You are on page 1of 17

TUNTUTAN UNDANG - UNDANG DAN PENDEKATAN

MALAYSIA DALAM KES PULAU LIGITAN, PULAU SIPADAN


DAN PEDRA BRANCA

ABSTRAK

Pertikaian wilayah adalah suatu perkara biasa berlaku di rantau Asia Tenggara
sehinggakan pulau kecil dan batuan yang terdapat di kawasan laut sering menjadi
subjek utama kepada kewujudan konflik di antara negara - negara yang terdapat di
rantau tersebut. Kebiasaannya, negara - negara Asia Tenggara enggan menyelesaikan
konflik pertindihan wilayah menerusi penglibatan pihak ketiga seperti arbitrasi
antarabangsa. Sungguhpun begitu, Asia Tenggara secara relatifnya adalah sebuah rantau
yang aman berbanding dengan rantau lain di mana isu pertikaian wilayah secara amnya
berakhir dengan konflik bersenjata. Umpamanya, Malaysia terlibat dalam pelbagai
konflik pertikaian wilayah dengan negara - negara jirannya seperti Filipina, Indonesia,
Singapura dan Brunei. Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia yang lebih menekankan
kepada prinsip undang - undang mengambil keputusan menggunakan khidmat pihak
ketiga dalam menyelesaikan pertikaian wilayahnya dengan Singapura dan Indonesia ke
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice / ICJ). Oleh hal yang
demikian, artikel ini membincangkan segala tuntutan undang - undang dan pendekatan
yang diambil oleh kerajaan Malaysia di dalam menyelesaikan isu pertikaian wilayah,
dengan merujuk kepada kes hak dan kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Sipadan dan
juga isu pemilikkan Pedra Branca. Selain daripada itu, artikel ini turut mengkaji secara
mendalam instrumen perundangan yang digunakan oleh kerajaan Malaysia di dalam
menjustifikasikan segala tuntutan - tuntuan maritimnya di samping memberi gambaran
secara keseluruhan terhadap keputusan yang diberikan oleh ICJ. Melalui penerimaan
keputusan mahkamah secara lebih terbuka, Malaysia telah menunjukkan kesediaannya
untuk mengimplementasikan keakurannya terhadap undang - undang antarabangsa
dengan penuh kepercayaan, dalam mengukuhkan lagi hubungan baik sesama negara -
negara jirannya dan memantapkan lagi kestabilan di rantau Asia Tenggara.

Kata kunci: Malaysia, Ligitan, Sipadan, Pedra Branca, Makhamah Keadilan Antarangsa
MALAYSIA’S LEGAL CLAIMS AND APPROACHES IN THE CASES OF
LIGITAN, SIPADAN AND PEDRA BANCA

ABSTRACT
Territorial disputes in Southeast Asia are commonplace with even islets and rocks
subjected to competing claims. Despite this, Southeast Asia is relatively peaceful
compared to other regions whereby armed conflicts are usually associated with
territorial disputes. Often Southeast Asian states are reluctant to resolve territorial
conflicts via international or third party arbitration. Malaysia continues to have many
territorial disputes with its immediate neighbours such as the Philippines, Indonesia,
Singapore and Brunei. However, Malaysia which favours the rule of law took the brave
step to refer three of its maritime claims to the International Court of Justice. Therefore,
this article will examine the legal claims and approaches taken by the Malaysian
government in settling territorial disputes, with particular reference to Ligitan, Sipadan
and Pedra Banca. The article delves into the legal instruments used by Malaysia to
justify its maritime claims as well as provide insights to the decisions made by the
International Court of Justice. By accepting the court's judgments graciously, Malaysia
has shown its willingness to implement its international legal obligations in good faith
in order to strengthen relations with its immediate neighbours and strengthen the
region’s stability.

Keywords: Malaysia, Ligitan, Sipadan, Pedra Banca, International Court of Justice


TUNTUTAN UNDANG - UNDANG DAN PENDEKATAN MALAYSIA DALAM
KES PULAU LIGITAN, PULAU SIPADAN DAN PEDRA BRANCA

PENDAHULUAN

Secara tradisionalnya, isu pertikaian wilayah wujud apabila berlakunya penenetapan


sempadan yang kurang jelas di kalangan negara - negara sekitar (Huth, 2000). Keadaan
ini berlaku kerana undang - undang antarabangsa itu sendiri tidak mempunyai set
peraturan yang terperinci di dalam membincangkan soal kedaulatan sesebuah negara.
Selain daripada itu, penggunaan bahasa tidak jelas di dalam membentuk sesebuah
perjanjian penenetapan sempadan turut menyumbang kepada kewujudan konflik
tersebut (Pan, 2009). Kebiasaannya isu pertikaian wilayah juga berkaitan soal budaya,
keagamaan dan semangat nasionalisme sesuatu etnik serta faktor penguasaan sumber
asli (Joseph, 2017; Mancini, 2013). Dalam kebanyakan kes, rantau Asia Tenggara sering
berhadapan dengan isu pertikaian wilayah yang berpunca daripada konflik terhadap
bidangkuasa maritim. Oleh hal yang demikian, pulau kecil dan batuan yang terdapat di
kawasan laut boleh menjadi subjek utama kepada kewujudan konflik di antara negara -
negara yang terdapat di rantau tersebut. Memandangkan isu pertikaian wilayah berkait
rapat dengan kepentingan nasional yang pelbagai aspek, negara yang terlibat enggan
untuk kehilangan wilayah yang dituntut kerana kerisauan akan implikasi politik,
ekonomi dan sosial yang bakal berlaku. Perkara yang lebih penting adalah apabila
sesebuah negara itu gagal untuk mendapatkan hak dan kedaulatan ke atas wilayah yang
dituntut, hal ini ini akan menonjolkan kelemahan kerajaan dalam menangani konflik
dan ancaman dari luar.

Dalam kes Malaysia pula, ia terlibat dengan pelbagai konflik pertikaian wilayah yang
melibatkan negara - negara jiran seperti Filipina berhubung tuntutan ke atas Sabah,
Indonesia berhubung hak dan kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan,
Singapura dengan pemilikan ke atas Pedra Branca, Brunei dengan isu pemilikan daerah
Limbang, dan Thailand dengan penandaan sempadan negara. Sehubungan dengan itu,
Malaysia juga terlibat dalam persaingan tuntutan ke atas sebahagian Kepulauan Spartly
yang pada masa yang sama juga dituntut oleh Filipina, Brunei, Vietnam, China dan
Taiwan.

Boleh dikatakan semua negara - negara akan memberi justifikasi terhadap tuntutan
mereka melalui gabungan beberapa instrumen seperti perjanjian, kawalan efektif, bukti
- bukti sejarah dan penggunaan prinsip uti possidetis juris di dalam proses untuk
mendapatkan hak dan kedaulatan ke atas sesebuah wilayah. Malaysia juga tidak terlepas
di dalam menggunakan pelbagai instrumen yang sesuai bagi menguatkan tuntutan di
dalam konflik wilayah dengan negara jirannya. Oleh itu, artikel ini akan
membincangkan bagaimana kerajaan Malaysia menggunakan beberapa instrumen
perundangan di dalam menguruskan konflik pertikaian wilayah dengan menjadikan kes
Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan serta Pedra Branca sebagai rujukan utama. Dalam
pada itu, artikel ini juga akan mengetengahkan keberkesanan Mahkamah Keadilan
Antarabangsa / International Court of Justice (ICJ) uang terbentuk pada tahun 1946
sebagai medium untuk menyelesaikan isu pertikaian wilayah di rantau Asia Tenggara.
Kes - kes yang dipilih juga memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai
Malaysia yang akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh ICJ dan menerima
Rangkakerja Pembangunan Bersama (Framework of Joint Venture Development) di
dalam mencari jalan penyelesaian berhubung isu tersebut.

Artikel ini bermula dengan gambaran keseluruhan mengenai pertikaian wilayah yang
melibatkan kes hak dan kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan, diikuti
dengan kes pemilikkan Pedra Branca. Dalam kedua - dua kes, keputusan yang dibuat
oleh ICJ dianalisis. Akhir sekali, artikel ini menekankan tentang fungsi ICJ yang telah
terbukti menjadi agensi pengurusan yang berjaya, terutamanya dalam kes Malaysia dan
Singapura.

KONFLIK DAN KEPUTUSAN ICJ

Kebanyakkan proses penandaan sempadan di antara negara - negara di rantau Asia


Tenggara telah ditentukan oleh kuasa penjajah. Setelah negara - negara ini (dengan
pengecualian Thailand; sebagai sebuah negara merdeka) mencapai kemerdekaan selepas
tamatnya Perang Dunia Kedua (1939 - 1945), isu pertindihan sempadan dan pertikaian
wilayah yang kurang jelas menjadi asas kepada kewujudan konflik yang melibatkan
tuntutan terhadap kawasan darat dan perairan.

Tambahan pula, disebabkan sensitiviti politik yang wujud antara negara - negara Asia
Tenggara, pengurusan konflik secara terbuka menjadi mustahil memandangkan
kerjasama sesama negara lebih menjadi pilihan berbanding dengan perbincangan
mengenai tuntutan pertindihan tersebut. Walaupun kebanyakkan negara di rantau ini
berterusan untuk enggan menyelesaikan isu pertikaian wilayah dengan menggunakan
agensi antarabangsa, Malaysia, Indonesia dan Singapura telah mengambil langkah
berani untuk merujuk tuntutan maritim masing - masing kepada ICJ.

1) Pertikaian Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan

Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan terletak di Laut Sulawesi dan kedua - dua kawasan ini
berjarak lebih kurang 15.5 batu nautikal di antara satu sama lain (rujuk Peta 1).

Peta 1: Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan

Sumber: Google Maps <,


https://www.google.com.hk/maps/@5.3778426,117.9922407,460123m/data=!
3m1!1e3> Diakses pada 18hb Mei 2017.
Pertikaian terhadap hak dan kedaulatan antara Malaysia dan Indonesia berhubung kedua
- dua pulau ini bermula pada tahun 1969 apabila Kuala Lumpur dan Jakarta
membincangkan tentang sempadan perairan masing - masing di dalam United Nations
Convention on the Law of the Sea 1960 (UNCLOS II) (Hasjim 2013: 10). Semasa
perundingan dijalankan, pihak Malaysia mahu menggunakan peta Indonesia yang tidak
memasukkan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan sebagai sebahagian negara tersebut.
Tambahan pula, Indonesia mendesak agak peta Malaysia digunakan kerana kedua - dua
pulau tersebut tidak dipaprkan dalam peta tersebut (Butcher, 2013:238). Perundingan
yang dimulakan pada tahun 1969 akhirnya gagal menyelesaikan tuntutan tersebut.

Keadaan menjadi lebih genting apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963 (Asri, 2007:
152). Pembentukkan tersebut secara tidak langsung menyebabkan Pulau Ligitan dan
Pulau Sipadan menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia apabila Sabah dan
Sarawak menyertai Tanah Melayu. Situasi ini secara semulajadi membawa kepada
pertikaian di antara Malaysia dan Indonesia. Ini adalah kerana kemasukkan Sabah dan
Sarawak secara tidak langsung mengubah sempadan perairan negara khususnya di
kawasan pantai timur Pulau Borneo. Sepuluh tahun kemudian, pada bulan Disember
1979, Malaysia mengeluarkan peta baru yang menetapkan sempadannya yang
menunjukkan dengan jelas bahawa Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan adalah miliknya
(Butcher, 2013: 239). Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada pihak Indonesia.

Kemudiannya, Indonesia dan Malaysia membentuk undang - undang yang menetapkan


Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) masing - masing di perairan Laut Sulawesi pada sekitar
tahun tahun 1980 - an. Akibatnya, konflik ini bukan sahaja melibatkan isu kedaulatan
tetapi juga hak mengeksploitasi sumber ekonomi seperti gas, petroleum serta akses
kepada aktiviti perikanan (Butcher, 2013: 239). Indonesia sekali lagi membantah
apabila pihak swasta daripada Malaysia mula membangunkan Pulau Sipadan pada tahun
1991 sebagai pusat pelancongan. Indonesia berpendapat seharusnya pembangunan tidak
dilakukan di pulau tersebut kerana isu pertikaian belum lagi diselesaikan (Butcher,
2013: 240). Selepas insiden - insiden sebegini, isu ini semakin diperdebatkan oleh
kedua - dua negara. Namun, semua perundingan gagal mencapai kata putus. Akhirnya
kedua - dua negara bersetuju untuk merujuk kepada pihak ketiga.

Melalui persetujuan khas yang bertarikh 2hb November 1998, Malaysia dan Indonesia
bersetuju bahawa ICJ harus menentukan negara mana yang mempunyai hak dan
kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan (International Court of Justice
2002b).

Pulau Ligitan ialah sebuah pulau yang kecil dan bersifat kekal di atas aras laut.
Kawasan ini terletak lebih kurang 21 batu nautikal dari Tanjung Tutop, daerah
Semporna di Sabah. Manakala Pulau Sipadan yang mempunyai keluasan lebih kurang
0.13 km persegi yang terletak lebih kurang 15 batu nautikal dari Tanjung Tutop dan 42
batu nautikal dari kawasan timur Pulau Sebatik. Pulau Sipadan merupakan sebuah pulau
yang terhasil daripada aktiviti gunung berapi yang dikelilingi dengan batu karang dan
atol (International Court of Justice 2002b). Tidak seperti Pulau Ligitan, Pulau Sipadan
telah dibangunkan menjadi sebuah kawasan peranginan untuk tujuan aktiviti
penyelaman skuba sejak tahun 1980 - an (International Court of Justice 2002b).

Kuala Lumpur menyatakan bahawa hak ke dan kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan
Pulau Sipadan menjadi miliknya menerusi beberapa siri penyerahan kuasa. Pertama,
penyerahan kuasa daripada Sultan Sulu sebelum menyerah diri kepada kuasa Sepanyol
pada tahun 1878, yang seterusnya secara berperingkat diserahkan kepada Amerika
Syarikat, United Kingdom and Northern Ireland, dan akhirnya kepada Malaysia pada
tahun 1963.
Malaysia juga menyatakan bahawa terdapat kegiatan ekonomi yang sudah lama
dilakukan di pulau - pulau tersebut. Seperti contoh, Pulau Sipadan telah dijadikan
sebagai kawasan pengumpulan telur penyu dan aktiviti ini dianggap sebagai satu akviti
ekonomi yang lazim bagi orang tempatan. Selain daripada itu, pulau tersebut turut
dijadikan sebagai kawasan perlindungan burung - burung pada tahun 1933 oleh pihak
pentadbir Borneo Utara. Tambahan pula, Pulau Sipadan juga turut dijadikan sebagai
kawasan tinjauan untuk aktiviti maritim yang berkait rapat dengan perikanan pelayaran,
permasalahan kapal karam dan sebagainya.

Di dalam menganalisis konflik pertikaian wilayah, prinsip kawalan efektif adalah salah
satu kaedah yang digunakan (Liang & Liu, 2013: 43). Prinsip ini menjelaskan objektif
sesebuah negara terhadap kawasan baru dengan menunjukkan aktiviti - aktiviti tertentu
seperti mewujudkan pentadbiran, penempatan dan melaksanakan kegiatan ekonomi
tanpa ada sebarang gangguan daripada kuasa luar di dalam jangka masa yang tertentu.
Oleh hal yang demikian, berdasarkan beberapa siri instrumen perundangan serta aktiviti
yang wujud di pulau tersebut, Malaysia mengesahkan “kawalan efektif”nya ke atas
kawasan tersebut (International Court of Justice 2002b).

Pada umumnya, perjanjian diantara negara - negara yang berdaulat bertindak sebagai
sumber utama dalam menyelesaikan isu pertikaian wilayah. Artikel 31 dalam
Konvensyen Vienna telah menyatakan bahawa semua perjanjian seharusnya
diinterpretasikan “dalam penuh kepercayaan” dan Artikel 38 berdasarkan statut ICJ pula
menyatakan mahkamah diwajibkan mengesahkan dan mengambil kira sebarang
perjanjian yang wujud (Article 31, 1969; Article 38, n.d).

Berbeza dengan tuntutan Malaysia, Indonesia pula menuntut hak dan kedaulatan ke atas
Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan berdasarkan kepada Konvensyen 1891 di dalam
menentukan sempadan antara jajahan British dan Belanda di Nusantara (International
Court of Justice 2002b). Dalam hal ini, memandangkan kedua - dua pulau tersebut
terletak di selatan pada 4° 10' selari utara, Indonesia menganggap bahawa hak dan
kedaulatan ke atas kedua - dua wilayah tersebut sepatutnya diberikan kepada Jakarta
berdasarkan Konvensyen 1891 mengikut prinsip uti possidetis juris atas dakwaan
bahawa kewujudan sempadan yang sedia ada dan dipersetujui oleh pihak British dan
Belanda setelah Indonesia dan Malaysia mencapai kemerdekaan (Mak, 2008: 116).
Dalam erti kata lain, prinsip tersebut bertujuan untuk menghalang penandaan semula
penggarisan sempadan - sempadan negara yang baru mencapai kemerdekaan (The
Manila Times, 2012).

Tambahan pula, seperti Malaysia, Indonesia juga turut bergantung kepada prinsip
kawalan efektif. Jakarta mendakwa bahawa rakyat Indonesia telah lama menggunakan
pulau - pulau tersebut sebagai kawasan perikanan. Dalam pada itu juga, Indonesia turut
berpendapat bahawa sekiranya ICJ menolak tuntutannya bedasarkan Konvensyen 1891,
Jakarta masih berkelayakan untuk menuntut hak dan kedaulatan ke atas Pulau Sipadan
dan Ligitan sebagai pewaris kepada Sultan Bulungan yang telah mentadbir kedua - dua
pulau tersebut sebelum ia menjadi sebahagian wilayah naungan Belanda pada tahun
1878 (International Court of Justice 2002b).

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)

Berdasarkan kepada beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Malaysia dan Indonesia,
kedua - dua pihak sering menggunakan aspek sejarah dan prinsip kawalan efektif.
Walau bagaimanapun, ICJ kurang yakin bahawa Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan
terletak di bawah penguasaan Sultan Bulungan atau Sultan Sulu (International Court of
Justice 2002a). Disebabkan hal ini, ICJ mengaplikasikan prinsip kawalan efektif di
dalam menentukan hak dan kedaulatan ke atas kedua - dua pulau tersebut. Seterusnya
ICJ menilai aktiviti berterusan yang dilakukan dan niat untuk melaksanakan hak dan
kedaulatan yang ditunjukkan oleh sesebuah negara ke atas wilayah yang dituntut.

Dalam hal ini, ICJ telah memperakukan bahawa aktiviti mengutip telur penyu yang
telah disahkan oleh pihak berkuasa Borneo Utara di Pulau Ligitan dan Sipadan adalah
merupakan aktiviti ekonomi lazim berdasarkan kepada Ordinan Pemuliharaan Penyu
tahun 1917. Selain daripada itu, ICJ juga turut memperakukan bahawa pihak pihak
penjajah British telah membina rumah api di Pulau Sipadan pada tahun 1962 dan Pulau
Ligitan pada tahun 1963. Kedua - dua rumah api tersebut kemudiannya berfungsi
sebagai titik navigasi kepada aktiviti perkapalan disekitar kawasan tersebut.

Oleh hal yang demikian, ICJ telah menyimpulkan bahawa bahawa kedua - dua rumah
api tersebut telah diselanggarakan secara berterusan oleh pihak berkuasa Malaysia sejak
tahun 1963 (International Court of Justice 2002a). Di pihak Indonesia pula, kegagalan
memprotes berhubung pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia secara
tidak langsung meyakinkan ICJ bahawa Kuala Lumpur telah menunjukkan prinsip
animus occupandi dalam menuntut kedaulatan dan melaksanakan pentadbiran ke atas
Pulau Ligitan dan Sipadan tanpa sebarang gangguan menerusi pelbagai aktiviti ekonomi
harian dan penyelenggaraan rumah api di kedua - dua kawasan tersebut. Pada tahun
2002, berdasarkan prinsip kawalan efektif, ICJ telah merumuskan bahawa hak dan
kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan adalah kepunyaan Malaysia
(International Court of Justice 2002c).

2) Pertikaian Pedra Branca

Selain daripada pertikaian berhubung dengan Pulau Sipadan dan Ligitan, Malaysia juga
terlibat di dalam konflik tuntutan Pedra Branca atau dikenali sebagai Pulau Batu Puteh
dengan Singapura. Konflik wilayah berhubung hak dan kedaulatan ke atas Pedra Branca
bermula seawal tahun 1980 - an apabila Singapura menyuarakan bantahan rasmi kepada
Kuala Lumpur sebagai tindak balas terhadap peta Malaysia yang dikenali sebagai
“Territorial Waters and Continental Shelf Boundaries of Malaysia” yang diterbitkan
pada 21hb Disember 1979. Menurut peta tersebut, Pedra Branca dianggap sebagai
sebahagian daripada wilayah Malaysia (Ministry of Foreign Affairs Singapore n.d).

Peta 2: Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge

Sumber: Asian Maritime Transparency Initiative


<https://amti.csis.org/maritime-disputes/> Diakses pada 16 hb Mei 2017.

Seperti yang digambarkan di Peta 2, lokasi dan ciri-ciri geografi Pedra Branca sememangnya
menarik. Pedra Branca ialah sebuah pulau granit yang terletak di bahagian timur Selat
Singapura berhadapan Laut China Selatan. Pedra Branca bersaiz 137 meter panjang, 60 meter
lebar dan meliputi kawasan kira - kira 8,560 meter persegi ketika air surut. Pulau tersebut
terletak pada kira - kira 24 batu nautikal ke arah timur Singapura dan 7.7 batu nautikal ke arah
selatan negeri Johor, Malaysia (International Court of Justice 2008c). pada masa yang sama,
konflik hak dan kedaulatan ke atas Pedra Branca ini juga melibatkan isu hak dan kedaulatan ke
Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) yang turut terletak di Selat
Singapura.

Malaysia mengaplikasikan aspek sejarah sebagai salah satu prinsip dalam tuntutannya
ketika berhadapan dengan Singapura berhubung dengan hak dan kedaulatan ke atas
Pedra Branca. Menurut Kuala Lumpur, hak dan kedaulatan ke atas Pedra Branca adalah
secara semulajadinya terletak dibawah bidangkuasa Kesultanan Johor menerusi prinsip
time immemorial. Malaysia juga turut mengemukakan Anglo - Dutch Treaty 1824 yang
meletakkan kawasan Pedra Branca sebagai sebahagian kawasan di bawah penguasaan
pengaruh British. Perjanjian tersebut secara tidak langsung memberi mengesahkan
bahawa status Pedra Branca sebagai sebahagian daripada wilayah Kesultanan Johor.

Pada masa yang sama, Malaysia turut menolak pendapat Singapura terhadap
kepercayaan masyarakat Melayu tradisional berhubung dengan konsep kedaulatan
sesebuah wilayah. Menurut Singapura, konsep kedaulatan berdasarkan kepada kawalan
ke atas sekumpulan masyarakat dan bukannya ke atas wilayah yang tertentu.
Sebaliknya, Kuala Lumpur pula berpendapat bahawa konsep kedaulatan adalah
berdasarkan gabungan kawalan masyarakat dan wilayah (International Court of Justice
2008c). Malaysia mengulas dengan lebih lanjut bahawa semenjak kewujudan
Kesultanan Johor pada abad ke -16, golongan pemerintah akan mengawal wilayahnya
dan memberikan jaminan keselamatan kepada rakyat jelata manakala rakyat pula
diwajibkan untuk memberikan taat setia kepada pemerintah. Selain daripada itu,
kerajaan Malaysia turut menekankan bahawa Pedra Branca kerap dikunjungi oleh
golongan pelayar dan orang laut yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan
Johor. Aktiviti ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kerajaan Johor
menyedari akan kewujudan kawasan itu, justeru menolak dakwaan Singapura bahawa
status Pedra Branca adalah terra mullius (International Court of Justice, 2008c).

Kuala Lumpur menegaskan bahawa Johor tidak pernah berniat atau membuat sebarang
tindakan yang melibatkan penyerahan hak ke atas Pedra Branca kepada United
Kingdom melainkan sekadar memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina
dan seterusnya menyelenggara Rumah Api Horsburgh di atas pulau tersebut. Tambahan
pula, Malaysia turut menjelaskan bahawa tindakan United Kingdom dan pewarisnya
Singapura di dalam menyelenggara rumah api itu dilihat sebagai sekadar
tanggungjawab seorang penjaga rumah api (International Court of Justice 2008c).
Berhubung dengan isu hak dan kedaulatan ke atas Middle Rock dan South Ledge pula,
Malaysia berpegang bahawa kedua - dua kawasan ini tersebut tidak pernah dianggap
sebagai sebahagian daripada Pedra Branca akan tetapi masih terletak di bawah
bidangkuasa Johor. Tambahan lagi, Malaysia telah melaksanakan kawalan efektif dari
semasa ke semasa di atas kawasan tersebut. Situasi ini dapat dibuktikan melalui satu
dokumen sulit dalaman yang bertarikh 16hb Julai 1968 iaitu Surat Pengisytiharan (Letter
of Promulgation) yang ditandatangani oleh Ketua Tentera Laut Diraja Malaysia,
Commodore Thanabalasingam, yang mengesahkan bahawa Pedra Branca, Middle
Rocks dan South Ledge terletak di dalam kawasan perairan Malaysia. Huraian tersebut
kemudiannya telah dimasukkan dalam Akta Perikanan Malaysia 1985 (International
Court of Justice 2008c). Selain daripada itu, kerajaan Malaysia turut memberikan
konsesi penggalian petroleum kepada Continental Oil Company of Malaysia pada tahun
1968 yang merangkumi kawasan Middle Rocks dan South Ledge. Malah, Malaysia juga
menegaskan bahawa Singapura tidak pernah mengeluarkan sebarang protes terhadap
tindakan Kuala Lumpur. Tambahan pula, pada sekitar tahun 1980 - an, semasa proses
untuk menuntut hak dan kedaulatan ke atas Pedra Branca, Singapura juga tidak pernah
mengutarakan sebarang tuntutan ke atas Middle Rocks dan South Ledge (International
Court of Justice 2008c).

Sementara itu, Singapura pula menegaskan bahawa Pedra Branca adalah berstatus terra
nullius dan menyifatkan pulau tersebut sebagai sebuah kawasan yang tidak berada
dibawah mana - mana kuasa pada ketika itu. Kenyataan ini bercanggah dengan tuntutan
Malaysia yang menyatakan bahawa hak dan kedaulatan ke atas Pedra Branca terletak di
bawah bidangkuasa Kesultanan Johor. Seterusnya, Singapura menjelaskan bahawa
kerajaannya dan pentadbir yang terdahulu, United Kingdom, telah melaksanakan
prinsip kawalan efektif yang berterusan ke atas Pedra Branca sejak tahun 1847
(International Court of Justice 2008c).

Selain daripada pembinaan rumah api Horsburgh pada tahun 1851, Singapura seringkali
berhadapan dengan dan menyelesaikan masalah kapal karam di persekitaran kawasan
perairan Pedra Branca (International Court of Justice 2008c). Dalam masa yang sama,
Singapura turut melaksanakan kawalan ekslusif terhadap lawatan ke pulau tersebut,
termasuklah dengan mengeluarkan permit kepada para pegawai kerajaan Malaysia
untuk melakukan kajian saintifik maritim. Selain itu juga, Singapura turut mendakwa
bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah menyuarakan bantahan rasmi untuk
menurunkan bendera Singapura di Pedra Branca, sebagaimana yang telah dilakukan ke
atas Pulau Pisang yang terletak di bawah penguasaan Malaysia sejak tahun 1968
(International Court of Justice 2004d; International Court of Justice 2008c). Di samping
itu juga, Tommy Koh, Bekas Duta Singapura ke Pertubuhan Bangsa - bangsa Bersatu
menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah membantah terhadap aktiviti pengurusan
yang berterusan di Pedra Branca oleh pihak Singapura (Ministry of Foreign Affairs
Singapore 2007a).

Berhubung dengan isu hak dan kedaulatan ke atas Middle Rock dan South Ledge,
Singapura menegaskan bahawa Middle Rocks dan South Ledge yang dianggap sebagai
sebahagian daripada Pedra Branca, adalah hakmilik negara tersebut. Penegasan ini
dibuat berdasarkan fakta bahawa kedudukan kedua - dua kawasan ini berada di dalam
lingkungan kawasan perairannya. Singapura menganggap Pedra Branca, Middle Rock
dan South Ledge sebagai satu entiti maritim yang tidak boleh dipisahkan berdasarkan
kepada kes pertikaian Pulau Palmas pada tahun 1932 (Ministry of Foreign Affairs
Singapore 2007b). Pada masa yang sama, Singapura turut menekankan bahawa tidak
terdapat sebarang bukti kukuh yang menunjukkan kerajaan Malaysia telah menegakkan
kuasa autoriti ke atas Middle Rocks dan South Ledge. Memandangkan Singapura secara
konsisten melaksanakan kawalan efektif ke atas Pedra Branca dan kawasan sekitar
perairannya, maka Singapura berpendapat bahawa hak ke atas Pedra Branca, Middle
Rock dan South Ledge adalah menjadi hak miliknya.

Keputusan ICJ

Pada 23hb Mei 2008, ICJ telah mengisytiharkan bahawa hak dan kedaulatan ke atas
Pedra Branca adalah kepunyaan Singapura, manakala Middle Rocks adalah menjadi
hakmilik Malaysia (International Court of Justice, 2008c). Keputusan berhubung
Middle Rocks adalah berdasarkan Malaysia sebagai pewaris kepada Kesultanan Johor.
Pihak Mahkamah telah sedia maklum bahawa South Ledge terletak pada ketinggian air
pasang rendah. Disebabkan tidak terdapat sebarang persetujuan sempadan maritim yang
wujud berhubung kriteria yang terdapat pada South Ledge, maka pihak mahkamah tidak
dapat memutuskan hak dan kedaulatan ke atas South Ledge. Justeru itu, kedua - dua
pihak yang berkonflik tidak memiliki South Ledge dan statusnya masih menjadi tanda
tanya sehingga hari ini. Walau bagaimanapun, ICJ telah menegaskan bahawa hak dan
kedaulatan ke atas South Ledge mesti ditentukan berdasarkan lokasinya, sama ada di
laut wilayah Malaysia mahupun Singapura (Asiaone, 2008).

Dalam pada masa yang sama, pihak ICJ mendapati bahawa konsep kedaulatan Melayu
tradisional merangkumi kombinasi kawalan terhadap wilayah dan rakyat jelata. Dalam
hal ini, memandangkan Pedra Branca pada awalnya menjadi milik Kesultanan Johor
sejak tahun 1512 lagi, isu kedaulatan secara jelasnya berpihak kepada Malaysia
(International Court of Justice 2008c). Mahkamah telah menolak tuntutan Singapura
berhubung dengan status Pedra Branca sebagai terra nullius memandangkan pulau
tersebut telah sekian lama menjadi pusat navigasi, dan kenyataan Singapura bahawa
pulau tersebut adalah suatu entiti yang belum ditemui tidak meyakinkan pihak
mahkamah (International Court of Justice 2008c).

Tambahan pula, ICJ memerhatikan bahawa adalah sangat sukar untuk menentukan sama
ada Sultan Johor telah memberikan kebenaran kepada pihak British untuk membina dan
menjalankan operasi rumah api tersebut, ataupun memberi kebenaran kepada pihak
tersebut untuk memilih Pedra Branca untuk tujuan pembinaan rumah api tersebut
(International Court of Justice 2008c).

Berdasarkan keputusan yang dibuat oleh ICJ dalam kes Pulau Palmas tahun 1963,
dalam keadaan yang tertentu, hak dan kedaulatan ke atas sesebuah wilayah boleh
bertukar milik sekiranya sesebuah negara yang mempunyak hak pemilikkan asal gagal
untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang niat dan tindakan sesebuah negara lain
di dalam melaksanakan hak dan kedaulatan ke atas wilayah yang terlibat (Pertubuhan
Bangsa - bangsa Bersatu, 1949). ICJ telah sedia maklum bahawa kegagalan Johor di
dalam menyuarakan bantahan kepada aktiviti Singapura di Pedra Branca disebabkan
oleh faktor kolonialisme British pada ketika itu dan tindakan mendiamkan diri itu
diterima oleh pihak mahkamah. Walau bagaimanapun, tindakan mendiamkan diri
diteruskan oleh Kuala Lumpur setelah Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Dalam hal
ini, pihak mahkamah mendapati memandangkan tiada sebarang reaksi dan bantahan
daripada pihak Malaysia, oleh itu ICJ memutuskan bahawa hak dan kedaulatan ke atas
Pedra Branca telah diberikan kepada Singapura (International Court of Justice 2008e).

PERBINCANGAN DAN ANALISIS

Isu pertikaian wilayah mempunyai potensi yang boleh mengakibatkan konflik yang
menjurus kepada peperangan (Wiegand, 2011: 279). Aspek penjajahan di Asia Tenggara
telah menyebabkan kewujudan beberapa konflik pertikaian wilayah di rantau tersebut.
Walau bagaimanapun, keupayaan sesebuah negara di dalam menguruskan isu pertikaian
wilayah adalah mencabar kerana perkara tersebut akan mencerminkan kredibiliti,
kekuatan dan populariti kerajaan negara tersebut. Secara amnya, Asia Tenggara adalah
rantau yang terdiri daripada negara - negara yang bersifat ingin melindungi integriti
kedaulatan wilayahnya tersendiri. Justeru itu, negara - negara tersebut enggan merujuk
kes pertikaian wilayah mereka kepada pihak ketiga seperti ICJ. Kajian ini menunjukkan
bahawa mekanisme perudangan konflik merupakan salah satu cara yang paling efisien
dalam menyelesaikan isu - isu konflik antarabangsa berbanding dengan kaedah
pengurusan yang lain (Gent 2013: 66 - 71). Tidak dapat dinafikan bahawa ICJ
berperanan sebagai suatu badan yang mempunyai akauntabiliti untuk menjalankan
bidang kuasa dalam mengukuhkan undang-undang antarabangsa serta menyelesaikan
sebarang masalah di antara pihak yang berkonflik tanpa wujudnya prejudis dan
ketegangan.
Walaupun ICJ adalah sangat efektif dalam menyelesaikan konflik di antara entiti yang
bertelagah, namun terdapat juga beberapa negara yang berkonflik masih enggan untuk
membawa isu mereka ke institusi tersebut. Hampir setiap negara enggan mengambil
risiko akan kehilangan wilayah kerana ianya berkait rapat dengan aspek - aspek seperti
nasionalisme, etnik, ekonomi, kedudukan strategik dan sebagainya. Tambahan lagi,
reputasi kerajaan sesebuah negara akan tercemar gagal untuk mempertahankan hak dan
kedaulatan ke atas wilayah yang terlibat. Selain daripada itu, keenggan tersebut turut
berkaitan dengan keputusan ICJ yang tidak mengikat mana - mana negara berkonflik
untuk mematuhi keputusan yang diberikan. Keadaan ini secara tidak langsung memberi
gambaran bahawa tidak ada sebarang jaminan bahawa setiap negara yang berkonflik
mempunyai obligasi untuk mematuhi keputusan ICJ.

Dalam scenario ini, kerajaan Malaysia mengambil langkah berani dengan membawa kes
- kes pertikaian wilayah dengan negara jirannya ke ICJ berbanding dengan ASEAN
dalam menyelesaikan konflik hak dan kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau
Sipadan serta Pedra Branca. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, memandangkan
Malaysia mempunyai beberapa isu pertikaian wilayah dengan negara - negara jirannya,
Kuala Lumpur berasakan bahawa ASEAN bukanlah mekanisme penyelesaian konflik
yang sesuai. Ini adalah disebabkan ahli - ahli lain di ASEAN yang terlibat dalam
pertikaian wilayah dengan Malaysia berkemungkinan besar tidak akan memaparkan
objektiviti dalam membincangkan atau menyelesaikan isu pertikaian wilayah Malaysia
dengan Singapura atau Indonesia (Ching, 1997). Dengan membawa kes - kes pertikaian
wilayah kepada ICJ, Malaysia bukan sahaja dapat memastikan hubungan yang baik
dengan Singapura malah turut berjaya mengekalkan hubungan diplomatik yang lancar
dengan Indonesia.

Kejayaan ICJ dalam menyelesaikan konflik wilayah Malaysia dengan Singapura dan
Indonesia menunjukkan bahawa institusi tersebut adalah medium yang efektif
memandangkan keputusan penghakimannya diterima dengan baik oleh semua pihak
yang terlibat (Strachan, 2009). Walaupun Indonesia kecewa dengan keputusan ICJ
apabila ia kehilangan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan kepada Malaysia, namun
keputusan tersebut tidak dicabar. Pada masa yang sama, Malaysia meyambut keputusan
tersebut dengan reaksi yang sederhana supaya tidak menyinggung perasaan Jakarta.

Malaysia juga menunjukkan sikap profesionalisme selepas Kuala Lumpur kehilangan


hakcdan kedaulatan ke atas Pedra Branca. Keputusan yang dibuat oleh ICJ seringkali
kurang dihormati oleh sesetengah pihak, tetapi kerajaan Malaysia telah menerimanya
dengan hati yang terbuka walaupun Pedra Branca selama ini dianggap sebagai
sebahagian negeri Johor. Pada 23hb Mei 2008, Menteri Luar Negeri Malaysia pada
ketika itu, Dr. Rais Yatim (2008 - 2009) telah menyatakan bahawa keputusan ICJ
terhadap pertikaian Pedra Branca dianggap adil. Malah beliau menyuarakan bahawa
keputusan tersebut tidak akan menjejaskan hubungan bilateral Malaysia dan Singapura
yang kukuh (The Star, 2008). Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia pada masa itu, Najib Tun Razak (2004 - 2009) berpendapat bahawa keputusan
penghakiman tersebut adalah seimbang memandangkan Malaysia telah sedikit sebanyak
berjaya dalam sebahagian daripada tuntutan wilayahnya (The Straits Times, 2008). Oleh
yang demikian, disebabkan ketiga - tiga negara yang terlibat bersetuju untuk membawa
kes pertikaian wilayah ke ICJ dan pada masa yang sama turut mematuhi keputusan
institusi tersebut, keadaan ini secara tidak langsung mengelakkan sebarang
kemungkinan konflik serantau, ketegangan ataupun ketidakstabilan politik. Pendekatan
yang diambil oleh Malaysia telah jelas menunjukkan bahawa Kuala Lumpur mematuhi
mekanisme antarabangsa dalam menyelesaikan konflik. Merujuk kepada pihak ketiga
seperti ICJ untuk menyelesaikan isu - isu pertikaian wilayah mencerminkan kematangan
dan keyakinan kerajaan Malaysia dalam menguruskan isu - isu sensitif. Sebagai contoh
isu pertikaian hak dan kedaulatan ke atas Pedra Branca sekali lagi dibawa oleh Malaysia
kep ICJ pada tahun 2017.

Malaysia telah membuat kes rayuan kepada ICJ untuk menyemak semula keputusan
penghakiman ke atas hak dan kedaulatan Pedra Branca setelah menemui tiga dokumen
baru di Arkib Kebangsaan di United Kingdom pada sekitar Ogos 2016 dan Januari 2017
(Berita Harian Online, 2018). Dokumen - dokumen tersebut berkaitan dengan surat -
menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada tahun 1958, satu
laporan berhubung insiden domestik telah difailkan pada tahun yang sama oleh pegawai
tentera laut British dan akhirnya, satu peta bersertakan catatan pada sekitar tahun 1960 -
an berhubung dengan operasi tentera laut di kawasan sekitar kawasan perairan Pedra
Branca. Ketiga - tiga dokumen baru ini digunakan sebagai bukti bahawa pentadbiran
Singapura menyedari akan hak dan kedaulatan Johor ke atas pulau tersebut (Channel
News Asia, 2017). Sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan Malaysia, Singapura telah
memfailkan pemerhatian bertulis kepada ICJ berhubung kebolehterimaan permohonan
Malaysia untuk membuka semula kes berhubung hak pemilikan Pedra Branca. Dalam
keputusan terkini, ICJ mengumumkan bahawa ia akan mengadakan pendengaran awam
semakan penghakiman berhubungan dengan Pedra Branca dari 11hb sehingga 18hb Jun
2018. Ini akan diikuti oleh hujah lisan oleh Malaysia dan Singapura dari 18 hb sehingga
22hb Jun 2018 (Berita Harian Online, 2018).

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, ICJ tidak memberikan sebarang keputusan
konkrit berhubung dengan status South Ledge. Sebaliknya, ICJ telah menyerahkan soal
hak dan kedaulatan ke atas South Ledge kepada Malaysia dan Singapura. Apabila
situasi sedemikian timbul, kebiasaannya salah satu pendekatan yang boleh diambil
untuk menyelesaikan konflik wilayah adalah semua pihak seharusnya bersetuju
mewujudkan rangka kerja pembangunan bersama. Pihak yang berkonflik perlu mencari
jalan penyelesaian terhadap wilayah yang tertakluk kepada rangka kerja pembangunan
bersama tersebut untuk mengelakkan berlakunya pertindihan tuntutan terhadap Zon
Ekonomi Eksklusif di antara satu sama yang lain (Bernard n. d.). Pada masa yang sama,
pembangunan bersama juga membolehkan kedua-dua pihak membuka jalan bagi
perkongsian sumber tanpa melibatkan sebarang ketegangan. Bagi Malaysia, pendekatan
yang sama telah diimplementasikan dengan Bangkok di Teluk Thailand sejak tahun
1979 dimana kedua - dua pihak bersetuju mentadbir bersama kawasan tersebut. Malah,
kedua - dua pihak juga bersetuju untuk mengendalikan eksplorasi carigali minyak di
situ (Nguyen, 1999).

Dengan menggunakan pendekatan yang sama, Malaysia dan Singapura telah bersetuju
untuk membentuk rangka kerja pembangunan bersama berhubung dengan South Ledge
untuk memastikan kestabilan rantau. Kedua - dua negara ini telah menubuhkan
Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk menentukan sempadan maritim sekitar perairan
Pedra Branca (Salleh, 2017). Berhubung dengan mesyuarat pertama yang diadakan pada
3hb Jun 2008, jawatankuasa tersebut telah menubuhkan satu jawatankuasa kecil yang
dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Kajiselidik Bersama untuk membincangkan
pelbagai isu maritim sekitar kawasan perairan Pedra Branca (Ministry of Foreign
Affairs of Singapore, The Second Malaysia n.d.). Pada masa yang sama, jawatankuasa
yang dibentuk itu telah mencadangkan agar Malaysia dan Singapura menyediakan
bantuan kemanusiaan kepada mana - mana kapal yang terlibat dalam kemalangan di
persekitaran kawasan Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge (Ministry of
Information Communications and the Arts Singapore, 2008). Setelah beberapa
rundingan yang diadakan pada tahun 2008, Malaysia dan Singapura juga telah bersetuju
bahawa aktiviti perikanan dijalankan seperti biasa dalam lingkungan 0.5 batu nautikal di
luar persisiran pantai Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge (Ministry of
Information Communications and the Arts Singapore, 2008). Setakat ini, boleh
dikatakan tidak terdapat sebarang konflik berhubung dengan South Ledge walaupun
pembangunan bersama yang dirancang belum lagi dipertingkatkan.

KESIMPULAN

Malaysia percaya bahawa sebarang tuntutan hak ke atas sesebuah wilayah seharusnya
diselesaikan mengikut prosedur undang - undang antarabangsa. Dengan menekankan
kepentingan dan menjaga hubungan baik sesama negara demi kestabilan rantau ini,
Malaysia telah merujuk kes Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan dan Pedra Branca kepada
ICJ. Setelah keputusan penghakiman ICJ ke atas kes Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan
pada tahun 2002 berpihak kepada Malaysia, kerajaan Malaysia seterusnya sekali lagi
merujuk kes hak kedaulatan ke atas Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge ke
ICJ. Walaupun Malaysia berjaya mendapatkan hak dan kedaulatan ke atas Pulau Ligitan
dan Pulau Sipadan, tetapi ia kehilangan hak ke atas Pedra Branca pada tahun 2008.
Kerajaan Malaysia akur pada penghakiman tersebut. Pada masa yang sama, hak ke atas
Middle Rocks diberikan kepada Malaysia. Malaysia meneruskan aktiviti - aktiviti
maritim di kawasan persekitaran berkenaan. Umpamanya, pada tahun 2016 ia telah
membina pengkalan maritim Abu Bakar di atas Middle Rocks. Kemudahan yang
terdapat di pengkalan tersebut termasuk jeti, helipad dan juga sebuah rumah api. Boleh
disimpulkan bahawa pembinaan infrastruktur tersebut bertujuan untuk mengukuhkan
kedaulatan Malaysia serta membolehkan kajian saintifik marin dilakukan oleh pihak
kerajaan (Malaymail Online, 2017). Oh Ei Sun, seorang pengkaji daripada S.
Rajaratnam School of International Studies, sebuah institusi penyelidikan kerajaan di
Singapura, berpendapat pembinaan pengkalan tersebut sebagai sesuatu tindakan yang
positif di mana ianya mempunyai kapasiti menangani masalah keselamatan maritim
bersama (Teoh, 2017).

Keputusan yang diambil oleh Malaysia, Indonesia dan Singapura bukan sahaja telah
membuktikan faedah - faedah yang diperolehi melalui penghakiman ICJ, akan tetapi
juga jelas memaparkan sifat akur kepada undang - undang antarabangsa. Sehubungan
dengan itu, Malaysia boleh menggunakan pendekatan yang sama untuk
mempertimbangkan kes - kes pertikaian wilayah yang masih belum diselesaikan dengan
negara jirannya di ASEAN. Ini adalah disebabkan kebanyakan negara anggota ASEAN,
termasuk Malaysia tidak mahu membawa kes mereka ke majlis Tertinggi ASEAN /
ASEAN High Council. Ini disebabkan Majlis tersebut tidak pernah menghakimi mana-
mana kes tuntutan wilayah sebelum ini. Maka, keberkesanan ICJ dilihat oleh Malaysia
sebagai suatu alternative serta perkara yang positif dalam menyelesaikan sebarang
konflik.

RUJUKAN

1. 3 UK documents cited for Malaysia's application to Revise Pedra Branca


Decision. 2017. Channel News Asia. Diakses dari
http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/3-uk-documents-cited-for-
malaysia-s-application-to-revise-pedra--7615510 pada 9hb September 2017.

2. Anglo - Dutch Treaty of 1824 (Teks di dalam Bahasa Belanda). Diakses dari
http://wvi.antenna.nl/nl/dh/geschiedenis/traktaat.html pada 15hb Mei 2017.

3. Article 31 of Vienna Convention on the Law of Treaties 1969. Diakses dari


https://treaties.un.org/doc/publication/unts/volume%201155/volume-1155-i-
18232-english.pdf pada 12hb Mei 2017.
4. Article 38 of Statute of the International Court of Justice. Diakses dari
http://legal.un.org/avl/pdf/ha/sicj/icj_statute_e.pdf pada 12hb Mei 2017.

5. Asri., S. 2007. Dispute Resolution through Third Party Mediation: Malaysia and
Indonesia. Intellectual Discourse, 15 (2),147 - 165.

6. Bernard., L. n.d. Prospect for Joint Development in the South China Sea. Centre
of International Law, National University of Singapore. Diakses pada
https://cil.nus.edu.sg/wp-content/uploads/2013/06/Bernard-CSIS-Draft-1-June-
2013-Prospect-for-Joint-Development-in-the-SCS.pdf pada 17hb Mei 2017.

7. Ching., F. (1997). Resolving ASEAN’s Problems. Far Eastern Economic


Review, 23 (1), 28.

8. Gent., S.E. 2013. The Politics of International Arbitration and Adjudication.


Penn State Journal of Law & International Affairs, 2(1), 66 - 77.

9. Burghardt., A. 1973. The Bases of Territorial Claims. Geographical Review,


63(2), 230.

10. Butcher., J. G. 2013. The International Court of Justice and the Territorial
Dispute between Indonesia and Malaysia in the Sulawesi Sea. Contemporary
Southeast Asia, 35, (2) 235 - 257.

11. Hasjim Djalal. 2013. Dispute between Indonesia and Malaysia on the
Sovereignty over Sipadan and Ligitan Islands. Opinio Juris, 12, (10).

12. How ICJ Arrived at its Decision. 2008. Asiaone. Diakses dari
http://www.asiaone.com/News/Latest%2BNews/Story/A1Story20080528-
67522.html pada 9hb April 2017.

13. Huth., Paul K. 2000. Standing Your Ground: Territorial Disputes and
International Conflict. Ann Arbor: University of Michigan Press.

14. International Court of Justice. 2002a. Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau
Sipadan (Indonesia / Malaysia) [Siaran Akhbar]. Diakses dari http://www.icj-
cij.org/presscom/index.php?p1=6&p2=1&pr=343&pt=1 pada 5hb April 2017.

15. International Court of Justice. 2002b. Case Concerning Sovereignty over Pulau
Ligitan and Pulau Sipadan (Indonesia V. Malaysia) (Merits). Diakses dari
http://www.icj-cij.org/docket/files/102/10570.pdf pada 5hb April 2017.

16. International Court of Justice. 2004d. Memorial of Singapore. Diakses dari


http://www.icj-cij.org/docket/files/130/14133.pdf pada 13hb Mei 2017.

17. International Court of Justice. 2008c. Case Concerning the Sovereignty over
Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge (Malaysia / Singapore). Diakses
dari http://www.icj-cij.org/docket/files/130/14492.pdf pada 9hb April 2017.

18. International Court of Justice. 2008e. Declaration of Judge Ranjeeva


(Translation). Diakses dari http://www.icjcij.org/docket/files/130/14494.pdf
pada 10hb April 2017.
19. Joseph., P. 2017. The SAGE Encyclopaedia of War: Social Science Perspectives.
California: SAGE Publications.

20. Liang, M., & Liu, Z. 2013. Solution of Territory Dispute and Effective Control
Principle: The Perspective of China and its Neighbouring Countries. GSTF
International Journal of Law and Social Sciences, 3 (1), 43. doi: 10.5176/2251-
2853_3.1.136

21. Mak., J. N. 2008. Sovereignty in ASEAN and the Maritime Cooperation in the
South China Sea. In Emmers., R & S. Bateman., S. G (Eds.), Security and
International Politics in the South China Sea: Towards a Co - operative
Management Regime. Oxford Shire: Routledge.

22. Malaysia Inaugurates New Maritime Base on Middle Rocks, Near Pedra Branca
2017. The MalayMail Online. Diakses dari
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysia-inaugurates-new-
maritime-base-on-middle-rocks-near-pedra-branca pada 13hb September 2017.

23. Mancini., F. 2013. Uncertain Borders: Territorial Dispute in Asia. Italian


Insititute for International Political Studies (No. 180). Diakses dari
http://www.ispionline.it/sites/default/files/pubblicazioni/analysis_180_2013_0.p
df pada 4hb April 2017.

24. Ministry of Information Communications and the Arts. 2008. Joint Press
Statement by Dr Rais Yatim, Minister of Foreign Affairs of Malaysia and George
Yeo, Minister for Foreign Affairs of Singapore: Meeting between Malaysia and
Singapore on The Implementation of the International Court of Justice
Judgment on Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge Singapore. [Siaran
Akhbar]. Diakses dari
http://www.nas.gov.sg/archivesonline/speeches/record-details/7e63d37d-115d-
11e3-83d5-0050568939ad pada 17hb Mei 2017.

25. Ministry of Foreign Affairs of Singapore. 2007a. Oral argument by Mr. Tommy
Koh, Ambassador - at - Large, Ministry of Foreign Affairs of the Republic of
Singapore, Professor of Law at the National University of Singapore on 6th
November 2007. Diakses dari
https://www.mfa.gov.sg/content/mfa/media_centre/special_events/pedrabranca/p
ress_room/sp_tr/2007/200711/press_200711_26.html pada 8hb April 2017.

26. Ministry of Foreign Affairs of Singapore. 2007b. Second oral argument by Mr.
Alain Pellet, Professor at the University of Paris X - Nanterre, member and
former Chairman of the United Nations International Law Commission, 9th
November 2007. Diakses dari
https://www.mfa.gov.sg/content/mfa/media_centre/special_events/pedrabranca/p
ress_room/sp_tr/2007/200711/press_200711_16.html pada 8hb April 2017.

27. Ministry of Foreign Affairs of Singapore. n.d. International Court of Justice -


Case concerning sovereignty over Pedra Branca, Middle Rocks and South
Ledge. Diakses dari
https://www.mfa.gov.sg/content/mfa/media_centre/special_events/pedrabranca.h
tml pada 8hb April 2017.

28. Ministry of Foreign Affairs of Singapore. n.d. The Second Malaysia - Singapore
Joint Technical Committee (Msjtc) Meeting on the Implementation of the
International Court of Justice Judgment on Pedra Branca, Middle Rocks and
South Ledge [Siaran Akhbar]. Diakses dari
https://www.mfa.gov.sg/content/mfa/media_centre/press_room/pr/2008/200808/
press_200808280.html pada 17hb April 2017.

29. Nguyen, Hong Thao (1999). Joint development in the Gulf of Thailand. IBRU
Boundary and Security Bulletin Autumn 1999. Diakses dari
https://www.dur.ac.uk/ibru/publications/download/?id=153 pada 5hb September
2017.

30. Pan., J. 2009. Toward A New Framework for Peaceful Settlement of China's
territorial and Boundary Disputes. Boston: Martinus Nijhoff Publishers.
31. Pendengaran semakan penghakiman Batu Puteh pada 18 Jun. 2018. Berita
Harian Online. Diakses dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/408513/pendengaran-
semakan-penghakiman-batu-puteh-pada-18-jun pada 8hb April 2017.

32. Pedra Branca Belongs to Singapore. 2008. The Straits Times. Diakses dari
https://law.nus.edu.sg/about_us/news/2008/pedra.pdf pada 17hb Mei 2017.

33. S'pore takes Pulau Batu Puteh, M'sia gets Middle Rocks. 2008. The Star Online.
Diakses dari http://www.thestar.com.my/news/nation/2008/05/23/spore-takes-
pulau-batu-puteh-msia-gets-middle-rocks/ pada 15hb Mei 2017.

34. Salleh., B. 2017. Revisiting the ICJ verdict. News Strait Times. Diakses dari
https://www.nst.com.my/news/2017/02/212846/revisiting-icj-verdict pada 17hb
Mei 2017.

35. Scramble for Africa: Berlin Conference of 1884 - 1885 to Divide Africa. 2013.
Kasi Economics. Diakses dari https://kasieconomics.com/2013/03/30/scramble-
for-africa-berlin-conference-of-1884-1885-to-divide-africa pada 15hb Mei 2017.

36. Sharma., S. P. 1997. Territorial Acquisition, Disputes, and International Law.


The Hague: Martinus Nijhoff publishers.

37. Sipadan and Ligitan Island Maps. Diakses dari


https://www.google.com.hk/maps/@5.3778426,117.9922407,460123m/data=!
3m1!1e3 pada 18hb Mei 2017.

38. Statute of the International Court of Justice. Diakses dari


http://legal.un.org/avl/pdf/ha/sicj/icj_statute_e.pdf pada 12hb Mei 2017.

39. Strachan., A. L. 2009. Resolving Southeast Asian Territorial Disputes: A Role


for the ICJ (Issue Brief No. 133). Diakses dari
https://www.files.ethz.ch/isn/109205/IB133-SEARP-AnnaICJ_(Read-Only).pdf
pada 15hb Mei 2017.

40. Teoh., S. 2017. Malaysia Opens Maritime Base Near Pedra Branca. The Straits
Times. Diakses dari http://www.straitstimes.com/asia/malaysia-opens-maritime-
base-near-pedra-branca pada 6hb September 2017.

41. United Nations. 1949. Island of Palmas Case (Netherland, USA). Diakses dari
http://legal.un.org/riaa/cases/vol_II/829-71.pdf pada 28hb April 2017.
42. United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS). Diakses pada
http://www.un.org/depts/los/convention_agreements/texts/unclos/unclos_e.pdf
pada 16hb Mei 2017.

43. Vienna Convention on the Law of Treaties 1969. Diakses dari


https://treaties.un.org/doc/publication/unts/volume%201155/volume-1155-i-
18232-english.pdf pada 12hb Mei 2017.

44. West Philippine Sea; Sabah and effectivities. 2012. The Manila Times Online.
Diakses dari http://www.manilatimes.net/west-philippine-sea-sabah-and-
effectivites/191459/ pada 10hb Mei 2017.

45. Wiegand., K. E. 2011. Enduring Territorial Disputes Strategies of Bargaining,


Coercive Diplomacy, and Settlement. Athens: University of Georgia.

You might also like