You are on page 1of 5

PERANAN TSAR

PETER AGUNG /
PETER THE GREAT
1 Pemerintahan

2 Ekonomi

3 Pendidikan

4 Keagamaan

5 Ketenteraan
PENGENALAN :
Tsar Peter Agung/Peter The Great merupakan pemerintah
Rusia antara tahun 1689-1725 iaitu selama 36 tahun
Beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial
Kemajuan yg dicapai oleh negara Eropah Barat mendorong
beliau melakukan pembaharuan bagi memajukan Rusia

ISI :
(a) PEMERINTAHAN
Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sistem
pentadbiran Rusia disusun semula
Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yg cekap
dan teratur
Selain itu, beliau melakukan rombakan dalam institusi
pentadbiran seperti Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi
Duma dan Zemskii Sabor digantikan dengan Majlis Senat
Beliau juga menubuhkan badan perundangan iaitu
Colleges utk mengurangkan beban tugas anggota senat
(b) EKONOMI
Tsar Peter Agung mengambil langkah membangunkan
sektor perindustrian
Beliau memberikan penekanan kepada pembangunan
industri berat dan industri pembuatan
Selain itu, kerajan pusat memberi pelbagai insentif dan
subsidi utk membangunkan sektor perindustrian
Tsar Peter Agung turut menggalakkan pemodal asing
mendirikan kilang di Rusia
Industri berat seperti industri besi dan keluli, industri
tekstil, kaca dan barangan kulit dimajukan
Beliau turut memperkenalkan pelbagai jenis cukai untk
menambah perbendaharaan negara
Cth : Cukai kepala (dibayar dlm bentuk tunai) & cukai tidak
langsung
(c) PENDIDIKAN
Tsar Peter Agung memberi penekanan kepada kemajuan dalam
bidang pendidikan
Beliau menghantar pelajar ke Barat bagi menuntut ilmu dan
mempelajari kepakaran dlm bidang tertentu
Semasa pemerintahan beliau, banyak sekolah didirikan seluruh
Rusia
Cth : The Navigator School dan Naval Academy
Sekolah ini memberi penekanan dlm bidang aritmetik, geometri,
geografi dan pelayaran
Beliau merancang membina sebuah universiti yg dikenali
sebagai The Academy of Science

(d) KEAGAMAAN
Tsar Peter Agung telah mengambil langkah utk menyusun
semula pentadbiran gereja utk mengurangkan kuasa dan
keistimewaan yg dimiliki oleh gereja
Beliau bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang
kuasanya
Beliau memperkenalkan badan yg dikenali Holy Synod utk
mengambil alih peranan ketua gereja Kristian Orthodoks
Beliau melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod utk
mengukuhkan badan tersebut
(e) KETENTERAAN
Tsar Peter Agung mengambil langkah menubuhkan
pasukan tentera yg kuat
Matlamatnya utk menangkis serangan musuh,
mematahkan pemberontakan dlm negeri dan meluaskan
jajahan takluk
Pada 1695, beliau melancarkan serangan utk menguasai
kubu tartar di Azov
Beliau berjaya menewaskan tentera Sweden dlm
pertempuran di Poltova
Beliau berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan
Karelia daripada Sweden melalui Perjanjian Nystadt

KESIMPULAN :
Pembaharuan yg dilakukan oleh Tsar Peter Agung telah
mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah mutlak
Rusia
Pemerintahan beliau merupakan zaman keagungan dlm
pemerintahan monarki di Rusia
Hal ini menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah negara
yg kuat dan berpengaruh di Eropah

You might also like