You are on page 1of 18

Disediakan oleh : Abdul Mutalib Bin Moris

Siapakah Tsar Peter Agung ?


Pemerintah Rusia antara tahun 1689-1725
Melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang
politik, sosial, ekonomi, dan keagamaan
Pernah mengembara ke negara Eropah Barat seperti
Belanda, Austria, Jerman, Britain, dan Perancis
Kemajuan negara-negara Eropah Barat mendorong
beliau melakukan pembaharuan
Sumbangan Tsar Peter Agung terbahagi kepada;
1. Politik
2. Ekonomi
3. Sosial
4. Keagamaan
5. Dasar perluasan kuasa
POLITIK
Sistem pentadbiran Rusia disusun semula
Mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur
Melakukan rombakan dalam institusi-institusi pentadbiran
seperti Duma, Zemskii Sabor, dan Prikazi
[1711] Duma dan Zemskii Sabor digantikan dengan Majlis Senat
yang dianggotai sembilan orang
Colleges ditubuhkan bagi mengurangkan beban tugas anggota
Senat
[1721] pusat pentadbiran dipindahkan dari Moscow ke St.
Petersburg
Pembaharuan mengukuhkan kedudukan baginda sebagai
pemerintah berkuasa mutlak di Rusia
Pentadbiran yang cekap meluaskan kuasa baginda dan berjaya
menewaskan Sweden dan Turki
EKONOMI
Tsar Peter Agung mengambil dua langkah untuk
mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.
1. Membangunkan sektor perindustrian;
- penekanan kepada pembangunan industri berat
dan industri pembuatan dan diletakkan di bawah
selia kerajaan pusat
- memberi pelbagai insentif dan subsidi untuk
membangunkan sektor ini
- sektor pembuatan barangan seperti tekstil, kaca
dan barangan kulit dimajukan
- industri besi dan keluli dimajukan di Ural
-kilang membuat senjata dan peralatan perang
didirikan oleh kerajaan bagi menyediakan peralatan
perang yang mencukupi
- penekanan diberikan oleh Tsar Peter Agung
menyebabkan banyak kilang didirikan
- pemodal-pemodal asing berminat dan mendirikan
kilang di Rusia
-[1682-1725] bertambah dari 21 buah kilang kepada 200
kilang di Rusia
- menjadi pembekal besi utama untuk pasaran di
Eropah menjelang abad ke-18
2. Memantapkan sistem percukaian;
- memperkenalkan pelbagai cukai untuk
menambahkan perbendaharaan negara dan
membiayai peperangan
- memperkenalkan cukai tidak langsung bagi
barangan keperluan harian
- [1718] memperkenalkan cukai kepala
- cukai kepala dibayar mengikut jumlah individu
dalam sesebuah isi rumah dan dibayar secara tunai
- pendapatan melalui percukaian menambah
perbendaharaan negara
SOSIAL
Tsar Peter Agung turut menekankan kemajuan dalam bidang
pendidikan
Menghantar generasi muda ke Barat untuk menuntut ilmu dan
mempelajari kepakaran dalam bidang yang tertentu
Beliau menubuhkan lebih banyak sekolah di Rusia yang
menekankan pembelajaran dalam bidang aritmatik, geometri,
geografi, dan pelayaran
Antara sekolah yang didirikan sepanjang pemerintahan beliau;
1. The Navigator School
2. Naval Academy
3. Engineering Academy
4. Artillery Academy
Beliau mengilhamkan sebuah universiti yang dikenali
sebagai The Imperial Academy of Science
Memperkenalkan penerbitan surat khabar yang
pertama di Rusia
Mengubah sistem kalendar di Rusia dengan
memperkenalkan sistem kalendar Julius
Menggalakkan penterjemahan bahan-bahan bacaan
dari luar negara
KEAGAMAAN
Mengambil langkah mengatur semula pentadbiran gereja
Tujuan adalah untuk mengurangkan kuasa dan keistimewaan
yang dimilik oleh gereja
Bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah kuasanya
Beliau tidak melantik pengganti selepas kematian ketua Gereja
Kristian Ortodoks pada tahun 1700
Memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod
untuk mengambil alih peranan ketua Gereja Kristian Ortodoks
Melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk
mengukuhkan kedudukannya dalam badan tersebut
Dianggotai oleh biskop-biskop yang dilantik oleh kerajaan pusat
dan mereka bertanggungjawab kepa ketua Holy Synod
DASAR PERLUASAN KUASA
Tsar Peter Agung mengambil beberapa langkah untuk
membina pasukan tentera yang kuat
Matlamat utamanya adalah
1. Menangkis serangan musuh
2. Mematahkan pemberontakan dalam negeri
3. Meluaskan jajahan takluk Rusia
[1695] melancarkan serangan untuk menguasai kubu tartar
di Azov
Menyerang kubu Tartar untuk menguasai laluan laut
menghala ke selatan menerusi Laut Hitam
Serangan pertama dilancarkan dan menemui kegagalan
kerana kelemahan pasukan tentera lautnya sendiri
[1696] melancarkan serangan kedua dan berjaya
menguasai kubu tersebut daripada orang Tartar
Beliau melancarkan serangan terhadap Sweden selepas
menguasai Azov
[1706] Raja Charles XVII ( Raja Sweden ) melancarkan
serangan terhadap Moscow
Namun, tentera Sweden berjaya ditewaskan Tsar Peter
Agung dalam pertempuran di Poltova
Peperangan di Sweden ditamatkan melalui Perjanjian
Nystadt yang dimeterai pada tahun 1721
Menerusi perjanjian tersebut, beliau berjaya
menguasai Livonia, Estonia, Ingria, Karelia dari
Sweden
Kerajaan Tsar Peter Agung menyebabkan Rusia
muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Eropah
pada abad ke-18
Kejayaan tersebut membantu penggantinya Catherina
Agung mengukuhkan kedudukan empayar Rusia
Empayar Rusia telah mencapai kegemilangan selepas
pemerintahan Tsar Peter Agung
Peter Agung meletakkan asas yang kukuh bagi Rusia
mencapai kemajuan pada abad-abad seterusnya
Q&A
1. Mengapakah Tsar Peter Agung
melakukan pemindahan pusat
pentadbiran?
2. Apakah yang dilakukan oleh Tsar
Peter Agung untuk
membangunkan sektor
perindustrian?
3. Bagaimanakah Tsar Peter Agung
menyusun semula pentadbiran
gereja?
Terima Kasih

You might also like