You are on page 1of 26

SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

2.1 INSTITUSI PEMERINTAHAN

Calon seharusnya dapat:


2.1.1 a) Menghuraikan kedudukan dan peranan raja/maharaja dalam pemerintahan
Raja/Maharaja
KONSEP RAJA/ MAHARAJA
China dan Rusia
(abad ke-1620)  Kedudukan teratas dalam hieraki politik
 Kuasa penentu dalam pentadbiran
 Individu yang paling berkuasa dan penting dalam masyarakat
 Mempunyai peranan yang besar
 Disegani oleh rakyat
 Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
 Merupakan sistem pemerintahan tertua di dunia (sistem monarki)

KEDUDUKAN MAHARAJA DI CHINA KEDUDUKAN MAHARAJA DI RUSIA (TZAR)


 Kedudukan dalam susun lapis  Kedudukan tertinggi
- tertinggi dalam sistem feudal - rakyat perlu taat
- untuk jamin kedudukan : menjalankan  Berkuasa mutlak
pemerintahan pusat dan wilayah - sebelum Revolusi Rusia 1917 raja mempunyai
- pentadbiran peringkat pusat : dibantu oleh kuasa autokratik
golongan sarjana yang lulus dalam peperiksaan - contoh : Ivan IV – gubal undang-undang untuk
awam lemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia
- pentadbiran peringkat wilayah: dijalankan oleh
golongan hulubalang (warlord)
 Hak istimewa
 Raja dianggap mendapat mandat dari syurga
- kebal dari segi undang-undang
- tuhan menganugerahkan kuasa untuk
- menjadi sumber rujukan undang-undang
memerintah

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 1


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

- kuasa tersebut boleh ditarik balik apabila berlaku


malapetaka/ bencana
 Kedudukan berdasarkan ajaran Confucius
- mesti memerintah mengikut prinsip ajaran
Confucius

CHINA ASPEK RUSIA


1. Ketua pemerintah 1. Ketua Negara
berkuasa mutlak berkuasa mutlak dalam pentadbiran (Tzar
berperanan penting dalam urusan dasar luar 1. Politik Nicholas II)
negara dasar luar – menentukan hubungan luar
ketua perundangan, eksekutif dan kehakiman negeri/ diplomatic
dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan
Majlis Tertinggi 2. Melantik pembesar
Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja) berkuasa melantik menteri bagi kukuhkan
memutuskan dasar kerajaan keduduakan raja
berkuasa melucutkan/memecat menteri yang
2. Melantik pembesar menentang pemerintahan
melantik jawatan pegawai-pegawai kerajaan memilih dan melantik menteri yang benar-
melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan benar boleh dipercayai dan berwibawa
melantik pegawai yang benar-benar boleh
menjalankan tugas kerana pembesar merupakan 3. Ketua tentera
tulang belakang raja/maharaja bertanggungjawab memulih, menjaga
melantik pembesar di peringkat pusat dan keamanan dan keselamatan empayar Rusia
wilayah mengetuai ekspedisi ketenteraan – dasar
perluasan wilayah
3. Ketua tentera
bertanggungjawab memastikan keamanan
negara
dibantu oleh golongan pembesar dan tentera
mengetuai angkatan tentera dalam medan
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 2
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

peperangan
meluaskan empayar (awal Dinasti Ming)

4. Ketua hakim/perundangan
setiap arahan raja /maharaja menjadi undang-
undang
kedudukan maharaja mengatasi undang-undang
undang-undang digubal untuk menjamin
kedudukan raja
boleh menjatuhkan hukuman mati
mengisytiharkan undang-undang
mengendalikan kes-kes rayuan
memberikan pengampunan

1. Memajukan ekonomi 1. Memajukan ekonomi


mengamalkan dasar tutup pintu 2. Ekonomi Peter the Great- menggalakkan
kuasai semua sumber ekonomi negara seperti pembangunan industri perkilangan
pungutan cukai / ufti membangunkan sistem pengangkutan kereta
tentukan sistem sukatan dan timbangan api
berkuasa ke atas tanah (tanah hak raja) menambahkan perbendaharaan negara
memperkenalkan pelbagai cukai

1. Ketua agama 1. Ketua agama


Buddha, Taoisme dan Confucius menyuburkan ajaran agama Kristian
pastikan rakyat patuh ajaran agama 3. Sosial Ortodoks
pastikan agama tidak dicemari dengan pengaruh pastikan rakyat sentiasa mematui
agama luar spt Kristian pengamalan agama
mengarah mubaligh Kristian mempelajari
2. Ketua adat istiadat bahasa masyarakat tempatan
adat Kow-tow : sujud dihadapan maharaja menghantar mubaligh tinggal bersama
sebanyak 9 kali tanpa melihat wajah keluarga yang menjadi sasaran maharaja
pastikan alat-alat kebesaran diraja sentiasa

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 3


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

dijaga ( lambang naga) 2. Pembaharuan sosial


Pembaratan (Peter The Graet)
3. Pemimpin intelektual - perubahan penampilan diri
istana sebagai pusat perkembangan ilmu - pergaulan bebas
istana sebagai pusat peperiksaan awam - kebajikan rakyat
kerajaan - pembanguanan pendidikan

(b) membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan


2.1.2 Pembesar
. KONSEP PEMBESAR
China dan Rusia  Berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki
(abad ke-1620)  Merupakan tulang belakang kepada maharaja
 Membantu maharaja dalam pentadbiran
 Dilantik secara rasmi oleh maharaja

KEDUDUKAN PEMBESAR DI CHINA KEDUDUKAN PEMBESAR DI RUSIA

Kedudukan dalam susun lapis Kedudukan tertinggi selepas tzar


- kedudukan selepas golongan raja - dianggap sebagai tulang belakang / tiang kerajaan
- terdiri daripada golongan bangsawan dan sarjana - mobiliti sosial berlaku secara lantikan
- golongan bangsawan memiliki wilayah sendiri
- mereka lulus dalam peperiksaan awam (4 tahap) Kuasa
Kuasa k uasa terhad dan boleh dilucutkan jawatan
- kuasa terhad dan bergantung kepada sokongan oleh maharaja
raja - menjadi sumber rujukan undang-undang
- melaksanakan tugas terhadap raja
- segala tindakan sentiasa dipantau oleh raja SISTEM PEMBESAR DI RUSIA

SISTEM PEMBESAR DI CHINA 1. Peringkat pusat


membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi ( Duma,
1. Peringkat pusat Zemskii Sabor, Prikazi)

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 4


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran awam, tentera dan zaman Peter diwujudkan Majlis Senate menggantikan Duma
tempatan dan Zemskii Sabor
Memegang jawatan penting memberi perkhidmatan ketenteraan
Berkhidmat dalam jabatan kerajaan menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk
Menganggotai Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi ( Enam kawal kuasa gereja
Badan Menteri) dan Lembaga Penapis Menganggotai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk
Mengukuhkan kedudukan maharaja menasihati raja dalam hal ehwal dasar Negara
golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan
2. Peringkat wilayah Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbiran
Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah Polis Rahsia Khas (Okhrana) untuk kawal penyebaran
Diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah propaganda yang boleh gugat pemerintah
Berperanan memelihara keamanan dan mengutip cukai
daripada penduduk 2. Peringkat daerah
Berhubung secara langsung dengan pemerintahan pusat Diketuai oleh gabenor atau naib gabenor
Majlis Daerah (Zemstvo) berperanan jaga infrastruktur dan
3. Ketua tentera pendidikan
bertanggungjawab memastikan keamanan wilayah
mendapat tempat istimewa dalam kerajaan 3. Peringkat kampong (Komun/ Mir)
bertanggungjawab memungut cukai untuk kerajaan pusat
4. Golongan intelektual (gentry)
mendapat pendidikan Confucius
lulus dalam peperiksaan awam
diberi keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan dan di
istana
diberi keistimewaan

2.2 NEGARA BANGSA

Calon seharusnya dapat:


(a) membincang dan dan membandingkan sistem pemerintahan beraja mutlak dengan raja berperlembagaan

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 5


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

SISTEM RAJA BERKUASA MUTLAK DI PERANCIS


2.2.1 Raja mutlak -raja merupakan sumber kepada segala kekuasaan dan undang-undang di dalam sebuah negara.
dan raja -Contoh Raja Louis ke- XIV, Raja Perancis (1638-1715) pernah berkata “ L’etat c’est moi” (Negara adalah beta)
berperlembagaan
-raja berkuasa ke atas gereja
-raja perlu berikrar menjaga dan pertahankan agama Negara iaitu Kristian mazhab Katolik
England dan
Perancis
-Perancis berjaya mengukuhkan pemerintahan monarki kerana faktor luaran dan faktor dalaman negara itu
(abad ke-16-18) sendiri.
-Negara Perancis pernah melalui zaman peperangan yang panjang dengan England
-golongan bangsawan yang bertanggungjawab membekalkan angkatan tentera untuk membentengi negara
tidak berjaya.
-Kesempatan ini berjaya dimanafaatkan oleh raja mereka. Raja berjaya memperolehi hak untuk memiliki
tentera yang bersiap sedia (standing army).
-Contoh Louis XIV berjaya mempunyai angkatan tentera yang terbesar, paling lengkap dan cekap di Eropah.
-Raja-raja Perancis juga mempunyai kuasa untuk memungut cukai mereka sendiri tanpa sekatan. -Ini memberi
kelebihan kepada raja untuk membuat perancangan pentadbiran, ketenteraan dan menanggung perbelanjaan
kerajaannya sendiri.
-Raja Perancis hidup mewah dengan membina istana-istana besar di pelusuk negara. Mereka hidup bergaya
dan dapat membina prestij yang tersendiri.
-Contoh raja Louis XIV telah membina istana besar di Versailles, arkitek-arkitek terkemuka telah mereka
bangunan dan diperindahkan oleh pelukis-pelukis terkenal.
-Raja telah menggunakan bala tenteranya untuk mengawal golongan bangsawan yang ingin menentangnya.
-Contoh Raja Louis ke- XIII menggunakan pasukan tentera raja untuk memusnahkan kota-kota yang
menentangnya.
-pemerintah monarki Perancis pandai mengambil hati para bangsawan dengan memberi mereka pencen yang
tinggi dan ditawarkan kerja-kerja yang memberikan gaji yang lumayan.
-Kuasa pope ke atas gereja telah berjaya dikurangkan oleh raja.
-Raja berkuasa melantik biskop dan ketua biara
-mereka yang dilantik oleh raja akan lebih mentaati raja, ini telah memberi kelebihan kepada raja untuk
mengawal gereja dengan lebih mudah.
-Golongan peniaga, kelas pertengahan dan professional memberi sokongan kepada raja dalam mengurangkan

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 6


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

kuasa golongan bangsawan dan gereja.


-Ini kerana selama ini hanya golongan ini sahaja yang membayar cukai sedangkan golongan bangsawan dan
gereja dikecualikan.

-Negara Perancis berjaya mengekalkan kekukuhan ekonominya dengan jumlah penduduk yang ramai, ini
menyebabkan rakyat Perancis merasa bangga dan tiada alasan untuk menentang pemerintahan beraja.

-Negara Perancis mempunyai pegawai-pegawai yang berkebolehan seperti menteri kewangan Jean Baptiste
Colbert yang berjaya memjadikan Perancis sebagai negara industri dan kuasa militer.
-Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh-tokoh seni yang terkenal
ialah Racine dan Moliere.

RUMUSAN
Jelaslah pembentukan negara bangsa di Eropah telah menamatkan konsep dunia empayar dan memulakan
konsep negara yang berasaskan satu bangsa, satu bahasa, satu kesusasteraan dan satu kesedaran
kebangsaan. Pembentukan negara bangsa ini juga telah memungkinkan pelayaran ke seberang laut dan
penemuan dunia baharu.

Sistem raja berkuasa mutlak Sistem raja berperlembagaan

Dinasti Tudor -Raja Charles II sebagai raja England


-Diasaskan oleh Raja Hendry VII -perkembangan politik kepartian
-berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu -wujud 2 parti (Whig dan Torries) yang dikuasai
Elizabeth golongan aristocrat, gentry dan bourjuis
-Raja berkuasa penuh menggubal dan melaksanakan dasar -Mary II dan William of Orange menjadi Raja England -
-Kedudukan raja mengatasi undang-undang selepas belakunya Revolusi Cemerlang
-diterima oleh rakyat untukl manamatkan huru- hara -parlimen meluluskan Toleration of Act 1699 (Undang-
-membentuk kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan undang Toleransi)
rakyat -beri kebebasan beragama bagi penganut Kristian
-pemerintahan berdasarkan Magna Carta [Piagam Protestan
yangdigubal untuk mengawal kuasa raja) -Bill of Right pada 1699 kemukakan bidang kuasa raja
-tidak mementingkan prinsip kesucian raja -raja diiktiraf sebagai ketua negara

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 7


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

-Raja-raja Tudor bekerjasama dan mengawal 2 buah parlimen -raja tiada lagi kuasa autokratik
England (House of Lords dan House of Common) -raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang
-berjaya menangani tentangan golongan puritan (penganut diluluskan parlimen
Protestan) terhadap golongan Anglican. -raja tidak boleh campur tangan dalam urusan
mahkamah
Dinasti Stuart (1603-1702) -Raja England mesti dari mazhab Protestan
Raja James I -raja bertanggungjawab kepada parlimen
-berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja -Parlimen akan adakan bersidang dari masa - ke semasa
-dasar memihak kepada mazhab Katolik. -Parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat
-mengahwinkan puteranya dengan puteri Perancis -parlimen mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan
bermazhab Katolik eksekutif
-membubarkan parlimen pada tahun 1611

Raja Charles I
-tidak menyukai golongan puritan
-membelakangi parlimen dalam kutipan cukai
-Menahan 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda
-membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak
selama 11 tahun
-mengenakan pelbagai jenis cukai
-Memulihkan amalan Roman Katolik
-menyebabkan kebangkitan golongan puritan
-tahun 1639 tubuhkan semula parlimen
-gagal dapat kerjasama ahli parlimen dan bubarkan semula
parlimen
-berjaya dikalahkan oleh tentera gereja pimpinan Oliver
Cromwell.
-dihukum bunuh

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 8


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

2.2.2 NEGARA KESATUAN DAN NEGARA PERSEKUTUAN


Calon seharusnya dapat:
membincangkan sistem pemerintahan negara kesatuan dan negara persekutuan;

Perancis dan
Amerika Syarikat
(abad ke-1819)

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 9


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

1. Jelaskan maksud Negara Kesatuan


Negara kesatuan merujuk kepada kuasa kerajaan pusat lebih luas berbanding kuasa kerajaan tempatan yang
lebih terhad.Contoh negara kesatuan ialah Perancis, Britain, Itali dan Jepun.

2. Nyatakan ciri-ciri sistem Kesatuan


Ciri-Ciri Sistem Kesatuan
Kesemua urusan negara adalah dipusatkan.
Kuasa mentadbir yg diberikan kepada wilayah / bahagian boleh ditarik balik.
Wilayah atau bahagian adalah agen kepada pemerintahan pusat kuasa autonomi tidak diberikan sepenuhnya.

Antara kelebihan sistem negara kesatuan ialah, sebarang pertindihan / percanggahan antara pembuat dan
pelaksana dasar dapat dielakkan. Walau bagamanapun sistem ini juga mempunyai kelemahannya iaitu tidak
sesuai digunakan dalam situasi negara yg luas dan penduduk yg ramai.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 10


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

3. Jelaskan konsep Negara Kesatuan yang diamalkan di Perancis


Negara Kesatuan di Perancis
Konsep negara kesatuan yang diamalkan di Perancis merujuk kepada pemusatan semua kuasa negara
sehingga memberi kuasa tertinggi kepada kerajaan pusat.
Setelah sistem feudal dihapuskan, pentadbiran baharu telah diperkenalkan di Perancis. Perancis dibahagikan
kepada 83 department [wilayah] dan setiap department pula dibahagikan kepada cantons [daerah]. Setiap
cantons dipecahkan lagi kepada commune.

Di setiap department diwujudkan General Council . Ahlinya dilantik pemerintah pusat. General Council menjadi
penghubung rakyat – kerajaan pusat

Commune pula berperanan mentadbir kawasan bandar;


Meluluskan permit bangunan.
Menjaga keselamatan penduduk.
Menguruskan pendaftaran perkahwinan.
- Commune diketuai oleh Mayor [Datuk Bandar].

Datuk Bandar pula berperanan sebagai;


Wakil kerajaan pusat di bandar.
Menguatkuasa undang- tempatan.
Mengurus pekerja di kawasannya.
* Keputusan Datuk Bandar boleh dipinda, diubah dan dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Kesimpulan
Setelah pemansuhan sistem feudal, pemerintahan negara Perancis berubah kepada sistem negara kesatuan.
Sistem ini lebih tersusun dan organisasi mempunyai garis panduan masing-masing.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 11


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

2.2.2 Negara persekutuan Amerika Syarikat (abad 18 -19)


Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing2 dalam pekara2 tertentu. Sungguhpun
wilayah tersebut menyerahkan kedaulatannya kepada kerajaan pusat, identiti kerajaan tersebut tidak akan
hilang [dijamin oleh perlembagaan persekutuan] Sebagai contoh, perlembagaan AS tetap memberi kebebasan
kepada negeri2 untuk menggubal undang2 berkaitan adat dan budaya masing2 kerana setiap negeri
mempunyai latar belakang dan yg berbeza. Faktor inilah yang menyebabkan perpaduan di AS tetap utuh
walaupun terdiri daripada 50 buah negara.

Aspek Huraian
Negara Persekutuan di Amerika Syarikat
Latarbelakang Sebagai sebuah kerajaan persekutuan, AS mengamalkan satu sistem
pemerintahan yg terdiri daripada dua kerajaan iaitu;

Kerajaan pusat
Kerajaan negeri

Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing2 dalam
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 12
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

pekara2 tertentu. Sungguhpun wilayah tersebut menyerahkan kedaulatannya


kepada kerajaan pusat, identiti kerajaan tersebut tidak akan hilang [dijamin oleh
perlembagaan persekutuan] Sebagai contoh, perlembagaan AS tetap memberi
kebebasan kepada negeri2 untuk menggubal undang2 berkaitan adat dan budaya
masing2 kerana setiap negeri mempunyai latar belakang dan yg berbeza. Faktor
inilah yang menyebabkan perpaduan di AS tetap utuh walaupun terdiri daripada
50 buah negara.

Kuasa Perlembagaan AS menggariskan secara terperinci badan2 yg memerintah


perlembagaan Amerika. Presiden boleh;
a. membatalkan undang2 dengan menggunakan kuasa veto.
b. Mengawasi kongres.
c. Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yang luas, rakyat tidak
bangkit menentang kerana;
i. Kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik.
ii. Perkara berkaitan dasar luar dan perdagangan diserahkan kepada
kerajaan
persekutuan.
Ciri-ciri  Kerajaan pusat tidak diberi kuasa yang banyak
pemerintahan  Merupakan liga negeri bukan kerajaan pusat yang kuat
persekutuan  Kerajaan pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan kerana
Amerika kurang sumber kewangan
 Kedudukan kewangan bergantung kepada sumbangan negeri
 Kerajaan tidak dibenarkan membentuk sistem peerdagangan antara negeri
atau negara lain

Perubahan  Had kuasa persekutuan


kedudukan  Memelihara hak rakyat dan kedaulatan negeri
kerajaan selepas  Pindaan dibuat dalam bidang mata wang.
abad ke  mengistiharkan peperangan
18(konvensyen
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 13
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Philadelphia)  Mengenakan cukai


 Mengubal undang-undang berkaitan kehakiman
 Menguasai bidang perdagangan

Kuasa presiden
dan kongres  Membatalkan undang-undang mengunakan kuasa veto
 Mengawal kongres
 2/3 undi di dewan senat dan perwakilan boleh mengatasi kuasa veto
 Apabila mengubal undang-undang , satu pihak boleh mengawasi pihak lain

Calon seharusnya dapat:


Penyatuan negara
bangsa
membincangkan proses penyatuan negara bangsa.

Itali dan Jerman


(abad ke-19)
1. Berikan maksud Negara bangsa

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi
sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat.
"Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah
"negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya
dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa
rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya.
Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan
autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 14


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Proses/langkah-langkah/usaha-usaha ke arah penyatuan Negara bangsa di Itali


Latar Belakang

Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke 19.Itali pada mulanya
terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian Utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy
masih di kuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah
pemerintahan dan menghalau orangAustria dari bumi Itali Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count
Camillio Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Count Camillio Cavour amat
menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan berusaha mewujudkan kerjasama dengan
Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi menentang Austriapada tahun 1860.

Proses Penyatuan Itali


1. Gerakan untuk menyatukan Itali bermula sejak tahun 1815 oleh kelas Pertengahan Itali.
2. Faktor pertama ialah penduduk Perancis pada era Napoleon Bonaparte di Itali menyaksikan sistem pentadbiran yang
berkesan perlu diwujudkan. Napoleon memperbetulkan undang-undang supaya lebih adil kepada semua kelas.
Keistimewaan golongan aristokrat dihapuskan & golongan menengah yang rajin berusaha dinaikkan pangkat yang sama
seperti golongan aristokrat.
3. Faktor kedua berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi golongan saudagar, mereka percaya dengan
penyatuan Itali, dapat memberi faedah dalam bidang ekonomi. Faedahnya termasuklah cukai kastam dapat dihapuskan,
pasaran lebih luas, pembinaan jalan pengangkutan diseluruh Itali & penyediaan prasarana pelabuhan yang lebih baik. Itali
juga dapat menjadi penghubung antara England dengan India apabila Terusan Suez dibuka.
4. Faktor ketiga ialah semangat untuk menyatukan Itali dikuatkan lagi dengan sentimen anti- Austria yang menguasai
Lombardy & venetia serta menempatkan tentera di 4 kawasan strategik di Itali iaitu Verona, Mantua, Peschiera &
Legnano.
5. Pada peringkat awal, antara tahun 1815 hingga 1830, kemungkinan berperang secara terbuka dengan penjajah
Austria agak sukar dilakukan. Mereka yang menentang terpaksa bergerak di bawah tanah dalam bentuk kongsi gelap.
Kongsi gelap yang terpenting ialah Carbonari. Walaupun Carbonari melakukan 2 kali penentangan pada tahun 1818 &
1830, namun gerakan tersebut mengalami kegagalan.
6. Kebangkitan semangat nasionalisme untuk menyatukan Itali dapat diperhatikan melalui beberapa gerakan yang
dipimpin oleh Mazzini, Count Camillo Benso di Cavour & Guiseppe Garibaldi.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 15


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Perjuangan Mazzini
Usaha-usaha Mazzini
1. Menyebarkan kesedaran nasionalisme
2. Mempopularkan idea penyatuan Itali
3. Menubuhkan pertubuhan Young Italy
4. Pendekatan Mazzini , penyatuan harus dilakukan oleh rakyat sendiri.
5. Melancarkan pemberontakan. Pada tahun 1833, Mazzini memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert
di Piedmant tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Charles Albert.

Perjuangan Count Camillo Benso de Cavor


Pengenalan
Tokoh terbilang dalam menyatukan Itali ialah Count Camillo Benso de Cavor (1810-1861), Perdana Menteri dalam
kerajaan Raja Victor Emmanuel di Piedmont ( Sardinia). Semasa pemerintahan Raja Charles Albert, Count Camillo Benso
tidak terlibat dengan kerajaan tetapi apabila Raja Victor Emmanuel II menaiki tahkta, Count Camillo Benso de Cavour
terlibat secara langsung dalam bidang politik. Pada tahun 1849, beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Piedmont. Pada tahun
1850, beliau menjawat Menteri Pertanian & Perdagangan. Pada tahun 1852, beliau menjadi Menteri luar & Perdana
Menteri Piedmont.

Dasar dalam Negeri Piedmont


Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau memajukan Piedmont dengan menurunkan kadar cukai, membina kilang,
membawa masuk jentera, memperbaiki jalan raya & membina jalan kereta api. Sistem kewangan kerajaan disusun
semula & menghadkan keistimewaan yang diberi kepada penguasa gereja.
Perubahan yang dilakukan oleh beliau dilihat sebagai titik permulaan kepada cita-citanya iaitu menyatukan Itali. Oleh
sebab itu, beliau telah menyusun semula tenteranya dengan berunding secara rahsia dengan pihak-pihak di Itali yang
ingin menghalau pemerintah Austria dari Itali .

Bantuan Peranchis dan Britain


Langkah pertama dan dasar luarnya ialah bekerjasama dengan Perancis dan Britain dalam Perang Crimer bagi
menentang Rusia. Namun ramalan Count Camillo Benso de Cavour yang menjangkakan Austria akan menyertai Rusia
tidak berlaku dan rancangan pertama ini gagal.
Langkah kedua dalam usaha menyatukan Itali ialah membuat persetiaan dengan Perancis akhirnya pada tahun 1858
Cavour menandatangani perjanjian dengan Napoloen III yang bertujuan membebaskan Itali daripada penguasaan Austria.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 16


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Penyertaan Itali Dalam Perang Crimea


Peperangan ini melibatkan kerjasama antaraItali, Peranchis dan Britain untuk menentang Russia dan sekutunya
Austria.Peperangan antara Sardinia (Negeri di Itali )-Perancis dengan Austria meletus dan Austria dapat ditumpaskan di
Margenta dan Solferino. Bagaimanapun maharaja Perancis memberhentikan peperangan tersebut dan membuat
perjanjian dengan Austria.
Kekalahan Austria telah memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu Austria seperti Tuscany, Parma dan Modena
kerana kehilangan sokongan pihak luar seperti yang diperoleh sebelum ini. Mereka turun takhta dan melarikan diri
Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour merasakan perlunya Sardinia terlibat secara aktif di kawasan tertentu
seperti di negeri-negeri Papal. Tentera Sardinia menyerang negeri-negeri Papal dan akhirnya negeri-negeri tersebut jatuh
ke tangan Sardinia kecuali Rom.
Kemenangan ini bermakna Cavour berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.

Pembentukan Persatuan Kebangsaan


Ditubuhkan untuk menyatukan kumpulan yang berjuang untuk menyatukan Itali.
Menyelaraskan Pergerakan Kebangsaan di Itali
Mendapatkan kerjasama daripada Garibaldi untuk menubuhkan pasukan tentera sukarela.
Mengadakan rundingan secara sulit dengan pemimpin-pemimpin persatuan kebangsaan.
Provokasi terhadap Austria.
Count de Covour melakukan provokasi terhadap Austria agar memulakan peperangan dengan Piedmont.
Memutuskan hubungan diplomatic dengan Vienna ( 1857 )
Mengarahkan Menteri kewangan Piedmont mengumpul dana untuk peperangan dengan Austria.

Penyatuan Itali ialah Giusepppe Garibaldi (1807-1882)


Seorang lagi tokoh yang terlibat dengan penyatuan Itali ialah Giusepppe Garibaldi (1807-1882) yang berasal dari Nice.Di
bahagian selatan Itali, iaitu di Dua Sicily berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Raja Bourbon, Ferdinand II dan
penggantinya Francis II.
Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi pemberontak disana. Dalam masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya
menguasai Sicily dan Naples.

13. Sehingga tahun 1861, semua negeri berada dibawah kerajaan Sardinia kecuali Rom dan Venetia. Parlimen Sardinia
bertukar menjadi parlimen Itali dan pada 17 Mac 1861, Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran raja Itali.
14. Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia dalam usaha mengusir Austria. Pada tahun 1870, meletus peperangan

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 17


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

antara Perancis dan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) supaya keluar bagi

menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil oleh tentera Itali untuk memasuki Rom.
15. Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Usaha penyatuan ini tiba
ke penghujungnya.

3. Proses/langkah-langkah/usaha-usaha kea rah penyatuan Negara bangsa di Jerman

1. Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah pemerintahan masing-masing. Pada awal
abad ke-19M, Jerman telah dikuasai oleh Perancis di mana Perancis telah melucutkan takhta raja serta
mengubah sempadan Eropah. Perancis telah membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan
mencantum negeri-negeri kecil di Jerman.

2. Selepas Perancis kalah pada tahun 1815, Persidangan Viena telah dibuat dan mereka bersetuju untuk
mencantumkan Jerman kepada 39 buah negeri sahaja (Pengabungan Jerman) yang terdiri daripada Austria, Prusia,
Bavaria, Wurtemberg, Honaver dan Saxony.

3. Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud beberapa faktor penghalang seperti
kebangkitan revolusi pada tahun 1848, persaingan antara kuasa Austria dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan
jika Jerman disatukan dan ramai golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada yang telah menetap di
Amerika.

4. Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman tetap wujud bermula pada tahun
1815 iaitu selepas tamat perang Napoleon melalui Kongres Vienna. Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan
Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan kepada penaklukan Perancis dan keadaan ini mendorong kepada
kerjasama ekonomi yang turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.

5. Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah ditubuhkan di Prusia. Persatuan ini telah berusaha
menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di
Jerman untuk menyertai persatuan pada tahun 1854 kecuali Austria. Perkembangan perdagangan ini telah
menyebabkan negeri di Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 18
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Proses Penyatuan Jerman

1. Prusia dilihat sebagai memainkan peranan efektif ke arah penyatuan Jerman, apabila William 1 ditabalkan
sebagai Raja Prusia yang baru pada 1861 percaya Prusia boleh memimpin penyatuan Jerman. Beberapa langkah ke
arah tersebut telah dilaksanakan seperti memperbesarkan angkatan tentera melalui penambahan pegawai tentera,
rekrut tentera yang ramai dan memanjangkan perkhidmatan sukarelawan kepada 3 tahun.

2. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, William 1 telah melantik Otto von Bismark, iaitu seorang junkers (tuan
tanah) yang pernah menjadi ahli parlimen (1847), duta Prusia ke Rusia dan Perancis pada tahun 1859 dan telah
dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru pada tahun 1862. Tugas utama Bismark ialah menjinakkan ahli-ahli
parlimen Prusia supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan raja. Namun apabila parlimen menolak permintaan
William 1, Bismark telah bertindak secara lebih agresif dalam merealisaikan proses penyatuan Jerman .

3. Sebagai Perdana Menteri, Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasakan
ekonomi Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh Austria dalam kalangan negeri-negeri Jerman.

4. Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam tiga peperangan. Peperangan pertama Bismark
ialah menentang Denmark atas isu daerah Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh Raja Denmark. Kedua-dua
daerah ini mempunyai majoriti bangsa Jerman yang telah menyatakan sokongan kepada Bismark. Untuk mencapai
tujuan tersebut, Bismark telah memujuk Austria supaya bersama memerangi Denmark pada 1864. Perang Prusia-
Denmark ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Gastein pada Ogos 1865. Mengikut perjanjian ini menyaksikan
Austria diberi hak untuk mentadbir Holstein manakala Prusia mengawal Schleswig.

5. Namun demikian usaha penyatuan Jerman tidak dapat dilakukan sekiranya Austria tidak dapat ditakluki. Justeru
itu, Bismark mula mendapat sokongan daripada sekutunya di Eropah untuk membantu. Beliau telah menawarkan
bantuan kepada Rusia ketika Rusia berhadapan dengan pemberontakan di Poland. Manakala di Itali pula, Bismark
telah menandatangani perjanjian pada 1866, iaitu Prusia akan membantu Itali untuk mendapatkan wilayah Venetia
yang dikuasai oleh Austria.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 19


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

6. Bismark mendapat persetujuan William 1 serta ketua-ketua tentera untuk memerangi Austria namun ditentang
oleh Parti Progresif yang menguasai parlimen. Bagi mengatasi senario tersebut, Bismark telah bertindak
memberikan hak mengundi kepada semua lelaki dewasa dalam pilihanraya dan bukannya hanya kepada golongan
lelaki bangsawan seperti yang diamalkan sebelum ini. Perubahan ini menyebabkan Parti Progresif kehilangan
banyak kerusi di parlimen.

7. Bagi meneruskan misinya, Bismark telah mengistiharkan perang ke atas Austria apabila menghantar tentera ke
Holstein pada 15 Jun 1866 dengan menuduh pihak Austria melanggar Perjanjian Gastein iaitu kerajaan Austria telah
melayan dengan buruk orang-orang Jerman yang berada di Austria. Perang ini mengambil masa selama 7 minggu,
oleh sebab itu ia dikenali Perang Tujuh Minggu.

8. Tentera Austria telah dikalahkan di Sedowa dan perang ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Prague pada
tahun 1866. Mengikut perjanjian ini Austria dikeluarkan daripada kesatuan ini serta Austria serah Holstein kepada
Prusia dan wilayah Venetia diserahkan kepada Itali. Kejayaan ini telah membolehkan Bismark mengabungkan semua
negeri-negeri utara Jerman menjadi Pergabungan Jerman Utara.

9. Prusia berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri Jerman. Napoleon III tidak akan
menyokong rancangan Prusia memimpin penyatuan Jerman. Selepas tamat Perang Prusia-Austria, Perancis mula
bimbang kebangkitan Prusia sebagai kuasa kuat di Eropah. Ini telah mendorong Perancis menuntut agar negeri-
negeri Selatan Jerman diserahkan kepada Perancis sebagai balasan pertolongan Perancis kepada Prusia
mengalahkan Austria.

10. Dengan menggunakan tipu helah, Bismark telah berjaya memujuk negeri-negeri Selatan Jerman bersatu dengan
Prusia. Selepas itu, berusaha memujuk sekutu-sekutu Perancis supaya tidak membantu Perancis. Dalam
meneruskan misinya Bismark telah melancarkan perang ke atas Perancis pada Julai 1870. Perancis berjaya
dikalahkan oleh Prusia pada tahun 1871 dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Frankfurt.

11. Mengikut perjanjian ini, Perancis serah wilayah Alsace dan Lorraine serta membayar ganti rugi perang sebanyak
3 ribu juta kepada Prusia. Selepas berjaya mengalahkan Perancis, Bismark telah menyatukan Jerman menjadi
Empayar Jerman yang mengandungi 25 negeri kecuali Austria.

12. Pada 18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismark menjadi Cancellor
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 20
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

(Perdana Menteri). Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai
tentera dan pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat. Kaiser berkuasa untuk mengarahkan
tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar.

13. Selepas berjaya menyatukan Jerman (1871), Bismark berusaha untuk mewujudkan keamanan di dalam dan luar
negeri Jerman, membangunkan negara dan mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan
persahabatan dengan negara-negara Eropah. Bismark juga telah menanda tangani perjanjian 3 kuasa iaitu antara
Prusia dengan Itali dan Austria yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Tujuannya untuk menggelakkan daripada
Perancis menyerang Jerman.

14. Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman dengan menubuhkan parlimen yang mengandungi
Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja. Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja, menyeragamkan sektor
ekonomi, membangunkan sektor perindustrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan serta pemulihan
sosial.

Penyatuan Negara Bangsa Jerman


Pengenalan
Pada tahun 1815, terdapat 39 negeri di Jerman. Prusia dan Austria merupakan 2 negeri
yg paling berpengaruh dan saling bersaing untuk menjadi kuasa utama di Jerman.
Persaingan antara kedua-dua negeri ini menjadikan usaha untuk menyatukan Jerman
menjadi sukar. Kebimbangan golongan bangsawan mengenai status mereka jika
Jerman bersatu juga menjadi faktor penghalang usaha menyatukan negara Jerman.
Sehingga sekitar tahun 1850-an belum ada tanda-tanda negara Jerman akan terbentuk.
Golongan nasionalis Jerman belum bersepakat mengenai penubuhan negara bangsa

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 21


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Jerman.

Peta Jerman 1815

Usaha Ke Arah Penyatuan Jerman


Terdapat beberapa usaha ataupun langkah yang telah dilakukan dalam usaha menyatukan
negara Jerman iaitu;

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 22


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

1. Kongres Vienna 1815


Kongres ini menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penaklukan
Perancis. Ketetapan kongres ini secara tidak langsung menjadi titik permulaan kepada
kerjasama antara negeri2 di Jerman.

2. Peranan Prusia
Prusia merupakan negeri terbesar di Jerman. Kuasa politik Prusia dipegang oleh junkers iaitu
golongan tuan tanah. Prusia memiliki kelebihan sebagai negeri yang boleh menyatukan negeri2
lain di Jerman. Kekuatan yang dimiliki oleh Prusia ialah;

sistem pemerintahan yg cekap


Kedudukan ekonomi yg kukuh. Golongan junkers telah menubuhkan kesatuan ekonomi

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 23


SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

iaituZollverein. Perdagangan antara negeri di Jerman mulai rancak. Justeru, Prusia dilihat
mampu memainkan peranan untuk menyatukan Jerman.

3. Peranan Raja William I


Raja Prusia iaitu Raja William I telah melantik PM baru iaitu Otto Eduard Von Bismarck.
Tindakan Taja William I dianggap keputusan yang bijak kerana Bismarck merupakan seorang
pemimpin yang berkebolehan. Kewibawaan Bismarck banyak menyumbang ke arah penyatuan
Jerman.Tugas utama Bismarck: menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan
Raja.

4. Peranan Bismarck
Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan
Raja. Selain itu, beliau berusaha mengurang pengaruh Austria di negeri2 lain Jerman. Bagi
melaksanakan dasar ini, beliau telah melibatkan Prusia dalam 3 siri peperangan iaitu;

Perang Prusia – Denmark [Prusia menang]


5. Perang Prusia – Austria [Prusia menang]. Kemenangan ini membolehkan Prusia
menubuhkan Kesatuan Jerman Utara [Austria dikecualikan]
6 Perang Prusia – Perancis [Prusia menang atas tipu helah / putar belit Bismarck]
Kemenangan dalam peperangan tersebut membuka peluang kepada Kesatuan Jerman Utara
menggabungkan negeri2 di Jerman termasuk negeri2 di Selatan membentuk negara Jerman.
Pada tahun 1871, Raja William I dilantik menjadi Kaisar [Maharaja Jerman]. Bismarck pula
dilantik sebagai Chancellor [Perdana Menteri]

Kesimpulan
Pada peringkat awalnya, usaha penyatuan Jerman mengalami beberapa halangan seperti
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 24
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

tiadanya sokongan golongan bangsawan dan golongan nasionalis masih belum bersatu tetapi
kewibawaan beberapa tokoh seperti Bismarck dan Raja Prusia mampu menggerakan usaha
penyatuan ini ke arah kejayaan.

Langkah-langkah Penyatuan Jerman oleh Otto Van Bismark

Memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah


Bismark mengambil langkah-langkah bagi memulihkan keamanan dan kselamatan untuk
membangunkan Jerman.
Bismark menjalinkan hubungan persahabatan dengan Negara-negara lain di Eropah.
Mengadakan Perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga
Menerusi perikatan ini beliau berharap Negara-negara lain tidak akan melancarkan peperangan
terhadap Jerman.

Memperkenalkan Perlembagaan Jerman


Memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman
Perlembagaan ini memperuntukan kuasa bagi sebuah penubuhan parliman yang terdiri
daripada majlis persekutuan dan Diet Maharaja.
Mengikut perlembagaan Jerman kuasa sebenar terketak di tangan canselor dan Kaiser.
Perlembagaan memberi kuasa kepada Bismark untuk mengukuh perlembagaan Jerman.

Menyekat Pengaruh Gereja


Bismark menghadapi masalah dengan gereja Roman katolik akan memecah belah perpaduan
Jerman
Beliau memulakan gerakan anti gereja yang dikenali sebagai kulturkampf
Beliau meluluskan undang-undang Mei menyekat perkembangan gereja katolik
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 25
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Menyeragamkan sistem ekonomi


Membangunkan sector perindustrian
Memajukan sector pertanian dan perdagangan
Pemulihan sosial

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG 26

You might also like