You are on page 1of 12

User Name: hnn melaka

Date and Time: Tuesday, 3 December, 2019 5:27:00 PM MYT


Job Number: 104352581

Document (1)

1. Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
[2018] MLJU 563
Client/Matter: -None-
Search Terms: kemalangan
Search Type: Natural Language
Narrowed by:
Content Type Narrowed by
MY Cases -None-

| About LexisNexis | Privacy Policy | Terms & Conditions | Copyright © 2019 LexisNexis
hnn melaka
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
[2018] MLJU 563
Malayan Law Journal Unreported

MAHKAMAH TINGGI (JOHOR BAHRU)


AHMAD KAMAL MD SHAHID PK
RAYUAN SIVIL NOS JA-12B-29-07 TAHUN 2017 DAN JA-12B-28-07 TAHUN 2017
17 April 2018

Noor Haliza bt Ishak (Matthew, Thomas & Co) bagi pihak perayu.
Gurubachan Singh Johal (Nashir, Johal & Co) dalam Rayuan Sivil No JA-12B-28-07 Tahun 2017 bagi pihak
responden.
Krishna Vaine (Gowri & Co) dalam Rayuan Sivil No JA-12B-29-07 Tahun 2017 bagi pihak responden.

Ahmad Kamal Md Shahid PK:


PENGHAKIMAN

[1]Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor mengenai kemalangan
jalanraya yang berlaku pada 8.6.2013 jam lebih kurang 12.50 malam di km 14, Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi
melibatkan simati (Baldave Singh A/L Ikbal Singh) yang menunggang motosikal JPG 8157 dan dibonceng oleh
Yusnaeni Syah dan motokar JMD 8604 yang dipandu oleh Perayu.

[2]Si mati yang menunggang motosikal JPG 8157 dan pembonceng motosikal tersebut telah memfailkan saman
terhadap Perayu secara berasingan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi menuntut ganti rugi berikutan
kemalangan jalanraya tersebut.

[3]Kes yang difailkan oleh si mati/penunggang motosikal telah didaftarkan sebagai Guaman No: JA-A53KJ-781-
09/2015 dan kes yang difailkan oleh pembonceng motosikal didaftarkan sebagai Guaman No: JA-A53KJ-474-
07/2016.

Kedua-dua kes ini telah digabungkan dan didengar secara bersama kerana melibatkan pihak yang sama dalam
kemalangan tersebut.

[4]Di akhir kes perbicaraan pada 21.6.2017, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana (HMS) telah membuat
keputusan untuk membenarkan tuntutan simati/penunggang motosikal dan pembonceng motosikal JPG 8157
dengan Perayu adalah bertanggungan 100% liabiliti.

[5]
(a) HMS telah memberi awad kepada isteri simati/penunggang motosikal dalam kes JA-A53KJ-781-09/2015
sepertimana di dalam alasan penghakiman di muka surat 10 dan 11 Rekod Rayuan Tambahan dan secara
ringkasnya adalah seperti berikut:
(1) Kedukacitaan RM10,000.
(2) Perbelanjaan pengkebumian RM5,000.
(3) Kehilangan tanggungan S$500 x 192 bulan

(3.1 Tukaran Wang)

= S$96,000 x 3.1

= RM297,600

hnn melaka
Page 2 of 11
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
....

(b) HMS telah memberi awad kepada pembonceng motosikal dalam kes JA-A53KJ-474-07/2016 sepertimana
di dalam alasan penghakiman di muka surat 10 dan 11 Rekod Rayuan Tambahan dan secara ringkasnya
adalah seperti berikut:
(1) Head Injury with intracranial bleed dibenarkan RM50,000.
(2) Bladder rupture with left iliac vessel terar; laparotomy relaparootomy & tracheostomy done dibenarkan
RM38,000.
(3)
(i) Bilateral non displaced acetabular fractures.
(ii) Mildly displaced fracture right sacral ala with diathesis & mild interior subluxation of sacroiliac joint
bilaterally.
(iii) Mild diathesis of the symphysis pubic 2.0cm dibenarkan RM55,000.
(4) Fracture of right clavicle with shortening 0.89cm dibenarkan RM20,000.
(5) Ossification of the lateral collateral ligament on the right knee & ossification of the medial collateral
ligament of knee dibenarkan RM35,000.
(6) Scars - dibenarkan RM8,000.
(7) Abrasion wound - abdomen, chin, buttock & foot dibenarkan RM3,500.
(8) OA on both knees dibenarkan RM12,000.

[6]Perayu yang terkilan dengan keputusan HMS tersebut telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi.
Rayuan Perayu terhadap penunggang motosikal telah didaftarkan sebagai Rayuan Sivil No: JA-12B-28-07/2017
(Kes 28-07/2017) dan rayuan Perayu terhadap pembonceng motosikal telah didaftarkan sebagai Rayuan Sivil No:
JA-12B-29-07/2017 (Kes 29-07/2017).

[7]Pada 31.01.2018, mahkamah ini telah membenarkan rayuan Perayu sebahagian dan membuat keputusan
seperti berikut:
(a) Perayu dan si mati/penunggang motosikal adalah bertanggungan liabiliti 50% - 50%.
(b) Perayu adalah bertanggungan liabiliti 100% kepada pembonceng motosikal.
(c) Rayuan Perayu terhadap kuantum ganti rugi yang diberikan oleh HMS kepada isteri si mati/penunggang
motosikal adalah ditolak.
(d) Rayuan Perayu terhadap Kuantum ganti rugi yang diberikan oleh HMS kepada pembonceng motosikal
ditolak kecuali ganti rugi untuk Head Injury with intracronial bleed dibenarkan dengan menggantikan awad
RM50,000/- yang diberikan oleh HMS dan digantikan dengan awad RM35,000/-.

[8]Berikutan dengan keputusan saya tersebut di atas, Perayu telah mengemukakan rayuan ke atas isu liabiliti dan
kuantum terhadap pembonceng motosikal bagi Kes 29-07/2017 dan terhadap penunggang motosikal bagi Kes
28-07/2017.

[9]Bagi tujuan penghakiman ini, simati/penunggang motosikal adalah merujuk sebagai Responden di dalam kes
28-07/2017, pembonceng motosikal adalah merujuk kepada Responden di dalam kes 29-07/2017 dan perayu
merujuk kepada pemandu motokar di dalam kes 28-07/2017 dan 29-07/2017.

Fakta kes secara ringkas

[10]Tuntutan ganti rugi ini dibawa oleh si mati/penunggang motosikal dan pembonceng motosikal no. JPG 8157
berikutan satu kemalangan yang berlaku pada 08.6.2013 jam lebih kurang 12.50 malam di KM 14 Jalan Johor
Bahru-Kota Tinggi. Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal no. JPG 8157 yang ditunggang
oleh si mati dan dibonceng oleh pembonceng dengan sebuah motokar no. JMD 8604 yang dipandu oleh Perayu.

Versi pembonceng motosikal

hnn melaka
Page 3 of 11
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
....

(a) Semasa pembonceng membonceng motosikal si mati/ penunggang motosikal telah keluar dari stesen minyak
shell dan telah berada di jalan utama, motokar Perayu dari Pusat Bandar telah melanggar motosikal si
mati/penunggang motosikal dari arah belakang.
(b) Bagi membuktikan kes, pihak pembonceng motosikal telah memanggil 2 orang saksi, iaitu Pegawai Penyiasat
dan saksi awam.

Versi Perayu

(a) Semasa beliau memandu di jalan utama, tiba-tiba motosikal simati/penunggang motosikal keluar dari stesen minyak
shell di sebelah kiri dan telah melanggar motokar Perayu di bahagian kiri.

Dapatan Mahkamah Sesyen

[11]Perayu melanggar belakang motosikal si mati/penunggang motosikal.

(a) Perayu tidak nampak motosikal simati/penunggang motosikal keluar dari stesen minyak Shell dan telah berada di
Jalan utama dalam keadaan selari dengan jalan utama. Keterangan saksi bebas, Pegawai Penyiasat dan kerosakan
motosikal adalah dirujuk. HMS berpendapat motosikal itu telah keluar dari stesen minyak Shell dan selari dengan Jalan
Utama.

[12]Perayu memandu dengan laju

(a) HMS berpendapat dengan mengambilkira kerosakan pada motokar Perayu jelas membuktikan bahawa Perayu
memandu dengan laju pada masa kemalangan berlaku. Motokar Perayu rosak teruk dan telah terbabas.

[13]Perayu telah disaman oleh Polis

(a) Keterangan Pegawai Penyiasat ialah Perayu telah disaman. Walau bagaimanapun saman tidak dapat diserahkan dan
Perayu telah disenarai hitamkan.

[14]Keterangan saksi awam yang menyokong versi Pembonceng


(a) Encik Yaszer memberi keterangan menyokong versi pembonceng bahawa kedudukan motosikal simati/
penunggang motosikal adalah dalam keadaan selari dengan jalan utama dan motokar Perayu melanggar
belakang motosikal si mati/penunggang motosikal.
(b) SP3 telah menerangkan beliau tidak membuat laporan polis tetapi telah memberi rakaman percakapan
kepada Inspektor pada keesokkan hari. Beliau beranggapan bahawa beliau sebenarnya telah membuat
laporan polis.
(c) Mahkamah juga mengambil kira bahawa fakta bahawa Encik Yaszer berada ditempat kemalangan dan
nampak bagaimana kemalangan berlaku tidak dicabar oleh pihak Perayu.

[15]Defendan tidak nampak motosikal simati/penunggang motosikal sehingga kemalangan berlaku

- Keterangan Perayu ialah beliau tidak nampak motosikal simati/penunggang motosikal sehingga perlanggaran berlaku.
Mahkamah berpendapat ini jelas membuktikan bahawa Perayu tidak memberi perhatian kepada pemanduannya dan
pengguna jalanraya yang lain.

[16]Tempat kemalangan adalah jauh dari mulut simpang

- Dengan merujuk rajah kasar dan kunci, pegawai penyiasat telah melakarkan pecahan kaca yang berada di tanda “J” yang
mahkamah dapati agak jauh dari mulut simpang. Ini menyokong versi pembonceng bahawa motosikal simati/

hnn melaka
Page 4 of 11
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
....

penunggang motosikal telah keluar dari stesen minyak Shell dan telah berada di jalan utama.

Undang-undang

[17]Terdapat banyak nas-nas duluan yang menetapkan setakat mana mahkamah ini dibenarkan mencampuri atau
menganggu penemuan fakta oleh mahkamah bicara dalam menentukan isu liabiliti dalam kes kemalangan.

[18]Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Sivalingam A/L Periasamy v Periasamy & Anor
[1996] 4 CLJ 545;; [1995] 3 MLJ 395 yang telah mengungkapkan pemerhatiannya seperti berikut:

“(1) It its trite law that this court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the court of first instant to
which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But we are under a duty to intervene in a case,
where, as, here, the trial court has so fundamentally misdirected itself, that one may say that no reasonable court which has
properly directed itself and asked the correct questions would have arrived a the same conclusion”.

Dapatan mahkamahLiabiliti ke atas penunggang motosikal

[19]Mahkamah ini akan menyentuh isu liabiliti terlebih dahulu dalam penghakiman ini sebelum membincangkan
isu kuantum dan tuntutan kehilangan pendapatan.

[20]Berdasarkan nas duluan di atas dan setelah meneliti segala keterangan saksi-saksi, pembonceng motosikal
dan Perayu, keterangan dokumen serta membaca alasan penghakiman HMS, saya mendapati HMS telah terkhilaf
di dalam memutuskan Perayu bertanggungan 100% di dalam kemalangan tersebut.

[21]Saya berpendapat Perayu dan si mati/penunggang motosikal masing-masing menanggung cuai sebanyak
50% - 50% ke atas kemalangan tersebut berdasarkan alasan-alasan seperti berikut:-
(a) HMS telah gagal mengambilkira keterangan Pegawai Penyiasat (SPI), Mohd Yaszer b. Nasir (SP4) yang
merupakan saksi awam dan keterangan pembonceng motosikal (SP2) yang antara lainnya mengatakan seperti
berikut:-
(i) Perayu menyatakan di muka surat 80 Rekod Rayuan beliau sedang memandu di lorong kiri dalam perjalanan
dari bawah ke atas rajah kasar. Apabila menghampiri stesen minyak Shell di sebelah kiri, tiba-tiba motosikal
si mati/penunggang motosikal keluar dari stesen minyak tersebut (muka surat 82 Rekod Rayuan).
(ii) Dakwaan Perayu bahawa si mati/penunggang motosikal keluar dari stesen minyak Shell di sebelah kiri beliau
ini disokong oleh keterangan pembonceng motosikal (SP2). Di muka surat 55 Rekod Rayuan beliau
mengesahkan bahawa sebelum kemalangan berlaku, motosikal yang ditunggang oleh simati itu ada mengisi
minyak di stesen minyak Shell. Selepas mengisi minyak, simati/penunggang motosikal telah keluar dari
Shell dan terus menuju ke jalan besar. Setelah masuk ke jalan besar, kemalangan pun berlaku.
(iii) Keterangan saksi awam SP4 semasa pemeriksaan balas di muka surat 73-74 Rekod Rayuan, Encik Mohd
Yaszer seterusnya menyokong dakwaan Perayu bahawa motosikal si mati/penunggang motosikal telah
keluar dari stesen minyak Shell. Beliau menyatakan nampak si mati/penunggang motosikal keluar dari
stesen minyak Shell.

S : Semasa kemalangan berlaku yang En. Yaszer nampak betul-betul dihadapan exit itu atau dah jauh?

J : Betul-betul depan exit

S : Dan exit itu lebar betul?

J : Ya lebar.

S : Semasa perlanggaran berlaku ada 3 lorong yang Encik Yaszer nampak kemalangan berlaku dalam lorong mana?
Lorong yang paling kiri?

J : Ya.

hnn melaka
Page 5 of 11
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
....

S : En. Yaszer nampak tak bahagian mana yang awal sekali kontek itu berlaku?

J : Belakang motor.

S : Bahagian belakang motor? Sebelah mana?

J : Belakang motor, kereta sebelah kiri

S : Belakang kanan motor?

J : Ya sebelah kanan.

S : Kereta sebelah kiri?

J : Ya.

[22]Berdasarkan keterangan Perayu, pembonceng motosikal dan SP4, saya berpendapat HMS sepatutnya
membuat ‘dapatan fakta’ bahawa si mati/penunggang motosikal telah keluar dari stesen minyak Shell di sebelah
kiri sejurus sebelum berlaku perlanggaran.

[23]Selanjutnya merujuk kepada kerosakan kedua-dua kenderaan. Semasa peringkat pemeriksaan awal Pegawai
Penyiasat SP1 telah menyatakan kerosakan motokar Perayu adalah di bahagian depan dan kerosakan motosikal si
mati/penunggang motosikal adalah di bahagian belakang (muka surat 41 Rekod Rayuan). Walau bagaimanapun,
semasa pemeriksaan balas, apabila ditanya tentang laporan Puspakom, beliau membacanya dan menyatakan
seperti berikut (di muka surat 44 Rekod Rayuan).

Kerosakan motosikal

i. Bahagian ekzos paip bengkok

ii. Lampu belakang pecah

iii. Rim belakang pecah

iv. Cover set belakang pecah

v. Rim belakang pecah

Kerosakan motokar Perayu

i. Fender kiri dan kanan rosak

ii. Wheel house hadapan kiri rosak

iii. Radiator panel remuk

iv. Bumper depan tercabut

v. Bonet hadapan kemek

vi. Cermin sisi kiri kanan patah

vii. Pintu depan kanan kemek

viii. Bonet belakang kemek

[24]Oleh yang demikian, saya berpendapat kesan kemek pada bahagian ekzos paip (yang ada di sebelah kanan
motosikal) menunjukkan impak awal perlanggaran.

[25]Si mati/penunggang motosikal yang telah keluar dari stesen minyak Shell di sebelah kiri Perayu, telah masuk
ke jalan besar untuk bergerak terus ke atas dalam rajah kasar. Tindakan si mati/penunggang motosikal

hnn melaka
Page 6 of 11
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
....

menunjukkan si mati/penunggang motosikal telah masuk ke laluan sah Perayu yang sedang berada di jalan
utama.

[26]Keterangan Pegawai Penyiasat (SP1) di muka surat 45 Rekod Rayuan menunjukkan terdapat banyak
kerosakan di motokar Perayu adalah akibat motokar melanggar tiang lampu, terbalik dan masuk ke dalam parit
sehingga terbakar sebagaimana yang dinyatakan oleh saksi awam SP4.

[27]Motokar Perayu telah hilang kawalan kerana motosikal si mati tiba-tiba keluar dari stesen minyak Shell apabila
Perayu telah sampai pada jarak dekat walaupun Defendan telah cuba untuk membrek dan mengelak daripada
berlakunya kemalangan.

[28]Oleh yang demikian, berdasarkan fakta-fakta di atas, saya mendapati HMS telah silap dari segi fakta dan
undang-undang apabila di muka surat 9 Rekod Rayuan Tambahan telah membuat dapatan Perayu melanggar
belakang motosikal simati/penunggang motosikal.

[29]Saya berpendapat ini bukanlah perlanggaran dari belakang, apabila kedua-dua kenderaan bergerak sama
arah, tetapi perlanggaran berlaku apabila motosikal simati/penunggang motosikal keluar dari sebelah kiri masuk
ke laluan utama dan menghalang laluan sah Defendan. Fakta ini diperkuatkan lagi dengan terdapatnya kesan
kemek kepada ekzos paip motosikal walaupun ada juga kerosakan di bahagian belakang.

[30]Oleh itu, saya berpandangan HMS telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mengambil kira
kandungan laporan Puspakom yang dibaca oleh Pegawai Penyiasat berkenaan kerosakan.

[31]Selain daripada itu, saksi awam (SP4) sendiri ada menyatakan kemalangan berlaku betul-betul di depan “exit”
stesen minyak Shell. Motosikal si mati/penunggang motosikal terus keluar dari stesen minyak shell tanpa berhenti
dulu di “exit”, sebelum keluar di jalan utama. (muka surat 73 Rekod Rayuan). Beliau mengakui si mati/penunggang
motosikal telah memintas di hadapan motokar Defendan yang datang dari arah kanan (muka surat 73 Rekod
Rayuan).

S : Semasa kemalangan berlaku yang En. Yaszer nampak betul-betul dihadapan exit itu ke atau dah jauh?

J : Betul-betul depan exit.

S : Dan exit itu lebar betul?

J : Ya lebar.

S : Semasa pelanggaran berlaku ada 3 lorong Encik Yaszer nampak kemalangan berlaku dalam lorong mana? Lorong
yang paling kiri?

J : Ya

[32]Berdasarkan keterangan saksi awam SP4 ini saya mendapati HMS telah khilaf dari segi fakta dan undang-
undang apabila membuat ‘dapatan fakta’ dalam Alasan Penghakimannya di muka surat 10 Rekod Rayuan
Tambahan bahawa tempat kemalangan adalah jauh dari mulut simpang.

[33]Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, saya bersetuju dengan dapatan fakta HMS yang mengatakan
Perayu tidak nampak motosikal simati/penunggang motosikal sehingga perlanggaran berlaku dan ini diakui sendiri
oleh Perayu di dalam keterangannya di mahkamah.

[34]Saya berpendapat, sekiranya Perayu memandu motokar dengan cermat dan berhati-hati sudah tentu beliau
dapat mengelak daripada berlakunya kemalangan tersebut walaupun si mati/penunggang motosikal telah
memasuki jalan utama laluan Perayu dengan tiba-tiba dengan mengambilkira tempat kemalangan adalah cerah
kerana terdapat lampu jalan dan lampu dari stesen minyak Shell di sebelah kiri, jalan di tempat kejadian adalah
lurus dan tiada halangan pandangan di hadapan dan mempunyai 3 lorong.

[35]Saya juga mendapati Perayu juga biasa dengan tempat kemalangan dan tahu terdapatnya stesen minyak
Shell di simpang kiri dan mengetahui kereta dan motosikal selalu keluar masuk simpang tersebut. Oleh yang

hnn melaka
Page 7 of 11
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
....

demikian, Perayu seharusnya lebih berhati-hati apabila sampai di kawasan tersebut. [Rujuk Alasan Penghakiman di
muka surat 7 dan 8 Rekod Rayuan Tambahan].

[36]Di dalam kes Tan Ah Haong v Mahalingam [1962] MLJ 250 di 252, Suffian J (pada ketika itu) telah berkata:

Nevertheless, in my judgment the deceased on approaching the major road should have in his own interest taken
reasonable care of himself by slowing down or stopping so as to allow the defendant to pass first, and this he did
not do. Probably he was propelled forward by the slope at the mouth of Barracks Road into the major road, but
nevertheless I find that he had by his own want of care contributed to his own injury, owing probably to
misjudgment of the defendant’s speed.

In Lang v. London Passenger Transport Board it was held that a motor cyclist, emerging into a major road at a speed
of 20 miles an hour from a minor road without slowing at a “Slow. Major Road Ahead” sign, who was run into and
killed by a bus travelling on the major road at about the same speed, was much more responsible for the accident
than the driver of the bus and the blame was apportioned as follows, as to two-thirds to the motor cyclist and one-
third to the defendant. I wondered whether to divide the blame in this case in the same proportions, but after
careful consideration I am of the opinion that both parties were equally to blame and I accordingly find. (emphasis
added)

[37]Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa Perayu
dan simati/penunggang motosikal telah sama-sama menyumbang cuai kepada kemalangan ini dan dengan itu
telah berpendapat masing-masing menanggung cuai sebanyak 50% - 50%.

Liabiliti ke atas pembonceng motosikal

[38]Setelah saya mendapati Perayu dan si mati/penunggang motosikal adalah masing-masing menanggung cuai
50% - 50%, berapakah liabiliti yang perlu dikenakan ke atas pembonceng motosikal.

[39]Dalam kes ini, saya mendapati pembonceng motosikal adalah ‘penumpang yang tidak berdosa’ dan dengan
itu berhak mendapat ganti rugi pada kadar 100% liabiliti terhadap Perayu. Sebagai pembonceng, beliau tidak
seharusnya didapati bertanggungan secara vikarius atau kecuaian yang disumbang si mati/penunggang
motosikal.

[40]Alasan saya adalah berdasarkan kes Mahkamah Rayuan Muhamad Jafri Jantan & Ors v Zainal Md Rais [2005]
1 CLJ 694 di mana Arifin Zakaria JCA (pada ketika itu) telah berkata:

Reverting to the primary issue in this appeal, which is whether the appellant, as the pillion rider, is entitled to damages
on 100% basis even tough the court found that the rider of the motorcycle was 50% liable for the accident, we only
need to refer to some of the authorities cited to us by the parties.

Firstly, we would refer to the case of Damai Cheras Sdn Bhd & Anor v Poothapillai Krishnamoorthy [1999] 5 CLJ 576. In
that case, the respondent (the plaintiff) was the registered owner of and a passenger in a car which was involved in a
collision with the first defendant’s car, driven by the second defendant. The plaintiff was travelling with his son (SP2) who
was authorized by the plaintiff to drive the car. The plaintiff brought an action against the defendants. The SCJ held that
the defendants were 10% liable for the accident and since the plaintiff was an innocent passenger at all material
times, the plaintiff was entitled to damages on a 100% basis. The defendants appealed. It was submitted that the
plaintiff was not an innocent passenger because of the fact that the plaintiff was the owner of the car and SP2 was driving
the car with the authority of the plaintiff. Therefore, the plaintiff was vicariously liable for the negligence of SP2 who was
90% able for the accident. The issue before the court was whether the plaintiff was an innocent passenger and so
was entitled to damages on a 100% basis.

In that case it was held, inter alia, that once a person has proved that he is an innocent passenger, he is entitled to
a claim based on 100% liability. It is the personal prerogative of the innocent passenger to sue the negligent party
responsible for causing damage or injury to him in the accident. In coming to that finding, the learned judge relied on a long
line of authorities namely Oli Mohamed v. Keith Murphy & Anor [19969] 1 LNS 122;; [1969] 2 MLJ 244; Wong Fook & anor
v. Abdul Shukur Abdul Hakim (wong Piang Loy, Third Party) [1990] 2 CLJ 382;; [1990] 1 CLJ (Rep) 536, Samsuri bin Saad
& Anor v. Chew Kit Toh and Another Appeal [1996] 2 CLJ 109 and Jayakumar Kuppusamy & Anor v. Chen Kit Hong &

hnn melaka
Page 8 of 11
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
....

Anor [1983] 1 LNS 59. All the authorities cited by the learned judge point to one conclusion, that an innocent
passenger in a motor vehicle or a pillion rider is entitled to recover the total amount of damages against a
tortfeasor and it is within his prerogative to recover the damages against any one of the tortfeasors. In Samsuri bin
Saad & Anor v. Chew Kit Toh and Another Appeal (supra), the same issue as in the present case was raised, that is,
whether a pillion rider was entitled to recover 100% damages against the respondent where the learned SCJ found
that both the deceased rider of the motorcycle and the driver of the motor lorry were equally to blame. The learned
High Court judge in that case, following Oli Mohamed v. Keith Murphy & Anor (supra) and Reliance Omnibus Co Sdn
Bhd & Anor v. Ishak Mohd Jaafar & Anor [1993] 4 CLJ 291, held that the pillion rider is entitled to the total amount of
damages notwithstanding the finding that the deceased rider of the motorcycle and the driver of the motor lorry
were equally blameworthy. We wholly agree with the decision of the learned judge in that case.

For the above reasons, we hold that the learned JC erred in law in holding that the appellant, the pillion rider on the
motorcycle, is 50% liable for the accident. Following the authorities cited, we hold that the appellant is entitled to
recover the total amount of damages against the respondent. (emphasis added)

[41]Berdasarkan kepada nas undang-undang di atas, saya menolak rayuan Perayu dan mengekalkan keputusan
HMS mengenai isu liabiliti terhadap pembonceng motosikal dan membuat keputusan Perayu adalah
bertanggungan 100% cuai ke atas pembonceng motosikal.

Kuantum (simati/penunggang motosikal) kehilangan tanggungan

[42]Si mati/penunggang motosikal sewaktu kemalangan berumur 30 tahun. Isteri si mati adalah merupakan
Responden di dalam kes 28-07/2017.

[43]Si mati/penunggang motosikal bekerja sebagai pemandu di Singapura dan berpendapatan S$1,301.56
sebulan seperti yang tercatat di dalam penyata akaun (P12) untuk bulan Mei 2013. Kemalangan berlaku pada
6.8.2013. Walaupun slip gaji dikemukakan untuk bulan Mac - Ogos 2013 tetapi pada pandangan saya ianya tidak
boleh diterima sebagai keterangan kerana ianya tidak ditandakan sebagai eksibit tetapi hanya sebagai ID 14.

[44]Oleh yang demikian, berdasarkan angka yang ditunjukkan di dalam penyata akaun (P 12) iaitu S$1,301.56
sebagai ‘salary’, maka jumlah tersebut bolehlah di ambilkira sebagai pendapatan si mati sebelum kemalangan
tersebut dan jumlah ini juga tidak dipertikaikan oleh Perayu di dalam Hujahan Bertulisnya.

[45]Peguam Perayu yang bijaksana telah berhujah alasan penghakiman HMS di muka surat 10 Rekod Rayuan
Tambahan langsung tidak menerangkan berapa amaun yang patut di ambilkira sebagai ‘living expenses’. Saya
kurang bersetuju dengan hujahan tersebut.

[46]Setelah saya meneliti alasan penghakiman HMS di muka surat 10 Rekod Rayuan Tambahan, saya dapati HMS
ada mengambilkira fakta ini apabila beliau menyatakan:

“ Penyata akaun simati eksibit P12 menunjukkan pendapatan simati adalah S$1,301.00 Plaintif (Isteri) memohon sejumlah
S$800 untuk kehilangan tanggungan sebulan. Mengambilkira perbelanjaan harian simati mahkamah berpendapat
S$500 sebulan adalah munasabah. (penekanan diberi)

[47]Daripada alasan penghakiman HMS yang tersebut di atas jelas menunjukkan yang HMS memang mengambil
kira faktor ‘living expenses’ apabila beliau mengatakan ‘... mengambilkira perbelanjaan harian si mati’.

[48]Dalam rayuan ini, saya mendapati HMS telah menimbangkan keterangan isteri si mati/penunggang motosikal
yang memohon S$800/- diberikan untuk kehilangan tanggungan sebulan tetapi setelah beliau mengambilkira
‘perbelanjaan harian’ si mati beliau telah membuat keputusan untuk memberi awad sebanyak S$500/- sebulan
sebagai munasabah. Berdasarkan kepada dapatan fakta tersebut, saya tidak nampak bagaimana saya harus
menganggu dapatannya tersebut.

[49]Selanjutnya peguam perayu yang bijaksana telah mempersoalkan sumbangan yang diberikan oleh si mati
kepada isterinya digunakan bukan sahaja untuk diri isteri si mati tetapi juga untuk keperluan ibu bapa dan adik isteri
si mati yang merupakan seorang OKU. Dengan erti kata lain sumbangan tersebut diberikan oleh si mati bukan

hnn melaka
Page 9 of 11
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
....

semata-mata untuk manfaat isteri si mati tetapi untuk manfaat orang lain iaitu ibu bapa dan adik isteri si mati yang
OKU.

[50]Oleh yang demikian, peguam perayu yang bijaksana telah meminta mahkamah untuk mengambilkira hanya
jumlah wang yang digunakan secara eksklusif untuk isteri si mati sahaja dan bukannya orang lain. Untuk maksud
tersebut, peguam perayu yang bijaksana telah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Lee Tai Kau & Anor v
Rajanderan A/L Manickam & Anur (1995) 4 CLJ 521 bagi menyokong hujahannya.

[51]Selain daripada kes Lee Tai Kau (supra) tersebut terdapat lagi kes-kes lain seperti Rohimi Mat Desa & Anor v
Azman Nasir [2013] 1 LNS 671 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan kes supreme Court Chan Chin Ming &
Anor v. Lim Yok Eng (1994) 3 MLJ 233 yang telah menolak tuntutan tanggungan oleh ibu bapa untuk kegunaan
anak-anak (adik si mati).

[52]Walau bagaimanapun, keputusan kes Chan Chin Ming (supra) telah tidak diikuti oleh Mahkamah Rayuan
dalam kes Ibrahim Bin Ismail & Anor v Hasnah Puteh Imat & Anor And Another Appeal [2004] 1 CLJ 797 kerana
Mahkamah Rayuan berpendapat keputusan kes Chan Chin Ming bukan Mahkamah Tertinggi (atau Apex Court)
dalam kes tuntutan kemalangan maut dan oleh itu tidak mengikat Mahkamah Rayuan. Antaranya di muka surat
807:-

“ Having come to the conclusion that Chan Chin Ming was wrongly decided by the majority in that case, are we entitled to
depart from it? We think we are, Chan Chin Ming was decided before the establishment of this court. It was decided at a
point of time when the High Court had original jurisdiction over personal injury and fatal accident claims. Appeals were
preferred to the Supreme Court which stood at the apex of the judicature. That is not the case today. All personal injury and
fatal accident claims are now solely within the jurisdiction of the subordinate courts. Appeals are to the High Court and
finally to this court. We therefore now stand at the apex in respect of these claims. If a decision - and more so as here a
majority decision - of the former Supreme Court is obviously wrong, then it is our plain duty to say so. It will, with respect,
be an abdication of our solemn duty to simply fold our arms in abject submission and permit an erroneous statement of the
law to continue to form part of our jurisprudence especially when it results in an injustice to a litigant. We draw support of
the view we take of the matter from the fairly recent case of Great Peace Shipping Ltd v Tsavliris (International) Ltd, [2002]
4 All ER 689 where the English Court of Appeal declined to follow its earlier decision in Solle v Butcher [1949] 2 All ER
1107 on the issue of the existence of a jurisdiction in equity to grant rescission of a contract untainted by common mistake
at common law. It is of importance to note that the parameters of binding precedent laid down in Young v Bristol Aeroplane
Co Ltd [1944] 2 All ER 293 did not prevent the Court in Great Peace Shipping from departing from its earlier decision. The
cases before us are much stronger in the sense that the majority in Chan Chin Ming literally re-wrote the statute that was
before them merely for interpretation.”

[53]Saya juga mendapati terdapat kes-kes yang tidak memberi pertimbangan kepada kes Chan Chin Ming (supra)
dan telah mengawadkan kehilangan tanggungan kepada ibu bapa simati walaupun jumlah tersebut termasuk
kegunaan adik beradik atau ahli keluarga yang lain dan bukan sekadar terhad kepada ibu bapa simati.

[54]Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam kes Teoh Hing Yeu & Anor v. Ang Lit Yiang & Anor And Third Party And
Another Action [1996] MLJU 588 telah memutuskan bahawa walaupun simati menyumbang kepada keluarga untuk
kegunaan adik-beradik, mahkamah masih mengawadkan kehilangan tanggungan kepada ibu bapa simati.

[55]Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam kes Peter Selvaraj & Anor v. Cheng Bee Teik & Ors [2002] 8 CLJ 771,
778 juga telah membenarkan tuntutan seorang nenek yang menggunakan wang yang diberikan oleh simati untuk
kegunaan anak yang lain (yang merupakan pak cik kepada simati).

[56]Kes di atas dirayu ke peringkat Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Rayuan dalam Cheng Bee Teik &
Ors v. Peter Selvaraj & Anor [2005] 2 CLJ 839 tidak menolak tuntutan Plaintif Kedua selaku nenek yang mengguna
sumbangan simati untuk kegunaan pak cik si mati dan hanya mengurangkan kuantum tersebut daripada RM500/-
kepada RM300/-.

[57]Seterusnya, Mahkamah Tinggi Melaka dalam kes Lee Seng Ho v. Amir bin Bakar and Anor [2008] 8 CLJ 378,
384 memutuskan bahawa perbelanjaan terhadap persekolahan adik simati tidak boleh ditolak daripada jumlah
kehilangan tanggungan ibu bapa.

[58]Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Nowran Begam Mohamed Saliff v. Nantha Kumar Devar Sangaran

hnn melaka
Page 10 of 11
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
....

& Anor: Ctrm Aviation Sdn Bhd (Third Party) [2016] 7 CLJ 760, 802 telah membenarkan tuntutan Plaintif selaku ibu
kepada simati untuk kehilangan tanggungan termasuk untuk kegunaan adik perempuan simati.

[59]Pada pandangan saya, seksyen 7(2) Akta Undang-Undang Sivil 1956 memberi hak undang-undang atau locus
standi kepada isteri, suami, ibu bapa dan anak-anak untuk memulakan tindakan tetapi tidaklah bermaksud untuk
menghalang isteri si mati daripada menuntut kehilangan tanggungan walaupun amaun tersebut bukan sahaja
untuk kegunaan beliau tetapi juga adalah untuk kegunaan ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang lain.

[60]Isteri si mati adalah bertanggungjawab untuk membelanjakan dan menjaga kedua ibu bapanya dan adiknya
apatah lagi seorang OKU dan ini merupakan manfaat langsung yang dinikmati oleh seseorang isteri yang mana
perbelanjaan tidak seharusnya di abaikan oleh seseorang isteri. Oleh itu, berdasarkan kepada nas-nas yang
tersebut di atas, saya berpendapat perbelanjaan terhadap ibu bapa dan adik OKU isteri si mati oleh isteri si mati
tidak seharusnya ditolak daripada jumlah kehilangan tanggungan isteri.

[61]Berbalik kepada kes rayuan ini, saya mendapati HMS adalah betul di dalam keputusannya kerana
membenarkan jumlah kehilangan tanggungan yang munasabah oleh isteri si mati adalah S$500 sebulan dan telah
memberi awad RM297,600 [S$500 x 192 bulan = S$96,000 x 3.1 (tukaran wang)= RM 297,600].

Kuantum Ganti Rugi Pembonceng Motosikal

[62]Semasa rayuan pembonceng motosikal ini didengar di hadapan saya, peguam perayu yang bijaksana di
dalam Hujahan Bertulisnya telah memaklumkan bahawa Perayu hanya akan merayu terhadap awad untuk
kecederaan berikut sahaja:-
(a) Bladder rupture with left internal iliac vessel tear.
(b) Head injury with intro-cranial bleed.

Dapatan Mahkamah

[63]Setelah meneliti penghakiman HMS saya mendapati beliau telah membuat keputusan seperti berikut:

Future Operation

(1) Surgical arthroscopic fibrolysis of both knees dibenarkan 1/3 x RM15,000 = RM5,000.

(2) A bilateral quadpriceplasty dibenarkan 1/3 x RM20,000 = RM6,666.66.

(3) Saroillac joint fusion dibenarkan 1/3 x RM25,000 = RM8,333.33.

(muka surat 11 Alasan Penghakiman Rekod Rayuan Tambahan)

[64]Saya dapati kos pembedahan masa depan yang diawadkan oleh HMS adalah berdasarkan kos yang
dikenakan sekiranya pembonceng motosikal membuat rawatan di Pusat Perubatan Swasta. Dengan mengambil
kira kos rawatan tersebut adalah tinggi, HMS telah membuat tolakan satu pertiga (1/3) daripada jumlah awad
penuh rawatan yang dikenakan di Pusat Perubatan Swasta. Oleh yang demikian, kos pembedahan masa depan
yang diawad oleh HMS sebanyak RM19,999.99 (setelah membuat tolakan satu pertiga (1/3)) pada pandangan
saya adalah munasabah dan berpatutan.

[65]Mengenai ganti rugi head injury with intra-cranial bleed, saya mendapati HMS telah memberi awad RM50,000/-
dengan berpandukan kepada laporan perubatan yang dikemukakan, Compendium of Personal Injury Award
(Compendium) dan kes-kes yang dirujuk oleh kedua-dua pihak (muka surat 12 Alasan Penghakiman Rekod
Rayuan Tambahan).

[66]Setelah meneliti awad yang diberi oleh HMS tersebut, saya mendapati jumlah awad tersebut melampau
(excessive) dan saya telah memberi awad sebanyak RM35,000/-. Ini ialah kerana walaupun HMS telah memberi
awad tersebut berdasarkan kepada Compendium tetapi saya mendapati HMS hanya merujuknya secara am tanpa
menunjukkan secara terpinci sama ada jumlah awad RM50,000/- tersebut termasuk di dalam ruang lingkup “High”
dan “Low” di dalam Compendium tersebut.

[67]Oleh yang demikian, setelah meneliti laporan perubatan yang dikemukakan di dalam Rekod Rayuan dan

hnn melaka
Page 11 of 11
Lee Wai Long lwn Yusnaeni Syah dan satu lagi rayuan
....

kecederaan yang di alami oleh pembonceng motosikal tersebut, dengan mengambilkira awad RM50,000/- yang
diberi oleh HMS dan hujahan Perayu yang mencadangkan RM20,000/-, saya mendapati jumlah ganti rugi yang adil
dan berpatutan yang patut di awad adalah RM35,000/-.

[68]Mengenai ganti rugi Bladder rupture with left internal iliac vessel tear, saya mendapati HMS telah memberi
awad RM38,000/- dengan berpandukan kepada Compendium, kes-kes yang dirujuk oleh kedua-dua pihak dan
laporan perubatan yang dikemukakan.

[69]Setelah meneleiti awad yang diberikan oleh HMS tersebut, saya mendapati jumlah awad tersebut bukanlah
sesuatu yang melampau (excessive) tetapi adalah adil dan munasabah.

[70]Walaupun HMS hanya merujuk kepada Compendium tetapi saya mendapati HMS hanya merujuknya secara
am tanpa menunjukkan secara terperinci sama ada jumlah awad RM38,000/- tersebut termasuk di dalam ruang
lingkup ‘High’ dan ‘Low’ di dalam Compendium tersebut. Walau bagaimanapun, saya mengambil maklum dan
‘judicial notice’ mengenai ‘trend’ awad ganti rugi mengenai kecederaan ini yang diberikan oleh mahkamah sebelum
ini dan dengan itu berpendapat awad RM38,000/- tersebut adalah patut dan munasabah.

[71]Memandangkan hanya awad dua (2) kecederaan itu sahaja yang dipertikaikan oleh perayu, maka lain-lain
awad ganti rugi yang diberikan oleh HMS adalah dikekalkan.

End of Document

hnn melaka

You might also like