You are on page 1of 1

Rujukan Kami : IPP/T2/Jld.

1(8)
Tarikh : 21 Julai 2021

Ketua Penolong Pengarah Mekanikal,


Jabatan Kerja Raya,
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,
Jalan JKR, Sungai Pinang,
11600 Georgetown,
Pulau Pinang

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN PEMBAIKAN KENDERAAN RASMI INSTITUT,


NO. PENDAFTARAN : WWX 8519 (VAN NISSAN URVAN)

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, kenderaan rasmi syarikat ini telah mengalami
kerosakan pada bahagian kusyen tempat duduk para penumpang (kusyen lama
telah koyak dan uzur). Sehubungan itu, kami memohon kebenaran dari pihak tuan
untuk pembaikan kusyen tersebut.

3. Oleh itu disertakan beberapa lampiran sebutharga untuk kerja pembaikan


kusyen bagi kenderaan yang tersebut di atas untuk rujukan pihak tuan.

4. Sehubungan itu, pertimbangan permohonan dan kelulusan daripada pihak


tuan amatlah diharapkan.

Sekian terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DR AZMAN BIN JUSOH)


Pengarah

s.k. Fail

You might also like