You are on page 1of 4

Pengerusi: (Salam…)Tajuk kita pagi ini ialah konflik persempadanan dan tuntutan bertindih di

Asean iaitu di Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan. Kedua-dua pulau ini pernah
bersama-sama dituntut oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia. Baiklah sidang
hadirin, sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik perbincangan molek kiranya
kita berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini.

(Tanya Khabar.......)

Pengerusi: Usai salam perkenalan dengan semua ahli panel, kembali kita kepada topik forum
kita iaitu konflik persempadanan dan tuntutan bertindih antara Pulau Ligitan dan
Pulau Sipadan. Sidang hadirin, sebelum kita melangkah dengan lebih jauh lagi,
eloklah kita menelusuri apakah punca yang meyebabkan konflik tersebut berlaku?
Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan soalan pertama kepada ahli
panel pertama. Saudari??, mohon saudari merungkaikan persoalan ini kepada
semua.

Ahli panel 1: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada siding hadirin yang dihormati.
Pulau-pulau ini menjadi rebutan akibat faktor geografinya. Pulau Sipadan ialah
sebuah pulau di lautan yang terletak berhampiran dengan Semporna, iaitu sebuah
Bandar di pantai timur Sabah. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau
samudera di Malaysia yang terdiri daripada batu kapur dan berketinggian 600 meter
dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai salah satu destinasi bagi aktiviti
menyelam skuba yang terbaik di dunia. Pulau Sipadan juga tersenarai sebagai
antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik di dunia pada tahun 2009.
Pulau ini telah dituntut bersama-sama oleh Malaysia dan Indonesia dan menjadi
pertikaian wilayah antara Malaysia dan Indonesia.

Pengerusi: Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang takrif tentang punca konflik
persempadanan dan tuntutan bertindih berlaku di Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan
yang merupakan penjelasan terperinci dan menarik daripada saudari ahli panel
pertama. Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua, saudari??
Tentang faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya konflik
persempadanan di Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan.

Ahli panel 2: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih saudara pengerusi. Sidang
hadirin yang dihormati, faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya konflik
persempadanan di Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan iaitu faktor ekonomi. Pulau
Ligitan dan Pulau Sipadan kaya dengan sumber laut seperti ikan, udang, ketam dan
batu karang. Pulau-pulau tersebut mampu menjadi pusat pembiakan ikan dan
sumber laut yang lain. Pengutipan telur penyu sejak tahun 1941 oleh kerajaan
Great Britain Borneo Utara telah menjadi sumber pendapatan. Oleh itu, pulau-pulau
tersebut menjadi rebutan kerana berpotensi untuk dijadikan tempat rekreasi untuk
kegiatan menyelam atau pelancongan yang dapat menjana pendapatan negara.
Pengerusi: Terima kasih atas penjelasan saudari?? tentang factor-faktor lain yang mendorong
konflik persempadanan dan tuntutan bertindih di Asean iaitu di Pulau Ligitan dan
Pulau Sipadan. Sahabat-sahabat ahli panel dan siding hadirin yang dihormati.
Apakah yang telah berlaku dalam konflik persempadanan dan tuntutan bertindih di
antara Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan? Silakan saudari ??

Ahli panel 3: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih saudara pengerusi. Status
Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan mula menjadi isu pada tahun 1969 ketika
Indonesia mengadakan rundingan dengan Malaysia tentang pembatasan
sempadan pentas benua antara kedua-dua buah Negara dan mempertikaikan
kedaulatan Malaysia terhadap kedua-dua pulau berkenaan. Antara tahun 1992 dan
tahun 1994, tiga pusingan perbincangan tidak rasmi telah diadakan antara pegawai-
pegawai Malaysia dan Indonesia untuk menyelesaikan isu tersebut tetapi tidak
mencapai sebarang kejayaan.

Pengerusi: Terima kasih saudari?? Bolehkan saudari ?? menjelaskan lebih lanjut lagi terhadap
tindakan yang diambil oleh Negara Malaysia dan Negara Indonesia bagi
menyelesaikan isu/ konflik tersebut?

Ahli panel 2: Terima kasih saudara pengerusi. Setelah perbincangan antara pegawai kedua-dua
Negara tidak mencapai sebarang kemajuan, Perdana Menteri Malaysia ketika itu,
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Indonesia ketika itu Soeharto bersetuju
menghantar wakil peribadi masing-masing untuk meneruskan perbincangan.
Perdana Menteri telah melantik Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana
Menteri dan Presiden Soeharto pula telah melantik Moerdiono, Setiausaha
Indonesia untuk memikul tugasan tersebut. Anwar dan Moerdiono mengadakan
pertemuan sebanyak empat kali. Dalam pertemuan terakhir, Anwar dan Moerdiono
bersetuju untuk mengesyorkan agar Perdana Menteri dan Presiden
mempertimbangkan serta menyerahkan tuntutan mereka kepada ICJ dan sebarang
keputusan yang diputuskan oleh ICJ dalam tuntutan ini hendaklah diterima oleh
kerajaan Malaysia dan Indonesia sebagai muktamad dan mengikat kedua-dua
pihak.

Ahli panel 1: Saudara pengerusi, izinkan saya menambahkan idea tambahan berdasarkan
ulasan saudari???

Pengerusi: Silakan saudari.

Ahli panel 1: Dua pusingan mesyuarat rasmi telah diadakan bagi merundingkan teks perjanjian
khas untuk menyerahkan isu tersebuut kepada ICJ bagi menyelesaikan pertikaian
antara Malaysia dan Indonesia berkaitan dengan kedaulatan ke atas Pulau Ligitan
dan Pulau Sipadan. Pusingan pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada Januai
1997 dan pusingan kedua diadakan di Bandung, iaitu pada April 1997. Pada 31 Mei
1997, perjanjian khas berkenaan telah ditandatangani oleh Menteri Luar Malaysia,
iaitu Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Luar Indonesia, Ali Alatas. Seperti yang
diperuntukkan dalam perjanjian khas, Malaysia dan Indonesia secara serentak
menyerahkan tiga pusingan memorandum bertulis berkenaan isu masing-masing
kepada ICJ.

Pengerusi:Terima kasih atas penjelasan saudari?? Bolehkan saudari?? Memberi penjelasan


lanjut terhadap hujah yang dikemukakan oleh Indonesia terhadap tuntutan ke atas
pulau-pulau berkenaan?

Ahli panel 3: Terima kasih saudara pengerusi. Hujah yang dikemukakan oleh Indonesia
terhadap tuntutan ke atas pulau-pulau berkenaan ialah Indonesia menegaskan
bahawa telah memperoleh hak milik ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan
melalui perjanjian antarabangsan, iaitu Konvensyen Inggeris-Belanda 1891 antara
Great Britain dengan Belanda. Perjanjian tersebut menerangkan kedudukan
sempadan yang membahagikan pemilikan harta antara Belanda dan British
terhadap Pulau Borneo.Selain itu, Indonesia mendakwa bahawa Artikel IV
Konvensyen 1891 ada menyatakan tentang garisan sempadan di atau tanah pada
latitude 4°10¹ Utara boleh dipanjangkan kea rah laut. Pulau Ligitan dan Pulau
Sipadan kelihatan berada di sebelah bawah garisan tersebut dan terletak di sebelah
kawasan Indonesia.

Pengerusi: Terima kasih atas penjelasan saudari terhadap hujah yang dikemukakan oleh
Negara Indonesia. Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada saudari??
Tentang hujah yang dikemukakan oleh Malaysia.

Ahli panel 1: Malaysia mengemukakan hujah tersendiri dalam tuntutan tersebut. Hujah Malaysia
termasuklah mempertikaikan tafsiran Indonesia terhadap Artikel IV Konvensyen
1891 dan menegaskan bahawa garisan sempadan berkenaan berakhir di pantai
timur Pulau Sebatik dan tidak berterusan di atau lautan. Selain itu, perjanjian itu
sendiri tidak merujuk kepada sebarang peta dan tiada peta yang dilampirkan dalam
perjanjian tersebut. Hujah-hujah Malaysia berasaskan makna sebenar kata-kata
yang digunakan dalam perjanjian tersebut. Kata-kata dalam perjanjian tersebut
membawa maksud bahawa garisan sempadan berkenaan tidak berterusan jauh ke
timur hingga sampai ke laut. Hujah yang seterusnya ialah Pulau Ligitan dan Pulau
Sipadan tidak terletak di selatan sebarang garisan sempadan kerana garisan
sempadan yang dikatakan wujud hanya teori yang dikemukakan oleh Indonesia.
Malaysia turut berhujah bahawa kerajaan sebelumnya telah memperoleh hak milik
yang sah ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan menerusi satu siri perjanjian
dengan Negara-negara lain yang berkepentingan di kawasan tersebut.

Pengerusi: Terima kasih saudari ?? Namun, apakah tindakan yang dibuat oleh ICJ selepas
meneliti hujah-hujah tersebut? Silakan saudari??

Ahli panel 3: Terima kasih saudara pengerusi. Setelah meneliti hujah-hujah dan bukti-bukti yang
diberikan oleh kedua-dua pihak, akhirnya ICJ membuat keputusan dengan
mahkamah memihak kepada Malaysia. ICJ mengiktiraf kedaulatan Malaysia kerana
berkelakuan sebagai tuan empunya Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan setelah
sekian lama dan telah melaksanakan tugas-tugas sebagai pentadbir ke atas pulau-
pulau tersebut. Mahkamah menyatakan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh
seperti membuat peraturan dan kawalan terhadap pengutipan telur penyu di Pulau
Ligitan dan Pulau Sipadan serta penubuhan kawasan rizab burung di Sipadan
dilihat sebagai tingkah laku keberkesanan seorang pengawal ke atas wilayah-
wilayah yang disebut namanya secara jelas. Sebaliknya, keberkesanan yang
dikemukakan oleh Indonesia tidak mencukupi syarat untuk menzahirkan niat atau
azam yang serupa terhadap pulau-pulau tersebut. Melalui penghakimannya pada
17 Disember 2002 dan undian majority sebanyak 16-1, ICJ memutuskan bahawa
kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan adalah kepunyaan Malaysia.

Ahli panel 2: Saudara pengerusi, izinkan saya mencelah untuk menambahkan sedikit maklumat?

Pengerusi: Silakan.

Ahli panel 2: Selain menjadi tuntutan bersama antara Malaysia dengan Indonesia, Filipina juga
menuntut hak yang sama ke atas Pulau Sipadan dan Pulau LIgitan. Namun, Filipina
gagal memperoleh dokumen-dokumen yang ditukar antara Malaysia dan Indonesia.
Selepas itu, Filipina mengambil langkah dengan melibatkan negaranya secara terus
sebagai parti yang berkepentingan dalam kes tuntutan tersebut. Filipina campur
tangan dalam tuntutan tersebut adalah untuk mencapai dua tujuan iaitu untuk
mengekalkan tuntutannya bahawa Filipina berkuasa dan mempunyai kedaulatan ke
atas Borneo Utara. Kedua, untuk memklumkan kepada mahkamah bahawa
tuntutannya ke atas Sabah boleh terjejas selepas mahkamah membuat keputusan
dalam kes antara Malaysia dengan Indonesia berkaitan dengan Pulau Ligitan dan
Pulau Sipadan. Namun, kelayakan Filipina campur tangan dalam kes tuntutan
antara Malaysia dan Indonesia tiada kaitan dengan siu kedaulatan ke atas Pulau
Ligitan dan Pulau Sipadan. Sekian, terima kasih.

Pengerusi: Terima kasih saudari?? Demikianlah perbincangan daripada semua ahli panel kita
tentang konflik persempadanan dan tuntutan bertindih antara Pulau Ligitan dan
Pulau Sipadan. Sekian, terima kasih.

You might also like