You are on page 1of 10

SEJARAH PERADABAN MARITIM NUSANTARA

BINCANGKAN PERANAN MARITIM DALAM SEJARAH KERUNTUHAN


KERAJAAN-KERAJAAN MARITIM DI NUSANTARA.
1.1 PENGENALAN
Perkongsian dan saling kebergantungan yang dicapai melalui unsur laut suatu
ketika dahulu menunjukkan wujudnya perpaduan antara masyarakat dan pemimpin
untuk menubuhkan kerajaan unggul di wilayah Nusantara. Walaupun begitu,
peninggalan penjajah, pengenalan konsep persempadanan dan pembentukan
negara bangsa telah menjadikan aliran ruang maritim sangat terkawal terutama
melalui peruntukan undang-undang maritim, persempadanan semula dan
sebagainya. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah dan membawa kepada isu
konflik di kalangan kerajaan di rantau Asia Tenggara. Contohnya, isu pertindihan
pulau adalah berkaitan keselamatan dan hubungan antara negara. Oleh itu, melihat
isu itu dari perspektif sejarah dan undang-undang, membolehkan penilaian yang
munasabah tentang sejauh mana isu itu telah diperjuangkan dan ditekankan oleh
negeri-negeri berkenaan.
Oleh itu, esei ini akan merujuk kepada pertikaian pulau Batu Putih antara
kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura, serta konflik persempadanan pulau
Sipadan dan Ligitan antara kerajaan China, Malaysia, Filipina, Brunei, Singapura,
dan Malaysia dan India. Selain itu, lautan yang luas tidak berfungsi sebagai tembok
pemisah bagi negara maritim untuk mewujudkan diplomasi politik atau ekonomi
satu sama lain. Sebagai contoh, dalam konteks sejarah masa lampau, Kesultanan
Melayu Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan dinasti China
bagi mengukuhkan kekuatan dan keselamatan perairan Selat Melaka dan dalam
konteks dunia hari ini, Kerajaan Malaysia masih lagi meneruskan hubungan
diplomatik dengan Kerajaan China. Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara
masih berlangsung terutamanya dalam aspek ekonomi dan keselamatan. Justeru,
esei ini akan membahaskan isu-isu semasa maritim di Nusantara masa kini yang
berkaitan dengan sejarah peradaban maritim lalu.

2.1 Isu Pulau Batu Putih di antara Malaysia-Singapura


Pada tahun 1979, kerajaan Malaysia mencadangkan peta wilayah negara (peta yang
menunjukkan sempadan wilayah kawasan laut dan pelantar benua Malaysia), yang
merangkumi Pulau Batu Puteh, Pulau Batuan Tengah dan Pulau Tubir Selatan ke
dalam wilayah Malaysia.1 Bagaimanapun, cadangan tersebut telah mencetuskan

1
Wan Siti Adibah, Pulau Batu Puteh: Isu Pertikaian Hak Kedaulatan antara Malaysia dan Singapura, 2014, hlm 92.

1
kontroversi dan tentangan daripada kerajaan Singapura. Menurut (R. Heller Trost,
1993), Kerajaan Malaysia secara unilateral (dengan persetujuan satu pihak sahaja)
mempermiliki Pulau Batu Puteh tanpa persetujuan kerajaan Singapura. Maka
kerajaan Singapura membantah pada tahun 1980 dan hal ini secara jelas memberi
telah kesan kepada nelayan tempatan kerana mereka dilarang menangkap ikan di
kawasan itu. Dakwaan kerajaan Malaysia adalah berasas apabila ia menggunakan
Undang-undang Laut pada tahun 1982. Ini kerana Pulau Batu Puteh terletak kira-kira
7.7 batu nautika dari Pulau Penyusop di negeri Johor dan kira-kira 25 batu nautika
dari sempadan Singapura.2
Pulau pada asasnya merupakan sebidang tanah yang dilingkari oleh air laut
ketika air laut pasang. Pulau yang dibenarkan manusia untuk menetap di atasnya
adalah dibenarkan oleh UNCLOS 1982 bagi membentuk sempadan maritim seperti
perairan wilayah (Territorial Sea), sempadan laut berdampingan (Contiguos Zone),
sempadan zon Ekonomi Eksklusif (Exclusive Economic Zone) dan pelantar benua
(Continental Shelf) di sekeliling pulau tersebut.3 Walaupun begitu, Pulau Batu Putih
adalah terbentuk daripada batu dan perkara ini hanya dibenarkan oleh UNCLOS 1982
bagi melakar perairan wilayah dan sempadan laut berhampiran sahaja.
Pada masa yang sama, Singapura membangkitkan alasan untuk tidak
merujuk dan menggunakan Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu 1982. Pertama, Singapura mendakwa Pulau Batu Putih bukan
miliknya pada tahun 1847, tetapi kerajaan Malaysia menafikan Pulau Batu Putih itu
milik Kesultanan Johor.4 Menurut laporan Utusan Malaysia (2007), dakwaan kerajaan
Singapura juga berdasarkan dakwaan bahawa British telah menduduki Pulau Batu
Putih secara sah pada 1847 kerana pulau itu tidak mempunyai pemilik. Kemudian,
Singapura menuntut pulau itu kepada British, disebabkan oleh kegiatan yang
dijalankan pada tahun 1847 dan 1851 atas pembinaan Rumah Api Horsburg. 5
Seterusnya, Singapura mendakwa pemangku setiausaha kerajaan negeri Johor telah
menulis kepada Singapura bahawa negeri Johor tidak menuntut pemilikan pulau itu.
Tetapi Malaysia berhujah bahawa kelakuan pegawai kerajaan berkenaan dengan

2
Trost, R. H., Historical Legal Claims: A Syudy of Disputed Sovereignty Over Pulau Batu Puteh (Pedra Branca)’.
Maritime Briefing, Vol. 1, No.1, 1993, hlm 28.

3
United Nations Convention on the Law of the Sea, Part 121: Regime Of Island. Dipetik daripada
http://www.un.org/ . Diakses pada 27 januari 2023.

4
Khairul Babri Basaruddin, Hujah Dakwah Batu Puteh Tak Bertuan ‘Longgar’, Berita Harian, 2007, hlm. 8.

5
Noraini ABd. Razak. Singapura Tidak Yakin Miliki Singapura, Utusan Malaysia, 2007, hlm. 5.

2
undang-undang antarabangsa tidak meninggalkan pengaruh, kuasa dan kepentingan
dalam kes itu namun perkara ini tidak dipersetujui oleh Singapura.
Hal ini dikatakan demikian kerana negara Malaysia memiliki kelemahan dalam
isu mempertahankan kes ini disebabkan Malaysia tidak menyelidiki perspektif sejarah
serta sumber-sumber dan dokumen sejarah. 6 ICJ menyatakan bahawa Kesultanan
Johor hanya memiliki hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh bermula sebelum
1800 sehingga 1840. Di samping itu, kedaulatan Pulau Batu Puteh yang dimiliki oleh
Kerajaan Johor hanya berlaku sewaktu Sultan Johor bertindak ke atas Orang Laut
yang menduduki kepulauan Selat Singapura termasuk Pulau Batu Puteh dan telah
dijadikan sebagai tempat penginapan mereka dan ia juga berlaku melalui Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824. Namun begitu, Kerajaan Malaysia tidak melakukan apa-apa
usaha dalam membangunkan sesuatu di Pulau Batu Puteh selama 100 tahun dan hal
ini telah menyebabkan ICJ menafikan tuntutan Malaysia kerana pemilikan pulau
tersebut hanya mampu dituntut sekiranya memiliki sebarang kegiatan yang
dilakukan di atas pulau Batu Puteh.7

3.1 Isu Pemerdagangan Manusia


Pada masa lalu, kegiatan perdagangan hamba menjadi kegiatan atau sumber
ekonomi, melalui kegiatan harian dan maritim juga digunakan sebagai keperluan
untuk mendapatkan permintaan tenaga kerja. Tetapi dalam konteks hari ini,
pemerdagangan manusia boleh dilihat sebagai keperluan bagi sesebuah pihak untuk
melakukan jenayah terancang transnasional. 8 Isu penyeludupan orang atau
penyeludupan imigran dikawal oleh undang-undang antarabangsa. Terdapat rang
undang-undang yang berurusan secara khusus dengan isu ini. Undang-undang itu
dikenali sebagai Perjanjian Membanteras Penyeludupan melalui Darat, Udara dan Air.
Undang-undang ini dikuatkuasakan oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dalam menentang jenayah terancang transnasional. Dengan pelaksanaan
undang-undang ini, penyeludupan dianggap sebagai jenayah berat. Walaupun
peruntukan undang-undang mengehadkan jenayah penyeludupan, penyeludupan
imigran dan pemerdagangan manusia nampaknya berleluasa.
6
BERNAMA, Keputusan Pulau Batu Puteh Pengajaran untuk Malaysia. Dicapai daripada
https://www.bernama.com/en/. Diakses pada 27 Januari 2023 .

7
Ibid.

8
Gusni Saat, ‘Isu-isu Perlaksanaan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Malaysia): Interpretasi Dimensi
Sosiologikal’,Akademika,Vol. 82, No. 1, 2012, hlm. 50.

3
Sekitar 2 juta orang diyakini menjadi korban perdagangan manusia dan
penyelundupan imigran setiap tahun. Dengan kata lain, Malaysia dijadikan sebagai
ruang transit untuk memudahkan penyeludupan imigran oleh kelompok haram.
Majoriti (80%) mangsa di Malaysia adalah wanita muda dan keluarga yang miskin.
Penyeludupan berlaku dengan melalui lautan Malaysia dan Malaysia juga turut
menjadi negara yang pesat dengan kegiatan pemerdagangan manusia seperti China,
Vietnam, Indonesia, Laos, Thailand, dan Filipina. 9 Permasalahan sosial yang
ditimbulkan dari kegiatan perdagangan manusia ini adalah meningkatnya pelacuran,
masalah perburuhan, jenaya dan masalah hak asasi manusia.
Malaysia menerima dampak yang sangat buruk, selain menerima imigran
haram dalam jumlah yang besar, reputasi Malaysia juga tercoreng oleh peri laku
tidak berperikemanusiaan oleh imigran-imigran ini. Hal ini dapat dilihat dari
peningkatan harian dalam laporan insiden jenayah sosial yang melibatkan para
imigran tersebut. Sebagai tindak balas daripada masalah ini, Kerajaan Malaysia telah
melakukan pelbagai inisiatif bagi mengekang aktiviti pemerdagangan dan
penyeludupan manusia dengan menggubal Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti
Penyeludupan Imigran pada November 2010.

4.1 Kuasa Ketenteraan di lautan


Nusantara adalah kawasan yang dikelilingi oleh lautan, meliputi kira-kira 80%
daripada kawasannya. Wilayah ini bersempadan dengan Lautan Hindi dan Lautan
Pasifik, dua lautan strategik di laluan perdagangan laut. Apabila bercakap tentang
Geomorfologi rantau ini, tidak hairanlah bahawa susunan sosio-ekonomi, politik dan
strategik rantau ini dipengaruhi sepenuhnya oleh lautan. Melalui lautlah setiap aspek
dalam mengekalkan perjalanan sejarah kepulauan tertentu sehingga ke hari ini dapat
dilaksanakan. Salah satu aspek yang menjadi landasan perjalanan sejarah dalam
pelayaran Nusantara ialah dari aspek ketenteraan di laut yang mempengaruhi
kekuatan sesebuah kerajaan. Jika dilihat kepada sejarah peradaban maritim dahulu,
empayar besar seperti Srivijaya dan Kesultanan Melayu Melaka semuanya dibina atas
perdagangan dan pelabuhan maritim. Oleh hal yang demikian, lautan telah
menjadikan kedua-dua kerajaan ini sebagai kuasa besar dalam kerajaan maritim.
Walaupun begitu, perkara ini secara tidak langsung telah menjadi pencetus kepada

9
Ibid., hlm. 51.

4
kedatangan kuasa empayar Barat dan menakluk kerajaan-kerajaan yang ada di
Nusantara.
Trend nyata berkaitan dengan aspek ketenteraan maritim pada hari ini, apa
yang terbukti adalah berlaku peningkatan kaedah pendekatan multilateral atau
penglibatan pelbagai negara dalam membendung ancaman yang berbentuk teras
nasional dan tidak menghormati konsep persempadanan negara. Hal ini demikian
kerana persekitaran maritim tidak dibatasi oleh sempadan fizikal, pusat pemeriksaan
atau tembok yang memerlukan langkah keselamatan pelbagai hala. Bagaimanapun,
campur tangan sebegini sebenarnya secara tidak langsung menyebabkan konflik
kuasa laut di kalangan negara terbabit. Keadaan ini boleh dilihat melalui kebangkitan
China sebagai kuasa besar yang menarik perhatian dunia, kerana mengikut teori
politik kuasa, adalah berbahaya bagi sesebuah negara untuk meningkatkan kuasanya
pada tahap tertentu, dan ia akan membawa kepada peluasan wilayah. 10 Dalam
konteks peluasan kuasa, ia sebenarnya memiliki kaitan yang rapat dengan
pengaturan sumber bagi menguatkan kuasa ekonomi yang menjadi dasar kepada
kuasa politik dan ketenteraan.
Persepsi ini juga berdasarkan peningkatan aktiviti maritim China untuk
menguasai sumber ekonomi khususnya di Laut China Selatan. Disebabkan oleh
kepentingan China di rantau ini, peningkatan kuasa tentera lautnya dilihat sebagai
ancaman keselamatan kepada Nusantara. Usaha China untuk mengawal kepentingan
di Laut China Selatan boleh dikaitkan dengan program pemodenan tentera lautnya,
yang digelar sebagai “Blue Water Navy”.11 Program pemodenan ini melibatkan
perubahan positif dalam dasar pertahanan maritim malah perolehan aset
ketenteraan baru telah meningkatkan keupayaan tentera laut China. Pemajuan ini
juga secara tidak langsung mengancam kepentingan kuasa besar yang lain
berdasarkan fakta mengenai meningkatnya kebolehan tentera laut China. Dalam
konteks ini, tentera laut China bukan sahaja berupaya dalam mengawal
kepentingannya malah mampu menunjukkan kekuatannya (Power Projection) bagi
mempengaruhi aspek strategik dan ekonomi rantau ini secara keseluruhan.
Aktiviti ketenteraan China di persekitaran Laut China Selatan telah
merisaukan negara Jepun dan Jepun menyifatkan bahawa perkara ini adalah sebuah
ancaman kepada keamanan serantau dan Jepun telah menggerakkan tenteranya
bagi mengatasi kekuasaan China di Lautan China Selatan. Namun begitu, pernyataan
10
J.C Johari. Hubungan Antarabangsa dan Politik. New Delhi: Sterling Publisher, 1997, hlm. 251.

11
David Miller.The World Navies: AnIllustrated Review of The Navies of the World. London, 1992, hlm 7.

5
daripada Jepun telah mendapat bantahan daripada Beijing yang menyatakan bahawa
tuduhan daripada Jepun adalah sebagai sebuah rancangan dalam membangkitkan
kuasa ketenteraan Jepun semata-mata dan perkara. Ringkasnya, perkara ini
merupakan rentetan dari masa lalu yang menjelaskan kemajuan sesuatu kerajaan
yang memiliki ketenteraan yang kuat akan menarik kuasa lain dalam mengatasi
sesebuah kuasa tentera maritim yang seterusnya menimbulkan konflik yang
berterusan.

5.1 Hubungan Serantau/Diplomatik


Hubungan Serantau atau diplomatik juga adalah antara isu peradaban maritim
lampau yang memiliki kaitan berterusan dalam konteks maritim. Dalam hal ini,
hubungan diplomatik Nusantara adalah bermula daripada hubungan negara-negara
Nusantara dengan China yang telah wujud sejak pemerintahan Dinasti Han. Pada
asasnya, kerajaan lama China menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan-
kerajaan di Nusantara adalah didorong oleh faktor kedudukan strategik negara-
negara Nusantara dengan laluan pedagang-pedagang China dan India. Misalnya,
setelah pembukaan Kota Melaka pada tahun 1403 Masihi, China dan Melaka telah
menjalankan kerjasama diplomatik iaitu persahabatan dan perdagangan melalui
utusan China yang datang ke Melaka iaitu Yin Ching. Perkara ini juga telah berlaku
kepada kerajaan China yang mana Melaka telah menghantar utusan dan lawatan
kepada China sebagai tanda mempereratkan lagi hubungan diplomatik dan meminta
perlindungan daripada China bagi menjamin kerajaan Melaka daripada ancaman
serantau seperti Siam.12
Dalam konteks kontemporari, hubungan diplomatik dengan China dan
Nusantara masih berlaku dan ia juga dilihat melalui hubungan diplomatik China dan
Malaysia. Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ini mulai bermula pada
tahun 1971 setelah Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia
kedua mengutuskan surat kepada Perdana Menteri China pada ketika itu iaitu Zhou
Enlai. Surat tersebut telah diutus melalui Tan Sri Michael Chen yang pada masa
tersebut memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Perikatan yang pada
masa tersebut terdapat penyertaan Pasukan Ping-pong Malaysia dalam kejohanan
terbuka di China. Melalui surat tersebut, Zhou mengarahkan Menteri Luar China
untuk berjumpa dengan Chen. Melalui pertemuan ini, sebuah kesepakatan telah

12
Victor Purcell. The Chinese in Malaya, 1989, hlm. 17

6
terjalin dalam usaha mewujudkan satu jalinan kerjasama diplomatik antara kedua-
dua buah negara. Setelah itu, Tun Abdul Razak telah mengadakan hubungan
diplomatik dengan China pada tahun 1974 dan perkara ini telah menjadikan Malaysia
sebagai anggota ASEAN yang pertama yang menjalinkan hubungan dengan negara
China diikuti dengan Filipina dan Thailand pada tahun 1975 serta Singapura dan
Brunei pada tahun 1990 dan 1991. Indonesia juga telah menjalinkan hubungan
China pada 1990 dan perkara ini telah memulihkan semula hubungan di antara
kedua-dua negara tersebut setelah Indonesia menggantungkan hubungannya
dengan China pada tahun 1967. 13 Ringkasnya, hal ini telah menerangkan bahawa
ikatan hubungan diplomatik antara China dan negara-negara di Nusantara pada
ketika dahulu melalui maritim masih terus berlangsung sehingga sekarang.

6.1 Isu pendatang tanpa izin/pelarian


Setiap negara di Nusantara yang mempunyai akses kepada unsur laut tidak
terkecuali daripada kemasukan pendatang asing/pelarian haram. Sabah telah
menjadi tempat lambakan pendatang asing tanpa izin. Kebanyakan pendatang tanpa
izin yang datang ke Sabah adalah dari Filipina dan Indonesia. Antara faktor
kedatangannya adalah kedudukan geografi Filipina yang berhampiran dengan pantai
timur Sabah dan permintaan yang semakin meningkat terhadap sumber ekonomi di
Sabah. Selain itu, pendatang tanpa izin yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti
perikanan dan maritim berasa selamat di Sabah untuk melakukan aktiviti tersebut.
Pergolakan di selatan Filipina menyebabkan ramai penduduk di sana melarikan diri
ke Sabah melalui perairan Filipina-Sabah.14

7.1 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa sejarah-sejarah peradaban
maritim pada masa lalu mempunyai signifikan yang sangat ketara dengan isu-isu
berkaitan maritim yang berlaku di Nusantara pada masa kini. Walaupun selepas
negara-negara di Nusantara mencapai kemerdekaan daripada pihak penjajah pada
tahun 1940-an, 1960-an dan 1990-an, mereka terpaksa berdepan dengan isu
13
Chris Bullock. “From Coastal to Forward Defence: The Development of Chinese for 21st Century. Dipetik dari
http://www.stranet.ucalgary.ca.html/ . Diakses pada 27 Januari 2023.

14
Kelana, J. Penghijrahan orang-orang Filipina ke Sabah satu kajian sosio-ekonomi di Sandakan/Kelana Jaman
(Doctoral dissertation, Universiti Malaya), 1994.

7
pertikaian yang memerlukan bukti dari perspektif sejarah untuk membuktikan
kesahihan tuntutan, seperti tuntutan Malaysia terhadap Ligitan dan Pulau Sipadan
yang bertindih dengan Indonesia dan tuntutan yang melibatkan Singapura berkaitan
tuntutan Pulau Batu Putih dan Pulau Spratly.
Justeru itu, kejadian ini secara tidak langsung telah menggariskan
kepentingan sejarah tamadun maritim silam khususnya dalam konteks penyelesaian
pertikaian sedia ada yang membabitkan isu persempadanan semula dan wilayah
yang jelas tiada sempadan fizikal. Penyelesaian kepada masalah tersebut tentunya
dengan mengkaji faktor sejarah yang terlibat dalam sejarah maritim sebagai bukti.
Oleh itu, bagi menyelesaikan kes-kes pertikaian yang melibatkan maritim ia
hendaklah melalui perantaraan dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

RUJUKAN

8
BERNAMA, Keputusan Pulau Batu Puteh Pengajaran untuk Malaysia. Dicapai
daripada https://www.bernama.com/en/. Diakses pada 27 Januari 2023 .
Chris Bullock. “From Coastal to Forward Defence: The Development of Chinese for
21st Century. Dipetik dari http://www.stranet.ucalgary.ca.html/ . Diakses
pada 27 Januari 2023.
David Miller.1992. The World Navies: AnIllustrated Review of The Navies of the
World. London.
Victor Purcell. 1989. The Chinese in Malaya.
Gusni Saat, 2012. ‘Isu-isu Perlaksanaan Akta Antipemerdagangan Orang 2007
(Malaysia): Interpretasi Dimensi Sosiologikal’,Akademika,Vol. 82, No. 1.
J.C Johari. 1997. Hubungan Antarabangsa dan Politik. New Delhi: Sterling Publisher.
Kelana, J. 1994. Penghijrahan orang-orang Filipina ke Sabah satu kajian sosio-
ekonomi di Sandakan/Kelana Jaman (Doctoral dissertation, Universiti Malaya).
Khairul Babri Basaruddin, 2007. Hujah Dakwah Batu Puteh Tak Bertuan ‘Longgar’,
Berita Harian.
Noraini ABd. Razak. 2007. Singapura Tidak Yakin Miliki Singapura, Utusan Malaysia.
Trost, R. H. 1993. Historical Legal Claims: A Syudy of Disputed Sovereignty Over
Pulau Batu Puteh (Pedra Branca)’. Maritime Briefing, Vol. 1, No.1.
United Nations Convention on the Law of the Sea, Part 121: Regime Of Island.
Dipetik daripada http://www.un.org/ . Diakses pada 27 januari 2023.
Wan Siti Adibah, 2014. Pulau Batu Puteh: Isu Pertikaian Hak Kedaulatan antara
Malaysia dan Singapura.

You might also like