You are on page 1of 31

PERAIRAN WILAYAH

(TERRITORIAL SEA)

Muhamad Zawawi Bin Jalaludin P94036


Muhammad Amirul Ashraf Bin A.Ghani P93359

ABSTRAK

Garisan zon maritim mempunyai beberapa bahagian dan pecahan


utama bagi menetukan kuasa, sudut dan hak sesebuah negara.
Bagi sebahagian persepadanan zon maritim, ianya perlu dituntut
oleh negara perairan pantai, manakala sebahagian daripadanya
tidak perlu kerana secara automatik ianya menjadi daripada
sebahagian daripada daratan dan milik kuasa penuh negara
tersebut. Zon maritim berkenaan perairan wilayah (territorial sea)
adalah zon penguasaan penuh negara perairan pantai dan hak
negara di zon tersebut adalah mutlak. Konvensyen Undang-
Undang Laut Antarabangsa (KUULA) 1982 merupakan panduan
utama masa kini dan pengkelasan perairan wilayah disebut
secara terperinci serta wajib diikuti oleh semua negara anggota
yang meratifikasi undang-undang tersebut. Kajian ini
membahagikan sejarah, definisi, kedaulatan penuh dan juga
aktiviti yang boleh dan tidak boleh dilaksanakan di zon maritim
perairan wilayah secara khusus. Isu-isu pertikaian diperingkat
antarabangsa dan tempatan juga diselingkan bagi diambil contoh
dan info tambahan berkenaan hak dan zon persepadanan utama
di dalam zon maritim tersebut.

Kata kunci: zon maritim, perairan wilayah, KUULA 1982,


kedaulatan penuh.

PENGENALAN
Penggunaan perkataan perairan wilayah (territorial sea) adalah merujuk
kepada garisan yang bermula dari garisan pangkal biasa (normal baseline)
atau garisan pangkal lurus (straight baseline) yang berada di dalam garisan
zon maritim.

Undang-undang antarabangsa di bawah Konvensyen Undang-undnag


Laut Antarabangsa (KUULA) 1982 memberi penerangan tentang had jarak
bagi perairan wilayah iaitu dua belas (12) batu nautika dari garisan pantai
sesebuah negara perairan pantai (coastal state). Seterusnya, sesebuah
negara perairan pantai memiliki kedaulatan penuh terhadap perairan
wilayah (merujuk kepada KUULA 1982), namun dahulunya pengiktirafan
sebegitu adalah sukar diperolehi. Persidangan demi persidangan dianjurkan
bagi mendapatkan hak kedaulatan dan pengiktirafan kepada negara perairan
pantai, Persidangan di Hague 1930 (Hague Conference 1930) sebagai contoh
adalah titik permulaan kedaulatan dan pengiktirafan diperolehi, namun
KUULA 1982 adalah modul teras utama yang digunapakai sebagai rujukan
rasmi kini.

Kawasan perairan wilayah yang memiliki kedaulatan penuh (full


sovereignty) menghasilkan laluan ikhlas (innocent passage) yang dapat
menghalang kapal-kapal asing menerobos perairan wilayah dan merancang
ekonomi teguh kepada negara pantai. Kebebasan pelayaran dan kedaulatan
adalah berbeza secara definisinya, namun bagi mencapai keharmonian dan
kedamaian, kefahaman isu undang-undang antarabangsa dan implimentasi
kepada undang-undang tempatan perlu diparktikan bagi mencapai tujuan
dan maksud keadilan kepada semua pihak.

SEJARAH PERKEMBANGAN
Perairan wilayah (territorial sea) adalah garisan maritim bersebelahan
negara perairan pantai (coastal state) yang mana ianya adalah terletak diluar
daratan dan kedaulatan nya juga diluaskan (Sayre A. Swarztrauber 1972). Ia
ditentukan bermula dari garisan air surut (low-water line) dan negara pantai
(coaster state) iaitu jarak dua belas (12) batu nautika (KUULA 1982). Namun,
pada masa lalu pelbagai pertikaian berkenaan jarak perairan wilayah iaitu
tiga (3), enam (6) batu nautika dan sesetengah negara yang menuntut
sehingga ke laut lepas (high seas).

Sebelum wujudnya UNCLOS (United Nation Convention On The Law of


The Sea) atau KUULA, jarak dan garisan perairan wilayah ditentukan dengan
pelbagai kaedah dan cara. Antara kaedah yang digunapakai adalah
tembakan meriam (cannon-shot). Melalui kaedah ini, ia telah diperkenalkan
pada abad ke-18 iaitu tembakan meriam dari daratan pantai ke arah pantai
(Colombos 1972). Ketika kaedah ini dipraktikkan, analogi daripada seorang
sarjana undang-undang dari Belanda, Cornelius Van Bynkershoek1 iaitu
“Penguasaan tanah berakhir di mana kekuatan senjata berakhir” dapat
difahami bahawa kaedah tembakan meriam adalah bagi mengetahui sejauh
mana jarak penguasaan daratan ke arah laut kerana hak kedaulatan penuh
terletak kepada negara pantai tersebut.

Bagi abad sebelum itu, ada kaedah lain yang digunapakai bagi
menentukan jarak perairan wilayah tersebut adalah dengan mengandaikan
bahawa, selagimana seseorang yang belayar di laut masih boleh mendapat

1 Cornelis van Bynkershoek, ahli falsafah undang-undang Belanda yang


membantumengembangkan undang-undang antarabangsa. Bynkershoek menuntut
ilmu undang-undang di Franeker dan dimasukkan ke bar di The Hague, Belanda . Pada
tahun 1703, beliau telah dilantik sebagai ahli mahkamah agung Belanda dan Zeeland,
menjadi presiden mahkamah pada tahun 1724. Walaupun terlibat dalam kerjaya
kehakiman, beliau telah menemui masa untuk menghasilkan sejumlah besar karya-
karya undang-undang. Karya undang-undang Bynkershoek dalam undang-undang
antarabangsa adalah De Dominio Maris (1703) (Pada Dominion Laut), De Foro Legatorum
(1721) (Dalam Forum Legasi), dan Quaestiones Juris Publici (1737). Pendapat beliau
mengenai soalan-soalan seperti isu kedaulatan, kedudukan duta, harta peribadi di masa
perang, hadiah, berkecuali, seludup, dan sekatan sangat dihormati dan berpengaruh.
arahan daripada daratan pantai, maka itu adalah jarak kedaulatan negara
perairan pantai tersebut yang mana ini adalah perumpaan yang dinyatakan
oleh Hugo Gortius2.

KODIFIKASI UNDANG-UNDANG LAUT

PERSIDANGAN HAGUE 1930 (HAGUE CONFERENCE 1930)

Sebelum tahun wujudnya sebarang kodifikasi undang-undang


berkenaan perairan wilayah, peraturan dan persetujuan berkenaan laluan
ikhlas (innocent passage) dan hak kedaulatan (sovereign right) telah
diperluas (Stephen Hall 2012). Draf berkenaan telah digarap pada tahun
1927 oleh Walther Schuchking3, beliau menggunakan terma hak kedaulatan

2 Sarjana undang-undang Belanda dengan karya De Jure Belli ac Pacis (1625; Mengenai
Hukum Perang dan Damai) dianggap salah satu sumbangan terbesar dalam
pembangunan undang-undang antarabangsa. Juga seorang negarawan dan diplomat
dengan gelaran "bapa undang-undang antarabangsa." Karya, De Jure Praedae (Mengenai
Undang-Undang Hadiah), kekal tidak diterbitkan sepanjang hayatnya, kecuali satu bab-
di mana Grotius mempertahankan akses percuma ke lautan untuk semua negara-yang
muncul di bawah karya terkenal Mare Liberum (The Freedom of the Seas ) pada tahun
1609. Kerja-kerja itu menegaskan kedudukan Belanda dalam perundingan mengenai
Twelve YearsTruce (nama bagi pemberhentian permusuhan antara pemerintah Habsburg
di Sepanyol dan Belanda Selatan).

3 Bertindak sebagai pelapor untuk jawatankuasa pakar yang mengelolakan isu perairan
wilayah pada tahun 1927.
tetapi di dalam cara yang sangat berjaga-jaga untuk diletakkan di dalam hak
perairan wilayah.

Draf tersebut pula kemudiannya dipersoalkan oleh negara-negara


komuniti yang terlibat pada tahun berikutnya berkaitan istilah kedaulatan
yang digunapakai. Negara Perancis ketika itu, mempersoalkan atas keraguan
negara itu sendiri berkenaan istilah kedaulatan. Pihak Perancis merasakan
dengan meletakkan hak semula jadi ke atas perairan wilayah sesebuah
negara pantai, lebih kepada teori sahaja jika hendak dibandingkan dengan
undang-undang sedia ada ketika itu (Haijiang Yang 2006).

Pada tahun 1930, persidangan di Belanda yang dinamakan sebagai


Hague Conference telah dianjurkan dengan dihadiri oleh 43 buah negara
pada 13 Mac sehingga 12 April 1930 (Colombos 1972). Pada sidang tersebut,
beberapa negara seperti Perancis, Poland dan Greece tidak menerima untuk
menggunapakai istilah kedaulatan walaupun ia dibawa untuk diperhalusi
semasa sidang tersebut berjalan (Lowe/Churchill 1988). Akan tetapi, draf
konvensyen gagal dimuktamadkan berikutan tiada persetujuan berkenaan
jarak perairan wilayah dan juga hak kedaulatan negara perairan pantai.

Di dalam persidangan tersebut, tiada persepakatan dicapai antara


negara-negara yang terlibat. Istilah perairan wilayah (territorial sea) pada
mulanya diperkenalkan sebagai air wilayah (territorial waters), begitu juga
istilah kedaulatan yang lebih mirip kepada iatilah kuasa atau bidang kuasa.
Kedua-dua isu ini tidak mencapai kata sepakat dan dilihat sebagai kegagalan
ketika itu walaupun masa yang lama telah diambil bagi mengkodifikasikan
sebuah undang-undang berkenaan laut antarabangsa.
KUULA I dan II (UNCLOS I and II)

Pada bulan April 1958 di Geneva, Switzerland suatu konvensyen telah


diadakan selepas dua (2) tahun draf berkenaan kodifikasi dan perkembangan
berkenaan undang-undang laut antarabangsa di bawah kendalian United
Nation diperkenalkan. Pada masa itu, United Nation Law Of The Sea
(UNCLOS I) diperkenalkan yang memegang empat (4) konvensyen antaranya
Convention Territorial Sea and Continous Zone (CTSCZ), Convention of High
Sea (CHS), Convention Continental Shelf (CCS) dan Conservation of Life
Resources of the High Sea CFC. Convention Territorial Sea and Continous
Zone (CTSCZ) adalah rentetan daripada persidangan di Hague pada tahun
1930. Draf ini secara berperingkat dilaksanakan secara berterusan
sehinggalah pada tahun 1958.

Pada tahun tersebut, perdebatan tentang definisi perairan wilayah dan


kedaulatan dinyatakan oleh negara anggota termasuklah United Kingdom.
Dalam frasa intrepetasi negara tersebut, United Kingdom mendefinisikan,
kedaulatan sesuatu negara itu luas, melampaui wilayah daratannya dan
perairan dalamannya, kepada bersebelahan dengan pesisir pantainya, yang
digambarkan sebagai laut wilayah. Kedaulatan pula dilaksanakan tertakluk
kepada ketentuan-ketentuan artikel-artikel ini dan lainnya peraturan undang-
undang antarabangsa. Frasa tersebut menjelaskan berkenaan istilah
perluasan yang digambarkan bahawa perairan wilayah itu adalah sehingga
ke lautan yang jauh dari daratan, manakala berkenaan kedaulatan, ia masih
boleh ditafsirkan dengan pelbaagai tafsiran sekalipun ia diterima di dalam
persidangan (KUULA 1958) oleh sebahagian negara anggota yang terlibat.

Pada KUULA II pada tahun 1960, isu berkenaan jarak perairan wilayah
masih tidak mencapai dua pertiga (2/3) kata sepakat oleh kesemua negara
anggota terlibat. Oleh itu, jarak tiga (3) batu nautika masih digunapakai
walaupun ada sesetengah negara lain menuntut jarak yang lebih daripada
itu. Ini dilihat sebagai kelemahan bagi kedua-dua (KUULA I dan II) yang
sepatutnya memperoleh persepakatan berkenaan hal tersebut.

KUULA III (UNCLOS III)

Pada dua konvensyen sebelum ini (KUULAI dan II), isu berkenaan jarak
bagi perairan wilayah tidak dapat dicapai oleh semua negara anggota United
Nation. Namun, usaha yang digarap beberapa tahun kemudian telah
memberikan hasil iaitu pada United Nation Convention on the Law Of The
Sea 1982 (KUULA III).

KUULA III menghasilkan 17 bahagian, 320 artikel dan 9 lampiran


(annex) yang dianggap pelengkap kepada rujukan untuk undang-undang di
peringkat antarabangsa. Kesemua negara anggota adalah terikat (binding)
dengan undang-undang (provision) ini. Merujuk kepada KUULA III, jarak
berkenaan perairan wilayah ditentukan iaitu dua belas (12) batu nautika dari
garisan air surut (low water line) dan hak kedaulatan penuh (full sovereignty)
diberikan kepada negara peraitan pantai (coastel state). Bahagian 2, artikel
3 dan artikel 4 (KUULA III, 1982) menyatakan jarak dan had limitasi bagi
garisan zon perairan wilayah bagi sesebuah negara perairan pantai.
Selanjutnya, sehingga artikel 33, ia adalah berkenaan laluan ikhlas (innocent
passage), aktiviti-aktiviti yang dilarang dilaksanakan oleh kapal-kapal dan
sebagainya.

Walaupun sebelum ini, peringkat kodifikasi menjadikan pertikaian


berterusan antara negara-negara anggota, namun perairan wilayah adalah
sebahagian daripada negara pesisir pantai yang mana kedaulatan yang
dimiliki adalah mirip undang-undang sebagaimana di daratan negara
tersebut.
LAKARAN ZON MARITIM
RAJAH 1

RAJAH 2

GARISAN MARITIM (BASELINE)

GARISAN PANGKAL BIASA (NORMAL BASELINE)


Garisan pangkal biasa (normal baseline) ini adalah garisan bagi
pengkelasan zon maritim yang diguna pakai oleh negara perairan pantai yang
mempunyai pantai yang lurus dan tidak berlekuk (straight and unindented)
(R.R Churchill and A.V Lowe 1988). Merujuk artikel 3 dan artikel 5 KUULA
1982, ukuran diambil pada garisan air surut (low water line) sepanjang
pantai oleh negara tersebut. Garisan dimulai di garisan air surut adalah
kerana, ia akan membawa garisan maritim yang lain jauh kehadapan
daripada persisiran pantai berikutan adanya kejadian air pasang surut.
Rajah 1 di atas adalah contoh kepada garisan pangkal biasa (normal baseline)
yang digunapakai oleh kebanyakan negara perairan pantai (coastel state).

GARISAN PANGKAL LURUS (STRAIGHT BASELINE)

Rajah 2, merujuk kepada garisan yang digelar garisan pangkal lurus


(straight baseline). Garisan ini adalah berbeza dengan garisan pangkal biasa
(normal baseline) kerana ia terdapat di pantai yang mempunyai terumbu
karang (coral reef), pulau kecil (islets) dan teluk (bay). Ini berikutan, ada
sesetengah negara yang permukaan geografi dan permukaan buminya tidak
sama. Garisan tersebut diukur bukanya dari garisan air surut (low water line)
di daratan, namun ia diukur bermula daripada garisan air surut (low water
line) di mana terletaknya empat (4) faktor yang disebut di atas.

KEDAULATAN (SOVEREIGNTY)

Artikel 2 KUULA 1982 menyenaraikan perairan wilayah memiliki


kedaulatan penuh oleh negara perairan pantai. Jarak dua belas (12) batu
nautika dari garisan pantai adalah jarak kuasa dan jarak mutlak bagi
sesebuah negara itu mengawal selia perairan, keselamatan, aktiviti dan harta
semulajadi. Ia merangkumi udara, permukaan laut dan dasar laut (seabed).
Kedaulatan ini memberikan kuasa penuh kepada negara persisiran pantai
untuk mengawal perairan mereka sepertimana kuasa yang dimiliki di
daratan (Robert Backman and 6 Yang Lain, 2013).

LALUAN IKHLAS (INNOCENT PASSAGE)

Artikel 19 KUULA menyatakan bahawa selagi mana tidak


memudaratkan ketenteraman atau keselamatan sesebuah negara perairan
pantai serta bersesuaian dengan artikel-artikel (KUULA) dan peraturan-
peraturan lain di dalam undang-undang antarabangsa, maka ia adalah
dibenarkan. Sesebuah negara perairan pantai (coastal state) perlu
menyediakan laluan (navigation sea lane) dan memaklumkan kepada kapal-
kapal tersebut bagi memudahkan serta mengawal selia kesemua aktiviti yang
berada di dalam perairan wilayah sebeuah negara.

Hak untuk laluan ikhlas sebenarnya telah wujud berabad lamanya


sebelum dikodifikasikan di dalam KUULA. Alberico Gentili menyokong frasa
yang menytakan bahawa kapal-kapal asing perlu ada hak untuk keluar dan
masuk di dalam perairan wilayah melalui laluan yang tenang. (Colombos
1967). Pada tahun 1927, isu lalauan ikhlas telah mendapat perhatian dan
disenaraikan sebagai isu penting bagi dikodifikasikan ia di dalam perairan
wilayah.

Maksud ikhlas (innocent) jika dikaitkan dengan sesebuah negara,


mungkin tiada sebarang halangan, namun jika dikaitkan dengan laluan
ikhlas, terma tersebut menjelaskan bahawa ia sangat selari dengan apa yang
di nyatakan di dalam KUULA 1982 pada artikel 19 iaitu:

a) sebarang ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap


kedaulatan, wilayah integriti atau kebebasan politik di negara
pesisir pantai, atau di mana-mana cara lain yang melanggar
prinsip undang-undang antarabangsa yang terkandung dalam
Piagam Bangsa-bangsa Bersatu;
b) apa-apa latihan atau amalan dengan apa-apa jenis senjata;
c) apa-apa perbuatan yang bertujuan untuk mengumpul
maklumat kepada prejudis pertahanan atau keselamatan
negara pesisir pantai;
d) sebarang tindakan propaganda yang bertujuan untuk
mempengaruhi pertahanan atau keselamatan negara pesisir
pantai;
e) melancarkan, mendaratkan atau mengambil kapal mana-mana
pesawat;
f) melancarkan, pendaratan atau pengambilan mana-mana
tentera peranti;
g) memuat atau memunggah apa-apa komoditi, mata wang atau
orang bertentangan dengan undang-undang kastam, fiskal,
imigresen atau kebersihan dan peraturan negeri pesisir;
h) apa-apa tindakan pencemaran yang sengaja dan serius yang
bertentangan dengan Konvensyen ini;
i) sebarang aktiviti menangkap ikan;
j) menjalankan aktiviti penyelidikan atau tinjauan;
k) apa-apa perbuatan yang bertujuan mengganggu mana-mana
sistem komunikasi atau apa-apa kemudahan atau
pemasangan lain di negara pesisir pantai;
l) apa-apa aktiviti lain yang tidak mempunyai kesan langsung
pada laluan.

Senarai yang dinyatakan sangat panjang dan ia tegas menunjukkan


bahawa tiada tolak ansur dna sewenang-sewangnya untuk kapal-kapal yang
melalui laluan ikhlas dibenarkan melakukan aktiviti sebaliknya meneruskan
perjalanan tanpa berhenti (continous and expeditous) atau ia akan
menjadikan lalauan tersebut sebagai tidak ikhlas.
Laluan ikhlas ini dilokasikan di dalam perairan wilayah maka negara
tersebut mempunyai hak kuasa penuh yang beriringan dengan undang-
undang antarabangsa. Kapal-kapal yang menggunakan laluan ini tidak
dibenarkan berhenti sama sekali dan harus meneruskan perjalanan. Bagi
kapal-kapal perang (warship) dan kapal selam sesebuah negara, mereka
perlu patuh dengan undang-undang negara tersebut dan perlu
mempamerkan bendera negara mereka kepada pihak berkuasa negara
perairan tersebut. Kapal-kapal yang membawa barangan berbahaya, pihak
negara perairan pantai perlu mendapatkan dokumen berkenaan barangan
tersebut serta menjalankan pemeriksaan terhadap kapal tersebut.

ISU-ISU ANTARABANGSA DAN TEMPATAN

ISU ANTARABANGSA

Anglo Norwegian Fisheries Cases (1951)

Kes ini adalah pertikaian antara negara Norway dan United Kingdom
berkenaan persepadanan untuk menangkap ikan. United Kingdom telah
mendakwa bahawa Norway telah melangkaui jarak persepadanan yang lebih
luas dan mengehadkan nelayan dari negara mereka untuk menangkap ikan.

Pertikaian diantara Norway dan United Kingdom telah berlarutan


sepanjang tempoh empat puluh (40) tahun. Pada tahun 1949, kerajaan
United Kingdom telah membawa isu ini ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ) bagi menyelesaikan pertikaian tersebut. Kawasan yang
menjadi pertikaian adalah di Artic Cirlcle di dalam bahagian ekslusif kepada
rakyat Norway khsusunya. Kaedah yang digunapakai sebagai had untuk
menangkap ikan adalah dilukis oleh pihak kerjaaan Norway iaitu empat (4)
batu nautika menggunakan garisan pangkal lurus (straight baseline). Ia
meliputi pulau-pulau yang banyak di pantai tersebut dan jarak yang diukur
oleh Norway adalah konsep yang tidak menyanggahi undang-undang
antarabangsa dalam menentukan jarak maksimum bagi perairan wilayah
ketika itu.

Norway telah melukis dan menggunapakai garisan pangkal lurus


tersebut sejak tahun 1935 dan ia bukanlah perkara baharu. Sebanyak empat
puluh tujuh (47) garisan telah dilukis sepanjang kawasan terssebut dan jarak
yang paling panjang adalah empat puluh (40) batu. United Kingdom
meemohon Mahkamah untuk melihat kepada beberapa perkara antaranya
undang-undang antarabangsa yang mana dirujuk dan digunapakai oleh
Norway dalam menentukan jarak dan had menangkap ikan sejauh empat(4)
batu serta menjadikan ia perairan wilayah negara tersebut bagi mengelakkan
pertikaian undang-undang dimasa akan datang.

Pada 18 Disember 1951, Mahkamah telah memberikan keputusan


berkenaan pertikaian penagkapan ikan antara Norway dan United Kingdom.
Hakim Sir Arnold McNair dan Hakim J.E.Read menjelaskan bahawa, tiada
percanggahan undang-undang berkenaan limitasi bagi zon penangkapan
ikan yang digunapakai oleh Norway semenjak tahun 1935. Seterusnya empat
(4) Hakim yang lain antaranya Sir Arnold McNair, J.E Read, Hau Mo dan
seorang lagi berpendapat bahawa dalam menetukan garis dasar tersebut, ia
tidak bertentangan dengan undang-undang sama sekali dan ia memberi
kemenangan kepada pihak Norway.

Jika dilihat, keadaan tempatan dan muka bumi itu perlu sesuatu
negara itu perlu diambil kira. Hasil daripada perbicaraan tersebut, dapatan
mendapati bahawa keadaan geografi persisiran pantai Norway adalah
berlekuk dan tidak lurus. Garisan pangkal lurus (staright baseline) adalah
berbeza dengan garisan pangkal normal (straight baseline) jika diukur kerana
permukaan muka bumi yang tidak sama, kesannya ia akan menjadi tidak
sama jika sistem ukur digunpakai.

ISU TEMPATAN

Keesahan Garis Panduan Malaysia Dan Tuntutan Wilayah Laut Di Utara


Selat Melaka

Sun Vista Operasi SAR dilaksanakan

Pada 20 Mei 1999, sebuah kapal pelayaran “Sun Vista” telah karam di
perairan selat Melaka berhampiran Pulau Pinang. Kapal pelayaran tersebut
dalam perjalan dari Phuket, Thailand ke Singapura dilaporkan terbakar dan
kira-kira 1,000 penumpang berjaya menyelamatkan diri sebelum kapal
tersebut tenggelam di selatan Pulau Kendi.

Malaysia mendakwa, kapal malang tersebut telah belayar dan terbakar


di perairan wilayah Malaysia sebelum karam. Kes tuntutan telah dibawa ke
Mahkamah Tinggi di Singapura bagi menentukan samada kes tersebut
berlaku di laut lepas (high sea) ataupun di perairan wilayah (territorial sea)
Malaysia. Jika ia di dalam perairan wilayah, maka ia adalah dibawah
bidangkuasa Malaysia sebagai negara perairan pantai (coastal state) untuk
menuntut kepada syarikat perkapalan, namun jika ianya berlaku di laut
lepas (high sea) maka ia adalah tanggungjawab negara bendera (flag state)
untuk membawa kes tersebut (M.J Valencia 2003).

Di dalam artikel tersebut, tiada penghakiman dicatatkan namun


digambarkan bahawa Malaysia telah terlepas dari menuntut perairan wilayah
berkenaan kes tersebut akibat daripada beberapa antaranya :

1) Malaysia telah melanggar KUULA 1958 dengan tidak memberi publisiti


berkenaan kewajaran garisan pangkal lurus (straight baseline), dan
2) Mengecualikan kawasan berkenaan dari perjanjian (treaty) boleh guna,
3) Malaysia telah menggunakan bahagian dan garisan yang mana ia tidak
mematuhi Artikel 7 KUULA 1982,
4) Malaysia menyekat hak pihak negera ketiga dengan tuntutan tidak sah
ke atas wilayah dan perairan dalaman,
5) Malaysia melanggar Konvensyen Perjanjian Undang-undang Vienna
(Vienna Law of Treaties Convention) dengan tidak memaklumkan pihak
lain kepada 1958 Konvensyen Geneva mengenai ''pengecualian''
Perjanjian tersebut.
6) New Map (peta baru) Malaysia dan tindakan yang dibuat adalah tidak
konsisten dengan tuntutan yang dibuat.
Oleh yang demikian, tuntutan tersebut idak berjaya kerana ianya berlaku di
laur perairan wilayah Malaysia iaitu di laut lepas (high sea) dan ia adalah
tanggungjawab negara bendera (flag state).

AKTA TEMPATAN

Akta Perairan Wilayah 2012

Akta yang ditubuhkan bagi menguatkuasakan isu perairan wilayah di


Malaysia selari dengan KUULA 1982. Malaysia telah meratifikasi dan
menyertai konvensyen antarabangsa pada tahun 1960 dan telah menjadi ahli
gabungan yang sah pada Oktober 1966 (Parlimen 2012).

Fasal 3 (Akta 750) bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi had


laut Wilayah Malaysia berdasarkan prinsip Undang-undang Antarabangsa
dan KUULA 1982. Fasal 3 juga memperuntukkan bahawa lebar laut Wilayah
Malaysia ialah dua belas (12) batu nautika yang diukur dari garis pangkal
yang ditetapkan menurut seksyen 5 Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006.
Ini adalah seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 3(1) Ordinan No.
7 1969 dan adalah selaras dengan artikel 3 KUUL 1982 yang menyatakan
seperti yang berikut dengan izin, “Article 3 – Breadth of the territorial sea.
Every state has the right to establish the breadth of its territorial sea up to a
limit not exceeding 12 nautical miles, measured from baselines determined in
accordance with this Convention” .
Fasal 3 juga menyatakan bahawa bagi maksud Akta Pelantar Benua
1966, Akta Perlombongan Petroleum 1966, Kanun Tanah Negara dan mana-
mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan tanah yang
berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, 62 DR.18.4.2012 apa-apa sebutan
mengenai laut wilayah dalamnya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan
mengenai bahagian laut itu yang terletak berdampingan dengan pantai
wilayah iaitu tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari garis air
surut. Ini adalah petikan ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’
Nazri Abdul Aziz ketika bacaan kali kedua dan usul di Parlimen berkenaan
Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012.

Akta Garisan Pangkal Zon Maritim (2006)

Akta ini diwartakan pada 31 Disember 2006 yang mana ia terbahagi kepada
sembilan (9) fasal dan dibahas di Parlimen ketika Rang Undang-undang
Garisan Pangkal Zon Maritim dibaca kali kedua dan ketiga.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Nazri Abdul Aziz ketika


membahas rang undang-undang ini meletakkan sepuluh (10) syor
sebagaimana berikut:

Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk membenarkan


menteri menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang
dicadangkan;

Fasal 2, mengandungi takrif ungkapan tertentu yang digunakan dalam


akta yang dicadangkan;

Fasal 3, menyatakan bahawa sekiranya terdapat apa-apa


percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukkan akta yang
dicadangkan dengan mana-mana undang-undang bertulis lain akta
yang dicadangkan hendaklah dipakai;
Fasal 4, bertujuan untuk memberi Yang di-Pertuan Agong kuasa atas
syor menteri untuk mengisytiharkan koordinat geografi titik pangkal
yang daripadanya garis pangkal Malaysia boleh ditentukan;

Fasal 5, mengadakan peruntukkan bagi penentuan garis pangkal bagi


zon maritim Malaysia;

Fasal 6, bertujuan untuk memberi Yang di-Pertuan Agong kuasa atas


syor menteri melalui perintah mengisytiharkan garis batasan luar dan
garis bersempadanan untuk menentukan had zon maritim Malaysia;

Fasal 7, bertujuan untuk memberi Yang di-Pertuan Agong kuasa atas


syor menteri untuk menyebabkan, disediakan, dan dikeluarkan apa-apa
peta dan carta yang difikirnya patut yang menunjukkan apa-apa
perkara yang berhubungan dengan koordinat geografi titik pangkal,
garis pangkal, garis batasan luar dan garis persempadanan zon maritim
Malaysia;

Fasal 8, memperuntukkan bahawa dalam mana-mana prosiding


undang-undang atau prosiding lain perakuan yang dikeluarkan oleh
atau di bawah kebenaran menteri yang mengandungi pernyataan
bahawa mana-mana lokasi geografi, yang dinyatakan dalam perakuan
itu adalah pada bila-bila masa yang material dalam prosiding itu
terletak di dalam mana-mana zon maritim Malaysia, hendaklah menjadi
bukti muktamad mengenai kandungan pernyataan itu tanpa bukti
formal tentang tandatangan atau jawatan rasmi orang yang dikatakan
telah mengeluarkan perakuan itu;

Fasal 9, bertujuan untuk memberi menteri kuasa untuk membuat


peraturan-peraturan yang perlu bagi maksud melaksanakan akta yang
dicadangkan; dan
Rang undang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam
apa-apa perbelanjaan wang tambahan (Parlimen 2006).

Rang undang-undnag ini dibahaskan dan dicaba kali ketiga untuk


menjadikan ia sebagai suatu akta yang mengambil apa yang dinyatakan di
dalam KUULA 1982 untuk disesuaikan dengan undang-undang tempatan
meskipun Malaysia telah lama sebelum daripada ini mengambil bahagian di
dalam konvensyen tersebut (KUULA).

Continental Shelf
Definisi dan Pembangunan Konsep Pelantar Benua

Secara geologi, pelantar benua adalah kawasan bersebelahan dengan benua atau sekitar
sebuah pulau yang memanjangkan dari garis air bawah ke kedalaman yang biasanya terdapat
peningkatan cerun yang ketara untuk kedalaman yang lebih besar.4

Undang-undang laut berkembang dari perjuangan antara negara-negara pesisir pantai, yang
berusaha untuk memperluas kawalan mereka ke kawasan marin bersebelahan dengan garis
pantai mereka. Menjelang akhir abad ke-18, difahamkan bahawa negara mempunyai
kedaulatan atas laut wilayah mereka. Keluasan maksimum laut wilayah umumnya dianggap
tiga batu - jarak yang meriam berasaskan pantai dapat dicapai dan keadaan pantai itu dapat
dikendalikan.

Sehubungan itu, selepas Perang Dunia Kedua, desakan komuniti antarabangsa meminta
supaya Suruhanjaya undang-undang antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa
mempertimbangkan pemodelan undang-undang yang ada yang berkaitan dengan lautan.
Suruhanjaya mula bekerja ke arah ini (pemodelan undang-undang) pada tahun 1949 dan
menyediakan empat draf konvensyen, yang diterima pakai pada Persidangan PBB pertama
mengenai undang-undang laut:

4 UNDOALOS, Definition of the Continental Shelf, m/s. 44.


Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pertama mengenai Undang-Undang Laut
(UNCLOS I) dari 24 Februari hingga 29 April 1958. UNCLOS I mengadopsi empat konvensyen,
yang biasanya dikenali sebagai Konvensyen Geneva 1958:5

● Pertamanya: Konvensyen mengenai Laut Teritorial dan Zon Bersebelahan;


● Keduanya: Konvensyen di Laut Tinggi;
● Ketiganya: Konvensyen mengenai Perikanan dan Pemuliharaan Sumber Hidup
Laut yang tinggi.
● Keempatnya: Konvensyen di Pelantar Benua.

Seterusnya, melihat kepada Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Kedua


mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS II) dari 17 Mac hingga 26 April, 1960. UNCLOS II
tidak mengakibatkan sebarang perjanjian antarabangsa. Persidangan sekali lagi gagal untuk
menetapkan kawasan seragam untuk wilayah atau menubuhkan konsensus kedaulatan
mengenai hak memancing.

Oleh hal demikian, demi memastikan kelangsungan ke arah mewujudkan undang-undang


laut, Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ketiga mengenai Undang-Undang Laut
(UNCLOS III) dari tahun 1973 hingga 1982. UNCLOS III membahas isu-isu yang diambil kira
pada persidangan sebelumnya. Lebih 160 negara mengambil bahagian dalam konvensyen
tersebut dalam tempoh masa 9 tahun, yang akhirnya mulai berjaya pada 14 November 1994,
21 tahun selepas pertemuan pertama UNCLOS III dan satu tahun setelah ratifikasi oleh negara
keenam. Pengesahan enam puluh negara pertama ke atas UNCLOS adalah melibatkan hampir
semua negara membangun.

Ciri utama konvensyen termasuk definisi zon maritim - laut wilayah, zon bersebelahan, zon
ekonomi eksklusif, pelantar benua, laut tinggi, kawasan laut laut antarabangsa dan perairan

5 Tullio TrevesJudge of the International Tribunal for the Law of the Sea,Professor at the University of Milan,
Italy, 1958 Geneva Conventions on the Law of the Sea, Geneva, 29 April 1958.
kepulauan. Konvensyen ini juga menyediakan peruntukan bagi laluan kapal, perlindungan
persekitaran laut, kebebasan penyelidikan saintifik, dan eksploitasi sumber.

Pembinaan konsep pelantar benua ini bermula selepas Truman Proclaimation. Ini adalah
berdasarkan ucapan dasar yang menghasilkan gerak kerja ke arah pembinaan konsep
pelantar benua. Hal ini dapat dirujuk dalam ucapan dasar HARRY S. TRUMAN,6 Presiden
Amerika Syarikat, dengan ini mengisytiharkan dasar Amerika Syarikat yang berikut berkenaan
dengan sumber semula jadi tanah bawah tanah dan dasar laut di atas pelantar benua. Kata-
kata beliau menjelaskan maksud tersurat dan tersirat kepada pembinaan konsep Pelantar
Benua seterusnya pembentukan UNCLOS 1958:

“Mempunyai keprihatinan terhadap kepentingan pemuliharaan dan penggunaan sumber


semula jadi dengan bijak, Kerajaan Amerika Syarikat menganggap sumber semula jadi tanah
bawah tanah dan dasar laut di benua benua di bawah lautan yang tinggi tetapi bersebelahan
dengan pantai Amerika Syarikat sebagai munasabah negeri-negeri Amerika Syarikat,
tertakluk kepada bidang kuasa dan kawalannya. Dalam kes di mana pelantar benua
memanjang ke pantai Negeri-negeri lain, atau dikongsi dengan Negara bersebelahan,
sempadan itu akan ditentukan oleh Amerika Syarikat dan Negara yang bersangkutan
mengikut prinsip-prinsip yang saksama. Watak seperti lautan yang tinggi di perairan di atas
landas benua dan hak untuk navigasi bebas dan tidak tercemar sama sekali tidak terjejas.”

SKOP PELANTAR BENUA

Berdasarkan Artikel 1 Konvensyen Pelantar Benua dan Artikel 76(1) menyatakan


definisi pelantar benua adalah dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang
bersepedanan dengan pantai yang mana terletak di luar had perairan wilayah Negeri.
Kemudian, untuk menentukan limit ke arah laut perlu merujuk Artikel 1(a) Konvensenyen
Geneva Pelantar Benua yang telah menggariskan 2 kriteria untuk menentukan had ke arah
laut pelantar benua iaitu dengan melihat kepada 200 meter isobaths (kedalaman air) atau
ujian eksploitasi.7 Walau bagaimanapun, timbul satu isu di mana ujian tersebut adalah kurang

6 U.S Presidental Proclamation No. 2667 28th September, 1945


7 International Hydrographic Organization, Hydrographic Dictionary, Part 1, Vol.1, 5th edn (Monaco, 1994), p.

118 and p.63


tepat kerana interpretasi secara undang-undang akan berubah bergantung kepada
perkembangan teknologi dari masa ke masa.

Seterusnya, terdapat 2 cara di mana untuk menentukan had luar pelantar benua yang
melebihi 200 batu nautika dengan merujuk Artikel 76(1) Konvensyen Laut Antarabangsa 1958
iaitu sama ada menggunakan had pinggir luar margin benua (kriteria geologi) atau keduanya
jarak 200 batu nautika (kriteria jarak). Terdapat sedikit kemusykilan di mana kriteria jarak
boleh dikatakan berkait rapat dengan konsep zon ekonomi eksklusif. Apa yang boleh dikaitkan
adalah dengan wujudnya zon ekonomi eksklusif menjadikan pelantar benua berada dalam
lingkungan 200 batu nautika dari garis dasar dan kini telah diterima dan dianggap sebagai
undang-undang adat8.

Selain itu, kita juga perlu melihat kepada pemegangan secara undang-undang ke atas
pelantar benua yang mana dapat diertikan sebagai kriteria di mana sesebuah negara diberi
kuasa secara sah untuk menjalankan hak dan bidangkuasa di kawasan maritim bersebelahan
dengan pantai. Mengikut Pengisytiharan Truman, pelantar benua boleh dianggap sebagai
lanjutan pada jajahan tanah di negara pesisir dan dengan demikian secara semula jadi
berhubung dengannya. Dan dalam kes North Sea Continental Shelf9 di mana menekankan
konsep pemanjangan semula jadi sebagai pemegangan secara undang-undnag ke atas
pelantar benua.

Untuk menentukan kriteria mana yang digunakan, merujuk kes Libya/Malta yang
diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa Keadilan berpandangan bahawa atas sebab-sebab
perundangan dan praktikal, kriteria jarak mesti digunapakai dalam menentukan pelantar
benua dan juga Zon Ekonomi Eksklusif.

KRITERIA DALAM MENENTUKAN GARIS LUAR PELANTAR BENUA MELEBIHI JARAK 200
BATU NAUTIKA

8 C.L. Rozakis, ‘Continental Shelf’, in R. Bernhardt (ed.), Encyclopedia of Public International Law, vol.11,
(Amsterdam, North-Holland, 1989) p.84.
9 ICJ Reports 1969,p.31, para. 43
Kriteria geologi digunapakai dalam menentukan had pelantar benua seperti mana
yang telah diperuntukkan dalam Artikel 76(4). Melalui Artikel tersebut, terdapat 2 kriteria
untuk menetapkan had ke arah laut bagi pelantar benua.

Kriteria pertama yang boleh dilihat adalah melalui ujian kepekatan sedimen merujuk
Artikel 76(4)(i)(a) di mana telah diperkenalkan oleh negara Ireland. Oleh sebab itu, kriteria ini
dipanggil sebagai Irish formula atau Gardiner formula. Mengikut kriteria ini, bahagian luar
margin pelantar benua telah ditetapkan berdasarkan kepada garisan yang ditandakan dengan
merujuk kepada kawasan lapisan paling luar yang mana ketebalan batu sedimen adalah
sekurang-kurangnya 1 peratus daripada jarak terdekat kaki cerun benua. Seterusnya, dengan
menggunakan ujian ketebalan sedimen membolehkan untuk menilai sama ada wujud atau
tidak hydrocarbon yang tersimpan di situ. Dengan erti kata lain, kriteria ini wujud untuk
mengekalkan hak negara tersebut untuk mengekploitasi petrolium.

Jadual 1. Pelantar Benua Menurut Artikel 76 (4)(i)(a)


Selepas itu, kriteria yang kedua dinamakan sebagai Hedberg formula seperti yang
diperuntukkan dalam Artikel 76(4)(ii). Berdasarkan kepada kriteria ini, bahagian luar margin
benua ini ditentukan oleh satu garisan yang mana mestilah merujuk kepada satu titik tetap
yang tidak melebihi 60 batu nautika daripada kaki cerun benua. Dan apabila ketiadaan
keterangan yang menunjukkan sebaliknya, kaki cerun benua hendaklah ditentukan sebagai
titik perubahan maksimum kecerunan pada dasarnya yang mana bertepatan dengan Artikel
76(4)(b).

Selanjutnya, dalam mana-mana kes, garisan yang menetapkan garis luar pelantar
benua mestilah merupakan garis lurus yang tidak melebihi 60 batu nautika sekali gus
menyambungkan titik tetap yang ditentukan oleh latitud dan longitud, Artikel 76(7).
Kemudian, titik tetap yang merangkumi garis luar bagi pelantar benua di dasar laut mestilah
tidak melebihi 350 batu nautika daripada garis dasar atau 100 batu nautika daripada 2500
kedalaman paras air.

Jadual 2. Pelantar Benua Menurut Artikel 76 (5)

Hakikatnya, kriteria yang wujud dalam Artikel 76 secara praktikalnya adalah tidak
tetap atau menimbulkan ketidakpastian.Sebagai contoh, kita melihat kepada formula Irish
mahu pun Hedberg di mana lokasi kaki cerun benua adalah satu perkara yang harus diberi
perhatian atau dengan erti kata kepentingan utama. Walau bagaimanapun, secara
praktikalnya tidak dinafikan untuk menentukan lokasi kaki cerun tersebut adalah sangat
sukar10. Bukan itu sahaja, ketebalan sedimen juga boleh menjadi salah sebanyak 10 peratus
dan sekali gus akan memberikan kesan kepada lokasi garis luar pelantar benua. Justeru,
Konvensyen Laut Antarabangsa telah menubuhkan dan memperkenalkan sebuah
jawatankuasa yang dinamakan Suruhanjaya bagi Had Pelantar Benua yang mempunyai tugas
untuk menilai dan mengkaji segala data dan informasi berkaitan dengan garis luar bagi
pelantar benua sesebuah negara.

SURUHANJAYA BAGI HAD PELANTAR BENUA

Sesebuah negara yang ingin menuntut pelantar benua melebihi 200 batu nautika
mestilah menghantar maklumat berkenaan dengan had pelantar benua kepada Suruhanjaya.
Suruhanjaya ini dianggotai seramai 21 orang yang mana mempunyai kepakaran dalam bidang
geologi, geofizik dan hidrografi dan akan dilantik oleh negara-negara yang menandatangani
Konvensyen Laut Antarabangsa daripada kalangan warganegara mereka dan hanya dilantik
untuk tempoh lima tahun. Terdapat dua fungsi utama Suruhanjaya ini ditubuhkan iaitu
hendaklah mempertimbangkan segala data dan dokumen-dokumen lain yang dikemukakan
oleh Negara Pesisir serta memberikan cadangan dan pandangan mereka kepada negara
tersebut berdasarkan kepada Artikel 76 dan Pernyataan Persefahaman yang diterima pakai
oleh UNCLOSS III pada 29 Ogos 1980. Keduanya, Suruhanjaya juga perlu untuk memberi
nasihat secara saintifik dan teknikal jika diminta oleh negara tersebut.

Seterusnya, penentuan pelantar benua melebihi 200 batu nautika bukanlah


bidangkuasa Suruhanjaya. Bukan itu sahaja, berdasarkan Artikel 9 Annex II dan Artikel 76(1)
menjelaskan bahawa segala tindakan Suruhanjaya mestilah tidak prejudis berkenaan dengan
penentuan persempadanan antara negeri dengan bertentangan atau bersebelahan. Pada
masa yang sama, jika timbul masalah atau isu berkenaan dengan tanah atau maritim
Suruhanjya dikehendaki supaya tidak mempertimbangkan dan menerima permohonan yang

10 C.M. Carleton (Eds.) Continental Shelf Limits: The Scientific and Legal Interface (New York, Oxford University

Press, 2000). P.258


dibuat oleh mana-mana negara yang terlibat dengan pertikaian itu kecuali jika ada kebenaran
daripada semua negara yang terlibat dengan pertikaian tersebut11. Jadi, untuk mengelakkan
berlakunya prejudis berkenaan dengan penentuan sempadan, mana-mana negara digalakkan
untuk membuat permohonan secara bersama atau separa kepada Suruhanjaya. Misalnya,
kita dapat lihat pada 19 Mei 2006 apabila Perancis, Ireland, Spain dan UK telah membuat satu
penyerahan secara bersama kepada Suruhanjaya12.

PROSEDUR UNTUK MEWUJUDKAN HAD BAHAGIAN LUAR PELANTAR BENUA

Secara asasnya, terdapat 4 cara yang perlu dilakukan untuk mewujudkan had
bahagian luar pelantar benua. Pertamanya adalah dengan menentukan pelantar benua
seperti yang telah digariskan berpandukan kepada Artikel 76(1) Konvenseyen Laut
Antarabangsa. Keduanya, negara tersebut hendaklah menyerahkan segala maklumat atau
informasi berkaitan dengan had dalam masa 10 tahun negara tersebut telah menandatangani
dan menjadi pihak kepada Konvensyen tersebut kepada Suruhanjaya. Kemudian, wakil negara
tersebut dibenarkan untuk menyertai prosiding berkaitan yang dijalankan tanpa mempunyai
hak untuk mengundi mahu pun bersuara berdasarkan kepada Artikel 5 Annex II. Sebarang
persetujuan atau kelulusan oleh Suruhanya dengan cadangan oleh sub-Suruhanjaya mestilah
dengan majoriti 2/3 daripada anggota Suruhanjaya yang hadir dan juga cadangan yang dibuat
oleh Suruhanjaya mestilah diserahkan kepada negara tersebut dan juga UN Secretary-General
secara bertulis13.

Seterusnya, cara yang ketiga adalah negara tersebut hendaklah mewujudkan had luar
pelantar benua mengikut apa yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya. Walau
bagaimanapun, jika negara tersebut tidak bersetuju dengan cadangan yang telah
dikemukakan, negara tersebut dinasihati supaya membuat semakan atau dengan

11 The Rules of Procedure of the Commission are available at

www.un.org/Depts/los/clcs_new/commission_documents.htm.
12 Para. 3 and 4, of Annex I of the Rules of the Commission.
13 H. Llewellyn, ‘The Commission on the Limits of the Continental Shelf: Joint Submission by France, Ireland,

Spain and the United Kingdom’ (2007) 56 ICLQ p. 683-684.


menghantar permohonan atau penyerahan yang baru kepada Suruhanjaya. Had pelantar
benua yang digunapakai oleh negara tersebut mengikut apa yang telah dicadangkan oleh
Suruhanjaya adalah dianggap sebagai muktamad dan mengikat negara tersebut merujuk
Artikel 76(8) Konvensyen Laut Antarabangsa. Langkah yang terakhir adalah di mana negara
tersebut untuk mendepositkan ke UN Secretary-General carta dan maklumat yang berkaitan
termasuk data geodetic yang menggambarkan had limit pelantar benua.

BAYARAN MELIBATKAN EKSPLOITASIN PELANTAR BENUA MELEBIHI 200 BATU NAUTIKA

Negara pesisir adalah diwajibkan untuk membuat pembayaran atau sumbangan atas
sebab mengeksploitasi sumber bukan hidupan yang berada di pelantar benua melebihi 200
batu nautika. Pembayaran tersebut hendaklah dilakukan secara tahunan atas segala hasil
yang dikeluarkan selepas lima tahun yang pertama hasil pengeluaran daripada pelantar
benua tersebut. Kemudian, apabila masuk tahun keenam, maka jumlah yang perlu dibayar
adalah 1 peratus daripada jumlah hasil yang dikeluarkan. Selepas itu, dari tahun ketujuh
sehingga tahun kedua belas, jumlah bayaran yang akan dikenakan adalah meningkat satu
peratus bagi setiap tahun dan hanya akan tetap 7 peratus pada tahun ketiga belas selaras
dengan Artikel 82(2). Walau bagaimanapun, ada pengecualian dibenarkan kepada negara
yang sedang membangun dan merupakan pemgimport sumber mineral daripada dikenakan
bayaran merujuk kepada Artikel 82(3). Bayaran tersebut hendaklah dibuat kepada pihak
berkuasa yang akan seterusnya membahagikan bayaran tersebut kepada pihak-pihak yang
menandatangi Konvensyen Laut Antarabangsa dengan mengambil kira faktor negara yang
membangun dan land-locked.

HAK KEDAULATAN NEGARA PANTAI TERHADAP PELANTAR BENUA

Negara pantai menggunakan hak kedaulatan terhadap pelantar benua dengan tujuan
untuk meneroka dan mengeksploitasi sumber semula jadi. Seterusnya, terdapat 6 ciri-ciri
utama hak kedaulatan yang dimiliki oleh negara pantai. Pertama sekali adalah hak kedaulatan
ke atas pelantar benua sudah dimiliki sejak dari awal, tidak memerlukan kepada pendudukan
(occupation) atau melalui apa-apa pengisytiharan yang jelas dan nyata. Keduanya, hak
kedaulatan yang dimiliki adalah untuk meneroka dan mengeksploitasi sumber semula jadi
yang berada di pelantar benua tetapi tidak termasuk sumber bukan semula jadi. Misal yang
dapat dilihat adalah bangkai kapal yang sudah rosak berada di pelantar benua adalah tidak
termasuk dalam kategori sumber semula jadi.

Selepas itu, sumber semula jadi kebiasaannya terdiri daripada mineral dan bahan
bukan semula jadi yang terletak di dasar laut dan tanah bawah. Namun demikian, sedentary
spesies dikategorikan sebagai bahan semula jadi di pelantar benua. Berdasarkan Artikel 77(4)
menerangkan bahawa sedentary spesies adalah organisma yang boleh ditangkap di mana
ianya tidak boleh bergerak atau terletak di bawah dasar laut atau tanah bawah kecuali
melekat di secara fizikal dengan dasar laut atau tanah bawah. Contoh yang boleh dilihat
adalah tiram, kerang dan abalone.

Keempat, hak kedaulatan yang dimiliki oleh negara pantai adalah termasuk untuk
menggubal undang-undang dan bidang penguatkuasaan dengan tujuan meneroka dan
mengeksploitasi pelantar benua walaupun tidak mempunyai peruntuka khas mengenai hal
tersebut. Merujuk Artikel 111(2) menjelaskan bahawa hak untuk mengejar (right of hot
pursuit) akan terpakai apabila berlakunya pelanggaran undang-undang sama ada di zon
ekonomi eksklusif mahupun pelantar benua. Bukan itu sahaja, hak kedaulatan tersebut dapat
dilaksanakan kepada semua orang termasuklah mana-mana kapal-kapal tidak mengira
kewarganegaraan mereka. Jadi, kita dapat melihat tiada had yang diletakkan dalam
penggunaan hak kedaulatan tersebut.

Akhir sekali, hak tersebut adalah sangat ekslusif di mana tiada mana-mana negara
mahu pun orang dapat meneroka atau mengeksploitasi pelantar benua tanpa mendapatkan
persetujuan daripada negara pantai terlebih dahulu, jika negara pantai tidak meneroka atau
mengeksploitasi sumber semula jadi yang wujud di pelantar benua.

ISU DAN KES BERKAITAN PELANTAR BENUA

Penentuan Kawasan Pelantar Benua.


International Court of Justice Contentious Case: The North Sea Continental Shelf Cases
(Germany/Denmark; Germany/Netherlands).
Year of Decision: 196914.

Penghakiman Ireland Utara Benua Laut Utara menetapkan keperluan dua untuk
pembentukan undang-undang antarabangsa adat: (1) Amalan negeri (elemen objektif) dan
(2) pendapato juris (elemen subjektif). Dalam kes ini, Mahkamah menjelaskan kriteria yang
diperlukan untuk menubuhkan amalan Negeri - penyertaan meluas dan wakil. Ia menekankan
bahawa amalan-amalan negara-negara tersebut yang kepentingannya secara khusus
dipengaruhi oleh kebiasaan itu sangat relevan dalam pembentukan undang-undang adat. Ia
juga berpendapat bahawa amalan seragam dan konsisten adalah perlu untuk menunjukkan
pendapat perundangan serta pandangan mengenai kepercayaan bahawa amalan negara
tersebut banyak mempraktikkan kewajiban undang-undang. Pelantar Benua Lautan Utara
juga menyangkal mitos bahawa tempoh amalan (iaitu bilangan tahun) adalah faktor penting
dalam membentuk undang-undang antarabangsa adat. Kes ini membabitkan penyekatan
kawasan pelantar benua di Laut Utara antara Jerman dan Denmark dan Jerman dan Belanda
di luar sempadan separa yang dipersetujui sebelumnya oleh Negara-negara tersebut.

Pihak-pihak meminta Mahkamah untuk memutuskan prinsip-prinsip dan peraturan-


peraturan undang-undang antarabangsa yang terpakai bagi persempadanan di atas kerana
pihak-pihak tidak setuju dengan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan pematuhan yang
berlaku. Belanda dan Denmark bergantung pada prinsip equidistance (kaedah menentukan
sempadan sedemikian rupa sehingga setiap titik di sempadan adalah sama dengan titik-titik
terdekat garis pusat yang mengukur nafas laut wilayah setiap negara diukur). Jerman
berusaha untuk mendapatkan keputusan memihak kepada tanggapan bahawa
persempadanan rak kontinental yang relevan ditadbir oleh prinsip bahawa setiap negeri
pesisir berhak mendapat bahagian yang adil dan saksama (kemudian disebut prinsip dan
kaedah yang adil dan saksama). Bertentangan dengan Denmark dan Belanda, Jerman
menegaskan bahawa prinsip pemberian bantuan bukan merupakan peraturan mandatori
dalam persempadanan landasan benua atau peraturan undang-undang antarabangsa adat

14 ICJ Reports 1969,p.31, para. 43


yang mengikat Jerman. Mahkamah tidak diminta untuk membatasi kerana pihak-pihak telah
bersetuju untuk membataskan landas benua antara negara mereka, dengan persetujuan,
setelah penentuan Mahkamah mengenai prinsip-prinsip yang berlaku.

You might also like