You are on page 1of 1

CIRI-CIRI KERAJAAN KESATUAN DI PERANCIS

Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas kepada kerajaan
pusat dan mengehadkan kuasa kepada kerajaan tempatan(local government). Di negara
Perancis,kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan, boleh mengubah
sempadan dan kuasa dan juga boleh membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh
peringkat negeri atau wilayah.

Antara ciri nagara kesatuan Perancis ialah kerajaan pusat. Kerajaan pusat. Kerajaan pusat
mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan. Kerajaan pusat boleh mengubah sempadan
dan kuasa dan juga boleh membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat negeri
atau wilayah. Dalam negara kasatuan Perancis juga kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk
menguruskan seluruh pemerintahan di negara Perancis.

Ciri negara kesatuan Perancis seterusnya ialah petadbiran wilayah. Bagi memudahkan
pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara kepada beberpa wilayah atau
cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini merupakan wakil kerajaan
pusat. Walau bagaimanapun, kuasa ini boleh ditarik balik oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini
adalah merupakan system sentralisasi iaitu pemerintah pusat memiliki kedudukan penuh untuk
menyelenggarakan urusan dari pusat ke wilayah.

Ciri negara kesatuan Pernacis yang lain ialah pemerintahan wilayah. Pemerintahan wilayah
hanya melaksana ketetapan yang diputuskan oleh kerajaan pusat. Setelah system pemerintahan
beraja dan system feudal dihapuskan di Pernacis, pada tahun 1790 pentadbran baharu telah
dibentuk. Negara Perancis telah dibahagikan kepada 83 department(wilayah) dan setiap wilayah
dibahagikan pula kepada cantons(daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada commune.

Ciri negara kesatuan Perancis juga ialah pentadbiarn department. Pentadbiran department
akan diketuai oleh Prefect yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefect bertanggungjawab secara
langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di
kawasan tempatan. Di setiap department telah ditibuhkansebuah majlis, iaitu General Council. Ahli-
ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi tempatan yang
menghuungkan penduduk tempatan denagan kerajaaan pusat.

Ciri terakhir negara kesatuan Perancis ialah pentadbiran commune. Commune berperanan
untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk Bandar(mayor) sebagai ketua eksekutif.
Datuk Bandar pula akan dibantu oleh majlis Majlis Bandaran(municipal council). Institusi commune
berperanan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti
meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk dan menguruskan pendaftaran
perkahwinan. Commune merupakan instuitusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan
kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya,
polis tempatan dan sebagainya. Datuk Bandar berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang
tempatan, mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja di kawasannyadan sebagainya.
Walaupun bagaimanapun, segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah
atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Kesimpulannya, pemerintahan berbentuk kesatuan diperkenalkan dan diamalkan di Perancis


bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaan golongan pemerintah dan hal ini terbukti walaupun
autonomi diberikan kepada pentadbir-pentadbir di peringkat wilayah, namun kekuasaan amat
terbatas, sebarang dasaryang ingin dilaksankan perlu selari dengan peringkat pusat dan seandainya
bercanggah, ia terbubar dengan sendirinya.

You might also like