You are on page 1of 14

Isu Persempadanan dan Tuntutan BertindihAntara Malaysia Dengan Singapura

Dan Indonesia.

1.1 Pengenalan

Sempadan boleh didefinisikan sebagai garis khayalan yang memisahkan dua


atau lebih wilayah politik dalam sesebuah bidang kuasa.Sempadan merujuk kepada
sempadan antara negara,negeri atau daerah. Negara malaysia mengalami isu
persempadanan dan tuntutan bertindih dengan negara jiran iaitu Singapura sejak
dari dulu lagi.Sempadan negara merupakan salah satu elemen penting dalam
kedaulatan dan pertahanan dalam sesebuah negara namun begitu ianya amat sukar
untuk dijelaskan dan ditentukan dalam kerana tiada sebarang bukti atau tanda
halangan untuk memisahkan dan menentukan persempadan antara wilayah dalam
konteks maritim.Konflik persempadanan yang dialami oleh negara Malaysia dengan
Singapura dan juga Indonesia telah menimbulkan tuntutan bertindih malahan
keadaan ini boleh menjejaskan perhubungan dan kestabilan politik serantau seperti
yang dipaparkan dalam Gambar 1 dan 2.

Gambar 1: Kedudukan Pulau Batu Puteh.

1
Gambar 2: Kedudukan Pulau Sipadan Dan Pulau Ligitan

1.2 Isu Persempadanan Malaysia dengan Singapura

Isu persempadanan antara Malaysia dan Singapura masih diperbincangkan


sehingga hari ini dan tidak berkesudahan disebabkan oleh kesukaran antara pihak
untuk membuktikan sempadan negara masing-masing.Isu persempadan ini bermula
selepas Malaysia mengeluarkan Peta Baru pada tahun 1979.Sebelum kedatangan
penjajahan British ke Asia Tengara,Singapura telah menjadi sebahagian daripada
Kesultanan Johor pada tahun 1528.Penjajahan British bermula di rantau Asia
Tenggara pada tahun 1824 dan memiliki Singapura secara sah melalui Perjanjian
Inggeris-Belanda yang telah dibuat pada 17 Mac selepas Kesultanan Johor bersetuju
dengan penyerahan Singapura.Terdapat satu lagi perjanjian telah dibuat antara

2
jajahan British dan Kesultanan Johor iaitu Perjanjian Crawfurd pada 2 Ogos 1824
yang mengandungi banyak maklumat berkenaan sepadan maritim antara kedua-dua
wilayah dan pulau-pulau sekeliling termasuklah isi kedaulatan ke atas Pulau Batu
Puteh dan pembinaan Rumah Api Horsburgh seperti di bawah ini.

Gambar 3: Pulau Batu Puteh dan Rumah Api Horsburgh

Selain itu,Selat Johor dibahagikan antara Kesultanan Johor dan Singapura


melalui Perjanjian 1927.Dalam perjanjian tersebut Singapura memiliki semua pulau
yang berdekatan seperti Pulau Ubin dan Pulau Tekong.Persekutuan Melaya telah
mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 melalui rombongan Tunku Abdul
Rahman ke London untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Ratu
England.Kemerdekaan tersebut membebaskan Tanah Melayu daripada jajahan
British termasuklah Johor dan Singapura.Kedua-dua wilayah tersebut menjadi
sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963.Namun begitu,pada tahun
1965,Singapura telah dikeluarkan daripada Malaysia disebabkan oleh faktor-faktor

3
tertentu.Kesan daripada pemisahan tersebut kedua-dua negara bercadang untuk
membuat perjanjian baru berkenaan sempadan wilayah dan pembahagian Selat
Johor.Akan tetapi,sebelum Perjanjian 1995 dibuat,Malaysia telah mengeluarkan Peta
Baru pada tahun 1979 yang mana telah memasukkan Pulau Batu Puteh ke dalam
wilayah Malaysia.Hal ini demikian kerana Kesultanan Johor hanya meminjamkan
Pulau Batu Puteh kepada penjajah British untuk menjaga dan membina Rumah Api
Horsburgh sejak 1851 melalui perjanjian yang telah dibuat.

1.3 Penyelesaian Tuntutan Bertindih Antara Malaysia Dan Singapura

Isu pemetaan Malaysia telah menyebabkan Singapura bertindakbalas dengan


membantah tuntutan tersebut melalui Nota Diplomatik dan menimbulkan pertikaian
hak kedaulatan Pulau Batu Puteh dengan Malaysia.Dalam perbicaraan pertama
kalinya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa,Singapura mendakwa bahawa Pulau
Batu Puteh tidak bertuan sejak tahun 1847.Namun begitu,hujah-hujah yang
diperkatakan oleh pihak Singapura disangkal dan dibantah oleh Malaysia kerana
pada waktu itu pulau tersebut mempunyai tuan iaitu Kesultanan Johor. Di samping
itu,Singapura juga telah mendakwa dengan membuktikan pihak British tidak
memerlukan keizinan untuk memiliki Pulau Batu Puteh daripada mana-mana sultan
tempatan pada tahun 1847 sehingga 1851.Walau bagaimanapun,hujah tersebut juga
disangkal oleh Malaysia kerana terdapat surat bertarikh 1844 kepada Gabenor
Butterworth yang mengatakan Sultan dan Temenggung Johor memberi kebenaran
untuk membina rumah api di pulau tersebut.Dakwaan lain yang dihujahkan oleh
Singapura ialah mendakwa berjaya membuktikan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu
Puteh tetapi Malaysia tidak mengeluarkan apa-apa bukti kerana mempunyai hak

4
milik asal ke atas pulau tersebut.Keempat,Singapura mendakwa telah menerima
surat rasmi dari setiausaha kerajaan Johor yang mengatakan Johor tidak menuntut
hak milik pulau tersebut.

Malaysia berhujah tindak-tanduk mempertahankan Pulau Batu Puteh dengan


mengatakan hujah yang dikemukan oleh Singapura tidak ada kaitan,kesan dan
kepentingan dalam kes tuntutan pulau tersebut.Namun begitu,Mahkamah keadilan
Antarabangsa (ICJ) lebih berpihak kepada Singapura dan memutuskan Singapura
mempunyai hak untuk memiliki Pulau Batu Puteh.Keputusan memihak kepada
Singapura kerana hakim memandang beberapa aspek penting yang dinyatakan oleh
Singapura iaitu berkaitan penerimaan surat rasmi daripada Pemangku Setiausaha
Kerajaan Johor yang menyatakan Johor tidak menuntut hak milik Pulau Batu Puteh
pada 21 September 1953.Selepas surat rasmi tersebut dirujuk semula oleh hakim
ianya dianggap pengakuan penyerahan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada
Singapura.Aspek lain yang ditekankan ialah Singapura mempunyai hak kedaulatan
dan kuasa perundangan di pulau tersebut berdasarkan Perjanjian British-
Belanda1824.Hakim juga mengambil kira tentang tempoh masa lebih 100 tahun iaitu
pada tahun 1800 sehingga 1840.

Dalam tempoh masa tesebut,Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk


menunjukkan haknya terhadap Pulau Batu Puteh namun sebaliknya Singapura
mempunyai banyak sumbangan di pulau tersebut.Keadaan ini mengukuhkan lagi
hujah dan fakta yang dikemukan oleh Singapura.Mahkamah turut menerima kegiatan
dan tindakan Singapura dalam membuat penyiasatan berhubung kapal karam dalam
perairannya,permohonan kebenaran pegawai Malaysia membuat kerja ukur di
perairan pulau itu,tindakan Malaysia yang mendiamkan diri apabila Singapura
mengibarkan benderanya di Pulau Batu Puteh,pemasangan alat komunikasi tentera
pada tahun 1977,polisi dan cadangan kerja penambakan laut serta peta yang tidak
ditentang oleh Malaysia.Situasi ini menyebabkan Malaysia tidak dapat berbuat apa-
apa untuk mengukuhkan bukti dalam kes ini malah menjadi sia-sia kerana Singapura
mempunyai fakta yang kukuh.

1.4 Kesimpulan Tuntutan Pulau Batu Puteh

5
Kesimpulannya,pada 23 Mei 2008 Mahkamah keadilan Antarabangsa telah
membuat keputusan dengan menyerahkan Pulau Batu Puteh menjadi hak milik
Singapura manakala Pulau Batuan Tengah pula diserahkan secara sah menjadi milik
Malaysia dengan keputusan majoriti 15:1.Pihak Malaysia terpaksa akur dengan
keputusan muktamad yang telah dikemukakan oleh ICJ.Walaupun Malaysia tidak
mendapat hak ke atas Pulau Batu Puteh namun diberikan pengiktirafan menguasai
kedaulatan Batuan Tengah (Middle Rock) dan Tubir Selatan (South Legde) yang
berada di perairan Malaysia

6
1.5 Isu Persempadanan Antara Malaysia Dengan Indonesia

Pada tahun 1960,beberapa konflik persempadanan berlaku antara Malaysia


dengan Indonesia berkaitan pulau-pulau lautan yang menjadi rebutan kedua-dua
buah negara.Pada umumnya,Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan merupakan sebuah
pulau yang berlokasi di Laut Sulawesi berhampiran dengan Semporna,
Sabah.Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 menjadikan Pulau Ligitan dan Pulau
Sipadan sebahagian daripada wilayah Malaysia melalui kemasukan Sarawak dan
Sabah (Asri 2007).Pulau-pulau tersebut menjadi salah sebuah pulau yang paling
terkenal dengan aktiviti menyelam (Skuba Diving).Pulau Sipadan merupakan “one of
the world’s top five wall dives” yang ada di seluruh dunia.Setelah beberapa
tahun,timbul kontroversi antara Malaysia dengan Indonesia tentang tuntutan hak
pemilikan ke atas pulau tersebut selepas Malaysia mengeluarkan peta baru pada
bulan Disember 1979 yang menunjukkan kedua-dua pulau tersebut berada dalam
kawasan kekuasaannya (Butcher 2013).Gambar 3 dan 4 di bawah menunjukkan
keindahan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan.

Gambar 4

7
Gambar 5: Pulau Ligitan

1.6 Tuntutan Bertindih Antara Malaysia Dengan Indonesia

Cadangan yang diusulkan oleh wilayah pelantar laut Malaysia pada tahun 1969
telah menyebabkan Indonesia membantah.Namun begitu,Kerajaan Malaysia
menolak dakwaan tersebut kerana pulau tersebut telah dipelihara dan dijaga oleh
Malaysia selama berpuluh-puluh tahun dan disahkan oleh konvensyen AS-Britain
pda tahun 1930.Keadaan menjadi semakin tegang apabila kerajaan Malaysia
mengeluarkan peta baru yang memasukkan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan ke
dalam wilayahnya.Empat pertemuan telah diadakan bagi membincangkan pertikaian
terhadap kedua-dua pulau tersebut.Pertemuan buat kali pertama,kedua dan ketiga
tidak mendatangkan sebarang kejayaan.

Walau bagaimanapun,pada bulan September 1994,Perdana Menteri Tun Dr.


Mahathir Mohamad telah melantik Anwar Ibrahim iaitu Timbalan Perdana Menteri

8
manakala Presiden Soeharto melantik Moerdiono yang memegang jawatan sebagai
Setiausaha Negara untuk membincangkan isu berkaitan tuntutan hak milik ke atas
kedua-dua pulau.Melalui hasil perbincangan tersebut,kedua-dua negara memberi
kata sepakat dan bersetuju untuk menyerahkan kes tuntutan kedaulatan ke atas
Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Sebarang keputusan yang telah dimuktamadkan hendaklah diterima oleh kedua-dua
pihak dengan hati yang terbuka.

1.7 Penyelesaian Tuntutan Bertindih Antara Malaysia Dengan Indonesia

Satu Perjanjian Khas telah dibuat oleh Malaysia dan Singapura bagi
menyerahkan kes tersebut kepada ICJ untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku
agar dapat mengelakkan berlakunya ketidakadilan.Penyerahan Perjanjian Khas
dilakukan secara serentak tiga memorandum bertulis berkaitan kes masing-
masing.Antaranya ialah Memorial pada 2 November 1999,Memorial Balas yang
bertarikh 2 Ogos 2000 dan Memorial Jawapan pada 2 Mac 2001.Perbicaraan kes
kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan telah dijalankan pada 3 hingga
12 Jun 2002 di The Hague.

Dalam perbicaraan tersebut,Indonesia menegaskan bahawa melalui perjanjian


antarabangsa iaitu Artikel IV Konvensyen Inggeris-Belanda 1891 antara Great Britain
dan Netherlands yang menerangkan sempadan yang membahagikan pemilikan harta
Belanda dan British di atas Pulau Borneo.Indonesia menganggap hak kedaulatan ke
atas kedua-dua pulau tersebut diberikan kepada Jakarta kerana koordinatnya
terletak di selatan 4°10’ selari utara berhampiran kawasan Indonesia.Hujah
Indonesia dibantah dan dipertikaikan oleh Malaysia yang menegaskan bahawa
garisan sempadan berakhir di pantai timur Pulau sebatik dan tidak berterusan di atas
lautan.Dalam perjanjian tersebut tidak merujuk sebarang peta yang boleh
mengukuhkan hujah Indonesia.Hujah yang dikemukan oleh Indonesia hanyalah
berdasarkan teori kerana Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan tidak terletak di sebelah
selatan daripada sebarang garis sempadan.

9
Malaysia berhujah dengan mengatakan telah memperoleh hak milik yang sah ke
atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan menerusi satu siri perjanjian dengan negara-
negara lain.Misalnya,penyerahan hak dan kuasa 1878 ke atas wilayah di Pulau
Borneo yang dilakukan oleh Sultan Sulu kepada wakil sebuah syarikat British iaitu
Alfred Dent dan Baron Von Overback.Seterusnya,hak milik British ke atas Borneo
Utara diiktiraf oleh negara Sepanyol pada 1885,Belanda pada tahun 1891 dan
Amerika Syarikat iaitu pada tahun 1930.Akhir sekali,dalam Perjanjian Malaysia 1963
Sabah dan Sarawak termasuk Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan secara rasminya
menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia.

1.8 Kesimpulan Tuntutan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan

Malaysia dan Indonesia menggunakan aspek sejarah dan prinsip kawalan efektif
dalam tuntutan yang mereka lakukan.Dalam kes ini,ICJ mengiktiraf Malaysia sebagai
pemilik kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan kerana faktor-faktor dan
bukti yang kukuh.Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah membuat
peraturan dan kawalan dalam pengutipan telur penyu telah disahkan oleh pihak
berkuasa Borneo Utara di Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan kerana ianya aktiviti
ekonomi yang berdasarkan perlaksanaan Ordinan Pemuliharaan Penyu tahun 1917
(et al. 2018).

Di samping itu,ICJ juga memperakukan bahawa pembinaan rumah api di Pulau


Sipadan pada tahun 1962 dan Pulau Ligitan pada 1963 (International Court of
Justice 200b) oleh pihak koloni Borneo Utara British diserahkan dan
dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa Malaysia pada tahun 1963
(International Court of Justice 2002a).ICJ menyimpulkan bahawa Malaysia telah
menyenggarakan kedua-dua rumah api di pulau-pulau tersebut selama bertahun
lamanya sehingga kini.Indonesia tidak menyuarakan bantahan kerana Indonesia

10
tidak melakukan sebarang aktiviti yang rasmi dan bertanggungjawab tehadap pulau-
pulau tersebut.Prinsip animus occupandi yang digunakan oleh Malaysia merujuk
kepada niat kuasa dalam mentadbir di sesuatu kawasan berbanding dengan
Indonesia.Akhirnya,mahkamah memutuskan bahawa kedaulatan ke atas Pulau
Ligitan dan Pulau Sipadan adalah hak milik Malaysia pada 17 Disember 2002
dengan undi majoriti 16 : 1.

2.0 Rumusan

Kedua-dua kes persempadanan dan tuntutan hak kedaulatan yang melibatkan


Singapura dan Indonesia telah menyedarkan kerajaan Malaysia tentang perlunya
mempertahankan sesuatu yang telah ada dan menjadi hak serta milik kita supaya
tidak dirampas oleh wilayah-wilayah lain.Kerajaan negara kita seharusnya
mengambil ikhtibar dan pengajaran serta rujukan melalui kejadian kes-kes ini agar
dapat memperbaiki kelemahan yang wujud dan mengelakkan kes seperti ini terjadi
pada masa akan datang.

Rujukan

A. Khalifa Omar (2014), Hubungan Dua Hala Malaysia-Singapura: Permasalahan di


Dalam Hubungan Malaysia-Singapura Pada Era Abdullah Dan Najib.(m/s 22-29)

K. Askandar,C Sukim (2016), Making Peace Over a Disputed Territory in Sautheast


Asia:Lessons From the Batu Puteh/Pedra Branca,The Journey Of The Territotial
and Maritime Studies Volume 3 Number 1,Northeast Asian History Foundation
(Page 66).

https://www.academia.edu/26041366/Isu_Tuntutan_Pulau_Batu_Buteh_atau_Pedra_
Branca

11
Rusdi Omar (2007), “Malaysia-Singapore Relations: Issues and Strategies”,Universiti
Utara Malaysia&Adelaide University.m/s 1-11 .

WSAW Dahalan (2008), Pulau Batu Puteh: Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara
Malaysia dan Singapura, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat Volume 12,
93-98.

Azli Ismail & Geetha, G. (2019), Tuntutan Undang-undang dan Pendekatan Malaysia
di dalam Kes Pulau Ligitan,Pulau Sipadan dan Pedra Branca, Akademika 89(1),
83-95.

Achmad Dahlan. (2004). Upaya Indonesia dalam menyelesaikan Sengketa Pulau


Sipadan dan Ligitan dengan Malaysia. Jakarta: Universiti Indonesia

12
Bil Isi Kandungan M/S
1.1 Pengenalan 1

1.2 Isu Persempadanan Antara malaysia Dengan Singapura 2

1.3 Penyelesaian Tuntutan Bertindih Antara Malaysia Dengan 4


Singapura

Kesimpulan Tuntutan Pulau Batu Puteh


1.4 5

Isu Persempadanan Antara Malaysia Dengan Indonesia


1.5 6

Tuntutan Bertindih Antara Malaysia Dengan Indonesia


1.6 8

Penyelesaian Tuntutan Bertindih Antara Malaysia Dengan


1.7 9
Indonesia

Kesimpulan Tuntutan Pulau Ligitan Dan Pulau Sipadan


1.8 9

Rumusan
2.0 9

Rujukan
10

You might also like