You are on page 1of 16

Kemunculan kerajaan

republik di perancis
Latar belakang

▪ Revolusi perancis – peristiwa politik yang amat signifikan dalam


sejarah eropah pada abad ke 18
▪ Meletus pada tahun 1789 – perubahan dalam sistem politik.
▪ Antara perubahan yang berlaku ekoran daripada Revolusi Perancis
ialah system beraja dan feudal dihapuskan, hak-hak bangsawan
ditamatkan dan melahirkan semangat nasionalisme.
▪ Kesan – wujud system pemerintahan republic di Perancis
menggantikan system beraja.
PEMBENTUKAN KERAJAAN
REPUBLIK PERANCIS
Persidangan Parlimen Perancis
▪ Tahun 1789 – Neckar menasihati Raja Louis XVI untuk mengadakan persidangan
parlimen perancis.
▪ Raja louis XVI bersetuju untuk mengadakan persidangan parlimen di Versailles pada 5
Mei 1789.
▪ Persidangan diadakan julung kali selepas 175 tahun parlimen perancis tidak diadakan.
▪ Persidangan tersebut gagal kerana perbezaan pendapat dalam ketiga-tiga dewan
parlimen.
▪ Timbul percanggahan pendapat berhubungan dengan cara pengundian dilakukan.
▪ Dalam persidangan yang diadakan sebelum ini,setiap dewan mempunyai 1 undi
dalam dewan parlimen Perancis.
▪ Sistem pengundian ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota Dewan
Ketiga yang mewakil 96% rakyat Perancis.
▪ Walaupun mempunyai bilangan anggota yang ramai dalam Parlimen,namun usul yang
dibawakan oleh Dewan Ketiga dikalahkan oleh Dewan Pertama dan Kedua.
▪ Dewan Ketiga menuntut agar setiap anggota diberikan satu undi yang berasingan dan
bukan tiap-tiap dewan diberikan satu undi keseluruhan.
▪ Dewan Ketiga juga menuntut agar ketiga – tiga dewan mengadakan persidangan
Bersama dan undian majoriti harus diterima.
▪ Tuntutan Dewan Ketiga tidak diterima oleh Raja Louis XVI.
Penubuhan Perhimpunan Kebangsaan
▪ Selepas Raja Louis XVI menolak usul tersebut,Dewan Ketiga mengisytiharkan penubuhan
Perhimpunan Kebangsaan pada 17 Jun 1789.
▪ Dewan Pertama dan Dewan Kedua dijemput sekali untuk menyertai Perhimpunan
Kebangsaan.
▪ Dewan Ketiga mendakwa bahawa mereka mempunyai hak untuk bersuara dan bertindak
bagi seluruh Perancis.
▪ Perkembangan ini menandakan bermula perselisihan antara Dewan Ketiga dengan
golongan bangsawan,paderi dan raja.
Peristiwa Sumpah Gelanggang Tenis

▪ Marie Antoinette mahu tindakan tegas diambil oleh Raja Louis terhadap anggota
Dewan Ketiga.
▪ Atas desakan Marie Antoinette,baginda menutup dewan persidangan kepada anggota
Dewan Ketiga.
▪ Perkembangan ini menyebabkan anggota Perhimpunan Kebangsaan mengadakan
pertemuan di Gelanggang Tenis pada 20 Jun 1789.
▪ Dalam pertemuan itu,mereka mengangkat sumpah untuk terus mengadakan
persidangan sehingga perlembagaan baharu digubal untuk Perancis.
▪ Peristiwa ini yang dipanggil “ Sumpah Gelanggang Tenis “ yang merupakan langkah
penting ke arah tercetusnya Revolusi Perancis.
Pemberontakan Rakyat
▪ Raja Louis XVI mengugut untuk menumpaskan Perhimpunan Kebangsaan.
▪ Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan penduduk di Paris yang melancarkan
tunjuk perasaan.
▪ Tunjuk perasaan dan rusuhan merebak ke seluruh Perancis apabila Raja Louis memecat
Neckar yang merupakan Menteri Kewangan yang terkenal.
▪ 14 Julai 1789,para penunjuk perasaan menggempur penjara Bastille dan membebaskan
semua tahanan politik.
▪ Kejatuhan Bastille memberi semangat kepada pemberontak untuk melancarkan tunjuk
perasaan di seluruh Perancis.
▪ Dalam masa itu,sebuah kerajaan perbandaran yang baharu telah ditubuhkan untuk
menjalankan pentadbiran di Kota Paris.
▪ Pasukan tentera yang dikenali sebagai National Guard telah
ditubuhan untuk mengekalkan keamanan dan dipimpin oleh
Lafayette.
▪ Apabila revolusi tersebar ke Kawasan desa,golongan petani telah
memansuhkan segala perjanjian dengan tuan tanah.
Persidangan Perhimpunan Kebangsaan Kemunculan Golongan Emigres
▪ Menjalankan persidangan pada 4 Ogos 1789.
▪ Perkembangan politik di Perancis
▪ Menggubal perlembagaan baharu Perancis.
menyebabkan golongan bangsawan
▪ 27 Ogos 1789,PK meluluskan Pengisytiharan Hak meinggalkan negara tersebut.
Manusia :
a) Gov bertanggungjawab mempertahankan hak
▪ Ia dikenali sebagai golongan Emigres.
semula jadi rakyat.
▪ Golongan ini mengatur rancangan untuk
b) Semua manusia adalah sama di sisi undang- menyerang perancis dan menghalau
undang. golongan revolusioner.
c) Kedaulatan politik terletak ditangan negara &
wakilnya.
d) Kebebasan beragama dijamin.
Penubuhan Kerajaan Raja Berpelembagaan

▪ Raja Louis XVI sedar bahawa baginda menjadi tawanan di negara sendiri.
▪ Baginda mengambil keputusan untuk melarikan diri ke negara lain.
▪ Pada bulan Jun 1791, Raja Louis XVI & isterinya ,Marie Antoinette bertolak dalam sebuah
kenderaan.Mereka ditahan berhampiran dengan sempadan Vareness oleh golongan
revolusioner dan dipaksa kembali ke Paris.
▪ Pada Julai 1791, Raja Louis XVI terpaksa menerima perlembagaan yang diluluskan oleh
Perhimpunan Kebangsaan.
▪ Sebuah kerajaan raja berperlembagaan ditubuhkan.
Pengisytiharan Kerajaan Republik
▪ Perkembangan politik di Perancis telah menyebabkan Raja Prusia dan Austria mengambil
keputusan untuk membantu Raja Louis XVI.
▪ Perkembangan ini menyebabkan kedudukan Revolusioner di Perancis terancam.
▪ Pada April 1792, Kerajaan Perancis isytihar perang terhadap Austria.
▪ Pada Ogos 1792,Perhimpunan Kebangsaan betindak menahan dan penjarakan Raja Louis
XVI.
▪ Pada September 1792,Perhimpunan Perundangan digantikan dengan Constitutional
Convention.
▪ Perkembangan ini menyebabkan Perancis diisytiharkan sebagai Republik.
Pemerintahan Diktator Oleh Golongan
Jacobin
▪ Semasa Perancis diancam dari luar,sebuah badan ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal
dalam negara. - ( Jawatankuasa keselamatan awam ).
▪ Anggota jawatankuasa ini kebanyakannya terdiri daripada pengikut Jacobin.
▪ Golongan Jacobin di bawah pimpinan Robespierre,Danton dan Marat menjalankan
pemerintahan dictator.Pemerintahan ini dikenali sebagai zaman keganasan.
▪ Zaman ini berlangsung dari bulan Jun 1793 hingga bulan Julai 1794.
▪ Ramai orang ditangkap dan dihukum pancung kepala dengan menggunakan gilotin.Antara
bulan Ogos 1793 hingga Julai 1794, lebih daripada 40 000 orang dihukum mati.
▪ Raja Louis XVI dipancung dengan gilotin pada 21 Januari 1793 dan isterinya pada 16
Oktober 1793.
▪ Golongan jacobin telah menubuhkan Mahkamah Revolusi dan menggubal undang-undang yang
dikenali sebagai undang-undang syak.
▪ Undang-undang ini membolehkan pemerintah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap sesiapa
yang disyaki musuh walaupun tiada bukti yang sah.
▪ Bulan Julai 1794,tentera Perancis mencapai beberapa kejayaan dalam medan perang yang
menyebabkan perancis selamat dari ancaman luar.
▪ Keadaan ini menyebabkan para pemimpin Constitutional Convention ingin menamatkan
pemerintahan ganas oleh golongan Jacobin.
▪ Beberapa orang pemimpin Constitutional Convention mengatur strategi unutk menentang
Robespierre.
▪ Pemerintahan kejam golongan Jacobin tamat apabila Robespierre dihukum pancung pada 24
Julai 1794.
Penubuhan Kerajaan Directory
▪ Selepas tamat pemerintahan ganas, sebuah perlembagaan baharu diperkenalkan pada
bulan Oktober 1794.
▪ Ekoran hal itu,Constitutional Convention dibubarkan.
▪ Bagi menjalankan pentadbiran,sebuah kerajaan yang dikenali Directory diperkenalkan.
▪ Badan perundangan dan eksekutif ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran.
▪ Badan perundangan terdiri daripada 2 buah majlis:
a) Majlis Orang Tua ( Council of Elders )
b) Majlis Lima Ratus ( Council of Five Hundred )
▪ Golonggan yang memiliki harta mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihan raya
serta menjadi ahli badan perundangan.
▪ Kuasa eksekutif pula berada ditangan directory yang dianggotai oleh 5 orang.
▪ Pemerintahan kerajaan directory berakhir pada tahun 1799 setelah digulingkan oleh
Napoleon Bonaparte.

You might also like