You are on page 1of 9

HUBUNGAN MALAYSIA-VIETNAM DAN PERTINDIHAN WILAYAH DI

KEPULAUAN SPRATLY: PENDEKATAN PEMBANGUNAN BERSAMA


DALAM PENGURUSAN KONFLIK
Really Great Site Volume 101 Thursday, February 23,2023

Pengenalan Kepulauan Spratly


GEOGRAFI
Secara amnya, kepulauan Spratly mempunyai lebih 30 ribu buah pulau dan dan 9
buah pulau besar. Kawasan berstatus quo ini juga mempunyai keluasan sebesar kira-
kira 425 ribu kilometer persegi, dan berkordinat garis keutaraan 10ºU dan ketimuran
114ºT menjadikan kedudukannya berada di perairan laut China Selatan.
Kawasan perairan sangat kaya dengan sumber asli seperti minyak dan gas selain
kehidupan semula jadinya.
Sementara itu, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat rizab petroleum di
kawasan perairan berkenaan adalah mencapai angka sehingga 100 bilion tong minyak
dan 10 ribu bilion kaki padu gas asli (Aziz Ahmad, 2005).
Really Great Site Volume 101 Thursday, February 23,2023

SEJARAH TUNTUTAN SPRATLY


Keadaan ini berpotensi menjejaskan hubungan diplomatik bilateral sehinggakan
berpotensi mencetuskan konflik bersenjata, sekiranya tidak ditanggani dengan bijak

Begitu juga halnya dengan pertikaian Spratly yang sehingga kini tidak ada noktahnya.
Sebelah pihak menyatakan bahawa mereka lebih berhak dan menafikan hak pihak
lain tanpa sebarang kompromi.

Secara rasminya tuntutan Spratly bermula selepas Perang Dunia Kedua apabila
muncul beberapa negara mengemukakan pelbagai tuntutan dengan versi alasan
tersendiri.
Really Great Site Volume 101 Thursday, February 23,2023

ISU-ISU TERPILIH DALAM HUBUNGAN MALAYSIA


DENGAN NEGARA SERANTAU ASIA TENGGARA,
Persoalannya, negara manakah yang telah memulakan
tuntuan secara rasmi berasaskan peruntukan undang-undang
antarabangsa?

Menurut sumber daripada kerajaan Filipina, Thomas Cloma,


seorang peguam dan ahli perniagaan Filipina pernah membuat
surat kepada Presiden Filipina ketika itu untuk mengesahkan
secara rasmi “Kalayaan” sebagai nama baharu kepada Spratly.

Sementara itu, negara China pula telah memulakan tuntutannya


terhadap Pulau Paracel (1950-an) dan seterusnya Terumbu Johnson
(1988). Tindakan tersebut mengundang kontroversi ke atas negara
Vietnam sehingga mencetuskan konflik bersenjata. page 02
Really Great Site Volume 101 Thursday, February 23,2023

Tuntutan Spratly dari Perspektif Malaysia


Bermula daripada perisytiharan ini menyebabkan beberapa negara lain seperti
Filipina, Brunei dan Indonesia mula mempertikaikan penetapan zon maritim
Malaysia.
Dengan bersandarkan kepada peta baharu, Malaysia mengemukakan hak
pemilikan terhadap Pulau Kecil Amboyna, Terumbu Ubi, Terumbu Semarang
Barat dan Layang-Layang.
Menurut Ramli Dollah (2010), Malaysia perlu menambahbaik peta dengan
mengisytiharkan garis pangkalnya dan dimajukan kepada Persatuan Bangsa-
Bangsa Bersatu.
Selain itu, Malaysia juga harus mengkaji semula Akta Pelantar Benua 1966 yang
tidak menjelaskan keberadaan sesebuah daratan yang berada di atas aras laut.
page 03
Really Great Site Volume 101 Thursday, February 23,2023

Tuntutan bertindih antara Malaysia-Vietnam dan Konsep


Pembangunan Bersama
Hubungan yang telah terjalin lebih 40 tahun menjadi titik tolak kepada
pengembangan ekonomi kedua-dua negara. Dalam hal ini isu pertikaian
pemilikan kepulauan Spratly harus diurus dengan bijaksana.
Seperti yang dinyatakan dalam perenggan sebelum ini, Malaysia telah
menyatakan hak kedaulatan di beberapa pulau kecil melalui Peta Baru 1979.
Vietnam dalam hal ini menafikan hak tersebut apabila menuntut keseluruhan
kawasan terbabit dan mencetuskan bibit-bibit pertikaian. Oleh itu, perlu ada
mekanisme yang jelas dalam menguruskan konflik tersebut agar tidak
menjejaskan kegiatan ekonomi dan hubungan dua hala.
Dalam kes pertikaian hak pemilikan spratly oleh Malaysia-Vietnam, kedua-dua
negara disarankan untuk mengambil pendekatan situasi sama-sama menang,
iaitu sumber kekayaan di Spratly dapat dikongsi bersama. page 03
Really Great Site Volume 101 Thursday, February 23,2023

Tuntutan bertindih antara Malaysia-Vietnam dan Konsep


Pembangunan Bersama

Shicun (2012), Presiden Institut Kajian Laut China Selatan (National Institute for
South China Sea Studies) memberikan beberapa cadangan ke arah penyelesaian
konflik seperti negara-negara yang terlibat haruslah bersetuju dengan konsep
pembangunan bersama yang lebih memberikan impak positif berbanding
negatif.

Seterusnya, pelan pembangunan bersama juga perlu di rangka dengan


sebaiknya dan disesuaikan mengikut landasan undang-undang pihak terlibat.

page 03
Really Great Site Volume 101 Thursday, February 23,2023

KESIMPULAN
Walaupun tuntutan bertindih terhadap hak pemilikan
kepulauan Spratly melibatkan empat buah negara yang lain,
namun Malaysia dan Vietnam mungkin boleh mengambil
langkah awal untuk mengaplikasikan mekanisme dalam
konsep pembangunan bersama. Konsep tersebut akan berjaya
sekiranya konflik ini diurus dengan bijaksana dan konsisten
dengan mengambil kira kepentingan pihak-pihak terlibat.

page 03
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like