You are on page 1of 6

D I M E N S I KO O P

PENYELESAIAN
PERTIKAIAN ALTERNATIF:
SOLUSI LUAR
MAHKAMAH
Norbiha Kasmuri
Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah
norbiha@ikma.edu.my

76 � BIL. 71 � 2/2022
D I M E N S I KO O P

Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti boleh


menyebabkan konflik dan pertikaian. Faktor-faktor
tersebut dapat digolongkan sebagai faktor biologi,
psikologi, demografi, geografi, sosioekonomi dan
budaya. Namun apa yang dikatakan konflik atau
pertikaian dalam masyarakat lebih bertumpu
kepada faktor budaya dan sosioekonomi.

Sering kali konflik dan pertikaian yang berlaku


adalah berpunca daripada pihak-pihak yang terlibat
hendak cuba mempertahankan hak mereka
dengan niat untuk menjaga kepentingan masing-
masing. Undang-undang dicipta untuk memenuhi
keperluan individu dan juga masyarakat (Freeman,
2008). Undang-undang juga merupakan jurutera
sosial yang memantau segala keperluan dan
kemahuan masyarakat telah dicapai (Syed Ahmad
Pengenalan
Idid, 2005). Hasilnya, dua bentuk penyelesaian

K
telah dicipta bagi menyelesaikan konflik dan
onflik atau pertikaian ialah sesuatu yang
pertikaian tersebut. Dua bentuk penyelesaian
boleh terjadi kepada individu, kumpulan,
tersebut ialah perbicaraan di mahkamah dan
organisasi mahupun masyarakat. Konflik
kaedah penyelesaian pertikaian alternatif.
atau pertikaian boleh ditafsirkan dan difahami dari
pelbagai sudut. Hakikatnya konflik atau pertikaian
merupakan suatu sifat semula jadi yang wujud Penyelesaian Pertikaian Alternatif
pada manusia. Konflik atau pertikaian sentiasa (ADR)
bersama dan berkembang secara dinamik seiring
dengan perkembangan manusia. Pemahaman Kebiasaannya, mahkamah merupakan forum
terhadap konflik dan pertikaian akan memudahkan penyelesaian pertikaian yang diguna pakai oleh
proses pengawalan, perubahan dan penyelesaian pihak yang berkontrak sekiranya berlaku sebarang
kepada masalah yang wujud. pertikaian, ketidakadilan, permasalahan dan
sebagainya. Dalam hal ini, mahkamah dilihat sebagai
Menurut Deutsch (1990), konflik atau pertikaian forum konvensional di mana mahkamah sering
timbul akibat ketidaksetujuan dan ketidaksesuaian dipilih sebagai forum utama dalam menyelesaikan
tingkah laku. Ini menyebabkan timbulnya apa –apa pertikaian yang timbul. Selain penggunaan
pertentangan, tiada persetujuan, kontroversial mahkamah sebagai penyelesai pertikaian,
atau pertentangan antara dua belah pihak atau terdapat juga penyelesaian pertikaian alternatif
lebih. Selain itu, konflik atau pertikaian juga berlaku atau alternative dispute resolution (ADR) yang
apabila ada perbezaan matlamat, nilai persepsi di merupakan mekanisme penyelesaian pertikaian
antara dua pihak yang lazimnya mengakibatkan yang lebih mudah dan cepat. ADR merupakan satu
tercetus pertentangan interaksi di antara mereka. mekanisme penyelesaian pertikaian yang dijalankan

77 � BIL. 71 � 2/2022
D I M E N S I KO O P

yang diterapkan ialah memenuhi keperluan semua mengadakan peruntukan bagi timbang tara.
pihak sejajar dengan matlamat yang diaplikasikan Walaupun pihak-pihak yang terlibat sering
oleh kaedah ini. Kaedah ini telah digunakan oleh tidak memasukkan fasal mengenai kaedah
orang Islam untuk menyelesaikan perbezaan timbang tara dalam perjanjian mereka, tetapi
mereka secara baik dan kaedah ini telah disebut itu tidak menunjukkan pihak-pihak itu tidak
dan digalakkan dalam sumber perundangan bersetuju untuk memilih menggunakan
Islam. Ini kerana Islam merupakan agama yang kaedah timbang tara dalam sesuatu konflik.
mementingkan keamanan daripada permusuhan
serta prinsip bertolak ansur daripada konfrontasi. Kaedah timbang tara merupakan salah satu
pendekatan yang boleh mengurangkan
i) Kaedah Timbang Tara masa dan kos perbelanjaan untuk mencapai
Menurut Syed Khalid Rashid (2004), satu penyelesaian. Terdapat satu istilah
Islam menggalakkan masyarakat untuk yang mengatakan kaedah timbang tara
menyelesaikan permasalahan mereka secara ini merupakan ‘businessman’s method of
baik dan bukannya dalam cara mewujudkan resolving disputes’ yang ditadbir oleh kerajaan
permusuhan. Oleh itu, dalam Islam, kita negeri, undang-undang persekutuan, dan
digalakkan untuk menggunakan proses berdasarkan peraturan-peraturan timbang
ini bagi menyelesaikan pertikaian. Kaedah tara. Menurut Bennett (2000), prosesnya
ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam adalah neutral, seperti seorang hakim yang
sistem pengadilan. Penggunaannya telah berkhidmat sebagai pencari fakta dan pemberi
banyak diamalkan di seluruh dunia termasuk keputusan serta menyediakan pihak-pihak
Malaysia. Kaedah penyelesaian pertikaian yang terlibat akan penilaian merit mengenai
alternatif di Malaysia mula dirasmikan semua aspek dalam kes tersebut.
dengan pengenalan Akta Timbang Tara 1952
yang kemudiannya digantikan dengan Akta Timbang tara adalah kaedah ADR yang
Timbang Tara 2005. melibatkan orang yang berselisihan
membentangkan kes mereka di hadapan
Menurut Guest (1979), setiap jenis penimbang tara yang bebas, tidak berat
pemasalahan atau pertikaian yang boleh sebelah dan merupakan pakar yang
diselesaikan dengan cara mengambil mempunyai pengetahuan undang-undang.
tindakan undang-undang boleh juga Penimbang tara ini akan membuat keputusan
diselesaikan dengan kaedah timbang tara setelah melakukan pemeriksaan fakta-
iaitu apabila melibatkan pemasalahan atau fakta dalam kes itu. Jika pihak-pihak yang
pertikaian dalam perniagaan, perdagangan terlibat telah bersetuju, keputusan tersebut
antarabangsa, insurans, sekuriti dan akan mengikat mereka. Berlainan dengan
teknologi untuk hubungan buruh, pekerjaan, kaedah pengantaraan iaitu merupakan satu
alam sekitar, dasar awam, penyelewengan proses di mana pihak ketiga akan menjadi
dalam perubatan dan undang-undang pihak yang neutral bagi pihak-pihak yang
keluarga. Terdapat berjuta-juta kontrak berselisihan untuk mencapai penyelesaian
komersil yang mengandungi klausa untuk yang dipersetujui bagi konflik mereka.

78 � BIL. 71 � 2/2022
D I M E N S I KO O P

ii) Kaedah Pengantaraan iii) Kaedah Sulh


Kaedah pengantaraan merupakan suatu Menurut Azahari (2005), Majallah Al-Ahkam
proses penyelesaian pertikaian secara Al-Adliyyah menerangkan sulh sebagai akad
sukarela di mana pihak-pihak yang terlibat, yang menamatkan pertikaian secara sukarela
bersetuju untuk membenarkan pihak ketiga dan redha meredhai. Buang (2002) pula
untuk membantu mereka. Tugas seorang menerangkan bahawa sulh dalam terma
pengantara itu adalah dengan mengenal pasti yang lain ialah kaedah pengantaraan. Kaedah
isu-isu yang mengutamakan kepentingan pengantaraan boleh didefinisikan sebagai
b e r s a m a . Pe n g a n t a r a a k a n b e r t i n d a k “proses di mana satu pihak (pihak ketiga atau
sebagai seseorang yang memudahkan, mediator) membantu dua pihak yang bertikai
menyediakan pilihan alternatif dan bertindak antara satu sama lain berunding dan mencapai
untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. penyelesaian secara damai”.
Pengantara juga bertindak mencari jawapan
ke atas isu-isu yang diterima daripada pihak- Penggunaan kaedah sulh di Mahkamah Syariah
pihak yang berselisihan. Akan tetapi, pihak telah pun dilakukan oleh Jabatan Kehakiman
pengantara tidak mempunyai kuasa untuk Syariah Malaysia. Penubuhan Manual Sulh
membuat keputusan yang muktamad. Tiada telah diwujudkan pada 2002. Manual Sulh
unsur paksaan diterapkan dalam kaedah ini mengandungi prosedur-prosedur kaedah
pengantaraan ini (Bing, 2010). pengantaraan, perdamaian dan juga kerangka
tata kelakuan (code of conduct) bagi pegawai-
Bukhari (2003) menyatakan pada tahun 1995, pegawai kehakiman yang menjalankan sulh.
Majlis Peguam Malaysia telah menubuhkan
satu Jawatankuasa Kaedah Penyelesaian
Penyelesaian Pertikaian dalam
Alternatif yang berfungsi sebagai pusat
Koperasi
pengantaraan di Malaysia. Pusat tersebut
ialah Malaysian Mediation Centre (MMC)
Koperasi juga merupakan sebuah entiti yang tidak
yang ditubuhkan pada 6 November 1999
terkecuali berdepan dengan pelbagai konflik dan
dan bertujuan untuk menyelesaikan
pertikaian. Ini adalah kerana koperasi juga bebas
permasalahan dalam bidang sivil secara
untuk menjalankan aktiviti seperti yang termaktub
kaedah pengantaraan. Proses pengantaraan
dalam undang-undang kecilnya dan ditadbir oleh
yang ditakrifkan oleh MMC merupakan
komponen manusia. Setiap kes, konflik atau
proses yang dilakukan secara sukarela di
pertikaian yang berlaku perlu dikaji terlebih dahulu
mana terdapat satu pihak ketiga yang akan
untuk diselesaikan di peringkat yang bersesuaian.
bertindak sebagai pengantara (mediator) dan
Dalam aspek pertikaian yang melibatkan koperasi,
akan membantu pihak-pihak yang terlibat
jelas dinyatakan dalam seksyen 82 Akta Koperasi
dalam menyelesaikan permasalahan mereka
1993 menyatakan jika pertikaian yang menyentuh
secara baik. Timbang tara (arbitration) dan
penubuhan, undang-undang kecil, pemilihan
pengantaraan (mediation) merupakan kaedah
pegawai-pegawai, perjalanan mesyuarat-
ADR yang sering diamalkan dalam pertikaian
mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan
kewangan di Malaysia.
sesuatu koperasi berbangkit:-

79 � BIL. 71 � 2/2022
D I M E N S I KO O P

(a) di kalangan anggota-anggota, bekas anggota- Dalam konteks seksyen 82(3) ini dapat dilihat
anggota dan orang yang menuntut melalui bahawa kuasa mutlak adalah di bawah Suruhanjaya
anggota, bekas anggota-anggota dan anggota- untuk menentukan cara bagaimanakah sesuatu
anggota yang mati; pertikaian itu boleh dilaksanakan. Jelas juga di
(b) di antara seseorang anggota, bekas anggota, sini pendekatan ADR ada ditawarkan melalui
atau orang yang menuntut melalui seorang seksyen ini. Walaupun dalam Akta Koperasi
anggota, bekas anggota atau anggota yang 1993 menyatakan bahawa pertikaian hendaklah
mati dengan koperasi itu; Lembaganya, atau dirujukkan kepada Suruhanjaya, sekiranya isu
mana-mana pegawai koperasi itu; atau konflik itu dapat diselesaikan dengan baik
(c) di antara koperasi itu atau Lembaganya dan damai antara dua pihak secara dalaman,
dengan mana-mana pegawai koperasi itu; atau maka sebaiknya tidak perlulah diajukan kepada
(d) di antara koperasi itu dengan mana-mana Suruhanjaya, namun sebaliknya jika ia kes yang
koperasi lain; kompleks dan teknikal maka mungkin ia perlu
(e) pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada dibawa ke muka pengadilan untuk ditimbang dan
Suruhanjaya bagi keputusannya. diadili dengan sewajarnya.

Seksyen 82 (3) pula menyatakan Suruhanjaya Di sinilah kebijaksanaan pemimpin koperasi yang
boleh, apabila diterimanya rujukan di bawah diterajui oleh anggota lembaga koperasi boleh
subseksyen (1) – memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan
(a) memutuskan sendiri pertikaian itu; sesuatu konflik yang berlaku. Sebagai contoh,
(b) merujukkannya kepada seorang penimbang koperasi boleh mewujudkan Jawatankuasa
tara atau penimbang tara-penimbang tara bagi Pengurusan Konflik secara dalaman atau atau apa-
dibereskan; apa jawatankuasa atau badan yang bersesuaian
(c) merujuk pertikaian itu kepada Tribunal yang sebagai satu kaedah bagi menangani sebarang
ditubuhkan bawah Seksyen 83; atau konflik yang timbul dan untuk mengelakkan konflik
(d) menghendaki pihak-pihak yang berkaitan itu menjadi lebih kompleks dan sukar untuk dikawal.
merujukkan pertikaian itu ke Mahkamah. Ini juga adalah merupakan sebahagian daripada
kawalan dalaman koperasi untuk mengurangkan
Jelas di sini bahawa setiap organisasi atau entiti risiko terjadinya konflik atau pertikaian.
yang berhadapan dengan konflik atau pertikaian
harus bijak dalam mencari jalan penyelesaian dan Begitu juga dalam kebanyakan kontrak perniagaan
berpandukan pada punca kuasa perundangan yang yang dimeterai oleh koperasi dengan pihak ketiga
ditetapkan bagi entiti tersebut. Dalam konteks terdapat klausa dalam perjanjian yang menyatakan
pertikaian koperasi, menurut Akta Koperasi 1993 di mana sekiranya berlaku perselisihan atau
ia hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya dan di sini pertikaian akan dirujuk pada Jawatankuasa
pihak Suruhanjaya boleh menggunakan punca kuasa Penyelesaian Pertikaian. Ayat di dalam klausa
di bawah seksyen 82(3) sama ada memutuskan perjanjian tersebut biasanya berbunyi… Apa-apa
sendiri pertikaian tersebut, merujuknya kepada hal, pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada
penimbang tara atau merujuk kepada tribunal atau berkenaan dengan Perjanjian ini hendaklah
sekiranya perbicaraan perlu dijalankan dan boleh diselesaikan secara baik oleh kedua-dua Pihak.
merujukkan pertikaian itu ke mahkamah. Pada kebiasaannya komposisi Jawatankuasa

80 � BIL. 71 � 2/2022
D I M E N S I KO O P

Penyelesaian Pertikaian ini terdiri daripada wakil


kedua belah pihak yang mewakili Perjanjian ini
(secara dalaman) dan akan diselesaikan dengan Sebagai contoh, koperasi
baik melalui perbincangan dan rundingan bersama.
boleh mewujudkan
Sekiranya kata sepakat masih tidak boleh dicapai,
maka ia akan dirujuk kepada penimbang tara Jawatankuasa Pengurusan
untuk mencari jalan penyelesaian mengikut Konflik secara dalaman atau
tatacara yang ditetapkan. Jelas di sini penggunaan
penyelesaian pertikaian alternatif digunakan atau apa-apa jawatankuasa
dalam perniagaan koperasi dan bukanlah sesuatu atau badan yang bersesuaian
yang asing bagi mencari solusi di luar mahkamah
dan ia merupakan jalan terbaik bagi kedua-dua
sebagai satu kaedah bagi
pihak di samping lebih cepat dan menjimatkan kos. menangani sebarang konflik
yang timbul dan untuk
Penutup mengelakkan konflik itu
Kedua-dua bentuk penyelesaian ini iaitu menerusi menjadi lebih kompleks dan
perbicaraan di mahkamah dan kaedah ADR telah sukar untuk dikawal.
lama diiktiraf amalannya. Tujuannya adalah untuk
menjadikan kehidupan masyarakat sejagat sentiasa
dalam keadaan aman dan harmoni. Namun begitu,
sekiranya ada pelanggaran terhadap keharmonian hendaklah juga secara sukarela tanpa sebarang
tersebut, perkara tersebut akan merujuk kepada paksaan dan ia hendaklah dalam keadaan ‘menang-
bentuk-bentuk penyelesaian ini. Kaedah ADR menang’ atau ‘win-win situation’. Akhir sekali,
boleh dirujuk dalam urusan peribadi atau rasmi persetujuan yang dicapai dapat mengekalkan
pihak-pihak yang terlibat. Akan tetapi, apabila sifat hormat dan hubungan kemasyarakatan yang
melibatkan kesalahan jenayah, penyelesaian akan berpanjangan. Oleh hal yang demikian, kaedah
ditentukan menerusi perbicaraan di mahkamah. ADR ini semakin menjadi pilihan bagi pihak-pihak
Ringkasnya, persetujuan penyelesaian bergantung yang bertelingkah mendapatkan penyelesaian.
kepada peranan yang dilaksanakan oleh pihak Kaedah ini mengamalkan prosedur yang fleksibel,
hakim ataupun pihak orang tengah. Namun begitu, kepakaran yang kreatif dalam bidang yang
kelebihan menyelesaikan pertikaian menerusi tertentu dan suasana yang lebih harmoni di
kaedah ADR lebih banyak berbanding dengan mana pihak-pihak yang terlibat dapat menyertai
melalui proses perbicaraan di mahkamah. secara langsung dalam mencapai penyelesaian
bersama. Kelebihan-kelebihan ini tidak akan wujud
Antaranya, campur tangan pihak ‘orang tengah’ semasa melakukan penyelesaian di mahkamah.
hendaklah neutral dan tidak memihak kepada Ini kerana pertikaian dan hujahan penyelesaian
mana-mana parti. Selain itu, terdapat penjimatan dilakukan menerusi para peguam dan keputusan
masa dan kos apabila menyelesaikan dengan yang ditentukan oleh hakim akan hanya berpihak
kaedah ini. Keperluan untuk mencapai penyelesaian kepada salah satu pihak sahaja.

81 � BIL. 71 � 2/2022

You might also like