You are on page 1of 2

KERAJAAN KESATUAN PERANCIS

Pengenalan

Di negara Barat terdapat dua jenis


bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu negara kesatuan dan negara persekutuan.
Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan ini akan mempengaruhi keharmonian
kerajaan pusat dan tempatan di negara masing-masing.

Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas
kepada kerajaan pusat dan menghadkan kuasa kepada kerajaan tempatan (local
government). Manakala kerajaan persekutuan pula merupakan sebuah negara
yang mengamalkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan
negeri (kerajaan tempatan).

Bentuk kerajaan kesatuan telah diamalkan di negara Perancis manakala kerajaan


persekutuan telah diamalkan di negara Amerika Syarikat.

Kerajaan Kesatuan Di Perancis

Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek


pemerintahan, boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh
membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat negeri/wilayah.
Negara kesatuan Perancis mempunyai beberapa ciri iaitu:

1. Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan seluruh


pemerintahan di negara Perancis.

2. Untuk memudahkan pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan


negara kepada beberapa wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk
mentadbir. Pentadbiran wilayah ini merupakan ejen kerajaan pusat. Walau
bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik balik oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti
ini adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu pemerintah pusat memiliki
kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari pusat ke daerah/wilayah.
Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan pusat.

Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan kesatuan iaitu tidak akan berlaku
masalah pertindihan kerana sebarang percanggahan antara pengubal dengan
pelaksana dasar dapat dielakkan. Hal ini kerana segala keputusan akan dibuat
oleh kerajaan pusat dan dengan ini pemerintahan akan dapat dijalankan dengan
mudah, teratur dan berkesan.
Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai kelemahannya tetapi dengan segera
dapat diatasi oleh kerajaan pusat dengan menyesuaikan pentadbiran dengan
keperluan semasa.

Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis


kerana mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar dan mempunyai
jumlah penduduk tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas
lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh
dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.

Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku
perubahan di Perancis iaitu sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan,
sistem feudal dihapuskan, hak istimewa golongan bangsawan telah ditamatkan
dan berkembangnya semangat nasionalisme di Perancis.

Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis,


pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah
dibahagikan kepada 83 department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula
kepada cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada commune.

Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan
pusat. Prefet bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri
dan berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan.

Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council. Ahli-
ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi
tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan pusat.

Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh
Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu
oleh Majlis Bandaran (Municipal Council). Institusi commune berperanan
mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar
seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan
menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar akan menjadi wakil
kerajaan pusat di kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan untuk
menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam,
menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun
segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau
dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan


kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah,
jabatan kerja raya, polis tempatan dan sebagainya.

You might also like