You are on page 1of 4

MAKLUMAT TUGASAN

TUGASAN INDIVIDU (20%)

Tajuk
Pilih satu isu terkini berkaitan dengan undang-undang komunikasi di Malaysia. Cari
artikel-artikel jurnal berwasit (minimum 3 artikel) terkini (2018-2023) yang
membincangkan mengenai isu tersebut. Buat ulasan literatur yang mantap berdasarkan
artikel-artikel yang dipilih.

Pengenalan (3 markah)
Menjelaskan mengenai matlamat penulisan
Menjelaskan mengenai latar belakang isu yang dipilih
Menjelaskan mengenai aspek undang-undang yang berkait dengan isu
Menjelaskan susunan penulisan

Analisis dan perbincangan (10 markah)


Penulis hendaklah:
 Mengenalpasti tema-tema yang akan dibincangkan
 Menyusun ulasan berdasarkan tema-tema yang telah dikenalpasti
 Membincangkan perkaitan antara tajuk yang dipilih dengan lingkungan subjek
yang lebih luas. Contohnya: Isu buli siber di kalangan pelajar sekolah menengah
dengan buli siber secara umum.
 Menyusun perbincangan daripada konteks umum dan luas daripada karya yang
diulas kepada konteks fokus yang lebih spesifik
 Mengaitkan perbincangan dengan aspek undang-undang komunikasi yang
dipilih.

Penulisan dinilai dari segi keupayaan mengenalpasti perkara-perkara di atas, dan


keupayaan mengetengahkan perbincangan kritis yang menunjukkan perkaitan yang
jelas antara kandungan jurnal dan isu yang dikenalpasti dengan aspek-aspek undang-
undang komunikasi yang berkaitan. Perbincangan juga harus menghubungkan/
memfokuskan kepada konteks negara Malaysia dengan jelas.

Rumusan (5 markah)
Bahagian ini merupakan penamat yang rasional kepada apa yang telah dibincangkan di
dalam penulisan ini. Tujuan kesimpulan ini adalah untuk mengintegrasi pelbagai tema
dan isu yang telah disentuh di dalam bahagian ulasan/ perbincangan, dan membuat
komen/ kenyataan yang bermakna ke atas semua itu. Penulis hendaklah berupaya
merumuskan kesemua bahagian tema yang telah dibincangkan, dan merujuk pembaca
kembali kepada fokus penulisan yang telah digariskan dalam bahagian pengenalan.
Penulis juga boleh menggariskan implikasi-implikasi yang mungkin timbul daripada
pandangan yang dikemukakan.

Penulis hendaklah MENGELAKKAN daripada hanya membuat ringkasan, hanya


memfokuskan kepada hujah-hujah yang minor/ kecil di dalam perbincangan,
menamatkan dengan ‘quotation’ yang panjang, dan memperkenalkan/ membuka topik
baru.
Format penulisan (2 markah)
Penulisan hendaklah menunjukkan pengaliran idea yang lancar, tersusun, dan berkait
antara satu sama lain dengan harmoni. Pelajar disarankan untuk mematuhi format
penulisan seperti yang digariskan dalam maklumat penting di bawah.

MAKLUMAT PENTING

 Tugasan hendaklah ditaip menggunakan font: Times New Roman, saiz: 12, dan
langkau baris: 1.5. Sertakan rujukan dan bibliografi yang lengkap (format APA
7th edition), dan helaian muka surat depan hendaklah mengandungi nama
pelajar, nombor matrik, kod kursus dan tajuk tugasan.

 Jumlah muka surat daripada pengenalan – penutup hendaklah tidak melebihi


lapan (8) muka surat bagi tugasan individu dan maksimum 20 muka surat
bagi tugasan kumpulan I. Ini tidak termasuk helaian depan, isi kandungan,
rujukan dan lampiran.

 Semua pelajar hendaklah membentuk kumpulan pada pertemuan pertama


kursus dan menyerahkan nama ahli kumpulan masing-masing kepada pensyarah
kursus selewat-lewatnya pada penghujung pertemuan pertama.

 Plagiarisme adalah merupakan jenayah akademik yang amat berat. Oleh itu,
‘citation’ yang lengkap mesti dinyatakan kepada ‘quotations’, ‘paraphrasing’ atau
idea yang diambil daripada pihak/sumber selain daripada penulis laporan
sendiri. Laporan persamaan maksimum turnitin yang dibenarkan hanya 20%.

 Tugasan individu hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada PERTEMUAN


KETIGA, tugasan kumpulan I hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada akhir
PERTEMUAN KEEMPAT, dan tugasan kumpulan II hendaklah dibentangkan
pada PERTEMUAN KEEMPAT.

 Penghantaran yang lewat tidak akan diterima kecuali disertakan sebab dan bukti
yang kukuh menurut pandangan pensyarah kursus.
Pilih isu daripada 10 tajuk dibawah:
TOPIK TAJUK KULIAH JAM
Pengenalan 2
1
 Konsep-konsep asas berkaitan dasar awam
 Proses pembentukan dasar awam
 Proses pembentukan undang-undang di Malaysia
 Kepentingan dasar dan undang-undang komunikasi

2 Dasar-dasar utama Negara dan bidang komunikasi 4


 Wawasan 2020
 Model Ekonomi Baru
 Dasar Bahasa Kebangsaan
 Dasar Budaya Kebangsaan
 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Dasar Kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia

3 Undang-undang dan bidang komunikasi 4


 Konsep-konsep asas berkaitan undang-undang
 Sistem pentadbiran undang-undang di Malaysia
 Skop undang-undang yang berkaitan dengan komunikasi

Etika dan Undang-undang dalam periklanan 5


4
 Pengenalan
 Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia
 Kod Etika Pengiklanan Jabatan Penyiaran Malaysia
 Kod Amalan Periklanan Malaysia
 Undang-undang yang berkaitan
 Isu-isu yang berkaitan

5 Pelanggaran hak individu 6


 Pengenalan
 Hak seseorang individu menurut undang- undang
 Undang-undang yang berkaitan
 Isu-isu/ kes-kes yang berkaitan

6 Kebebasan bersuara 5
 Pengenalan
 Undang-undang yang berkaitan
 Isu-isu/ kes-kes yang berkaitan

Perlakuan tidak bermoral (Obscenity & indecency) 3


7
 Pengenalan
 Undang-undang yang berkaitan
 Isu-isu/ kes-kes yang berkaitan

8 Aktiviti dan Undang-undang siber 3.5


 Pengenalan
 Akta Tandatangan Digital 1997
 Akta Jenayah Komputer 1997
 Akta Teleperubatan 1997
 Isu-isu/ kes-kes yang berkaitan

9 Hakcipta 3
 Pengenalan
 Akta Hakcipta
 Isu-isu/ kes-kes yang berkaitan

10 Tanggungjawab sosial 3.5


 Pengenalan
 Tanggungjawab agensi-agensi awam, swasta, dan bukan
kerajaan terhadap masyarakat
 Undang-undang yang berkaitan

11 Implikasi dasar-dasar awam dan undang-undang komunikasi 3


 Pengamal media& komunikasi
 Sektor awam
 Sektor swasta
 Pertubuhan bukan kerajaan
 Masyarakat

JUMLAH JAM 42

You might also like