You are on page 1of 3

3) Adakah negara Filipina mewarisi hak untuk menuntut Sabah selepas kemerosotan institusi

Sulu?

Tidak. Walaupun pada asalnya pada tahun 1658, Sabah adalah dibawah kerajaan Sulu, akan

tetapi suatu perjanjian telah ditandatangani di antara Sultan Sulu dan dua agen British, Alfred

Dent dan Baron von Overback1, perjanjian yang telah menyerahkan atau ‘menyewakan

selama-lamanya’ Borneo Utara kepada British2 .Perjanjian ini telah ditandatangani semasa

kejatuhan Institusi Sulu. Pada masa itu, Filipina sudahpun jatuh ke tangan penjajah Sepanyol,

dan British mengambil inisiatif untuk berkuasa di Sabah3.

______________________________________________

1
Baron von Overback adalah seorang yang berkebangsaan Jerman

2
dengan pulangan pembayaran sebanyak 5, 000 dolar Malaya setahun kepada Sultan Sulu.

3
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-hak-filipina-untuk-menuntut-sabah-106608.

Pihak Amerika pula telah menghapuskan kedaulatan politik kesultanan Sulu melalui

Perjanjian Carpenter ditandatangani pada 22 Mac 1915. Kerajaan Sulu hanya mahu menuntut

Sabah semula hanya kerana berdasarkan tuntutan warisan melalui pertalian tradisi Sabah

dengan Kesultanan Sulu. Contohnya, pada tahun 2013, di Lahad Datu 4 200 orang Sulu di

Selatan Filipina telah mencerobohi Lahad Datu dan ‘berkampung’ serta memberi alasan

bahawa mereka tidak mahu dan tidak akan pulang. Mereka juga menyatakan bahawa ‘Sabah

is our home’. Mereka seakan berpegang teguh kepada prinsip warisan Sulu. Ini adalah kerana

di Sabah, khususnya di bahagian Lahad Datu mempunyai ramai yang berkaum Sulu. Mereka

bukan sahaja berkampung sahaja malah mereka juga melaksanakan penculikan dan

membunuh polis tempatan bagi menunjukkan ‘perjuangan’ mereka bagi menuntut Sabah

sebagai tanah warisan mereka. Tuntutan ini adalah sebuah tuntutan yang kurang berasas.

Penjajahan merupakan kaedah pemilikan wilayah yang diiktiraf di masa lalu tetapi telahpun dianggap
kini sebagai tidak sah setelah Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil tempat

pada tahun 1945. Undang-undang antarbangsa menetapkan beberapa cara bagi sesebuah negara

untuk mendapatkan wilayah secara sah5. Sesebuah negara boleh mendapatkan kedaulatan ke atas

mana-mana wilayah sekiranya kedaulatan ke atasnya ditukarkan atau diserahkan oleh sesebuah negara

ke negara yang lain. Sabah telah diserahkan kepada British oleh Kesultanan Sulu pada 1878, dan

akhirnya kepada Malaysia pada tahun 1963 apabila Persekutuan Malaysia dibentuk hasil gabungan

koloni-koloni British 6
. Di bawah undang-undang antarabangsa, preskripsi merujuk kepada

pemerolehan kedaulatan menerusi pengamalan kedaulatan yang sebenar dan ianya dikekalkan untuk

jangka masa yang munasabah. Pemerolehan kedaulatan Malaysia ke atas Sabah adalah berbeza

dengan apa yang berlaku di antara Indonesia dan Timor-Leste. Indonesia telah menjajah Timor-Leste

pada tahun 1975. Akibat bantahan berterusan dari masyarakat antarabangsa dan rakyat Timor-Leste

sendiri, Timor-Leste7 telah menjadi negara yang merdeka dan berdaulat pada tahun 2002. Manakala

Sabah tidak pernah dijajah Malaysia kerana negeri tersebut, menerusi hasil dapatan Suruhanjaya

Cobbold, secara sukarela bergabung di dalam Persekutuan Malaysia. Maka dengan itu, Sulu tidak

layak lagi untuk menuntut Sabah oleh kerana telah menandatangani perjanjian untuk

menyerahkan Sabah kepada British yang juga merupakan dahulunya menjajah tanah Melayu

yang kini dilengkapkan di bawah satu nama iaitu Malaysia.

______________________________________________

4
Lahad Datu bermaksud tempat Datu. ‘Datu’ digunakan bagi orang Sulu sebagai orang yang berpengaruh

5
Antaranya ialah menerusi penjajahan, preskripsi dan serahan.

6
iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Negara Malaya yang berdaulat.

7
menerusi referendum kemerdekaan. Referendum kemerdekaan bermaksud masyarakat sesebuah wilayah menentukan
kemerdekaannya.

Kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa Sabah pernah menjadi sebahagian dari Kesultanan

Sulu. Walaubagaimanapun, senario politik Sabah dan Filipina telah berubah sejak penjajah

Sepanyol, British dan Amerika menjejakkan kaki mereka ke rantau ini. Masyarakat
antarabangsa juga telah pun mengiktiraf penuh Sabah berpuluh tahun sebagai negeri di dalam

Malaysia dan kedudukan tersebut seharusnya dilindungi dan dihormati.

Rujukan:

1. Apa hak Filipina untuk menuntut Sabah? | Astro Awani. (n.d.). Retrieved from

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-hak-filipina-untuk-menuntut-sabah-106608.

2. SentiasaPanas. (2016, September 16). Apa Hak Filipina Untuk Menuntut Sabah? Adakah

Tuntutan Sah Dibawah Undang-undang Antarabangsa? Retrieved from

http://www.sentiasapanas.com/2016/09/apa-hak-filipina-untuk-menuntut-sabah.html.

3. Ismail, L. (1970, January 1). SEJARAH FILIPINA TUNTUT SABAH. Retrieved from

https://bicaramentari.blogspot.com/2016/12/dsn.html.

4. Othman, A. R. R. (2013). Bukan menari di pentas peluru: antologi sajak pencerobohan

Lahad Datu, 2013. Kota Bharu, Kelantan: Persatuan Penulis Kelantan.

5. Tuntutan Yang Dibuat Filipina Terhadap Sabah Boleh Gugat Hubungan Dua Hala. (n.d.).

Retrieved from : https://www.benarnews.org/malay/berita/my-sabah-filipina-180131-

01312018163805.html

You might also like