You are on page 1of 2

Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman pada abad ke-19.

[20]

Pendahuluan
- Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan
barangan daripada penggunaan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia.
- Revolusi Perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah, iaitu selepas Revolusi Perindustrian di England. Revolusi di Jerman
bermula pada tahun 1860-an hingga tahun 1914.

Isi
- Penyatuan Jerman 1871.
- Kemajuan pertanian.
- Pengenalan Sistem Guild.
- Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar.
- Dasar kerajaan.
- Penubuhan institusi koperatif.

Kesimpulan
- Pelbagai faktor yang membawa kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman pada abad ke-19.
- Perkembangan ini membawa Jerman kepada negara perindustrian yang disegani di Eropah.

Jawapan Lengkap
Masyarkat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. Masyarakat industri juga merujuk kepada
masyarakat yag terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin. Masyarakat industri di Jerman lahir
selepas revolusi industri di England. Revolusi ini bermula pada tahun 1860-an hingga tahun 1914. Kesan daripada revolusi ini. Kerajaan telah
memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebjh
banvak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

Penyatuan Jerman pada tahun 1871 memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat industri di Jerman. Penyatuan ini membolehkan
negeri-negeri di bawah naungan Jerman menerima kuasa persekutuan yang berada di tangan Bismark. Semua hal yang berkaitan dengan
mata wang, sistem perbankan, undang-undang, dan sebagainya telah disatukan. Keadaan ini membolehkan kerajaan Jerman memberi
perlindungan kepada bidang perindustrian. Selain itu, kerajaan turut memberi galakan kepada perkembangan sektor tersebut. Perkembangan
ini memainkan peranan dalam kelahiran masyarakat industri di Jerman.

Kemajuan dalam bidang pertanian memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat industri di Jerman. Perkembangan pesat dalam
bidang pertanian disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi pertanian. Penemuan kaedah saintifik menyebabkan berlaku peningkatan dalam
pengeluaran hasil pertanian. Sebagai contoh, Humpry Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.
Selain itu, terdapat juga uji kaji yang dijalankan untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman. Contohnya pada tahun
1840, Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan atau baja kimia.

Sistem guild memainkan peranan melahirkan pekerja-pekerja industri yang mempunyai kemahiran. Pekerja-pekerja industri dikehendaki
bekerja dan menimba pengalaman dalam sesebuah guild sebelum melibatkan diri dalam pekerjaan. Walau bagaimanapun keistimewaan dan
monopoli yang dimiliki oleh guild dihapuskan melalui Peraturan 1811.

Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar telah membawa kepada pertambahan penduduk bandar. Kebanyakan
kawasan perindustrian terletak di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin. Penduduk dl kawasan ini bertambah sekali ganda dan turut
membawa pertambahan dalam permintaan peluang pekerjaan. Selain itu, pertambahan penduduk di Jerman juga membantu kepada
perkembangan perindustrian. Pertambahan penduduk membolehkan penawaran buruh yang murah dalam sektor perkilangan.

Pada abad ke-19, jumlah penduduk Jerman telah meningkat daripada 23 juta orang kepada 56 juta orang. Pertambahan penduduk
Jerman ini memperlihatkan bahawa satu pertiga daripada penduduknya merupakan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Kelebihan ini telah
membawa kepada penawaran buruh kanak-kanak yang tinggi dalam pasaran perindustrian.

Pada tahun 1879, Jerman bertindak menamatkan dasar perdagangan bebas. Selaras dengan perubahan ini, kerajaan mula memberi
perlindungan kepada sektor perindustrian. Kerajaan Jerman memberi banyak bantuan modal dalam pembinaan kemudahan infrastruktur.
Antaranya, pembinaan jalan raya, terusan, dan landasan kereta api. Seterusnya, perkembangan dalam perkhidmatan komunikasi seperti
pejabat pos dan telegraf. Selain itu, kerajaan juga memberi suntikan modal dan beberapa undang-undang diperkenalkan yang membolehkan
perkembangan ekonomi di Jerman pada abad ke-18. Misalnya, kadar tarif pada tahun 1879 yang diperkenalkan oleh Jerman turut menyokong
perkembangan ekonomi.

Matlamat utama penubuhan institusi koperatif adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada penduduk di kawasan luar bandar.
Misalnya, Persatuan Kredit Schulze Delitzsch yang menyediakan bantuan kewangan bagi masyarakat luar bandar. Pada tahun 1911, terdapat
25 000 kesatuan kredit di Jerman dengan empat juta ahli. Perkembangan ini membawa kepada kemunculan banyak industri di Jerman.

Kesimpulannya, pelbagai faktor yang membawa kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman pada abad ke-19. Perkembangan ini
menjadikan Jerman sebuah negara perindustrian yang disegani di Eropah.

You might also like