You are on page 1of 5

TEMA PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

TAJUK INSTITUSI PEMERINTAHAN BERAJA ZAMAN PETERSBURG


HASIL 1) SEJARAH / LATAR BELAKANG RUSIA
PEMBELAJARAN 2) PEMERINTAHAN BERAJA DINASTI ROMANOV
3) KEDUDUKAN DAN PERANAN MAHARAJA DI RUSIA
4) DASAR PEMERINTAHAN DINASTI ROMANOV

SEJARAH / LATAR 1) Bermula dengan kedatangan orang Rus


BELAKANG RUSIA 2) Kedatangan orang Rus diketuai oleh Rurik menyebabkan bermula pemerintahan negara Kota
Kiev
3) Negara Kota Kiev mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Yoraslav
4) Menjelang abad ke-12, negara Kota Kiev mengalami kemerosotan ekoran daripada serangan
orang Mongol
5) Pasukan tentera Mongol di bawah pimpinan Batu Khan berjaya menguasai negara Kota Kiev
6) Kerajaan yang diasaskan oleh orang Mongol dikenali sebagai Kerajaan Golden Horde
7) Kebangkitan Moscow merupakan faktor utama kemerosotan Kerajaan Mongol
8) Selepas kematian Tsar Ivan IV , Kerajaan Moscow mengalami kemerosotan ekoran daripada
kekacauan yang berlaku dalam negeri
9) Michael Romanov telah dilantik sebagai Tsar baharu untuk Rusia

PEMERINTAHAN DALAM PEMERINTAHAN


BERAJA DINASTI 1) Maharaja merupakan ketua negara
ROMANOV 2) Tsar mempunyai kuasa melantik pembesar untuk menjalankan pentadbiran peringkat
(PERANAN pusat dan wilayah
3) Semasa pemerintahan Tsarina Catherine Agung , sistem pentadbiran provinsi dan daerah
MAHARAJA DI
disusun semula
RUSIA)
4) Baginda melantik gabenor dan naib gabenor bagi menguruskan pentadbiran di peringkat
provinsi
5) Gabenor dibantu oleh pegawai ii yang terdiri daripada golongan bangsawan
6) Maharaja juga mempunyai kuasa menandatangani perjanjian dengan negara ii lain
7) Contohnya , Tsar Peter Agung menandatangani perjanjian dengan Sweden selepas Sweden
ditewaskan dalam pertempuran Polvata

DALAM PERUNDANGAN
1) Tsar berperanan sebagai ketua hakim negara dan melantik hakim untuk mengendalikan
kes
2) Suruhanjaya Perundangan ditubuhkan semasa pemerintahan Tsarina Catherine Agung
3) Suruhanjaya ini berperanan menggubal kod undang ii negara
4) Tsar Alexander II memperkenalkan prinsip perundangan Barat di Rusia
5) Baginda menjalankan perbicaraan secara terbuka dan memperkenalkan sistem juri
6) Baginda juga memperkenalkan sistem perundangan yang menjamin hak semua lapisan
masyarakat

DALAM KETENTERAAN
7) Tsar mengetuai pasukan tentera di medan perang
8) Tsar bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada ancaman
musuh
9) Baginda melantik panglima ii tentera untuk merancang ekspedisi ketenteraan
10) Tsar menjalankan memodenkan pasukan tentera bagi menghadapi ancaman musuh dasar
perluasan kuasa bagi mengukuhkan kedudukan negara
11) Tsar melancarkan perang bagi menghadapi pemberontakan yang tercetus di wilayah
12) Tsar Alexander II bertindak memodenkan pasukan tentera
DALAM EKONOMI
1) Bertanggungjawab membangunankan ekonomi negara seperti mengambil langkah untuk
meningkatkan sumber pendapatan negara
2) Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung , penekanan diberikan kepada pembangunan
industri berat dan pembuatan
3) Baginda menggalakkan pembinaan kilang membuat senjata dan peralatan perang
4) Industri pembuatan barangan seperti tekstil , kaca , dan barangan kulit dimajukan
5) Baginda turut membangunkan industry membuat besi dan keluli
6) Tsar Alexander II pula menggalakkan pertumbuhan kilang-kilang di bandar besar
7) Baginda menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruhyang dihadapi kilang kapas dan
bulu
8) Baginda juga menggalakkan pelabur-pelabur dari Perancis , England dan Jerman untuk
melabur dalam sektor perindustrian

DALAM AGAMA
1) Tsar berperanan sebagai ketua agama dan penaung Kristian Orthodoks
2) Baginda bertanggungjawab memperkukuh dan menyebarkan ajaran agama Kristian
Orthodoks
3) Contoh : Tsar Peter Agung meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya
4) Baginda memberi insentif berupa tawaran kemewahan kepada rakyat asing untuk menukar
agama
5) Malah rakyat juga diugut bahawa tanah mereka dirampas jika tidak menukar agama
6) Baginda memperkenalkan badan agama iaitu Holy Synod bagi menggantikan Kristian
Orthodoks
7) Beliau melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod
8) Tsarina Catherine Agung mengambil langkah bagi mengawal institusi gereja
9) Baginda mengambil Tindakan memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja

DALAM SOSIAL
1) Tsar bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat
2) Baginda menyediakan kemudahan awam serta peluang pendidikan kepada rakyat
3) Tsar Alexander II membangunkan sistem pengangkutan kereta api di Rusia
4) Tsar Nicholas II turut memajukan pengangkutan kereta api di Rusia
5) Baginda mendapatkan peruntukan kewangan untuk membina landasan Kereta Api
Trans-Siberia
6) Tsar turut memberikan penekanan dalam bidang pendidikan di Rusia
7) Antara sekolah yang ditubuhkan adalah :
• Naval Academy
• Engineering Academy
• Artillery School
8) Penekanan diberikan kepada pengajian dalam bidang geometri , aritmetrik , geografi dan
pelayaran
9) Tsar Alexander I melakukan reformasi dalam bidang pendidikan
10) Beliau memperkenalkan sistem persekolahan awal dan menubuhkan 3 buah universiti
DASAR TSAR PETER AGUNG ( 1689-1725)
PEMERINTAHAN1) Menubuhkan badan perundangan baharu , iaitu Colleges dan Majlis Senat
DINASTI 2) Menekankan pembangunan industri berat dan industri pembuatan
ROMANOV 3) Memberi pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunkan sector perindustrian
4) Menggalakkan kegiatan penterjemahan bahan-bahan bacaan dari luar negara
5) Mengurangkan kuasa dan keistemewaan yang dimiliki oleh institusi gereja

TSARINA CATHERINE AGUNG ( 1762-1796 )


1) Menyusun semula sistem pentadbiran di peringkat provinsi dan daerah
2) Menubuhkan Suruhanjaya Perundangan bagi menggubal kod undang-undang negara
3) Mengambil langkah-langkah untuk mengawal institusi gereja
4) Mengambil tindakan memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja
5) Mendirikan sekolah dan akedemi di seluruh negeri

TSAR ALEXANDER I ( 1801-1825 )


1) Dasar pemerintahan terdiri daripada dasar liberal dan dasar antiliberal
2) Menubuhkan badan penasihat yang terdiri daripada golongan berfahaman liberal
3) Mengadakan pilihan raya bagi memilih anggota Duma atau Parlimen
4) Mengeluarkan undang-undang untuk menapis buku-buku sekolah
5) Membatalkan rancangan membebaskan hamba

TSAR NICHOLAS I ( 1825-1855 )


1) Mengambil tindakan tegas dalam menyekat perkembangan liberalism
2) Mengehadkan kemasukan pelajar ke sekolah menengah
3) Melantik polis rahsia untuk mengawasi pelajar yang menuntut di universiti
4) Melarang pelajar dan orang ramai membaca karya yang diharamkan
5) Mengenakan pelbagai sekatan terhadap golongan penulis

TSAR ALEXANDER II ( 1855-1881)


1) Mengamalkan dasar tolak ansur
2) Menamatkan perang crimea dan mengalihkan perhatian kepada masalah dalam negara
3) Membebaskan golongan hamba menerusi titah perintah emansipasi
4) Meluluskan undang-undang Majlis Daerah di Rusia untuk mengurangkan kuasa golongan
bangsawan
5) Memperkenalkan sistem juri dan perbicaraan secara terbuka

TSAR ALEXANDER III ( 1881-1894 )


1) Mengambil tindakan agresif untuk mengekang golongan Revolusioner
2) Mengawal pentadbiran di universiti dan sekolah
3) Menyingkirkan guru yang mengamalkan fahaman liberal
4) Menyekat penerbitan akhbar dan menutup 14 akhbar tempatan
5) Melantik golongan kapitan yang mempunyai kuasa mutlak terhadap pegawai tempatan

TSAR NICHOLAS II ( 1894-1917 )


1) Merupakan Tsar terakhir
2) Baginda meneruskan pemerintahan bercorak autokratik
3) Semasa pemerintahannya , berlaku perkembangan dalam bidang perindustrian
4) Mendapatkan pinjaman dari luar negara
5) Mengambil langkah membendung mogok dan tunjuk perasaan melalui kemunculan parti
politik
SOALAN TUTORIAL 1) Huraikan peranan Maharaja di Rusia pada abad ke 15 hingga 20
2) Huraikan dasar pemerintahan Tsar Peter Agung ( 1689 - 1725 Masihi )
3) Huraikan dasar pemerintahan Tsarina Catherine Agung ( 1762 – 1796 )
4) Huraikan dasar pemerintahan Tsar Nicholas I ( 1825 – 1855 )
5) Huraikan dasar pemrintahan Tsar Alexander II ( 1855 – 1881 )
6) Huraikan dasar pemerintahan Tsar Alexander III (1881 – 1894 )
7) Huraikan dasar pemerintahan Tsar Nicholas II (1894 – 1917 )
8) Huraikan peranan di pembesar di Rusia pada abad ke 16 hingga 20
9) Bandingkan peranan pembesar di China dan Rusia pada abad ke 16 hingga 20

SOALAN STPM 1)

SEKIAN TERIMA KASIH , BERAKHIRLAH PEMBENTANGAN BAGI BAB 6 ,


SEPERTI HUBUNGAN KITA YANG BERAKHIR BEGITU SAHAJA TANPA
BICARA .
NAMA : RACHELLE NISSA ANAK BENSION
TEMA : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
TAJUK : BAB 6 INSTITUSI PEMERINTAHAN DI
RUSIA

You might also like