You are on page 1of 19

SULH

Apa itu Dalam


SULH?? perundangan
sivil ianya
Al-sulh di dalam disebut
Bahasa arab ialah mediation. Para
‘putus ulama’ fiqh
pertengkaran’ yang mentakrifkan
bermaksud al-sulh sebagai
kompromi satu ikatan
perjanjian atau
kontrak
Pengertian SYARAK bersama untuk
bermaksud suatu mencapai
perjanjian yang kompromi
dimerterai bagi perdamaian
menyelesaikan antara dua atau
perselisihan di antara lebih, pihak
pihak-pihak yang yang berselisih
beragama Islam faham
ang
AL-SULH DARI SUDUT
PERUNDANGAN ISLAM

Di dalam Al-quran ayat 128 Surah Di dalam al-sunnah sebagaimana sabda


An-Nisa yang berkaitan dengan Rasulullah S.W.T yang bermaksud:
perundangan Sulh atau perdamaian “ Perdamaian ( Sulh ) atau kompromi adalah
antara suami isteri. Terjemahan ayat perkara harus antara orang-orang Islam,
tersebut adalah seperti berikut: kecuali Sulh untuk menghalalkan perkara
“ Dan jika seorang wanita khuatir haram dan mengharamkan perkara halal ”
akan nusyuz atau sikap tidak acuh
daripada suaminya, maka tidak Dalam Ijma’(Hadith riwayat Ibn
mengapa bagi keduanya Hibban) Para ulama sepakat
mengadakan perdamaian yang memperundangkan sulh ini
sebenarnya dan perdamaian itu memandangkan kebanyakan
adalah baik….(Ayat 128 Surah An- kontrak ada faedahnya
Nisa’) termasuklah menyelesaikan
perselisihan dan pertelingkahan
suami-isteri.
TATACARA PELAKSANAAN SULH DI MAHKAMAH SYARIAH

Pelaksanaan prosiding sulh bermula apabila di Mahkamah


menerima setiap permohonan cerai atau sesuatu tuntutan
akibat perceraian seperti nafkah eddah, nafkah anak dan
hak penjagaan anak di antara pihak suami dan isteri atau
golongan yang mempunyai pertalian sekitarnya.

Menurut kaedah-kaedah Tatacara Mal (Sulh) 2003


Mahkamah Syariah, beberapa prosedur akan dijalankan
oleh pihak Ketua Pendaftar / Pendaftar Mahkamah Syariah
terhadap pihak-pihak yang baru mendaftarkan permohonan /
tuntutan kes.
PROSEDUR 1

Ketua Pendaftar / Pendaftar selaku Pengerusi Sulh akan


menetapkan tarikh bagi Majlis Sulh yang akan dihadiri
oleh kedua-dua pihak dalam kes berkenaan, tidak lewat
dua minggu sebelum penetapan tarikh sebutan kes.

Perlu diingat, kegagalan mana-mana pihak dalam


menghadiri majlis Sulh boleh dikenakan tindakan
Penghinaan Mahkamah. Ketua Pendaftar boleh
mengarahkan mana-mana sesuatu kes yang baru
didaftarkan.
PROSEDUR 2

Setelah kedua-dua pihak hadir dalam Majlis Sulh, Pegawai


Sulh akan menjalankan acara taa’ruf ringkas dan
menerangkan tujuan dan konsep Sulh kepada pihak-pihak
sehingga mereka benar-benar memahaminya.

Semasa majlis ta’aruf awal ini, pihak-pihak digalakkan


mengemukakan sebarang persoalan sama ada berkaitan
Hukum Syarak dan perundangan Undang-undang Keluarga
Islam kepada Pegawai Sulh bagi membangkitkan
kefahaman kedua-dua pihak.
PROSEDUR 3

Setelah ta’aruf awal, setiap pihak dibenarkan bercakap


dan mengemukakan keterangan mengikut giliran. Proses
ini memerlukan suasana tenang di antara pihak-pihak
dan dijalankan dalam keadaan sopan. Pihak-pihak tidak
dibenarkan menyerang peribadi pihak lawan. Sebelum
majlis Sulh dimulakan, pihak-pihak diminta membuat
akujanji akan mematuhi peraturan-peraturan ini.
t 4
PROSEDUR
Setelah diadakan Majlis Sulh peringkat awal di atas, Pegawai Sulh
akan menyusun dan mengurus maklumat yang diperolehi bagi
menentukan:

1- Isu atau masalah yang perlu diselesaikan


2- Kedudukan pihak-pihak yang bertikai;
3- Kepentingan mereka;
4- Alternatif (Opsyen) penyelesai

Proses perbincangan bersama di antara pihak-pihak bertikai akan


diadakan semasa proses ini. Namun, terpulang kepada keperluan
Pegawai Sulh sama ada ingin mengadakan Pertemuan Sebelah
Pihak (Kaukus) berpandukan kepentingan kedua-dua belah pihak.
Perlu diingat,segala catatan Pegawai Sulh adalah RAHSIA (Private &
Confidential) daripada mana-mana pihak sama ada hakim yang
mendengarkan sebutan kes nanti.
Akta Tatacara Mal Akta Undang-
Mahkamah PERUNTUKAN undang Keluarga
Syariah (Wilayah UNDANG- Islam (Wilayah-
–wilayah UNDANG wilayah
Persekutuan) Persekutuan)
1998. 1984

Kaedah-kaedah
Tatacara Mal
(Sulh) Wilayah-
wilayah
Persekutuan 2003
TUNTUTAN & PERMOHONAN YANG
BOLEH MELALUI SULH
Antara Tuntutan atau Permohonan yang boleh diselesaikan melalui
kaedah Sulh adalah :

i. Tuntutan kerana melanggar janji untuk berkahwin / pertunangan.


ii. Tuntutan-tuntutan berbangkit dari suatu penceraian seperti :
- Muta’ah
- Nafkah ‘Iddah
- Nafkah Tertunggak
- Harta Sepencarian
- Hutang Maskahwin
- Hal-hal lain yang difikirkan munasabah
iii. Tuntutan Hak Jagaan Anak (Hadhanah) dengan melihat
kepentingan anak-anak tersebut dalam tempoh perkahwinan
mahupun selepas perceraian.
iv. Tuntutan Nafkah Anak.
v. Permohonan Perlaksanaan Perintah Mahkamah.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN
SULH BERJAYA

1. Kedua-dua pihak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan


tuntutan di luar mahkamah.
2. Kedua-dua pihak sedia memberi dan menerima serta boleh
berunding secara ikhlas dan terbuka bukannya secara emosi,
prejudis atau membalas dendam.
3. Kedua-dua pihak sedar bahawa penyelesaian adalah bagi
kepentingan-kepentingan pada masa hadapan.
4. Kedua-duanya sedar pro dan kontra jika kes dibawa kepada
perbicaraan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN
SULH GAGAL

1. Salah satu pihak atau kedua-duanya tidak ada keupayaan untuk


membuat sebarang keputusan.
2. Salah satu pihak atau kedua-dua tidak memberikan kerjasama dan
komitmen sebenar untuk menyelesaikan pertikaian.
3. Salah satu pihak atau kedua-dua tiada persediaan sewajarnya.
4. Salah satu pihak atau kedua-duanya tiada maklumat untuk
membuat keputusan.
PERBEZAAN DI ANTARA SULH,
PERUNDINGAN,
(BIASA), HAKAM DAN
TIMBANGTARA / PERBICARAAN
SULH
► Mudah diadakan-dibuat atas kehendak bersama dan sukarela.
► Sukarela (bebas mengambil bahagian dan bebas tidak membuat
keputusan – perbincangan melihat kepada kepentingan dan
keperluan pihak-pihak hasilnya penyelesaian secara damai) .
► Rahsia (antara pihak-pihak dan Pegawai Sulh sahaja- isu
perbincangan adalah masa depan).
► Mempermudah (Pegawai Sulh hanya membantu dan memandu
perundingan tetapi pihak-pihak yang membuat keputusan) –
proses tidak formal dan fleksible serta pihak-pihak menyertai
perbincangan sepenuhnya.
PERUNDINGAN ( BIASA )
► Pihak-pihak tidak sama kuat & biasanya terputus-putus.
► Tiada pihak yang memandu & mengatur / mengurus perundingan.
► Terdedah kepada banyak faktor luar.

HAKAM
► Pihak-pihak menyerahkan sepenuhnya kepada ( hakam ) untuk
membuat keputusan bagi pihak mereka.
TIMBANGTARA DAN
PERBICARAAN
► Bersifat bermusuhan (keterangan yang diberi untuk menegakkan hak
masing-masing sahaja)
► Keputusan penimbangtara / hakam.
► Fokus masa lampau – apa yang telah berlaku.
► Proses formal – ada prosedur khas.
► Penyertaan pihak-pihak adalah terhad sesuai prosedur yang ada.
KELEBIHAN-KELEBIHAN SULH
1. Dapat menjimatkan kos dan masa pihak-pihak.
2. Perundingan adalah bersifat terpimpin bukannya dominasi sebelah
pihak.
3. Perundingan melihat kepentingan masa akan datang pihak-pihak
bukannya mengungkit dan menyalahkan pihak lain.
4. Penyelesaian secara terbuka dan sukarela (keredaan) bukannya
melepaskan dendam. Dengan kata lain bersifat win-win situation.
PROSEDUR AKHIR SULH
Pegawai Sulh akan memutuskan sama ada sulh yang dijalankan
berjaya sepenuhnya ataupun tidak. Sekiranya Sulh berjaya, Pegawai
Sulh akan menderaf satu Perjanjian Penyelesaian yang dipersetujui
kedua-dua pihak dan akan dikemukakan kepada Hakim untuk
endorsement perjanjian tersebut sebagai satu Perintah Persetujuan.

You might also like