You are on page 1of 12

1. a.

Apakah maksud Bahasa Kebangsaan / Bahasa Rasmi


 Bahasa utama sesebuah negara  Bahasa yang dipertuturkan oleh mejoriti rakyat
 Bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan
 Mahkamah / sidang parlimen / pejabat kerajaan

b. SENARAIKAN USAHA KERAJAAN UNTUK MARTABATKAN BAHASA MELAYU


Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan

 BM merupakan bahasa rasmi

 Digunakan sebagai alat perpaduan kaum.

 Kedudukan BM dimartabatkan melalui penggubalan undang-undang

 Dikenali Akta Bahasa Kebangsaan (1967) @ dikenali Akta 32.

 Akta B. Keb. digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

 Mula dikuatkuasakan 1 jul 1971

Diiktiraf sebagai Bahasa Rasmi Pentadbiran

 BM sebagai bahasa rasmi

 Jadi penggerak jentera pentadbiran negara.  BM sebagai alat komunikasi rasmi

 Dalam urusan di kementerian dan jabatan kerajaan.

 1990, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam urusan mahkamah

 Bahasa rasmi: Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi.


 dalam urusan pentadbiran, sistem pendidikan, urusan perdagangan dan kehakiman

Memperkasakan BM dalam sistem Pendidikan

 Pembukaan sekolah menengah kebangsaan  BM sebagai bahasa pengantar

 Spt Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri dan Kolej Sultan Abdul Halim

 BM sebagai bahasa pengantar dapat memupuk semangat kekitaan dan bersatu

dalam kalangan murid.

 Bilangan guru terlatih BM ditambah di Sekolah Menengah kebangsaan dan guru khas

untuk sekolah menengah jenis kebangsaan.

 Bertujuan untuk memperkasakan BM sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan

Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Pusat Keilmuan Bahasa Melayu
 UKM ditubuhkan untuk memartabatkan BM sebagai bahasa ilmu.

 UKM merupakan pusat pengajian tinggi awam pertama perkenalkan pengajian pelbagai

jurusan dan bidang kursus dalam BM

 Penubuhan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaa Melayu (IBKKM) pada 1972

 Menyebabkan UKM menjadi pusat penyelidikan dan rujukan dalam bahasa,

kesusasteraan dan kebudayaan tamadun Melayu.

 Institut ini kemudian bertukar nama kepada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) pada tahun
1992.

 Menjadi tumpuan para penyelidik, sasterawan, karyawan dan budayawan

daripada pelbagai kaum dari dalam dan luar

 Pengiktirafan terhadap tokoh UKM  Muhammad Hj Salleh dan Siti Zainon Ismail

 Sebagai Sasterawan Negara

 Membuktikan kejayaan UKM sebagai pusat keilmuan bahasa Melayu

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]

 Ditubuhkan pada 22 Jun 1956  Bukit Timbalan, Johor Bahru

 Hasil resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.

 Bertujuan memartabatkan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

 Nama asal DBP ialah Balai Pustaka.

 Pengarah pertama : Ungku Abdul Aziz

 Pembukaan pejabat di wilayah  Cawangan di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Sarawak dan Sabah

 Bertujuan mengembangkan aktiviti bahasa dan sastera sebagai medium untuk

memupuk perpaduan.

 DBP mengembangkan bahasa dan sastera Melayu

 Melalui penerbitan buku dan majalah, risalah, menganjurkan seminar dan bengkel

serta pelbagai aktiviti

 Bersempena Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan.

 DBP juga berperanan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum

 Slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" dilancarkan


 Untuk membinaan masyarakat yang bersatu padu melalui bahasa.

d. Huraikan latar belakan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)


 Ditubuhkan pada 22 Jun 1956  Bukit Timbalan, Johor Bahru

 Hasil resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.

 Bertujuan memartabatkan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

 Nama asal DBP ialah Balai Pustaka.

 Pengarah pertama : Ungku Abdul Aziz

 Pembukaan pejabat di wilayah  Cawangan di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Sarawak dan Sabah

c. Huraikan peranan DBP untuk memartanatkan Bahasa Melayu sebagai


Bahasa Kebangsaan / Bahasa Ilmu
 Mengembangkan aktiviti bahasa dan sastera sebagai medium untuk memupuk perpaduan.

 DBP mengembangkan bahasa dan sastera Melayu

 Melalui penerbitan buku dan majalah, risalah, menganjurkan seminar dan bengkel

serta pelbagai aktiviti

 Bersempena Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan.

 DBP juga berperanan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum

 Slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" dilancarkan

 Untuk membinaan masyarakat yang bersatu padu melalui bahasa.

d. MENGAPAKAH KITA PERLU MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN


Mewujudkan perpaduan/ persaudaraan kaum
Negara menjadi maju
Bahasa Melayu dikenali di persada dunia
Menjadi bahasa ilmu pengetahuan
Mengekalkan identiti negara
Simbol warisan dan tradisi negara
Lambang negara dan bangsa Malaysia
e. APAKAH AKAN BERLAKU JIKA BAHASA KEBANGSAAN TIDAK
DIMARTABATKAN
Tidak wujud perpaduan kaum Berlaku perbalahan kaum
Bangsa menjadi lemah Tiada identiti / jati diri
Negara menjadi kucar-kacir Berlaku pergolakan politik

f. BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DAPAT


DIPERKUKUHKAN PADA MASA KINI?
Menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka
Meningkatkan aktiviti penterjemahan dalam bahasa Melayu
Mewajibkan semua surat rasmi ditulis dalam bahasa Melayu
Meningkatkan peranan/fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Membina dasar buku bahasa Melayu untuk melengkapi pusat
sumber/perpustakaan
Menggalakkan kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu Menggunakan
bahasa Melayu dalam semua acara rasmi kerajaan
Menganjurkan pertandingan kebahasaan di peringkat antarabangsa

BAGAIMANAKAH DASAR LUAR MALAYSIA PADA HARI INI MEMBERI MANFAAT


MENGEKALKAN KESEJAHTERAAN DAN KEAMANAN SEJAGAT

Mengelakkan peperangan dengan cara aman iaitu melalui rundingan


Menamatkan peperangan daripada berlarutan sehingga ramai yang terkorban
Bersedia membantu Negara miskin untuk mengelakan kebuluran /kriisis pemakanan
Menentang dasar diskriminasi dan penindasan ideologi manusia
Menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara tidak kira ideologi
Mempertingkatkan semangat setiakawan dalam hubungan dengan negara luar
Menghormati kedaulatan negara lain
Mengelakkan daripada terlibat dalam pertelingkahan dalaman negara lain
Menekankan prinsip keadilan berteraskan undang-undang
Menghormati Piagam PBB
Mengamalkan prinsip berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara
Tidak menyokong mana-mana blok utama dunia
Bekerjasama mengatasi dan mengawal pencemaran alam sekitar
Bersatu padu menghapuskan gejala sosial dan penyalahgunaan dadah
Bersuara lantang membenteras perlumbaan senjata nuklear
Mendokong konsep ZOFPAN
Menentang apa saja bentuk penjajahan Menentang keganasan Israel ke atas Palestin
Menyertai misi PBB Menyelesaikan konflik dunia

ATAU

HURAIKAN KEPENTINGAN DASAR LUAR MALAYSIA

- Dasar luar Malaysia menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta


menjamin keselamatan dan keamanan negara
- Dapat menjana pendapatan yg lebih besar kepada negara/penduduk berasa
aman
- Menyebabkan Malaysia dapat bersaing dengan negara-negara lain di
dunia/rakyat hidup dengan aman tanpa peperangan
- Komoditi utama seperti bijih timah dan getah dieksport ke luar
negara/pembangunan negara akan terus maju
- Menjalankan R & D dalam pelbagai bidang ekonomi
- Menarik kemasukan pelabur asing ke negara kita
- Sekaligus akan meningkatkan imej Malaysia di mata dunia
- Malaysia akan dihormati dipersada dunia
- Hal ini jelas membuktikan dasar luar Malaysia membawa banyak kebaikan
kepada negara

f. HURAIKAN CABARAN YANG DIHADAPI MALAYSIA DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN

LUAR MASA KINI

- Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran


- Isu alam sekitar
- seperti pembakaran hutan di Indonesia sehingga jerebu melanda negara
- Isu penyeludupan dadah yang merentasi sempadan
- Isu penyeludupan barang keperluan pengguna
- Masalah pencemaran udara di mana komitmen negara jiran sukar dicapai
- Pencerobohan ruang negara yang mengancam keselamatan negara
- Isu pemerdagangan manusia
- Seperti penjualan /penyeludupan bayi
- Malaysia dituduh sebagai negara yang mempunyai pengganas
- Masalah penculikan di Sabah oleh kumpulan militan dari Filipina
- Pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu,Filipina di Lahad Datu Sabah

Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Selepas merdeka

1. Komanwel

4. a. HURAIKAN LATAR BELAKANG PERTUBUHAN KOMANWEL

 1. Ditubuhkan pada tahun 1931 yang terdiri dari negara bekas jajahan
 Britain yang telah merdeka.
 2. Terdiri dari 54 buah negara maju dan negara sedang membangun.
 3. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat
di London.
 4. Penubuhannya bertujuan untuk membina semangat setia kawan
antara negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam segala
bidang.

b. Faedah yang diperoleh

 1. Selepas merdeka, Komanwel bertindak membantu Malaysia memelihara


keamanan serta kedaulatan negara melalui sekatan terhadap pengaruh
Parti Komunis Malaya.
 2. Perjanjian AMDA menjanjikan bantuan kepada negara kita sekiranya
diserang musuh semasa berkonfrantasi dengan Indonesia.
 3. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) diadakan dua
tahun sekali bagi membincangkan hal-hal yang berkait dengan
kepentingan bersama.
 4. Pada tahun 1989, mesyuarat CHOGM mengisytiharkan Deklarasi
Langkawi.  ISU ALAM SEKITAR
 5. Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain
dikenakan cukai yang rendah.  LUASKAN PASARAN BARANGAN
MALAYSIA DI BRITAIN
 6. Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan bisasiswa
dalam bidang pendidikan.  

Sumbangan Malaysia

 1.Tuan rumah CHOGM pada tahun 1989.


 2. Bersuara lantang menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
 3. Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.  

2. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

a. Huraikan Latar Belakang Penubuhan PBB

1. PBB ditubuhkan pada tahun 1945 selepas Liga Bangsa dibubarkan kerana
gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua.
2. Ibu pejabat PBB terletak di San Francisco, kemudian berpindah ke New
York pada tahun 1946.
3. PBB dianggotai oleh 51 buah negara anggota, kemudian meningkat pada 189
buah negara pada tahun 2002.
4. Malaysia menyertai PBB pada tahun 1957 selepas negara mencapai
kemerdekaan.

b. Huraikan matlamat pembentukan PBB / empat prinsip dalam


piagamnya

 (a) Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.


 (b) Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.
 (c) Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan
melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama, dan warna
kulit.
 (d) Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara
anggota. (Memastikan tindakan sesebuah negara tidak jejaskan
keamanan dunia)

c. Huraikan Sumbangan Malaysia kepada PBB

1. Menyelesaikan konflik antarabangsa

 Disiplin dan kemampuan pasukan tentera Malaysia dlm misi pengaman diakui oleh PBB.

 Antara misi pengaman yang disertai oleh Malaysia termasuklah:

1. di Congo  United Nations Operation in the Congo (UNOC) dari 1960-1964.

2. Namibia  United Nations Transition Assistance Group (UNTAG) dari 1989 -1990.

3. Somalia  United Nations Operation in Somalia ll (UNOSOM Il) dari 1992-1995.

4. Bosnia dan Herzegovina  United Nations Protection Force (UNPROFOR) dari 1992-1995.

5. Kemboja (Cambodia)  United Nations Transitional Authority in Cambodia (UNTAC)

dari tahun 1992-1993.

6. Timor Leste  Intemational Force in East Timor (INTERFET) dari 1999-2002.

7. Ethiopia  United Nations Mission in Ethiopia and Eritrea (UNMEE) dari 2000-2008.

8. Lubnan  United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) dari 2007 hingga kini

 Tugas pasukan pengaman  Memastikan keselamatan penduduk,

 Mengawasi gencatan senjata dalam perang saudara

 Daulatkan undang2 negara yang terlibat.

iv. Misi Pegawai Pemerhati

 Di negara yang menghadapi konflik seperti:

1. Sierra Leone  United Nations Mission in Sierra Leone (LTNAMSIL) dari 1999-2005
2. Chad-Libya  United Nations Aouzou Strip Observer Group (UNASOG) tahun 1994

3. Bosnia dan Herzegovina  United Nations Mission in Bosnia and Herzegovina (UNMIBH) dari tahun
1995-1996

4. Iraq  United Nations lraq-Kuwait Observation Mission (UNIKOM) : 1991- 2003

5. Kemboja  United Nations Advance Mission in Cambodia (UNAMIC) dari 1991-1992

6. Liberia  United Nations Observer Mission in Liberia (UNOMIL) dari Ogos 1993 hingga 1997

7. Congo  United Nations Organization Stabilization Mission in the DR Congo (MONUSCO) dari 1999
hingga kini.

8. Namibia  United Nations Transition Assistance Group (UNTAG)

 dari bulan Feb 1989 hingga bulan April 1990.

9. Angola  United Nations Angola Verification Mission (UNAVEM II) dari 1991-1995

10. Mozambique  United Nations Operation in Mozambique (ONUMOZ) dari 1992-1994

11. Ethiopia  United Nations Mission in Ethiopia and Eritrea (UNMEE) dari 2000-2008

12. Timor Leste.  United Nations Transitional Administration in East Timor (UNTAET)

 Dari 1999-2002.

 Tugas Pegawai Pemerhati:

 Membantu pentadbiran dan pengurusan, memberikan latihan teknikal dan menjadi jurubahasa

ATAU TULIS INI PUN BOLEH

 pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo.


 (b) Pada tahun 1989, Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB ke
Namibia untuk membantu negara tersebut mencapai kemerdekaan.
 (c) Pada tahun 1990, Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke
sempadan Iran-Iraq ; dan Kampuchea serta pasukan pengaman ke
Bosnia.
 (d) Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan mahu
Benua Antartika menjadi warisan dunia dan hak milik semua negara.

2. Dari segi ekonomi

 (a) Malaysia menjadi ahli Bank Dunia (Bank Antarabangsa) yang


ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1945.
 (b) Bank ini ditubuhkan untuk membantu negara-negara sedang
membangun dari segi kewangan, dan menyusun semula pembangunan
ekonomi negara tersebut.
 (c) Kemasukan pelabur-pelabur asing diharap dapat membasmi
kemiskinan dan menyediakan peluang pekerjaan.
 (d) Malaysia menggunakan Bank Dunia dalam menjayakan rancangan
Lembaga Pembangunan Kemajuan Tanah(FELDA) dan
membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.

3. Dari segi sosial


(a) Malaysia berpendidrian teguh memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
Hasil usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria)
pada Jun 1987 dengan Perdana Menteri sebagai Yang Dipertua persidangan.
(b) Malaysia bekerjasama dengan menyertai beberapa agensi PBB seperti:

 (i) Kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan melalui agensi


Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).
 (ii) Kerjasama dalam bidang perubatan dan kesihatan melalui Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO).
 (iii) Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi melalui pertubuhan
Pendidikan dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
 (c) Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB bagi tahun 1965, 1989,
dan 1999.
 (d) Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai wakil khas PBB menjadi
pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan dalam menyelesaikan konflik
politik negara Myanmar.
 (e) Malaysia menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan
menganjurkan persidangan antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

d. Huraikan manfaat yang diperolehi oleh Malaysia melalui PBB

 Pelibatan aktif Malaysia membolehkan beberapa tapak di Malaysia, diiktiraf sebagai

Tapak Warisan Dunia:  Gunung Mulu dan Taman Kinabalu (2000)

 Bandar Melaka dan Georgetown (2008)  Lembah Lenggong (2012).

 Menjadi destinasi pelancong

 Meningkatkan imej negara  Terkenal di seluruh dunia  kerana kemampuan

 PBB akan membantu jika kita menghadapi maszlah

 Pinjaman melalui Bank Dunia  Untuk membangunkan kawasan luara bandar dan

pendidikan selepas mencapai kemerdekaan


MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU

3. ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara)

 1. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.


 2. ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan
Singapura kemudian ditambah anggotanya menjadi 10, iaitu Vietnam,
Myanmar, Brunei, Laos, dan Kampuchea.
 3. Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana
bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam zon Asia Tenggara.  

Matlamat ASEAN

 (a) Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.


 (b) Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial, dan
kebudayaan.
 (c) Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang
pertanian, perdagangan, dan perindustrian.
 (d) Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan
penyelidikan.
 (e) Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau
pertubuhan serantau dan antarabangsa.  

Kerjasama ASEAN

 1. Melalui mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN pada November 1971,


Deklarasi Kuala Lumpur dilaksanakan dengan mengisytiharkan ASEAN
sebagai Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN)
 2. ZOPFAN bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan
politik di Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana-mana
Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-
kuasa besar.
 3. Pada tahun l984, Menteri-menteri Luar mengisytiharkan ASEAN
sebagai zon bebas senjata nuklear, iaitu tidak membenarkan kapal-
kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk
mengangkut bahan atau senjata nuklear.
 4. Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian, iaitu
projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan Aceh(Indonesia).
 5. Pada tahun 1992, AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas) diumumkan dalam
kemuncak ASEAN di Singapura.
 6. Memperluas sikap kerjasama ekonomi dengan negara China, Jepun,
dan Korea Selatan atau Perundingan Ekonomi Asia (EAEC). Idea ini
dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad tetapi ditentang oleh
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.
 7. Kerjasama secara tidak rasmi diteruskan melalui konsep ASEAN + 3
yang merujuk kepada kerjasama antara negara ASEAN dengan China, Jepun
dan Korea. Menteri-menteri luar negara-negara tersebut dijemput
menghadiri siri perbincangan tenteng kerjasama yang ingin diwujudkan.
 8. Mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan melalui
Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN(SEAMEO). Sebuah
Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) ditubuhkan di
Pulau Pinang.
 9. Dalam bidang kebudayaan dan sosial, mengadakan Festival Kebudayaan
dan Kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
 10. Mengadakan Sukan SEA bagi merapatkan a hubungan antara negara
melalui semangat kesukanan.
 11. Dalam bidang pelancongan, pada tahun 1992 telah dilancarkan Tahun
Melawat ASEAN.  

APAKAH FAEDAH YANG DIPEROLEHI MALAYSIA DENGAN MELALUI ASEAN

F1 Dapat membendung pengaruh komunis / PKM


F2 Mendapat bantuan dalam bidang ekonomi
F3 Dapat menjalin kerjasama dalam bidang sosial
F4 Dapat mengekalkan keselamatan dan kestabilan politik serantau
F5 Dapat menjalin kerjasama dalam bidang sains
F6 Mendapat bantuan dalam bidang kebudayaan
F7 Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat melalui kerjasama dalam bidangpertanian /
perdagangan perindustrian
F8 Dapat mengadakan hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa
F9 Dapat menyertai Sukan SEA
F10 Dapat meningkatkan imej negara
F11 Dapat mengelakkan campur tangan kuasa besar di Asia Tenggara
F12 Dapat mengelakkan perlumbaan senjata dalam kalangan negara di Asia Tenggara
F13 Dapat mengelakkan Asia Tenggara dijadikan kawasan laluan pengangkutan senjata nuklear
F14 Dapat membina projek baja urea di Bintulu
F15 Dapat membina Pusat Serantau Untuk Sains dan Matematik (RCSAM) di Pulau Pinang
F16 Dapat menyertai festival kebudayaan dan kesenian
F17 Dapat melakukan pertukaran rancangan radio dan televisyen
F18 Dapat melaksanakan kerjasama dalam bidang pelancongan seperti tahun Melawat ASEAN
1992

b. ASEAN MERUPAKAN SALAH SEBUAH PERTUBUHAN SERANTAU YANG


PALING BERJAYA. BUKTIKAN
F1 - Penubuhan Zone of Peace, Free and Neutrality (ZOPFAN)
F2 - Menjadikan rantau Asia Tenggara tidak bersekongkol dengan manamana blok
F3 - Membentuk kerajaan demokratik Campuran Kampuchea bagi mengatasi pencerobohan
Vietnam ke atas Kampuchea
F4 - Menjadikan ASEAN kawasan bebas senjata nuklear
F5 - Membentuk kerjasama ekonomi dalam projek baja urea di Bintulu/ Acheh
F6 - Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN/ AFTA
F7 - Memperluaskan kerjasama ekonomi dengan China, Jepun dan Korea Selatan melalui
Perundingan Ekonomi Asia Timur
F8 - Memperkenalkan konsep ASEAN + 3 merujuk kerjasama ASEAN dengan China/ Jepun/
Korea Selatan
F9 - Penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
F10 - Penubuhan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik / RECSAM di Pulau Pinang
F11 - Kerjasama dalam festival kebudayaan dan kesenian
F12 - Penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN
F13 - Pertukaran dalam rancangan radio dan televisyen
F14 - Sukan SEA
F15 - Mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada 1992

You might also like