You are on page 1of 3

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3

Soalan No.1-4 –Rujuk buku teks.

Soalan No. 4 Jawapannya boleh rujuk topik 4.2.1 ( Faktor-Faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu)

5. PT Kesinambungan KKM

 PTM 1948 menyediakan asas untuk berkerajaan sendiri/kemerdekaan


 Dasar perlindungan orang Melayu dipulihkan semula
 Pendapat dan kehendak orang Melayu dipertimbangkan oleh British
 Raja-Raja Melayu sebagai ketua-ketua negeri Melayu diakui semula
 Pandangan/tuntutan semua kaum di Tanah Melayu diambil kira Perkongsian kuasa antara British dan Raja Melayu dalam pentadbiran
 Kedudukan istimewa orang Melayu dipelihara
 Mengasaskan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
 Mewujudkan satu bangsa Malaysia
 Mewujudkan kerjasama kaum dalam bidang politik Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan
 Meneruskan warisan tamadun Melayu yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka
 Ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
 Pengenalan semula Rakyat Raja Melayu
 Kontrak sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu diteruskan selepas tahun 1948
(Mana-mana jawapan munasabah)

6. Pengukuhan pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

 Mengamalkan Rukun Negara


 Memantapkan jati diri
 Menghormati lambang-lambang negara
 Menghargai tokoh-tokoh negara
 Sedia berkhidmat untuk negara
 Menanamkan semangat saling menghormati
 Menghargai kepelbagaian perbezaan masyarakat
 Tidak menyentuh isu-isu sensitif
 Meraikan sambutan perayaan dengan suasana harmoni
 Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional
 Mengamalkan sikap tolak ansur
 Melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan/sukan/gotong royong
 Mempelbagaikan aktiviti RIMUP
 Mendaulatkan bahasa kebangsaan
 Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
 Membudayakan amalan membaca
 Mengantarabangsakan Bahasa Melayu
 Menjayakan Bulan dan Minggu Bahasa
 Memupuk kecintaan terhadap warisan seni budaya bangsa
 Menjayakan pesta kebudayaan yang melibatkan pelbagai kaum
(Mana-mana jawapan munasabah)

7. Penghayatan pembinaan negara dan bangsa di kalangan rakyat Malaysia masa kini.

 Meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri dan keluarga


 Penjawat awam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat
 Mengharumkan nama negara di persada dunia
 Kejayaan Datuk Lee Chong Wei dalam bidang sukan badminton
 Semangat permuafakatan yang tinggi di kalangan masyarakat
 Dapat dilihat menerusi aktiviti gotong royong dan permesyuaratan
 Integrasi nasional yang utuh
 Melalui pendidikan seperti RIMUP/Dasar Kebudayaan Kebangsaan/Sukan Untuk Perpaduan
 Semangat patriotik yang tinggi
 Hasil penghayatan ilmu Sejarah
 Pasukan keselamatan menjaga sempadan negara/atlet mengharumkan nama negara dalam bidang sukan/penghantaran angkasawan
negara ke angkasa lepas

(Mana-mana jawapan munasabah)

8. Iktibar

 Masyarakat perlu bertegas dalam menyatakan bantahan .


 Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum
 Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
 Berhati-hati dengan tindakan orang asing
 Pentingnyapemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita
 PengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu
 Sentiasa berwaspada apabila menjalin hubungan dengan negara luar/kuasa luar
 Kesatuan menunjukkan kekuatan dan menghasilkan kejayaan dalam perjuangan
 Kepimpinan yang berwibawa dalam membuat keputusan yang kritikal/tepat untuk kepentingan awam
 Mengutamakan permuafakatan dalam menyelesaikan masalah
 Mewujudkan kerjasama politik demi keharmonian negara
 Pendekatan yang lembut/sederhana lebih disukai oleh semua pihak sehingga mereka sanggup bekerjasama
 Mempertahankan maruah bangsa supaya tidak hilang/lenyap
 Cinta akan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air
(Mana-mana jawapan munasabah)

9. Kesimpulan:
 Pengetahuan yang diperoleh
o Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman
Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British
o Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu 1946 telah
diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British
tersebut .
o Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada
keseluruhannya telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan
rundingan .
o Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian Persekutuan
1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melyu dibentuk 1 Febuari
1948 .
 Nilai murni & Unsur patriotisme
o Keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat yang bersatu padu .
o Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang aman
o Tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat.
o Amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara  satu sama lain hasil daripada kehidupan berteraskan permuafakatan dalam
kehidupan .
 Harapan kepada masyarakat dan negara
o Saya berharap agar masyarakat....
o Mengamalkan konsep dan semangat kekitaan dan kebersamaan
o Demi melahirkan bangsa dan negara yang bersatu padu.
(Mana-mana jawapan munasabah)

You might also like