You are on page 1of 1

Punca-punca yang Menyebabkan Penyakit Berjangkit Berlaku Punca-punca yang Menyebabkan

Penyakit Berjangkit Berlaku

Kebanyakan rakyat Malaysia mengabaikan gizi pemakanan yang tidak seimbang. Hal ini
menyebabkan daya tahan penyakit merosot. Rakyat Malaysia juga tidak menyediakan makanan
sendiri kerana kesibukan bekerja. Mereka gemar makan di luar. Gerai-gerai makanan
mungkin kotor dan makanan yang dimakan juga tercemar. Makanan yang tercemar juga
mendatangkan penyakit berjangkit seperti kolera. Makanan laut juga mudah tercemar dan
boleh menyebabkan jangkitan penyakit. Banyak kawasan sungai di Malaysia tercemar . Hal ini
kerana sisa haiwan dan manusia dibuang di situ. Pembuangan najis menyebabkan bakteria E-
coli membiak. Hidupan laut akan tercemar dengan bakteria berkenaan. Jika kita mengambil
makanan yang tercemar kita akan mendapat penyakit hepatitis. Pencemaran alam sekitar
juga merupakan punca penyakit berjangkit. Alam sekitar yang kotor, longkang-longkang yang
tersumbat menyebabkan air bertakung. Air bertakung merupakan tempat nyamuk aedes dan
nyamuk tiruk membiak. Gigitan nyamuk-nyamuk ini boleh menyebabkan penyakit denggi dan
malaria. Penyakit Japannese Encephalitis(JE) merebak di sekitar kandang khinzir yang kotor.
Apabila najis khinzir tidak diurus dan dirawat dengan baik ini akan menyebabkan merebaknya
virus nipah yang membiak melalui nyamuk culeks. (contoh Banyak penduduk Kampung Nipah,
Port Dickson yang terbunuh kerana penyakit JE). Masyarakat Malaysia juga membunyai
tabiat pemakanan yang buruk. Sesetengah penyakit berpunca daripada tabiat suka berkongsi
barang peribadi seperti tuala dan pinggan mangkuk. Penyakit kulit akan merebak apabila kita
berkongsi tuala. Terdapat juga golongan yang mengamalkan hubungan seks rambang. Mereka
ini akan dihinggapi penyakit kelamin. Yang lebih berbahaya ialah penyakit AIDS . AIDS juga
boleh merebak hasil perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah. Hal ini kerana
jarum suntikan yang tercemar dengan virus HIV akan merebakkan penyakit itu kepada penagih
dadah. -Nadia Nazri-

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

You might also like