You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Kedatangan kuasa British di Tanah Melayu dilihat telah banyak

mempengaruhi beberapa aspek terutamanya aspek politik, ekonomi dan sosial di

Tanah Melayu. Kemasukan pengaruh British ini ke Tanah Melayu secara rasminya

selepas temeterainya sebuah perjanjian yang tidak asing lagi dalam sejarah negara ini

iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824. Perjanjian ini dilihat sebagai

titik permulaan bertapaknya kuasa British apabila Melaka dan Singapura telah

diserahkan kepada British dan tidak akan diganggu oleh mana-mana kuasa Belanda.

Pendudukan British ini juga mulanya berteraskan kepada keiinginan British untuk

menguasai kuasa perdagangan Alam Melayu selepas Melaka dan Singapura muncul

sebagai sebuah pusat perdagangan yang pesat. Selain itu, British dilihat ingin

mendapatkan segala bentuk bahan mentah terutamanya bijih timah yang kaya di

Perak dan Selangor untuk memenuhi keperluan kilang kesan daripada Revolusi

Perindustrian yang berlaku pada abad itu. Dengan itu, kemasukan pengaruh kolonial

British ini bukan sahaja telah mempengaruhi aspek ekonomi di wilayah Tanah

Melayu dan Singapura malah ianya telah mendorong perubahan berlaku kepada

sosio-politik masyarakat Melayu di Tanah Melayu dan Singapura. Di akhir

perbincangan ini, dapat dilihat perbandingan serta kontra tahap kemajuannya

berdasarkan poskad-poskad yang dirujuk


2.0 NATIVE SAMPAN, SINGAPORE

Poskad 1: Native Sampan, Singapore.1

Ketika pihak kolonial British telah menguasai Tanah Melayu dan Singapura,

pihak kolonial British ini dilihat telah melancarkan satu propaganda yang mana

mereka telah menangkap gambar-gambar yang terdiri daripada peristiwa-peristiwa

penting, bangunan-bangunan pentadbiran, kawasan bandar, kawasan perkampungan

dan kegiatan harian masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Gambar-gambar ini

kemudiannya telah dijadikan poskad oleh pihak kolonial untuk sebahagiannya

dihantar ke negara mereka. Dalam masa yang sama, pihak British ini dilihat telah

melancarkan sebuah propaganda di mana poskad-poskad ini telah dijadikan sebagai

kayu pengukur kepada hasil kemasukan pengaruh British ke Tanah Melayu dan

Singapura.

1
“Native Sampan, Singapore”, Koleksi Poskad-Poskad Jabatan Sejarah, Universiti Malaya: Jabatan
Sejarah, 2022.
Berdasarkan poskad 1, menunjukkan sekumpulan masyarakat Melayu yang

dilihat sedang menjalankan kegiatan harian mereka. Jika dilihat kepada kegiatan

masyarakat Melayu ini, mereka dilihat masih mengamalkan ekonomi tradisional.

Masyarakat ini semestinya kebanyakkannya merupakan nelayan laut atau buruh yang

menjalankan kegiatan perikanan. Dalam aspek kegiatan ekonomi tradisional,

masyarakat nelayan ini hanya menjalankan kegiatan perikanan pada skala yang kecil

sahaja. Antara kegiatan yang dijalankan adalah menangkap hasil laut seperti ikan,

sotong dan udang. Dalam pada itu, masyarakat nelayan ini juga menjalankan

kegiatan pengutipan hasil laut seperti rumpai laut dan gamat bagi tujuan makanan

dan perubatan. Selain itu, masyarakat nelayan di sini ada diantaranya menjalankan

kegiatan perdaganan namun ianya hanya berskala kecil. Antara barangan yang

didagangkan adalah seperti rempah, lada, hasil hutan seperti buah-buahan dan kulit

binatang. Selain daripada aktiviti perdagangan berskala kecil, masyarakat ini dilihat

menjalankan sistem perkhidmatan pengangkutan jalan air. Hal ini dikatakan

demikian kerana, di kawasan itu dilihat masih tiada kemudahan pengangkutan seperti

kereta, jalan raya berturap atau landasan kereta api. Rata-rata masyarakat di sini

masih mengamalkan sistem ekonomi tradisional semestinya masih mengamalkan

sistem pengangkutan tradisional seperti sampan dan kereta lembu.

Selain itu, jika diperhatikan poskad 1 di atas, terdapatnya beberapa buah

perumahan atas air atau dikenali sebagai perkampungan nelayan. Kebanyakkan

rumah-rumah nelayan ini dilihat lama dan masih menggunakan kayu. Ini

menunjukkan keseluruhan kawasan ini masih mundur tanpa adanya campur tangan

daripada pihak British untuk memajukannya. Kemudahan-kemudahan seperti

elektrik dan air juga dilihat masih tiada. Namun begitu, perkampungan nelayan ini

dilihat berada di belakang sebuah kilang yang kemungkinannya dimiliki oleh pihak
British. Kemungkinan besar juga rumah-rumah kayu ini dimiliki atau didiami oleh

buruh paksa yang bekerja di kilang tersebut. Jika diperhatikan, terdapatnya juga

kayu-kayu balak yang berada di tepi sungai menunjukkan kilang tersebut ialah kilang

kayu. Sebahagian besar daripada nelayan ini juga kemungkinan menjadi buruh paksa

oleh pihak kolonial yang menjaga kepentingan ekonomi semata-mata. Selepas

pemerhatian dibuat berdasarkan poskad ini, dapat disimpulkan bahawa masyarakat

Melayu di sini masih mengamalkan unsur-unsur budaya tempatan dalam sosio-

ekonomi-politik mereka kerana dilihat tiadanya unsur, pengaruh dan campur tangan

pihak British di kawasan ini. Jika dilihat juga, ketiadaan pegawai-pegawai British

atau bangunan moden yang bercirikan Eropah menunjukkan tahap kemunduran yang

masih dialami oleh masyarakat di sini. Dalam pada ini, pihak British dapat

mengambil kesempatan untuk melancarkan propaganda mereka melalui sekeping

poskad di sini apabila jika tiadanya campur tangan pihak mereka, peluang untuk

memajukan kawasan tersebut adalah rendah dan mungkin tidak akan berlaku.
3.0 WELD QUAY, PENANG

Poskad 2: Weld Quay, Penang.2

Dalam konteks perbandingan atau kontrasnya, poskad 2 iaitu Weld Quay di

Penang dilihat lebih maju dan pesat berbanding poskad 1 di sebuah perkampungan

nelayan di Singapura. Jika diperhatikan secara menyeluruh, kawasan ini telah

mengamalkan ekonomi yang moden. Antara kegiatan yang dijalankan ialah kegiatan

sektor perikanan namun di kawasan ini adalah dengan skala yang besar. Hal ini

dikatakan demikian kerana, masyarakat di sini telah menggunakan bot atau kapal

yang lebih besar untuk menjalankan kegiatan perikanan. Dengan adanya bot dan

kapal yang lebih besar, mereka boleh memuatkan lebih ramai nelayan atau pedagang

di atas sesebuah bot. Bot dan kapal yang besar juga mampu menampung jumlah hasil

tangkapan yang banyak dan barangan yang lebih berat. Seterusnya, penggunaan bot

yang lebih besar dan moden ini jika dibandingkan dengan sampan, ianya boleh pergi

belayar dengan lebih jauh hingga ke laut dalam. Dengan ini, penggunaan bot yang
2
lebih moden ini lebih menawarkan keselamatan yang lebih terjamin kepada nelayan

dan pedagang. Selain itu, kegiatan perdagangan juga dilakukan oleh masyarakat

setempat di Weld Quay dengan skala yang lebih besar. Dengan itu, perdagangan

antarabangsa dapat dijalankan dengan adanya hubungan perdagangan serta

kemudahan pelabuhan yang ditawarkan. Dalam aspek kemudahan pelabuhan, dapat

dilihat di dalam poskad di atas ianya menawarkan kemudahan pelabuhan seperti

hotel, bekalan makanan dan kemudahan membaiki kapal. Ini kerana di kawasan ini

kemungkinan besar muncul satu masyarakat kelas pertengahan yang menawarkan

kemahiran-kemahiran yang diperlukan di sesebuah pengkalan atau pelabuhan.

Selain itu, jika diperhatikan poskad 2 di atas, terdapatnya bangunan-bangunan

yang bercirikan moden seperti seni binaan Greco-Roman, telah dibina di sepanjang

tepi Weld Quay. Antara fungsi bangunan-bangunan ini kemungkinan besar ada

diantaranya ialah bangunan pentadbiran British, kedai-kedai, hotel, bank-bank dan

hotel. Terdapatnya juga bendera kapital British di tengah-tengah Weld Quay ini telah

menunjukkan sebuah bangunan pentadbiran British yang telah bertapak dan

mentadbir Weld Quay ini. Di bahagian belakang bangunan ini juga terdapatnya

menara jam yang telah melambangkan kemodenan hasil kemasukan pengaruh koloni

British di Weld Quay. Di kawasan tepi jeti juga, terdapatnya kebanyakkan mereka

mungkin nelayan-nelayan atau buruh-buruh paksa yang telah diupah oleh pihak

British untuk menjalankan kegiatan ekonomi di kawasan ini.

Jika diperhatikan juga, dengan hasil kemasukan pengaruh dan pentadbiran

British di Weld Quay ini, unsur-unsur budaya tempatan dalam sosio-ekonomi-politik

masyarakat di Weld Quay. Berdasarkan pembangunan yang berlaku di tempat ini,

bangunan dan pengkalan laut yang lebih moden ini telah menunjukkan kemajuan

telah berlaku di kawasan ini hasil daripada kemasukan pengaruh koloni British.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, perbandingan dan kontra dapat dihasilkan

berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap kedua-dua poskad ini. Jika dilihat

di dalam Poskad 1 iaitu Native Sampan di Singapura, keseluruhannya dilihat masih

mundur tanpa adanya unsur dan pengaruh British di kawasan tersebut manakala di

Weld Quay, Penang, dengan kemasukan pengaruh dan pentadbiran pengurusan

koloni British telah memperlihatkan kemajuan telah dicapai dengan sebahagian

besarnya menunjukkan pengunaan kemudahan pengangkutan dan bangunan-

bangunan yang lebih moden. Jika kedua-dua poskad ini dihantar ke negara koloni

British, kemungkinan besar mereka dapat menilai sejauhmanakah kemasukan mereka

telah mendatangkan kemajuan terhadap kawasan yang dijajah oleh mereka. Oleh itu,

pihak British juga dapat melaksanakan propaganda mereka bahawa dengan

kemasukan mereka ke Tanah Melayu dan Singapura ini sebenarnya telah

mendatangkan banyak kemajuan terutama dari segi politik, ekonomi dan sosial di

kawasan ini.

You might also like