You are on page 1of 5

Isu-isu Konflik Semasa

Persempadanan dan
Tuntutan Bertindih di Malaysia
Nama Ahli :
1) Muhamad Ha z
2) Danial Irsyad
3) Saiful Ehsan
fi
Apakah kesudahan bagi pulau
tersebut apabila menghadapi
konflik tentang hak pemilikan :
i. Pulau Batu Puteh

ii. Pulau Layang-Layang


i. Pulau Batu Puteh


Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala
Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia selain
memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan
ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Malahan, Malaysia memfailkan permohonan semakan pada 2 Februari 2017 dan pada 30 Jun
tahun sama, memohon supaya mahkamah mentafsirkan penghakimannya berhubung
kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei
2008.

Dukacita, Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh
selepas Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk menarik
balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan
Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata Dr Mahathir membuat keputusan
itu, beberapa hari sebelum kes itu d adualkan dibicarakan di Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ) pada 11 Jun 2018.

ij

Hujah Tun Dr Mahathir berkenaan dengan


keputusan beliau :
Dalam hal itu, kedua-dua negara bersetuju untuk merujuk isu tuntutan pulau berkenaan kepada
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Bagaimanapun, kata beliau, untuk ini kedua-dua pihak
perlu berjanji secara bertulis akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ICJ
termasuk tidak ada rayuan terhadap keputusan ICJ dan ia adalah muktamad. Beliau
menegaskan bahawa, rujukan kepada ICJ hanya akan diterima oleh ICJ jika perjanjian
menerima tanpa soal dan keputusannya dihormati. Beliau menjelaskan bahawa, negara yang
bermaruah mesti hormati janji dan hanya negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji.
“Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang
akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah,” katanya dalam
kenyataan menerusi laman web beliau pada 20 Oktober 2021.
i. Pulau Layang-Layang
Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di
Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah. Setelah Kerajaan Malaysia
mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan zon
ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September 1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan
agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu
karang yang dalam wilayah negara. Hasil kajian telah melihatkan pembinaan tugu pertama
Terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980 dan pada Mei
1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
ditempatkan di Terumbu Layang-Layang.[1] Terumbu Layang-Layang terletak kira-kira 162 batu
nautika atau sejam penerbangan dari Kota Kinabalu merupakan sebahagian daripada gugusan
Kepulauan Spratly di Laut China Selatan, dengan empat lagi terumbu dikawal oleh TLDM iaitu
Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.

Kepulauan Spratly menjadi rebutan beberapa negara seperti China, Vietnam, Filipina dan
Brunei kerana dipercayai kaya dengan hasil semula jadi seperti fosforus, gas asli, petroleum
dan pelbagai hasil marin yang memukau.

You might also like