You are on page 1of 11

Fakulti Undang-Undang

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

RANGKA KURSUS

KOD : UUUP 2823

KURSUS : UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA AWAM

PENSYARAH : PROF MADYA DR. HANIFF AHAMAT (HA)


03-89216385/ haniff@ukm.edu.my
DR. SAIDATUL NADIA ABD AZIZ (SNA)
03-8921 6370/ nadia_aziz@ukm.edu.my

SEMESTER 2, SESI 2022/2023


DK2
ISNIN
10 AM – 12 PM
AGIHAN TOPIK MENGIKUT MINGGU

Minggu / Week Topik / aktiviti (Topic / activity) Pensyarah / Lecturer

1 Nature and development of international law HA

2 Sources and lawmaking process: Treaty HA

3 Sources and lawmaking process: Custom HA

4 Sources and lawmaking process: Others HA

5 Ujian Pertengahan Semester / Mid-Semester Test HA

6 Relationship between international law and domestic law HA


7 The subjects of international law and recognition HA

8 The subjects of international law and recognition HA

TBD CUTI PERTENGAHAN SEMESTER / MID-SEMESTER BREAK

9 Jurisdiction and sovereignty SNA

10 Law of immunity SNA

11 State responsibility SNA

12 State responsibility SNA

13 State responsibility SNA

14 Conclusion and discussion

I. SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memperkenalkan kepada para pelajar tentang anatomi masyarakat, institusi serta undang-undang antarabangsa. Di awal kursus, pelajar akan melihat takrifan, sifat,
skop serta sejarah perkembangan undang-undang antarabangsa. Seterusnya, para pelajar akan mengupas sumber undang-undang antarabangsa yang merangkumi triti, undang-
undang adat antarabangsa, prinsip am undang-undang, keputusan mahkamah keadilan antarabangsa dan lain-lain. Undang-undang antarabangsa juga akan dihubungkaitkan
dengan undang-undang domestik. Para pelajar juga akan didedahkan dengan pengetahuan bagaimana sesebuah negara terbentuk, bidangkuasa, imuniti dan isu-isu berkaitan
tanggungjawab negara.
II. KAEDAH PEMBELAJARAN
1. SECARA KULIAH DAN TUGASAN
Kehadiran: Semua pelajar adalah tertakluk kepada segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Sila lihat Seksyen 8, Akta Universiti Kebangsaan
Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990 dan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990. Ingatan: pelajar yang gagal menghadiri
kuliah dan tutoran dengan memuaskan tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir.

2. PENILAIAN KURSUS DAN PENGAGIHAN MARKAH


a. Tugasan Berkumpulan (PBL) 30%
b. Peperiksaan Pertengahan Semester 20%
c. Perbincangan Dalam Tutorial 10%
d. Ujian Akhir 40%
(Jumlah) 100%

III. RUJUKAN
BUKU TEKS
th
Ian Brownlie. 2020. Principles of Public International Law. 9 Edn. Oxford University Press. Oxford.

BUKU TEKS TAMBAHAN


th
Martin Dixon. 2007. International Law. 6 Edn. Oxford University Press. Oxford.
th
Malcolm N. Shaw. 2021. International Law. 9 ed. Cambridge University Press. Cambridge.
Gaeta, Paola, Viñuales, Jorge E. et al. 2020. Cassese's International Law. Oxford: Oxford University Press
Orakhelashvili, Alexander. 2018. Akehurst's Modern Introduction to International Law. London: Routledge.

Hamid, Abdul Ghafur@Khin Maung Sein. 2019. Public international law: a practical approach. 4th ed. Subang Jaya: Thomson Reuters.
nd
Malcom D. Evans (Editor). 2006. International Law. 2 Edition. Oxford University Press.
Vaughn Lowe. 2007. International Law. Oxford University Press. Oxford.
th
Rebecca M.M. Wallace. 2005. International Law. 5 Edition. Sweet & Maxwell. London.
B. S. Chimni. 1993. International Law and World Order: A Critique of Contemporary Approaches. Sage Publication.
F. E. Snyder and S. Sathirathai. 1987. Third World Attitudes Towards International Law. Martinus Nijhoff.
th
I. A. Shearer. 1994. Starke’s International Law. 11 ed. Butterworths. London. (lihat edisi baru jika ada)
Tunku Sofiah Jewa. 1996. Public International Law: A Malaysian Perspective. Vol. I & II. Pacifica Publications. Kuala Lumpur.
United Nations. 1997. International Law on the Eve of the Twentyfirst Century: Views from the International Law Cimmission. United Nations Publication. New York.
rd
Martin Dixon & Robert McCorquodale. 2003. Cases & Materials on International Law. 4 ed. Blackstone Press Ltd. London

JURNAL DAN LAPORAN UNDANG-UNDANG


Berikut adalah antara contoh jurnal utama undang-undang antarabangsa:
International Legal Materials (ILM)
International and Comparative Law Quarterly
America Journal of International Law

LAMAN-LAMAN SAWANG YANG BERGUNA UNTUK PEMBELAJARAN


1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
http://www.un.org
2. Mahkamah Keadilan Antarabangsa

http://www.icj-cij.org
3. International Tribunal of the Law of the Sea

http://www.itlos.org
4. Jessup Moot Competition
http://www.ilsa.org/jessup/
5. UN Research Guide

http://www.un.org/Depts/dhl/resguide/specil.htm
IV. BUTIRAN TOPIK
1. PENGENALAN
I. Pengenalan Undang-undang Antarabangsa Awam
i. Takrifan undang-undang antarabangsa
ii. Perkembangan undang-undang antarabangsa awam
iii. Perbandingan dengan undang-undang antarabangsa persendirian (private international law)
iv. Evolusi Masyarakat Antarabangsa
v. Perkembangan sebelum dan selepas perang dunia kedua
vi. Sikap Negara-Negara terhadap Undang-undang Antarabangsa
Libyan American Oil Company (LIAMCO) v. Government of the Libyan Arab Republic, International Legal Materials, Vol. 20, p. 1 (1981); International Law Reports, Vol. 62,
p. 140 (1982)

2. SUMBER UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA


I. Pengenalan
i. Takrifan Sumber
ii. Klasifikasi sumber
iii. Artikel 38(1) Statute of the International Court of Justice

II. Triti
i. Takrifan, sifat & jenis triti.
ii. Pembentukan dan Penguatkuasaan sesebuah triti
iii. Reservasi
iv. Tafsiran Triti dan prinsip Pacta Sunt Servanda
v. Pemakaian triti terhadap negara bukan ahli
vi. Pindaan Triti
vii. Ketidaksahan triti
viii. Penamatan dan penangguhan pemakaian triti
ix. Prosedur terpakai dalam menyelesaikan pertikaian
Reservations to the Convention on Genocide, Advisory Opinion, (1951) ICJ Reports, vol. 1951, p.15
Fisheries Jurisdiction Case (1974) ICJ Reports, vol. 1974, p.3

III. Undang-undang Adat Antarabangsa


i. Takrifan dan peranan undang-undang adat antarabangsa
ii. Pebentukan undang-undang adat
iii. Pemakaian undang-undang adat antarabangsa

State v. Petane (1988) South African Reports, vol. 3, p.51


Colombia v. Peru “The Asylum Case” (1950) ICJ Reports, vol. 1950, p.266
The Scotia (1871) 14 Wall, 186-188
Nicaragua v. United States (Merits) (1986) ICJ Reports, p.14

IV. Prinsip-Prinsip Umum Undang-Undang


i. Takrifan
ii. Pembentukan dan Pemakaian
Artikel 38(1) (c) Statute of ICJ
Friedmann, The Use of General Principles in the Development of International Law, (1963) 57 AJIL pp. 279-299
Greece v. United Kingdom “Mavrommatis Palestine Concessions Case (Jurisdiction)” PCIJ (1924) Ser. A, No. 2 (I WCR 294)
Chorzow Factory (Indemnity) Case (1928) Ser. A, No. 17 (1 WCR 646)
North Sea Continental Shelf Cases (1969) ICJ Reports, vol. 1969, p.3

V. Keputusan Kehakiman Antarabangsa dan Penulisan Ahli Juris


i. Status dan kepentingan keputusan kehakiman antarabangsa sebagai sumber undang-undang antarabangsa awam
ii. Status dan kepentingan pendapat juris sebagai sumber undang-undang antarabangsa awam

Artikel 59 Statute ICJ


Artikel 38(1)(d) Statute ICJ
Paquete Habana (1900) 175 US 677
Re Piracy Jure Gentium (1934) AC 586
Regina v. Tunkoo Mahomed Saad and Others (1840) 2 Ky (Cr. 18)
Sockalingam Chettiar v. Chan Moi (1947) MLJ 154
Stanislaus Krofan & Anor v. PP (1967) 1 MLJ 133
PP v. Narongne Sookpavit & Ors (1987) 2 MLJ 100

VI. Ekuiti dan Lain-lain Sumber


i. Ekuiti
ii. Definisi
iii. Kepentingan Ekuiti sebagai sumber undang-undang antarabangsa awam
iv. Lain-lain
a. Soft-law
b. Resolusi UN

Artikel 38(1)(c)
The Diversion of Water From The River Mouse (1937) PCIJ, Ser. A/B No. 70
North Sea Continental Shelf Cases (1969) ICJ Reports, p.3
Norwegian Shipowners’ Claims Case (1922) Permanent Court of Arbitration
Great Britain v. US “The Cayuga Indians Claim” (1926) 6 RIAA 173

3. HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG MUNISIPAL


I. Pengenalan
II. Teori-teori tentang hubungan keduanya
a. Dualisme
b. Monisme
c. Harmonisme
Alabama Claims Arbitration (1872) Moore International Arbitration, 495
German Interests In Polish Upper Silesia (Merits) PCIJ (1926) Ser A, No. 7 (WCR 510)
Serbian Loans Case (1929) PCIJ Ser. A, No. 20
III. Perlembagaan Persekutuan Malaysia & undang-undang antarabangsa

4. SUBJEK UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA


I. Konsep Personaliti di sisi Undang-undang (Legal Personality)
i. Takrifan ‘International legal personality’
ii. Perolehan dan kehilangan personaliti
Reparation for Injuries Suffered In Service of the United Nations Case (1949) ICJ Reports, p. 174

II. Negara
i. Kriteria Kewujudan Sesebuah Negara
Elsen v. Le Patrimone Insurance Co. (1977) ILR, vol. 52, p.14
ii. Kesan Keahlian Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
iii. Pengiktirafan Negara oleh Sesuatu Negara
M. Salimoff & Co. v. Standard Oil of New York, (1933) New York Reports, vol. 262, p. 220
International Registration of Trademark Case, (1963) Fed. Rep. Of Germany, ILR, vol. 28, p. 82
Civil Air Transport Inc. v. Central Air Transport Corp. (1952) All ELR, vol. 2, p. 73
Statement of Mexican Foreign Minister Estrada (1930) Digest of International Law, vol. 2, p. 85 (see Marjorie M. Whiteman, 1963)
iv. Pengkelasan Negara
Elsen v. Le Patrimone Insurance Co.
International Status of South-West Africa Case (1950) ICJ Reports, p. 144
v. Kedaulatan Wilayah
Australia v. France “Nuclear Tests Case” (1973) ICJ Reports, p.99
United States v. Canada “The Trail Smelter Arbitration” (1941) United Nations Reports of International Arbital Awards, vol. 3, p. 1905
vi. Tanggungjawab Negara (Silat lihat Topik Khas No. 5)
vii. Perwarisan Negara
(a) Perwarisan dan Doktrin Asas
“Status of Goa” SC Debate, UN Security Council Official Records (1961) vol. 16
The Union of Burma v. Kotaro Toda (1979) International Law Reports vol. 53 p. 149
Simon v. Taylor & anor (1975) MLJ 236
Westland Central Gold Mining v. King (1905) vol. 2 p. 391
Dupont v. Belgium (Minister of Finance) (1985) vol. 69, p. 25
(b) Kedudukan Undang-undang Malaysia
Re Westerling (1951) MLJ 38
Public Prosecutor v. Anthony Wee Boon Chye & Anor. (1965) 31 MLJ 189
Olofsen v. Government of Malaysia (1966) 2 MLJ 300
Sng Hung Meng v. Public Utilities Board (1966) 2 MLJ 25
Stanislaus Krofan & Anor. V. Public Prosecutor (1967) 1 MLJ 133
(c) Konvensyen Vienna mengenai Perwarisan Negara
viii. Prinsip Kedaulatan Sesama Negara

III. Pertubuhan-pertubuhan Antarabangsa


i. Kategori Pertubuhan Antarabangsa
ii. Peranan & Kuasa
iii. Struktur Institusi
iv. Kewangan
Reparation of Injuries Suffered in the Service of United Nations (1949)
Arab Monetary Fund v. Hashim & Ors (1990) WLR vol. 3 p. 139

IV. Pertubuhan Sejagat


i. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
ii. Perhimpunan Agung
Texaco Overseas Petroleum Co. & California Asiatic Oil Co. v. The Libyan Arab Republic (1979) International Law Reports vol. 53 p. 486
iii. Majlis Keselamatan
“The Mayotte Island Question” – Security Council Debate (see UN Documents S/PV 1888 p. 123
iv. Sekretariat

V. Badan Antarabangsa Bukan Kerajaan


i. Penubuhan
ii. Pengiktirafan
iii. Personaliti antarabangsa
Jenni v. Counseil D’Etat of the Canton of Geneva (1987) International Law Reports vol. 75 p. 99
iv. Keistimewaan & Kekebalan

VI. Individu
i. Kedudukan individu sebelum dan selepas perang dunia 1 & 2
ii. Hak-hak individu di sisi undang-undang antarabangsa
Re Drummon Wren (1945) Ontario Reports vol. 1945 p. 778
nd
Filartiga v. Pena-Irala (1980) US Court of Appeal 2 Circuit 876
iii. Batasan Status individu di sisi undang-undang antarabangsa

5. BIDANGKUASA NEGARA DAN KEKEBALAN


I. Bidangkuasa
i. Takrifan Bidangkuasa negara
ii. Prinsip bidangkuasa preskriptif sesuatu wilayah secara objektif (Objective Territorial Principle of Prescriptive Jurisdiction)
United States v. Aluminium Co. of America
iii. Prinsip bidangkuasa berdasarkan kebangsaan (The Nationality-Based Jurisdiction)
Chandler v. United States (1948) 171 F(2d) 921
Liechtenstein v. Guatemala “Nottebohm Case” (1955) ICJ Report p.4
Belgium v. Spain “Barcelona Traction Case” (1970) ICJ Reports p. 3
iv. Prinsip bidangkuasa perlindungan (Protective Principle)
Powers Case (1966) International Law Reports vol. 69
AG of Israel v. Eichmann (1961) 36 ILR p. 5
v. Prinsip bidangkuasa personaliti pasif bertentangan (Controverted Passive Personality Principle)
United States v. Yunis (1988) 681 F Supp 896; (1989) 83 AJIL 94
vi. Prinsip bidangkuasa mengenai lanun dan penjahat seperti pengganas dan perampas (Universal Jurisdiction Over Pirates and Analogous Malefactors such as
Territorists and High-Jackers)
US v. Yunis (1988)
vii. Masalah-masalah berkaitan

II. Kekebalan Negara (Sovereign/State Immunity)


i. Takrifan Kekebalan & Masalahnya
The Porto Alexandre (1920)
Berizzi Brothers v. S.S. Pesaro (1952)
The Christina (1938)
Trendtex Trading Corporation v. The Central Bank of Nigeria (1977) 1 All ER 881
ii. Benefisiari Kekebalan
iii. Undang-undang kekebalan negara dan kesannya
iv. Aktiviti-aktiviti di bidang khusus
v. Perkembangan semasa

5. TANGGUNGJAWAB NEGARA
I. Aspek Asas Tanggungjawab Negara
i. Tanggungjawab Negara: Pengertian dan Kontex
ii. Hasil Kerja ILC: ILC Draft Articles
iii. Prinsip dan Syarat Tanggungjawab di bawah ILC Draft Articles
iv. Attribusi (Attribution)
v. Pengecualian
vi. Kesan Kebertanggungan (Legal Consequences of International Responsibility)
ILC Draft Articles on Responsibility of States for Internationally Wrongful Acts (2001)
Chorzow Factory (Indemnity) Case (1924)
Corfu Channel Case (Merits) (1949) ICJ Reports p.4
The Corfu Channel Case (1949) ICJ Reports at pp. 34-35
United States Diplomatic and Consular Staff in Teheran (1980) ICJ Reports p. 30
Gabcikovo-Nagymaros Project (Hungary v Slovakia),Judgement of 25 September 1997: ICH Rep. 1997, 7.
Application of the Convention on the Protection and Punishment of the Crime of Genocide (Bosnia and Herzegovina v. Serbia and Montenegro), Judgement of 26 February
2007, ICJ Rep. 2007, available at http://www.icj-cij.org/docket/files/91/13685.pdf

II. Aspek Implementasi


i. Perbezaan antara negara yang teraniaya (injured states) dan yang selainnya
ii. Syarat bagi Invocation of Responsibility
iii. Tindakan Countermeasures
iv. Sanctions
ILC Draft Articles 2001
WTO Understanding on Rules and procedures Governing the Settlement of Disputes
SOALAN-SOALAN TUTORIAL
TUTORIAL 1

1. What is the function of international law and what do you think its functions should be?

2. Explain what you consider to be the sources of public international law and does Article 38(1) of the Statute of the International Court of Justice provide a complete

enumeration of the sources of public international law?

TUTORIAL 2

1. Is custom a source of law distinct from treaties?

2. ‘Treaties are a source of rights and obligations for the parties. They are not a source of law. Resolution of bodies such as the UN General Assembly are political

statements, not sources of law.’ Discuss.

3. ‘International law and municipal law operate and are valid, each in its own sphere and according to its own rules. They do not conflict because their subjects are

different.’ Discuss.

TUTORIAL 3

1. What are the legal requirements of statehood?

2. Is Palestine a state? Is self-determination a right or a mere principle.

3. ‘The distinction between the “declaratory” and “constitutive” theories of recognition is confusing because it confuses the existence of statehood with the exercise of the

rights of statehood.’ Discuss.

TUTORIAL 4

1. ‘International law has no clearly defined “principles of jurisdiction” and there is much confusion between the jurisdiction to prescribe and the jurisdiction to enforce.’

Discuss.

2. ‘The Court declines to see, in the conclusion of any treaty by which a State undertakes to perform or refrain from performing a particular act, an abandonment of its

sovereignty…the right of entering into international agreements is an attribute of state sovereignty’ (The Wimbledon (1923) PCIJ Ser A, No 1). Discuss.

3. The government of state Adora has reason to believe that the Ambassador of state Yunki, despite protests to the contrary, has given asylum in his embassy to a state

Adora revolutionary. There are also grounds for believing that the Ambassador is smuggling the fugitive out of state Adora in the boot of his car which he is driving himself. Advise

state Adora as to the measures it is entitled to take under international law.

TUTORIAL 5

1. ‘All state responsibility is direct; the so-called indirect state responsibility is a misnomer.’ Discuss.

2. ‘A citizen or subject of one nation who, in pursuit of commercial enterprise, carries on trade within the territory and under the protection of the sovereign of a nation

other than his own, is to be considered as having cast in his lot with the subject or citizens of the state in which he resides and carries on business.’ Discuss.

3. ‘The international minimum standard is preferable to national treatment.’ Do you agree? Why?

CONTOH SOALAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN AKHIR


CONTOH SOALAN UJIAN YANG BERBENTUK ESEI
Pada 2 Januari tahun 2001, negara Moulin memasuki satu triti bilateral dengan negara Rouge untuk memelihara burung-burung yang saling berterbangan dari antara kedua negara. Triti ini
dipanggil Triti Penghijrahan Burung 2001. Triti ini antara lainnya memperuntukkan senarai beberapa jenis burung yang diharamkan dari dilakukan pemburuan kerana semakin terancam dan
hampir kepupusan.
Negara Moulin yang merupakan sebuah kerajaan persekutuan cuba untuk menggubal Akta Burung-Burung Istimewa 2001 bagi tujuan menghormati perjanjian bilateral tersebut. Keupayaan
memasuki Triti Penghijrahan Burung 2001 tersebut adalah berdasarkan Artikel 23 Perlembagaan Persekutuan Negara Moulin yang memperuntukan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai
hak dan tanggungjawab untuk memasuki mana-mana perjanjian antarabangsa bagi tujuan kepentingan negara serta negara jiran dan dunia amnya. Manakala Artikel 24 Perlembagaan yang
sama pula memperuntukkan bahawa sesebuah Kerajaan Negeri dalam Kerajaan Persekutuan Moulin itu mempunyai hak dan tanggungjawab sebagaimana yang tidak dinyatakan di bawah hak-
hak dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Namun demikian, kerajaan negeri Sunnyvale yang merupakan salah sebuah negeri dalam 14 konstituent negeri-negeri Kerajaan Moulin membolehkan penangkapan tidak lebih dari tiga ekor
spesis burung yang bernama The Golden Angel bagi tujuan rekreasi atau aktiviti pertandingan oleh mana-mana penangkap burung dalam setahun. Sedangkan, The Golden Angel ini adalah
tersenarai sebagai salah satu spesis burung terancam dalam Triti Penghijrahan Burung 2001.

Cungkil setiap satu isu yang relevan untuk dikupaskan dalam menyelesaikan konflik perundangan yang wujud dalam permasalahan di atas.
(20 markah)

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR


(Sila buat rujukan penuh terhadap soalan-soalan peperiksaan yang lalu sebagaimana yang disediakan dalam Perpustakaan Undang-undang UKM)
1. Apakah dengan berkuatkuasanya Konvensyen PBB 1982 (UNCLOS 1982) berkenaan undang-undang laut bermakna keempat-empat Konvensyen Geneva 1958 yang terdahulu
tidak lagi terpakai? Bincangkan.
2. Dalmations-II yang berusia 100 tahun adalah sebuah kapal pelancong dan berdaftar di negara South DeVille. Semua anak kapal adalah warganegara South Deville juga.
Alkisahnya, semasa kapal tersebut berada di dalam perairan laut wilayah negara Grinch-land ia mengalami kebocoran kecil lalu mengalirkan sedikit minyak ke dalam lautan. Sedang kerja-
kerja membaikpulih dilakukan di Pelabuhan Grinchy-X, anak-anak kapal telah melakukan mogok berkerja kerana mahukan gaji yang lebih serta bekalan makanan dan minuman yang lebih
sedap dan sihat. Bukan itu sahaja, masalah bertambah apabila pergaduhan kerap berlaku kerana perjudian haram yang kerap dijalankan atas kapal sepanjang berada di Pelabuhan Grinchy-X.
Salah satu pergaduhan antara anak-anak kapal tersebut sangat serius hingga menyebabkan kematian salah seorang dari mereka. Terangkan dan bincangkan soal negara manakah yang
mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan setiap jenis kesalahan yang berlaku di atas kapal tersebut.
3. Sebuah kapal terbang yang berdaftar di negara Barbadosa ketika melintasi laut Atlantik telah terkena serpihan dari rekahan satelit tertua milik negara Rambada yang dilancarkan
dalam tahun 1977. Kapal terbang tersebut telah meletup berkecai dan membunuh ratusan penumpang yang kebanyakannya berkerakyatan Barbadosa, Tunimara dan Sogokoro.Mengikut
konvensyen-konvensyen yang terpakai, negara manakah yang patut membayar gantirugi dan Mahkamah negara yang mana pula berhak membicarakan kes-kes bayaran pampasan? Bincangkan.
4. Bincangkan kes-kes berikut dengan memfokuskan kepada isu Tanggungjawab Negara (State Responsibility) berkenaan penjagaan alam sekitar sedunia:-
(a) Trail Smelter Arbitration (US v. Canada)
3 RIAA (1941) 1905, 1965-1966
Tribunal Arbitrasi
(b) Nuclear Tests Case (New Zealand v France)
ICJ Rep 1995 288
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(c) Minors Oposa v. Secretary of the Department of Environment and Natural Resources (DENR)
33 ILM 173 (1994)
Mahkamah Agung Filipina
5. Tujuan utama kepada undang-undang hak asasi manusia adalah bagi memberi perlindungan kepada hak-hak asasi tersebut dari dicabuli. Namun demikian, sebelum ianya dapat
dicapai, adalah perlu digambarkan dengan jelas perkara-perkara yang dikira dan boleh diterima sebagai “Hak Asasi” manusia. Bincangkan kenyataan di atas.
6. Jawab (a) dan (b)
(a) Terangkan maksud “force” sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 2 Piagam PBB (United Nations Charter)
(b) Terdapat pengecualian-pengecualian terhadap larangan am (general prohibition) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Piagam PBB. Bincangkan.
7. Diskusi jurisprudens bahawa undang-undang antarabangsa itu pada hakikatnya bukanlah sebenar-benarnya apa yang dinamakan sebagai “undang-undang” merupakan satu
advokasi pandangan yang sudah lapok dan terlalu banyak kepincangannya. Debatkan.
8. Pada tahun 1982, negara Angkarapura dan negara Palsuraya memasuki sebuah Triti Komersil (“Triti Kencana Komersil 1982”) yang melibatkan penggunaan Sungai
Kencanadusta yang merentasi sebahagian dari teritori negara Angkarapura terus ke lautan. Dalam proses meratifikasikan triti tersebut, negara Angkarapura yang merupakan sebuah negara
Persekutuan (Federated States) telah tidak mendapatkan persetujuan dari Majlis Menteri-Menterinya terlebih dahulu. Sungguhpun yang demikian, Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan negara
Angkarapura memperuntukkan bahawa “…..persetujuan Majlis Menteri-Menteri adalah seharusnya perlu bagi mana-mana triti yang melibatkan kedaulatan dan kekuasaan wilayah
negara…”. Tiada masalah yang timbul sehinggalah pada 20 Julai 2001 apabila wujudnya perkembangan-perkembangan berikut : -
(a) Mahkamah Persekutuan negara Angkarapura memutuskan dalam sebuah kes bahawa perkataan “…seharusnya perlu…” dalam Artikel 30 Perlembagaan Persekutuan itu
membawa implikasi wajib dan tidak-boleh-tidak.
(b) Kementerian Luar Negeri negara Angkarapura mendapati beberapa kesilapan teknikal dalam lukisan peta terperinci yang terkepil sebagai anneks (annexe) kepada “Triti Kencana
Komersil 1982” yang mana telah membolehkan negara Palsuraya memasuki perairan dalaman yang sepatutnya tidak boleh dimasuki.
(c) Wakil negara Angkarapura dalam proses pengadoptasian “Triti Kencana Komersil 1982” telah membuat pengakuan dalam Mahkamah Persekutuan Angkarapura dalam kes 2 (a)
tersebut di atas bahawa beliau sebenarnya telah menerima rasuah dari wakil negara Palsuraya bagi mendapatkan terma yang berat sebelah yang menguntungkan negara Palsuraya dan

9
mengelirukan. Beliau membuat pengakuan tersebut atas perasaan bersalah dan kecewa kerana tidak setia kepada negara serta marah disebabkan duit simpanannya yang berjuta-juta PRDollar
dalam Bank Negara Palsuraya telah dibekukan atas sebab-sebab tertentu.

Anda sebagai Pegawai Kanan di Pejabat Peguam Negara Angkarapura dikehendaki menyediakan kertas nasihat undang-undang bagi menangani isu-isu yang timbul di atas.
9. Terangkan peranan dan kepentingan Prinsip-prinsip Am Undang-undang (“General Principles of Law”) sebagai salah satu sumber undang-undang antarabangsa. Sokong huraian
anda dengan merujuk kepada Artikel 38(1) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan kes-kes yang relevan.
10. Dalam kes Columbian-Peruvian Asylum (1950) Mahkamah memutuskan bahawa; “The party which relies on a [regional] custom… must prove that this custom is established in
such a manner that it has become binding on the other party. The Columbian group must prove that the rule invoked by it is in accordance with a constant and uniform usage practised by the
States in question, and that this usage is the expression of a right appertaining to the State granting asylum and a duty incumbent on the territorial State. This follows from article 38 of the
Statute of the Court…”. Huraikan kenyataan ini mengikut konteks kepentingan Adat sebagai sumber undang-undang antarabangsa dan sokong atau bezakan huraian anda dengan merujuk
kepada kes; Rights of Passage Over Indian Territory (1960), North Sea Continental Shelf (1969), Anglo-Norwegian Fisheries (1951) DAN Nicaragua v. US (Merits) (1986) ICJ.
11. Dalam konteks undang-undang antarabangsa yang kontemporari, apakah memadai diiktiraf penguasaan wilayah dengan menduduki (“ effective occupation”) sesebuah teritori?
Berikan alasan-alasan dan contoh-contoh yang sesuai.
12. Pada tarikh 26 Jun tahun 1991, Solvenia dan Croatia telah memperoleh kemerdekaan dari bumbung Yugoslavia. Tidak banyak negara yang mengiktiraf kemerdekaan mereka
apatah lagi status mereka sebagai satu entiti dalam komuniti antarabangsa sehinggalah ke tahun berikutnya. Berikan ulasan status Solvenia dan Croatia mengikut teori-teori yang relevan dalam
tempoh interim tersebut dalam konteks kepentingan pengiktirafan (“recognition”) dalam dunia antarabangsa.
13. Jawab (a) dan (b)
(d) Terangkan sifat serta fungsi “advisory opinion” oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan bezakannya dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes-kes
“contentious”. Apakah dapat dilihat sumbangan substantif “advisory opinion” ini dalam perkembangan undang-undang antarabangsa sehingga kini?
(e) Berikan ulasan kes berikut dalam konteks peranan dan sumbangan “advisory opinions” dalam bahagian 7 (a) di atas;
Insas Bhd & Anor lwn. Dato' Param Cumaraswamy
[2000] 4 MLJ 727

CONTOH SKIMA JAWAPAN

Soalan
Triti dan undang-undang adat antarabangsa merupakan sumber yang paling utama mengikut A.38(1) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Bincangkan.
(20 markah)

Skima:
Suatu jawapan yang cemerlang akan mengupas kesemua isu berikut:
1. Artikel 38 itu sendiri merupakan satu peruntukan triti yang secara terang menyenaraikan sumber-sumber undang-undang antarabangsa.
a. Sebagai perbandingan, Statut PCIJ (1919) yang sebelumnya juga mempunya peruntukan yang serupa.
2. Senaraikan dan terangkan sumber-sumber undang-undang antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Art. 38(1).
3. Sumber-sumber lain yang mungkin tidak dinyatakan dengan jelas di dalam artikel 38 tersebut? Berikan satu atau dua contoh sudah memadai.
4. Apakah wujud persoalan hirerki antara sumber-sumber tersebut?
a. Norma undang-undang antarabangsa tidak memperuntukkan apa-apa hirerki.
b. Penerangan lengkap kes Nicaragua 1986 dalam isu ini
5. Peraturan-peraturan sebagaimana yang dikembangkan melalui adat antarabangsa itu dapat dilihat melalui amalan negara (state behavior) dan juga dokumen-dokumen rasmi
negara. Dalam kebanyakan hal, ini disokong oleh pendapat ahli juris (opinio juris).
a. Sila rujuk kembali kepada kes Nicaragua 1986 dan juga kes North Sea Continental Shelf 1969.
6. Peraturan adat antarabangsa akan mengikat semua negara kecuali jika mereka dapat membuktikan bahawa mereka telah sentiasa menolak pemakaian peraturan-peraturan
tersebut.
a. Rujuk kes Anglo Norwegian Fisheries 1951
7. Triti itu pula tidak dianggap sebagai sumber umum bagi undang-undang antarabangsa. Kenapa? Kerana ia hanya mengikat negara-negara yang merupakan ahli kepada triti
tersebut. Triti juga tidak mengikat negara bukan ahli dan tidak pula memberikan atau menegakkan apa-apa hak kepada negara bukan ahli sekiranya “hak” mereka kononnya dikatakan telah
dicabuli.
a. Rujuk artikel 34 Vienna Convention on the Law of Treaties
8. Manakala triti yang membuat undang-undang (law making treaty) sungguhpun dianggap sebagai dokumen yang bersifat quasi-legislative, ia masih hanya mengikat negara-negara
yang terlibat sahaja. Tanpa penglibatan yang universal terhadap triti tersebut maka ia tidak akan mengikat semua kecualilah jika statusnya sudah mencapai tahap undang-undang adat
antarabangsa (customary rules of international law). Ini adalah kerana triti itu merupakan satu metod bagi mengikat dan mengawal perhubungan antara negara-negara.
a. Artikel 2 Vienna Convention on Treaties
b. Eastern Greendland Case (1933)
c. Nuclear Test case (1974)
d. “Pacta Sunt Servanda” – Artikel 26 Vienna Convention on Treaties.
9. Adalah tidak diragui bahawa adat dan triti menjadi sumber undang-undang antarabangsa yang amat penting. Tetapi, apakah pula kedudukan sumber-sumber lain seperti prinsip-
prinsip am dan pendapat ahli juris sebagai sumber undang-undang antarabangsa?

10
a. Menurut Tunkin: jika sesebuah negara itu belum atau tidak menerima sesuatu peraturan itu (dalam bentuk triti ataupun adat antarabangsa yang mengikat) maka ia bukanlah
sebahagian dari undang-undang antarabangsa.
10. Jadi, mengapakah dimasukkan prinsip-prinsip umum undang-undang itu sebagai salah satu sumber dalam artikel 38(1) Statut ICJ? Berikut adalah argumen-argumen yang dapat
dibangkitkan:-
a. Prinsip-prinsip am menerapkan konsep “natural law” (namun demikian, argumen ini tidak popular dan tidak diterima ramai)
b. Prinsip-prinsip am menerapkan peraturan-peraturan yang wujud dalam kebanyakan sistem perundangan di dunia ini.
c. Peraturan mengenai “reparation” telah dimasukkan (lihat kes Chorzow Factory (1928)) sungguhpun prinsip-prinsip ekuiti kurang diterima kerana wujud kekhuaitiran ia mungkin
membawa konflik kepada peraturan-peraturan yang telah sedia diterima.
i.North Sea Continental Shelf Cases
ii.Frontiers Dispute Case
11. Apapun, sumber yang paling dipersoalkan adalah pendapat-pendapat tribunal dan juga pendapat ahli juris (akademik).
a. Kalau dilihat kepada perkembangan awal undang-undang antarabangsa, ahli jurislah yang paling banyak mengumpul dan menumbang ke arah penulisan prinsip-prinsip
berkenaan undang-undang antarabangsa memandangkan kurangnya aktiviti-aktiviti antarabangsa ketika itu.
i.Lihat sumbangan Grotius dan juga Vattal.
b. Soalnya, adakah pada ketika ini ahli juris masih mempunyai “influence” yang kuat dan mampu “melahirkan” undang-undang yang mengikat negara-negara? Siapakah yang
memberi “kuasa” yang sebegitu hebat kepada ahli-ahli juris ini? Lagipun, pendapat juris boleh dirujuk secara selektif dan hanya sekiranya ia membantu mana-mana negara sahaja.
i.Contoh: Legality of Israeli’s Rescue to Entebbe
Pihak yang membantah telah merujuk kepada tulisan Brownlie dan juga Bowett dalam isu-isu tertentu.
c. Namun demikian, pendapat juris masih berharga memandangkan tulisan-tulisan mereka ini mampu mengembangkan “soft law” yang masih lagi berada di tahap perkembangan.
Juga, pendapat juris boleh dijadikan rujukan “mengenal pasti” dan “mencari” undang-undang yang sedia ada dan tidak semestinya mereka ini “membuat” undang-undang. Untuk itu, pendapat
juris adalah sumber “secondary” dan bukan sumber “primary” seperti triti dan adat antarabangsa.
12. Keputusan-keputusan Tribunal yang dikatan sebagai sumber undang-undang antarabangsa adalah dirujuk kepada tribunal antarabangsa dan bukannya tribunal domestik. Namun
demikian, tribunal domestik mungkin menjadi relevan sekiranya ia berkaitanan dengan kedudukan undang-undang antarabangsa.
a. Sungguhpun artikel 59 Statut ICJ mengatakan tidak memperuntukkan prinsip “binding precedent” dalam sistem undang-undang antarabangsa tetapi keputusan-keputusan ini
masih dirujuk.
13. Sebagai rumusannya, adalah perlu untuk dibezakan antara sumber yang utama (primary) dan juga sumber yang kurang penting (secondary). Ini bermaksud, perlu difahami apa
itu sumber-sumber yang membentuk undang-undang dan apa pula sumber-sumber yang mengenalpasti undang-undang tersebut.
a. Umumnya undang-undang adat antarabangsa dan juga undang-undang triti membentuk tanggungjawab di segi undang-undang terhadap negara-negara yang terlibat.
b. Sumber-sumber lain yang disebut dalam artikel 38(1) bolehlah dijadikan rujukan bagi mengenalpasti dan menyokong sumber-sumber “primary” di atas.
c. Triti dan adat adalah amat penting dan jika dilihat kes Frontier Dispute maka adalah jelas Mahkamah enggan untuk melihat lebih dari itu sekiranya kedudukan undang-undang
sebagaimana yang diperuntukkan dalam triti adalah jelas.
d. Namun demikian, apabila adat dan triti gagal menunjukkan kedudukan undang-undang antarabangsa dengan jelas maka mana-mana sumber “secondary” ini sebagaimana yang
terkandung dalam skop artikel 38(1) menjadi sumber yang amat penting juga.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
HAKCIPTA / COPYRIGHT

FAKULTI UNDANG-UNDANG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

HAKCIPTA TERPELIHARA. TIADA BAHAGIAN DARIPADA TERBITAN INI BOLEH DITERBITKAN SEMULA, DISIMPAN UNTUK PENGELUARAN ATAU DITUKAR KE DALAM SEBARANG BENTUK ATAU DENGAN SEBARANG ALAT

JUGA PUN, SAMA ADA DENGAN CARA ELEKTRONIK, GAMBAR SERTA RAKAMAN DAN SEBAGAINYA TANPA KEBENARAN BERTULIS DARIPADA PENULIS TERLEBIH DAHULU.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

11

You might also like