denyutan jantung, tekanan darah, dan diameter saluran darah. - rendah paras Nitrik Oksida - rendah berat kelahiran - obesiti (kegemukan) - kencing manis diabetes type 2 Punca Hipertensi Sekunder: - keadaan perubatan penyakit Buah Pinggang, Apnea Tidur (keadaan

penafasan terhenti seketika semasa tidur), hamil, cirrhosis dan penyakit Cushing semuanya menyumbang kepada tekanan darah tinggi - Ubat preskripsi , termasuk cortisone, prednisone, estrogen, dan indomethacin boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Penggunaan jangka panjang dadah anti-radangan taksteroid dan ubatan dingin yang mengandungi pseudoepherine telah didapati meningkatkan tekanan darah tinggi dalam mereka yang hipertensi. Tekanan darah tinggi juga diketahui adalah kesan sampingan wanita yang mengambil pil kontraseptif. - alkohol, kafein, merokok, dan dadah : anggaran 10% kes hipertensi (di Amerika) adalah dari pengambilan berlebih alkohol, lagi banyak minum lagi tinggi tekanan darah. Kafein menyebabkan kenaikan tekanan darah sementara yang tidak membahayakan mereka yang mempunyai tekanan darah normal. Walaubagaimanapun minum lebih dari 5 cawan sehari menunjukkan kesan kenaikan tekanan darah. Kesan kafein adalah tersangat kecil jika dibandingkan dengan perokok. Kajian menunjukkan risiko perokok adalah 10 kali lebih daripada orang biasa. Cocaine juga menaikkan hipertensi secara akut. - stress, senaman dan pengambilan dengan banyak licorice boleh menyebabkan kenaikan tekanan darah sementara.

Jalankan terapi anti stres agar mengurangi stres dan Anda mampu mengendalikan emosi Anda. Berhenti merokok juga berperan besar untuk mengurangi tekanan darah tinggi atau hipertensi. Kendalikan kadar kolesterol Anda. Kendalikan diabetes Anda. Hindari obat yang bisa meningkatkan tekanan darah. Konsultasikan ke dokter jika Anda menerima pengobatan untuk penyakit tertentu, untuk meminta obat yang tidak meningkatkan tekanan darah. Kurangi konsumsi garam dalam makanan Anda. Jika Anda sudah menderita tekanan darah tinggi sebaiknya Anda menghindari makanan yang mengandung garam. Konsumsi makanan yang mengandung kalium, magnesium dan kalsium. Kalium, magnesium dan kalsium mampu mengurangi tekanan darah tinggi. Kurangi minum minuman atau makanan beralkohol. Jika Anda menderita tekanan darah tinggi, sebaiknya hindari konsumsi alkohol secara berlebihan. Untuk pria yang menderita hipertensi, jumlah alkohol yang diijinkan maksimal 30 ml alkohol per hari sedangkan wanita 15 ml per hari. Olahraga secara teratur bisa menurunkan tekanan darah tinggi. Jika Anda

menderita tekanan darah tinggi, pilihlah olahraga yang ringan seperti berjalan kaki, bersepeda, lari santai, dan berenang. Lakukan selama 30 hingga 45 menit sehari sebanyak 3 kali seminggu. Makan sayur dan buah yang berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomat, wortel, melon, dan jeruk.

You might also like