You are on page 1of 24

..

Transrip Temubual Dengan Koperal (B) Tuan Haji Hamed Bin Karim
Mengenai Pengalaman Beliau Seffiasa Peristiwa Pertempuran Dengan
Pengalias Komunis Indonesia Di Pulau Sebatik, Sabah Pada Tahun
1964 Semasa Peristiwa Konfrontasi Malaysia Indonesia

Mo'hd Faizal Bin Jamaludin


2002223990

Projek Dimajukan Kepada Fakulti Pengurusan Makluma_t


Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam Bagi Memenuhi Keperluan
Kursus IMR 603 (Sejarah Lisan)
Nov-Mac (2004-2005)

lSI KANDUNGAN

1.0 Penghargaan

2.0 Abstrak

11

3.0 Pengenalan

4.0 Transkrip

13

5.0 Log temubual

73

6.0 Bibliografi

80

7.0 Lampiran

81

7.1 Biodata tokoh

82

7.2 Senarai soalan

83

7.3 Surat perjanjian

103

7.4 Indeks

104

7.5 Lain-lain dokumen yang berkaitan

108

tersebut berdasarkan peraturan tetap Dewan.

Menurutnya tidak kena pada tempatnya

kerana usul Perdana Menteri itu hanya meminta Dewan memperkenankan perlaksanaan
Persekutuan Malaysia. Ahmad Boestamam dari Barisan Sosialis pula berpendapat,
Malaysia anjuran Tunku itu bukanlah Melayu Raya atau Malaysia Raya.
membentangkan usul

berkenaan,

Semasa

Perdana Menteri menegaskan bahawa dengan

perpaduan dan keazaman, kita mungkin berjaya untuk mencapai matlamat menciptakan
gabungan yang lebih besar iaitu Malaysia.

Konsep asas gagasan Malaysia meliputi 11 negeri dalam Persekutuan Tanah


Melayu serta Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak yang disatukan dalam satu
Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang barn ini akan berasaskan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.

Sedikit perubahan dibuat bagi mengadakan peraturan-

peraturan untuk tempoh peralihan kerana kepentingan ketiga-tiga wilayah Kalimantan


dan Singapura. Ketika berucap membentangkan usul berkenaan, Tunku Abdul Rahman
menegaskan bahawa kesemua negeri dalam Malaysia akan menikmati _taraf yang sama.
Di bawah konsep Malaysia ini tidak ada negeri yang akan menjadi tanah jajahan, bahkan
.

tidak akan ada negeri yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu, kerana tempatnya
digantikan oleh sebuah negara yang bergabung. Semua negeri mempunyai taraf yang
sama dan mengekalkan kuasa-kuasa tempatan seperti yang akan dipersetujui oleh negeri
terbabit.
Pada I November 1961, Tunku Abdul Rahman pergi ke London berunding
dengan Perdana Menteri Britain, Encik Harold Macmillan. Di akhir perundingan keduadua belah pihak pada prinsipnya bersetuju dengan idea percantuman di antara Singapura,
Borneo, Sarawak dan Brunei dengan syarat United Kingdom diberi hak memelihara

1.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah akhimya kami _dapat menyiapkan tugasan yang bertajuk Transrip

Temubual Dengan Kopera! (B) Tuan Haji Hamed Bin Karim Mengenai Pengalaman
Beliau Semasa Peristiwa Pertempuran
Dengan Penganas Komunis Indonesia Di Pulau
.
Sebatik~

Sabah Pada Tahun 1964 Semasa Peristiwa Konfrontasi Malaysia Indonesia

dengan jayanya. Disini kami ingin mengarnbil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada pensyarah IMR 603 - Sejarah Lisan, En. Nazir Bin Ahmad diatas
.

tunjuk ajar beliau serta panduan yang diberikan didalam menyiapkan tugasan yang
diberikan.

Jutaan terim~ kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan didalam memberikan


pandangan dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Semoga segalajasa baik yang diberikan kalian akan mendapat keredhoan illahi.

Sekian terima kasih.

Mohd Faizal Bin Jamaludin


Norizan Binti Anwar

tersebut berdasarkan peraturan tetap Dewan.

Menurutnya tidak kena pada tempatnya

kerana usul Perdana Menteri itu hanya meminta Dewan memperkenankan perlaksanaan
Persekutuan Malaysia. Ahmad Boestamam dari Barisan Sosialis pula berpendapat,
Malaysia anjuran Tunku itu bukanlah Melayu Raya atau Malaysia Raya.
membentangkan

usul

berkenaan,

Perdana Menteri

Semasa

menegaskan bahawa dengan

perpaduan dan keazaman, kita mungkin berjaya untuk mencapai matlamat menciptakan
gabungan yang lebih besar iaitu Malaysia.
Konsep asas gagasan Malaysia meliputi 11 negeri dalatn Persekutuan Tanah
..

Melayu serta Singapura, Brunei, Sabah .dan S~rawak yang disatukari dalam satu
Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang baru ini akan berasaskan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.

Sedikit perubahan dibuat bagi mengadakan peraturan-

peraturan untuk tempoh peralihan kerana kepentingan ketiga-tiga wilayah Kalimantan


dan Singapura. Ketika berucap membentangkan usul berkenaan, Tunku Abdul Rahman
menegaskan bahawa kesemua negeri dal<:1m Malaysia akan

menikmati ~ taraf

yan.g sama.

Di bawah konsep Malaysia ini tidak ada negeri yang akan menjadi tanah jajahan, bahkan
.

tidak akan ada negeri yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu, kerana tempatnya
digantikan oleh sebuah negara yang bergabung.

Semua negeri mem.p unyai taraf yang

sama dan mengekalkan kuasa-kuasa tempatan seperti yang akan dipersetujui oleh negeri
terbabit.
Pada I November 1961, Tunku Abdul Rahman pergi ke London berunding
dengan Perdana Menteri Britain, Encik Harold Macmillan. Di akhir perundingan keduadua belah pihak pada prinsipnya bersetuju dengan idea percantuman di antara Singapura,

Borneo, Sarawak dan Brunei dengan syarat United Kingdom diberi hak memelihara

pangkalan-pangkalannya di Singapura bagi tujuan membantu pertahanan Malay~ia, bagi


pertahanan Komanwel dan bagi memelihara keamanan di Asia Tenggara.
Suruhanjaya dibentuk yang dianggotai oleh perwakilan
menentukan

pandangan

penduduk

Borneo

Utara

kedua-du~

dan

Sebuah

buah negara bag.i

Sarawak.

Suruhanjaya

dipengerusikan oleh Lord Cob bold, bekas Gabenor Bank England dan dianggotai oleh

Encik Ghazali Shafie dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Dato' Wong Pow Nee,
'

Ketua Menteri Pulau Pinang, Sir David Watherston, Ketua Setiausaha Inggeris yang
. terakhir di Tanah Melayu dan Sir Anthony Abell, bekas Gabeno.r Sarawak.
.

Pada pukul 7.00 malam 1 Ogos 1962, Kerajaan Inggeris dan Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi menandatangani Perjanjian Pembentukan
Malaysia di London. Dalarn petjanj-ian tersebut Tanah Melayu diwakili oleh Tunku
Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Hussein dan Tun Tan Siew Sin, manakala Inggeris
diwakili oleh Encik Harold Macmillan, Duncan Sandys, Sir William Goode dan Sir Alex
Waddell.

Menurut perjanjian tersebut, Persekutuan Malaysia akan menjadi kenyataan

pada 31 Ogos 1963 dengan pemindahan kedaulatan terhadap Borneo Utara, Sarawak dan

.singapura oleh Kerajaan Inggeris kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Bagi

memastikan persekutuan yang baru itu dapat berjalan dengan licin, Tanah Melayu dan

Inggeris bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa Antara Kerajaan yang diketuai oleh
Lord Lansdowne.
Di Borneo Utara (Sabah), Perhimpunan Majlis Perundangan pada 13 September
1962 mengumumkan sokongan penuh terhadap rancangan Wilayah- Wilayah Borneo
Utara menyertai Persekutuan Malaysia asalkan syarat-syarat penyertaan dan susunan
perlembagaan menjamin kepentingan-kepentingan khas mereka sebagai sebuah negerL

Untuk itu, perhimpunan melantik wakil-wakil ke Jawatankuasa Lansdowne. _Dewan


Perundangan di Kuching, Sarawak juga menyokong penyertaan Sarawak ke dalam

Malaysia dengan syarat-syarat yang sama seperti Sabah. Jawatankuasa Antara Kerajaan
. yang dibentuk pada 28 Februari 1963 dengan segera melaksanakan tugasnya rnenyusun
perlembagaan bagi Negeri-Negeri Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Pada Jun 1963
Brunei tidak memutuskan tidak akan menyertai Malaysia.
Kejayaan Tunku Abdul Rahman merealisasikan idea pembentukan Malaysia

menimbulkan persoalan kepada pihak tertentu, tentang prosedur pengolahannya baik dari
.

segi pensyaratan antarabangsa mahupun dari segi keinginan rakyat

d~

'o/ilayah yang

digabungkan. Walaupun gagasan untuk menyatukan wilayah di rantau ini bukanlah satu
idea baru, namun pembentukan Malaysia telah mendorong pelbagai pihak menentangnya.
Dukungan rakyat yang kuat terhadap idea dan perlaksanaan projek Malaysia

menimbulkan kekecewaan kepada golongan pembangkang terutama di kalangan


pemimpin parti-parti Sosialis di Sarawak dan Singapura.
Malaysia ditentang hebat oleh Parti rakyat Brunei.

Di Brunei pembentukan

Penyertaan Sarawak dalam

Persekutuan Malaysia ditentang oleh P_arti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Puak kanari
.

Cina yang enggan menyertai Tanah Melayu atas alasan bahawa kedudukan mereka lebih
..

baik di bawah naungan Inggeris.

'.

Begitu juga dengan anasir-anasir puak kiri atau

komunis, juga kaum Cina menentang sebarang bentuk penyatuan.

Di Tanah Melayu

penent-atigan turut disuarakan oleh Parti Islam Se-Tanah Melayu (Pas) yang inginkan satu
persekutuan lebih besar meliputi Filipina dan Indonesia yang dikenali sebagai Malaysia
Ray a.

Perselisihan pendapat memuncak dan hingga sampai ke puncaknya apabila


pemberontakan bersenjata dilancarkan oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A. M. Azahari
Mahmud pada 8 Disember 1962.

Serangan dilakukan atas nama Tentera Nasional

Kalimantan Utara (TNKU) pimpinan Jeneral Abang Kifli yang mendapat latihan dan

bantuan dari Indonesia itu berjaya ditumpaskan dalam masa yang singkat oleh Tentera
Inggeris dan sekutunya yang berpengkalan di Sabah dan Sarawak.. Perjuangan mereka
'

kemudiannya diteruskan dalam bentuk gerila di hutan-hutan Kalimantan Utara dengan


harapan untuk menghidupkan kembali zaman kegemilangan Kerajaan Brunei sebagai
.

penguasa wilayah-wilayah Kalimantan Utara. Menurut Soebandrio, pemberontakan itu


disifatkannya sebagai "kebangsaan", satu manisfestasi spontan rakyat di ketiga-tiga buah
negeri naungan Inggeris itu untuk memisahkan diri daripada rantai kolonial yang
rnengongkong mereka selama berpuluh-puluh tahun.
Terdapatnya penentangan terhadap pembentukan Malaysia tidak bererti rakyat
dalam wilayah yang digabungkan tidak bersetuju dengan penggabungan tersebut.

Ini

dapat dilihat dengan jelas melalui kemenangan parti-parti pemerintah yang pro-Malaysia
dalam pemilihan umum yang dia4akan. Di Sabah, parti-parti Pro-Malaysia memenangi
95 daripada 110 kerusi.
Malaysia.

Di Sarawak, 313 daripada 429 kerusi dimenangi oleh pro-

Selain itu Projek Malaysia mendapat dukungan daripada negara-negara

Komanwei sehingga ia dilabelkan sebagai "Made in Engl-and", direstui Amerika tetapi


ditet\rang oleh Indonesia. Ini bertentangan dengan reaksi awal Filipina dan Indonesia
yang memberikan sambutan baik terhadap idea berkenaan.
Dr. Soebandrio ketika berucap di New York berkata bahawa Indonesia tidak
membantah terhadap rancangan penubuhan Malaysia. Walau b<:tgaimanapun pada akhir

iahun 1962 keadaan berubah. Projek Malaysia dikatakan akan menjadi


bangsa Indonesia.

masala~

nasional

Pembentukan Malaysia dianggap sebagai satu percubaan . hendap

membendung dan mengepung Indonesia baik dari segi politik, ekonomi mahupun
ketenteraan.

Filipina dibawah Presiden Diosdadu Macapagal secara tidak langsung

menentang pembentukan Malaysia apabila Filipina mengemukakan tuntutan ke atas


Sabah yang didakwa sebagai sebahagian daripada wilayah Filipina.
Walau bagaimanapun usaha terns dilakukan bagi mengendurkan ketegangan
serantau. Sejak April hingga Ogos I 963 beberapa siri pertemuan diadakan antara Tanah

'

Melayu, Filipina dan Indonesia membincangkan pembentukan Malaysia.

Pada

pertemuan tersebut satu rangka kerjasama serantau yang tidak mengikat telah
dibincangkan dengan harapan untuk mengeratkan hubungan ketiga-tiga Negara. Doktrin
Soekamo-Macapagal yang menyatakan s upaya persoalan Asia harus diselesaikan oleh
Bangsa Asia dengan cara Asia dihasilkan daripada pertemuan tersebut. Pertemuan demi
pertemuan yang diadakan akhirnya berjaya menghasilkan tiga dokumen penting yang
ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga
.

bua~

negara pada Persidangan Tingkat Tinggi

Maphilindo berupa Persetujuan Manila 31 Julai 1963 .


...

Pada 16 September 1963 Persekutuan Malaysia diisytiharkan tertubuh oleh


Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Persekutuan Malaysia dibentuk _melalui
penggabungan empat buah wilayah: Persekutuan Tari.ah Melayu, Singapura, Sarawak dan
Sabah, manakala Brunei tidak menyertai gabungan. Mengikut Tan Sri Ghazali Shafie,
Brunei tidak menyertai Persekutuan Malaysia kerana sultannya ingin mengekalkan cara

pemerintahan beraja yang sedia ada dan tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seperti di negeri-negeri lainnya. Brunei ingin

ln~t!g~J;<alkan

pemerintahan beraja yang mutlak. Menurut Tunku Abdul Rahma~ Sultan

~llainei; . Sir Omar Saifudin tidak mahu menunggu gilirannya menurut susunan tertib di.
~antara
'

:::.;:..:

'.

Kaja-Raja untuk menjadi Yang Dipertuan Agung. Selain itu Brunei juga enggan

~menyumoang

terhadap pertahanan negara dan terhadap tabung kewangan negara ..

p embentukan Persekutuan Malaysia itu dengan secara tiba-tiba ditentang keras oleh
Presiden Soekamo kerana telah dianggap telah melanggari Perjanjian Manila. Ekoran
daripada itu, pada 17 September 1963 Indonesia memutuskan hubungan diplomatik
.

Serentak dengan itu, bertnulalah gelombang demonstrasi di

dengan Kuala Lumpur.

kedua-dua negara.- Di Kuala Lumpur Kedutaan Besar Republik Indonesia didemonstrasi.


Di Jakarta pada 18 September 1963, Kedutaan Besar British dan Kedutaan Besar
Persekutuan Malaysia didemonstrasi dan akhirnya
Kedutaan Besar British dibakar oleh
..
penunjuk perasaan.

Dengan itu secara terbuka bern1ulalah era konfrontasi Indonesia

terhadap Malaysia dan Inggeris.

Kenapa Indonesia Melancarkan Konfrontasi


~

Biarpun

pada

bulan

April

1959

Indonesia

dan

Tanah

Melayu

telah

menandatangani Perjanjian Persahabatan di Kuala Lumpur, namun, perasaan Presiden


Soekamo untuk melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia tidak dapat dibendung.
Berbagai-bagai sebab ditimbulkan kenapa Indonesia rnelancarkan Konfrontasi terhadap
Malaysi~~--

Menurut Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekamo cukup iri hati terhadap

kemakmuran dan kemajuan yang dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu sejak merdeka.
Berbeza dengan Indonesia yang sering dilanda oleh kekacauan politik, pemborosan, salah
tadbiran . dan nilai Rupiah semakin menurun.

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis

~Indonesia
....
.
'

."

--

(PKI) pada 29 Disember 1961 mengutuk gagasan Malaysia sebagai Plot Neo'

fK.olonialis. Lapan bulan kemudian, Presiden Soekamo secara terbuka menerangkannya


:dengan
nada
yang
serupa.
Kedua-dua
PKI
dan
Soekamo
telah
lama
bercakap
tentang
..
_, __ ._ -

konfrontasi antara the old-established forces dan the new emergingforces.


Parti komunis Indonesia secara bersungguh-sungguh mahukan konfrontasi dengan
Malaysia diteruskan bagi mencapai matlamat politik parti berkenaan.

PKI telah pun

berjaya mempengaruhi Soekamo dan _Soebandrio disamping beberapa orang pegawai


kanan tentera.

Di atas perancangan PKI, Pasukan Sayap Ke-5 (tambahan kepada


.

Angkatan Darat, Angkatan Laut, Angkatan Udara dan Polis) ditubuhkan.

Pasukan

pengawal presiden yang dianggotai oleh penyokong PKI turut diadakan. Ia diwujudkan
atas kehendak Soekamo yang telah tidak lagi mempercayai angkatan bersenjatanya.
Parti Komunis Indonesia beranggapan sekiranya Jakarta dan Pulau Jawa dapat
dikawal, keseluruhan Indonesia boleh dikuasai. Dalam usaha mempengaruhi Jakarta dan
Pul_au Jawa, PKI merancang agar Angkatan Darat digerakkan ke luar Pulau Jawa.
Sumatera dan Sulawesi pula digembar-gemburkan oleh PKI akan diserang oleh Malaysia.
Tunku Abdul Rahman yang dicap sebagai

bonek~

British, kononnya tidak hanya

berkehendakan Sabah dan Sarawak inalah berminat terhadap Sumatera dan Sulawesi.
Secara kebetulan Malaysia ada memberikan suaka politik kepada beberapa pejuang
Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia (PRRI-Pennesta).

Atas keperluan

keselamatan bagi wilayah Sumatera dan Sulawesi, Angkatan Darat ABRI yang berada di
Jawa perlu dihantar ke daerah berkenaan.
Era Konfrontasi Indonesia-Malaysia secara terbuka bemmla pada 3 Mei 1964.
Pada satu rapat umum di Jakarta, Presiden Soekamo mengisytiharkan Dwi Kornando

10

,g'::lkyat (DWIKORA) bagi mempertingkatkan pertahanan Indonesia dan rnembantu


pemberontak di Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk mengganyang Malaysia.
'

Campur tangan dalam politik Tanah Melayu sebenarnya berrnula sejak 1945 lagi. Aksi
konfrontasi Indonesia terhadap wilayah yang bakal menyertai Malaysia sebenarnya
telahpun dimulakan sebelum Persekutuan Malaysia dilahirkan.

Ini ditegaskan sendiri

oleh Soebandrio ketika berucap di Jogjakarta pada 20 Januari 1963.


Kempen Ganyang Malaysia dilancarkan sejurus selepas Tunku Abdul Rahman
Putra berjaya dalam usahanya untuk menubuhkan persekutuan Malaysia.

Kajian

mendapati bahawa Soekarno juga mempunyai hasrat yang serupa tetapi gaga!
merealisasikannya. Soekarno telahpun lama bekerjasama dengan para nasionalis kiri di
-

Malaya dan Brunei bagi membentuk satu gagasan yang dikenali sebagai Indonesia Raya.
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1940 sebagai alat propaganda
Jepun oleh Ibrahim Haj i Yaacob. Ibrahim seorang nasioanalis kiri Malaya melarikan diri
ke Indonesia sewaktu pendudukan Jepun dan bekerjasama rapat dengan PKI.

Parti

Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi dan di antara


pemimpin kanannya ialah Moktaruddin Lasso, seorang Komunis, ditubuh melalui
pembiayaan Indonesia pada 1945.

Melaluinya pemimpin Melayu fahaman kiri di

Malaya, berhubung rapat dengan Indonesia dan digalakkan agar cenderung kepada polisi
Indonesia serta konsep Indonesia Raya. PKM menggunakan lagu kebangsaan Indonesia
sebagai lagunya, bendera Indonesia sebagai lambangnya dan mengakui Soekarno sebagai
pemimpinnya. Dalam perjalanan pulang dari Markas Tentera Jepun di Saigon, Soekarno
dan Hatta singgah di Taiping pada 12 Ogos 1945, bertemu dengan para pemimpin
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), Dr Burhanuddin Al-Helmi dan

l1

Ibrahim Yaakob. Mereka bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan bagi Indonesia dan


Tanah Melayu serentak pada 17 Ogos 1945.
Walau bagaimanapun cita-cita tersebut menemui kegagalan apabila Indonesia dan
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan secara berasingan, tidak sebagaimana
yang dirancang. Indonesia berjaya dibebaskan daripada belenggu penjajahan Belanda
oleh golongan revolusioner pimpinan Soekamo terapi Tanah Melayu tidak berjaya
-

dimerdekakan oleh golongan kiri pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Yaakob
dan Ahmad Boestaman yang pro-Indonesia, sekaligus turut menghancurkan idea
Indonesia Raya. Gerakan Angkatan Muda (GERAM) dijadikan alat oleh Indonesia bagi
mendapatkan maklumat dan mencampuri politik Tanah Melayu.
Selain tindakan pencerobohan dalam lapangan politik, ekonomi dan kebudayaan
Indonesia juga turut melaksanakan polisi konfrontasi dalam bidang ketenteraan dan
tindakan pengkhianatan. Dalam bidang ini, anggota gerila dan anggota Tentera Nasional
Indonesia (TNI) telah cuba menyeludup masuk ke Sarawak dan Sabah menyeludupkan
kumpulan-kumpulan tentera ke Singapura dan Semenanjung terutama sekali di Negeri
.

. Johor. Pasukan "Sayap Kehrna" telah ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu
pendaratan yang dirancangkan di sarnping penubuhan kumpulan-kumpulan kecil
(pockets) tentera penceroboh dalam negeri ini. (Syed Othman Syed Omar, 1999).

12

4.0 TRANSKRIP
TAPE 1 SIDE A

Berikut adalah rakaman wawancara mengenai peristiwa pertempuran dengan pengganas


komunis Indonesia di Pulau Sebatik, Sabah pada tahun seribu sembilan ratus enam puluh
empat semasa peristiwa Konfrontasi Malaysia Indonesia dengan Yang Berbahagia Tuan
Haji Hamed Bin Karim yang merupakan seorang tokoh yang terlibat di dalam peristiwa
pertempuran tersebut. Rakaman ini dijalankan di rumah beliau di alai:Ilat seratus Iapan
puluh tujuh jalan sepuluh palang seratus empat puluh satu Kampung Malaysia Tambahan
Sungai Besi Kuala Lumpur pada enam belas Januari dua ribu lima jam satu petang.
Wawancara ini dikendalikan oleh Mohd Faizal bin Jamaludin dan dibantu oleh Norizan
-

Binti Anwar. Dengan segala hormatnya kita mulakan rakaman ini.

MFJ: Assalamualaikum warahmatulllahiwabarakatuh pakcik.


Pakcik: Waalaikumussalam warahmatulllahiwabarakatuh.

MFJ: Siapakah nama penuh pakcik?


'

Pakcik: Nama penuh oakcik Hamid bin Karim.

MFJ: Apakah nama singkatan pakcik?


.

Pakcik: Nama singkatan Hamid.

MFJ: Bilakah pakcik dilahirkan?


Pakcik: Pakcik dilahirkan pada sepuluh sepuluh sembilan belas empat
puluh ( l 0.1 0.1940).
'

MFJ: Di manakah pakciik dilahirkan?


Pakcik: Pakcik dilahirkan di Kampung Banggol Wan Mat Baling Kedah.

MFJ: Apakah pekerjaan pakcik sekarang?

13

Pakcik: Pekerjaan sekarang takde [tidak ada] dah bersara.

MFJ: Bolehkah pakcik nyatakan alamat tempat tinggal pakcik sekarang?


Pakcik: Alamat sekarang satu lapan tujuh jalan sepuluh palang satu em pat satu
Kampung Malaysia Tambahan Sungai Besi Kuala Lumpur.

MFJ: Siapakah nama ibu pakcik?


Pakcik: Nama ibu pakcik Che Nah binti Hashim.

MFJ: Siapakah nama bapa pakcik?


Pakcik: Nama bapa pakcik Karim bin Kecik.

MFJ: Di manakah pakcik mendapat pendidikan awal?


Pakcik: Di Sekolah Rendah Baling Kedah.

MFJ: Apakah agama anutan pakcik?


Pakcik: Ugama [Agama] Islam.

MFJ: Apakah bangsa keturunan pakcik?


Pakcik: Bangsa Melayu.

MFJ: Siapakah nama isteri pakcik?

Pakcik: Nama isteri pakcik Hasmah binti Abdul Aziz.

MFJ: Bilakah pakcik mendirikan rumahtangga?


Pakcik: Pakcik mendirikan rumahtangga pada tahun sembilan belas enam
puluh tujuh ( 1967).

MFJ: Berapakah orang anak pakcik?


Pakcik: Dua orang.

MFJ: Bolehkah pakcik menyebutkan nama anak-anak pakcik?


Pakcik: Anak yang pertama Hidayu binti Hamid, yang kedua Haliza binti Hamid.

14

MFJ: Di manakah pertempuran itu berlaku? .


Pakcik: Pertempuran itu berlaku di antara Wales Bay dengan Sungai Limau.

MFJ: Mengapakah pertempuran itu berlaku?


Pakcik: Pertempuran itu berlaku mungkin berebutan [perebutan] Sabah dan
Sarawak.
'

MFJ: Bilakah tarikh pertempuntn itu berlaku?


Pakcik: Tarikh pertempuran itu berlaku pada tahun sembilan belas enam puluh
empat ( 1964).

MFJ: Bulan berapakah pertempuran itu berlaku?


Pakcik: Mungkin bulan Januari.

MFJ: Awal tahun ke akhir tahun?


Pakcik: Awal tahun.

MFJ: Tahun bilakah ianya terjadi?


Pakcik: Sembilan belas enam puluh empat (1964).

MFJ: Pada waktu bilakah pertempuran itu_ berlaku?


Pakcik: Pertempuran itu berlaku lebih kurang jam sebelas tengah hari.

MFJ: Bagaimanakah maklumat pertempuran disampaikan?


Pakcik: Maklumat pertempuran disampaikan melalui surat pekeliling dan beri
taklimat.

MFJ: Siapakah yang memberi araban untuk menyertai pertempuran tersebut?


Pakcik: Arahan diberi oleh Ketua Kompeni.

MFJ: Berapakah jumlah pasukan yang turut serta di dalam pertempuran


tersebut?

15

Pakcik: Pasukan yang turut serta di dalam pertempuran tersebut ialah satu
pasukan aje (sahaja).

MFJ: Berapakah anggota yang terlibat di dalam satu pasukan tersebut?


Pakcik: Anggota yang terlibat dalam pasukan tersebut lebih kurang lima belas
hingga dua puluh orang.

MFJ: Apakah nama pasukan pakcik semasa pertempuran tersebut?


Pakcik: Pasukan pakcik masa pertempuran tersebut ialah Dua Rejimen Askar
Melayu Diraja.

MFJ: Siapakah ketua pasukan tersebut?


Pakcik: Ketua pasukan tersebut ialah Koperal Sharif.

MFJ: Selain pasukan tentera dari kumpulan pakcik adakah pasukan tentera lain
yang terlibat.
Pakcik: Ada.

MFJ: Siapakah yang mengetuai pasukan tersebut?


Pakcik: Pasukan tersebut diketuai oleh seorang pegawai.

MFJ: Adakah pakcik tabu jawatan orang yang mengetuai pertempuran t~rsebut?
Pakcik: Jawatan orang yang mengetuai pertempuran tersebut ialah Sarjan.

MFJ: Adakah pakcik sudah berkahwin ketika itu?


Pakcik: Belum.

MFJ: Apakah barang-barang yang dibawa semasa pertempuran tersebut?


Pakcik: Barang-barang yang dibawa semasa pertempuran tersebut ialah Grinet
(Granite], peluru dan makan makanan.

MFJ: Adakah ubat-ubatan di bawa semasa operasi?

16

Pakcik: Ada.

MFJ: Adakah bekalan ubat-ubatan itu mencukupi?


Pakcik: Cukup.

MFJ: Bagaimanakah pasukan pakcik bertolak ke Pulau Sebatik Sabah.


Pakcik: Pasukan pakcik bertolak dari Tawau ke Pulau Sebatik dengan menaiki
bot.

MFJ: Berapa orangkah di dalam satu perjalanan?


Pakcik: Lebih kurang Iapan orang.

MFJ: Berapa buah bot yang digunakan untuk mengangkut anggota tentera yang
terlibat di dalam pertempura-n tersebut?
Pakcik: Lebih kurang tiga atau empat bot.

MFJ: Pukul berapa pakcik sampai ke Pulau Sebatik Sabah?


Pakcik: Pakcik sampai di Pulau Sebatik Sabah lebih kurang _ sepuluh pagi.

MFJ: Di manakah lokasi pakcik ketika sampai di Pulau Sebatik Sabah?

Pakcik: Lokasi pakcik ketika sampai di P~lau Sebatik _ di Wales Bay pakcik

duduk dalam kubu bawah


tanah bawah. rumah.
.

MFJ: Apakah yang dilakukan sebaik sahaja pasukan pakcik sampai di Pulau
Sebatik Sabah?
Pakcik: Pakcik diberi taklimat dan untuk membuat rondaan.

MFJ: Adakah sebarang taklimat diberikan sebaik sampai di Pulau Sebatik


Sabah?
Pakcik: Ada.

MFJ: Adakah pakcik faham strategi yang diaturkan di dalam taklimat tersebut?

17

Pakcik: Faham.

MFJ: Bilakah masa operasi itu dibuat?


Pakcik: Operasi itu dibuat dua hari selepas tiba di Pulau Sebatik.

MFJ: Adakah taklimat diberikan sebelum pasukan ini bergerak?


Pakcik: Ada.

MFJ: Siapakah yang memberikan taklimat itu?


Pakcik: Yang memberikan taklimat itu ialah Ketua Kompeni.

MFJ: Berapa lamakah taklimat itu diberikan?


Pakcik: Lebih kurang setengah jam.

MFJ: Apakah maklumat yang telah disampaikan semasa taklimat itu diberikan?
Pakcik: Maklumat diberikan tentang pihak musuh dan strategi masa pertempurm

MFJ: Apakah strategi yang digunakan semasa operasi rondaan dijalankan?


Pakcik: Masa operasi strategi digunakan bagi (bahagi] tiga kumpulan .
.

MFJ: Boleh _tak (tidak) pakcik nyatakan tugas kumpulan pertama?


Pakcik: Kumpulan pertama sebagai peninjau.

MFJ: Kemudian tugas kumpulan kedua?


Pakcik: Kumpulan kedua sebagai kumpulan pertahanan.

MFJ: Dan yang terakhir kumpulan terakhir?


Pakcik: Kumpulan terakhir seperti _ kumpulan kedua.

MFJ: Maknanya sebagai pertahanan untuk kumpulan yang kedua.


Pakcik: Emmm [Bersetuju] begitulah.

MFJ: Berapakah jarak di antara pasukan ke pasukan?


Pakcik: Jarak di antara pasukan dengan pasukan ialah lebih kurang lima meter.

18

MFJ: Ada tak (tidak) perbezaan barang-barang yang dibawa oleh setiap
pasukan?
Pakcik: Ada. Kumpulan yang kedua membawa alat komunikasi.

MFJ: Untuk kumpulan yang lain?


Pakcik: Kumpulan yang lain sama saja [sahaja).

MFJ: Maksud pakcik dia memba:wa senapang, granite dan alat-alat yang biasa
dibawa oleh tentera.
Pakcik: Ermm [Bersetuju] Bawa Gerinet [Granite] dan alat-alat lain.

MFJ: Pulrul berapa operasi tersebut dijalankan?


Pakcik: Operasi tersebut dijalankan lebih kurang jam sebelas pagi.

MFJ: Adakah sebarang perbarisan dibuat sebelum memulakan operasi?


Pakcik: Perbarisan tak da [tidak ada] dibuat cuma berkumpul untuk diberi
taklimat saja [sahaja].

MFJ: Mula-mula sekali pakcik masuk hutan. Apakah yang pakcik jumpa?

Pakcik: Yang-pakcikjumpa hutan rimba dan semak belukar saja [sahaja].

MFJ: Ada tak (tidak) binatang-biilatang yang pakcik jumpa?


Pakcik: Tak da [Tidak ada).

MFJ: Banyak nyamuk tak (tidak) pakcik?


Pakcik: Banyak juga.

MFJ: Apakah perasaan pakcik ketika itu?


Pakcik: Perasaan pakcik bersemangat dan ada juga takut.

MFJ: Apakah perasaan yang pakcik takutkan?


.

Pakcik: Takut pada musuh.

19

MFJ: Apakah alat yang digunakan untuk menunjuk arah semasa pakcik di dalam
hutan?
Pakcik: Alat digunakan untuk menunjuk arah ialah menggunakan kompas.

MFJ: Ada tak (tidak) barang lain atau alat lain digunakan?
Pakcik: Tak da [Tidak ada]

MFJ: Adakah pakcik berasa bimbang akan binatang-binatang buas?


Pakcik: Ada juga..

MFJ: Semasa operasi rondaan ada tak (tidak) pakcik- berjumpa dengan harimau,
gajah atau binatang-binatang yang lain?
Pakcik: Tak da [tidak ada].

MFJ: Waktu pakcik rasa bimbang itu ada tidak pakcik teringat sesiapa?
Pakcik: Ada orang tua pakcik.

MFJ: Seperti yang pakcik beritahu tadi alat yang digunakan untuk menunjuk
arab adalah kompas. Bagaimanakah rupa kompas tersebut?
Pakcik: Rupa kompas
tersebut
bulat
dan
wamanya
hi
tam
dan
_
k
egunaannya
pakcik
.
.
pun dah [sudah] tak ingat lagi dah [sudah].

MFJ: Berapa buah kompas yang dibawa?


Pakcik: Kompas yang dibawa banyak [sebanyak] tiga buah.

1\;!_t.'J: Seperti yang pakcik beritahu tadi lokasi pakcik ketika sampai di Pulau
Sebatik Sabah adalah di kubu bawah rumah tinggal boleh tak (tidak) pakcik
beritahu berapakah keluasan kubu tersebut?
Pakcik: Luas kubu tersebut lebih kurang tiga kali enam kaki.

MFJ: Berapa banyakkah kubu yang dibina?

20

Pakcik: Kubu yang dibina sebanyak lebih kurang enam atau tujuh aje
[sahaja].

MFJ: Di dalam satu kubu berapa ramai anggota boleh dimuatkan?


Pakcik: Anggota boleh dimuatkan lima atau enam orang.

MFJ: Berapakah jarak di antara kubu ke kubu?


Pakcik: Jarak di antara kubu dengan kubu lebih kurang tiga puluh ke tiga puluh
lima kaki.

MFJ: Bagaimanakah rupa bentuk kubu tersebut?


Pakcik: Kubu tersebut bentuk empat segi panjang.

MFJ: Berapakah dalam kubu tersebut?


Pakcik: Lebih kurang empat kaki.

MFJ: Apakah kegunaan kubu tersebut?


Pakcik: Kegunaan kubu tersebut apabila terjadi pertempuran dengan musuh.

MFJ: Kubu itu diperbuat daripada apa?


Pakcik: Kubu dibuat daripada tanah.

MFJ: Ada tidak kegunaan batu bata yang digunakan untuk mengukuhkan lagi
struktur kubu?
Pakcik: Tak ada [Tidak ada].

MFJ: Selain daripada kegunaan kubu semasa pertempuran. Ada tidak kubu ini
digunakan pada masa lain?
Pakcik: Ada. Masa bertugas di waktu malam.

MFJ: Berapa ramaikah anggota yang bertugas pada waktu malam?


Pakcik: Lebih kurang dua atau tiga orang.

21

MFJ: Jadi setiap kubu ada dua atau tiga orang pada waktu malam.
Pakcik: Ya.
MFJ: Seperti yang pakcik beritahu tadi bot telah digunakan untuk mengangkut
anggota. Boleh tidak pakcik menggambarkan rupa bentuk bot tersebut?
Pakcik: Bot tersebut depannya tajam belakangnya sama. Lebih kurang dua kaki

palljang.
MFJ: Berapakah enjin yang digunakan oleh bot tersebut?
Pakcik: Satu enjin saja [sahaja].
MFJ: Adakah pakcik ingat berapakah horse power (kuasa kuda) motor bot.
terse but.
Pakcik: Tak [Tidak] ingat.
MF J: Apakah warn a bot tersebut?
Pakcik: Warna hijau tua.
MFJ: Ada tidak jaket keselamatan digunakan semasa menaiki bot tersebut?
Pakcik: Ada.
.

. MFJ: Bot itu diperbuat daripada apa?


Pakcik: Diperbuat daripada PVC plastik.
MFJ: Apakah perasaan pakcik ketika menaiki bot tersebut?
.

Pakcik: Perasaan pakcik menaiki bot tersebut perasaan takut dan macam-macam
adalah kena serang itu aje [sahaja] lah.
MFJ: Ada tidak penggunaan helikopter untuk memantau perjalanan bot.
Pakcik: Tak ada [Tidak ada].
MFJ: Berapakah kelajuan bot tersebut?

22

You might also like