You are on page 1of 25

SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

2.1 INSTITUSI PEMERINTAHAN

Calon seharusnya dapat:


2.1.1 Raja/Maharaja a) Menghuraikan kedudukan dan peranan raja/maharaja dalam pemerintahan
China dan Rusia KONSEP RAJA/ MAHARAJA
(abad ke-1620)
 Kedudukan teratas dalam hieraki politik
 Kuasa penentu dalam pentadbiran
 Individu yang paling berkuasa dan penting dalam masyarakat
 Mempunyai peranan yang besar
 Disegani oleh rakyat
 Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
 Merupakan sistem pemerintahan tertua di dunia (sistem monarki)

KEDUDUKAN MAHARAJA DI CHINA KEDUDUKAN MAHARAJA DI RUSIA (TZAR)


 Kedudukan dalam susun lapis  Kedudukan tertinggi
- tertinggi dalam sistem feudal - rakyat perlu taat
- untuk jamin kedudukan : menjalankan  Berkuasa mutlak
pemerintahan pusat dan wilayah - sebelum Revolusi Rusia 1917 raja mempunyai
- pentadbiran peringkat pusat : dibantu oleh kuasa autokratik
golongan sarjana yang lulus dalam peperiksaan - contoh : Ivan IV – gubal undang-undang untuk
awam lemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia
- pentadbiran peringkat wilayah: dijalankan oleh
golongan hulubalang (warlord)
 Hak istimewa
 Raja dianggap mendapat mandat dari syurga
- kebal dari segi undang-undang
- tuhan menganugerahkan kuasa untuk memerintah
- menjadi sumber rujukan undang-undang
- kuasa tersebut boleh ditarik balik apabila berlaku
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
1
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

malapetaka/ bencana
 Kedudukan berdasarkan ajaran Confucius
- mesti memerintah mengikut prinsip ajaran
Confucius

CHINA ASPEK RUSIA


1. Ketua pemerintah 1. Ketua Negara
berkuasa mutlak berkuasa mutlak dalam pentadbiran (Tzar
berperanan penting dalam urusan dasar luar 1. Politik Nicholas II)
negara dasar luar – menentukan hubungan luar
ketua perundangan, eksekutif dan kehakiman negeri/ diplomatic
dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan
Majlis Tertinggi 2. Melantik pembesar
Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja) berkuasa melantik menteri bagi kukuhkan
memutuskan dasar kerajaan keduduakan raja
berkuasa melucutkan/memecat menteri yang
2. Melantik pembesar menentang pemerintahan
melantik jawatan pegawai-pegawai kerajaan memilih dan melantik menteri yang benar-
melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan benar boleh dipercayai dan berwibawa
melantik pegawai yang benar-benar boleh
menjalankan tugas kerana pembesar merupakan 3. Ketua tentera
tulang belakang raja/maharaja bertanggungjawab memulih, menjaga
melantik pembesar di peringkat pusat dan wilayah keamanan dan keselamatan empayar Rusia
mengetuai ekspedisi ketenteraan – dasar
3. Ketua tentera perluasan wilayah
bertanggungjawab memastikan keamanan negara
dibantu oleh golongan pembesar dan tentera
mengetuai angkatan tentera dalam medan
peperangan
meluaskan empayar (awal Dinasti Ming)
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
2
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

4. Ketua hakim/perundangan
setiap arahan raja /maharaja menjadi undang-
undang
kedudukan maharaja mengatasi undang-undang
undang-undang digubal untuk menjamin
kedudukan raja
boleh menjatuhkan hukuman mati
mengisytiharkan undang-undang
mengendalikan kes-kes rayuan
memberikan pengampunan

1. Memajukan ekonomi 1. Memajukan ekonomi


mengamalkan dasar tutup pintu 2. Ekonomi Peter the Great- menggalakkan pembangunan
kuasai semua sumber ekonomi negara seperti industri perkilangan
pungutan cukai / ufti membangunkan sistem pengangkutan kereta
tentukan sistem sukatan dan timbangan api
berkuasa ke atas tanah (tanah hak raja) menambahkan perbendaharaan negara
memperkenalkan pelbagai cukai

1. Ketua agama 1. Ketua agama


Buddha, Taoisme dan Confucius menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks
pastikan rakyat patuh ajaran agama 3. Sosial pastikan rakyat sentiasa mematui pengamalan
pastikan agama tidak dicemari dengan pengaruh agama
agama luar spt Kristian mengarah mubaligh Kristian mempelajari
bahasa masyarakat tempatan
2. Ketua adat istiadat menghantar mubaligh tinggal bersama
adat Kow-tow : sujud dihadapan maharaja keluarga yang menjadi sasaran maharaja
sebanyak 9 kali tanpa melihat wajah
pastikan alat-alat kebesaran diraja sentiasa dijaga 2. Pembaharuan sosial
( lambang naga) Pembaratan (Peter The Graet)

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


3
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

- perubahan penampilan diri


3. Pemimpin intelektual - pergaulan bebas
istana sebagai pusat perkembangan ilmu - kebajikan rakyat
istana sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan - pembanguanan pendidikan

(b) membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan


2.1.2 Pembesar
. KONSEP PEMBESAR
China dan Rusia  Berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki
(abad ke-1620)  Merupakan tulang belakang kepada maharaja
 Membantu maharaja dalam pentadbiran
 Dilantik secara rasmi oleh maharaja

KEDUDUKAN PEMBESAR DI CHINA KEDUDUKAN PEMBESAR DI RUSIA

Kedudukan dalam susun lapis Kedudukan tertinggi selepas tzar


- kedudukan selepas golongan raja - dianggap sebagai tulang belakang / tiang kerajaan
- terdiri daripada golongan bangsawan dan sarjana - mobiliti sosial berlaku secara lantikan
- golongan bangsawan memiliki wilayah sendiri
- mereka lulus dalam peperiksaan awam (4 tahap) Kuasa
Kuasa k uasa terhad dan boleh dilucutkan jawatan
- kuasa terhad dan bergantung kepada sokongan raja oleh maharaja
- melaksanakan tugas terhadap raja - menjadi sumber rujukan undang-undang
- segala tindakan sentiasa dipantau oleh raja
SISTEM PEMBESAR DI RUSIA
SISTEM PEMBESAR DI CHINA
1. Peringkat pusat
1. Peringkat pusat membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi ( Duma,
Tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran awam, tentera dan Zemskii Sabor, Prikazi)
tempatan zaman Peter diwujudkan Majlis Senate menggantikan Duma
Memegang jawatan penting dan Zemskii Sabor
Berkhidmat dalam jabatan kerajaan memberi perkhidmatan ketenteraan
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
4
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Menganggotai Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi ( Enam menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal
Badan Menteri) dan Lembaga Penapis kuasa gereja
Mengukuhkan kedudukan maharaja Menganggotai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati
raja dalam hal ehwal dasar Negara
2. Peringkat wilayah golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan
Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbiran
Diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah Polis Rahsia Khas (Okhrana) untuk kawal penyebaran
Berperanan memelihara keamanan dan mengutip cukai propaganda yang boleh gugat pemerintah
daripada penduduk
Berhubung secara langsung dengan pemerintahan pusat 2. Peringkat daerah
Diketuai oleh gabenor atau naib gabenor
3. Ketua tentera Majlis Daerah (Zemstvo) berperanan jaga infrastruktur dan
bertanggungjawab memastikan keamanan wilayah pendidikan
mendapat tempat istimewa dalam kerajaan
3. Peringkat kampong (Komun/ Mir)
4. Golongan intelektual (gentry) bertanggungjawab memungut cukai untuk kerajaan pusat
mendapat pendidikan Confucius
lulus dalam peperiksaan awam
diberi keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan dan di
istana
diberi keistimewaan

2.2 NEGARA BANGSA

Calon seharusnya dapat:


(a) membincang dan dan membandingkan sistem pemerintahan beraja mutlak dengan raja berperlembagaan

2.2.1 Raja mutlak SISTEM RAJA BERKUASA MUTLAK DI PERANCIS


dan raja -raja merupakan sumber kepada segala kekuasaan dan undang-undang di dalam sebuah negara.
-Contoh Raja Louis ke- XIV, Raja Perancis (1638-1715) pernah berkata “ L’etat c’est moi” (Negara adalah beta)

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


5
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

berperlembagaan -raja berkuasa ke atas gereja


-raja perlu berikrar menjaga dan pertahankan agama Negara iaitu Kristian mazhab Katolik
England dan -Perancis berjaya mengukuhkan pemerintahan monarki kerana faktor luaran dan faktor dalaman negara itu sendiri.
Perancis -Negara Perancis pernah melalui zaman peperangan yang panjang dengan England
(abad ke-16-18) -golongan bangsawan yang bertanggungjawab membekalkan angkatan tentera untuk membentengi negara tidak berjaya.
-Kesempatan ini berjaya dimanafaatkan oleh raja mereka. Raja berjaya memperolehi hak untuk memiliki tentera yang
bersiap sedia (standing army).
-Contoh Louis XIV berjaya mempunyai angkatan tentera yang terbesar, paling lengkap dan cekap di Eropah.
-Raja-raja Perancis juga mempunyai kuasa untuk memungut cukai mereka sendiri tanpa sekatan. -Ini memberi kelebihan
kepada raja untuk membuat perancangan pentadbiran, ketenteraan dan menanggung perbelanjaan kerajaannya sendiri.
-Raja Perancis hidup mewah dengan membina istana-istana besar di pelusuk negara. Mereka hidup bergaya dan dapat
membina prestij yang tersendiri.
-Contoh raja Louis XIV telah membina istana besar di Versailles, arkitek-arkitek terkemuka telah mereka bangunan dan
diperindahkan oleh pelukis-pelukis terkenal.
-Raja telah menggunakan bala tenteranya untuk mengawal golongan bangsawan yang ingin menentangnya.
-Contoh Raja Louis ke- XIII menggunakan pasukan tentera raja untuk memusnahkan kota-kota yang menentangnya.
-pemerintah monarki Perancis pandai mengambil hati para bangsawan dengan memberi mereka pencen yang tinggi dan
ditawarkan kerja-kerja yang memberikan gaji yang lumayan.
-Kuasa pope ke atas gereja telah berjaya dikurangkan oleh raja.
-Raja berkuasa melantik biskop dan ketua biara
-mereka yang dilantik oleh raja akan lebih mentaati raja, ini telah memberi kelebihan kepada raja untuk mengawal gereja
dengan lebih mudah.
-Golongan peniaga, kelas pertengahan dan professional memberi sokongan kepada raja dalam mengurangkan kuasa
golongan bangsawan dan gereja.
-Ini kerana selama ini hanya golongan ini sahaja yang membayar cukai sedangkan golongan bangsawan dan gereja
dikecualikan.

-Negara Perancis berjaya mengekalkan kekukuhan ekonominya dengan jumlah penduduk yang ramai, ini menyebabkan
rakyat Perancis merasa bangga dan tiada alasan untuk menentang pemerintahan beraja.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


6
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

-Negara Perancis mempunyai pegawai-pegawai yang berkebolehan seperti menteri kewangan Jean Baptiste Colbert yang
berjaya memjadikan Perancis sebagai negara industri dan kuasa militer.
-Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh-tokoh seni yang terkenal ialah
Racine dan Moliere.

RUMUSAN
Jelaslah pembentukan negara bangsa di Eropah telah menamatkan konsep dunia empayar dan memulakan konsep negara
yang berasaskan satu bangsa, satu bahasa, satu kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan. Pembentukan negara bangsa
ini juga telah memungkinkan pelayaran ke seberang laut dan penemuan dunia baharu.

Sistem raja berkuasa mutlak Sistem raja berperlembagaan

Dinasti Tudor -Raja Charles II sebagai raja England


-Diasaskan oleh Raja Hendry VII -perkembangan politik kepartian
-berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu -wujud 2 parti (Whig dan Torries) yang dikuasai golongan
Elizabeth aristocrat, gentry dan bourjuis
-Raja berkuasa penuh menggubal dan melaksanakan dasar -Mary II dan William of Orange menjadi Raja England -
-Kedudukan raja mengatasi undang-undang selepas belakunya Revolusi Cemerlang
-diterima oleh rakyat untukl manamatkan huru- hara -parlimen meluluskan Toleration of Act 1699 (Undang-
-membentuk kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan undang Toleransi)
rakyat -beri kebebasan beragama bagi penganut Kristian
-pemerintahan berdasarkan Magna Carta [Piagam yangdigubal Protestan
untuk mengawal kuasa raja) -Bill of Right pada 1699 kemukakan bidang kuasa raja
-tidak mementingkan prinsip kesucian raja -raja diiktiraf sebagai ketua negara
-Raja-raja Tudor bekerjasama dan mengawal 2 buah parlimen -raja tiada lagi kuasa autokratik
England (House of Lords dan House of Common) -raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang
-berjaya menangani tentangan golongan puritan (penganut diluluskan parlimen
Protestan) terhadap golongan Anglican. -raja tidak boleh campur tangan dalam urusan mahkamah
-Raja England mesti dari mazhab Protestan
Dinasti Stuart (1603-1702) -raja bertanggungjawab kepada parlimen
Raja James I -Parlimen akan adakan bersidang dari masa - ke semasa
-berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja -Parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
7
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

-dasar memihak kepada mazhab Katolik. -parlimen mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan
-mengahwinkan puteranya dengan puteri Perancis bermazhab eksekutif
Katolik
-membubarkan parlimen pada tahun 1611

Raja Charles I
-tidak menyukai golongan puritan
-membelakangi parlimen dalam kutipan cukai
-Menahan 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda
-membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak
selama 11 tahun
-mengenakan pelbagai jenis cukai
-Memulihkan amalan Roman Katolik
-menyebabkan kebangkitan golongan puritan
-tahun 1639 tubuhkan semula parlimen
-gagal dapat kerjasama ahli parlimen dan bubarkan semula
parlimen
-berjaya dikalahkan oleh tentera gereja pimpinan Oliver
Cromwell.
-dihukum bunuh

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


8
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

2.2.2 NEGARA KESATUAN DAN NEGARA PERSEKUTUAN


Calon seharusnya dapat:
membincangkan sistem pemerintahan negara kesatuan dan negara persekutuan;

Perancis dan
Amerika Syarikat
(abad ke-1819)

1. Jelaskan maksud Negara Kesatuan


Negara kesatuan merujuk kepada kuasa kerajaan pusat lebih luas berbanding kuasa kerajaan tempatan yang lebih
terhad.Contoh negara kesatuan ialah Perancis, Britain, Itali dan Jepun.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


9
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

2. Nyatakan ciri-ciri sistem Kesatuan


Ciri-Ciri Sistem Kesatuan
Kesemua urusan negara adalah dipusatkan.
Kuasa mentadbir yg diberikan kepada wilayah / bahagian boleh ditarik balik.
Wilayah atau bahagian adalah agen kepada pemerintahan pusat kuasa autonomi tidak diberikan sepenuhnya.

Antara kelebihan sistem negara kesatuan ialah, sebarang pertindihan / percanggahan antara pembuat dan
pelaksana dasar dapat dielakkan. Walau bagamanapun sistem ini juga mempunyai kelemahannya iaitu tidak sesuai
digunakan dalam situasi negara yg luas dan penduduk yg ramai.

3. Jelaskan konsep Negara Kesatuan yang diamalkan di Perancis


Negara Kesatuan di Perancis
Konsep negara kesatuan yang diamalkan di Perancis merujuk kepada pemusatan semua kuasa negara sehingga
memberi kuasa tertinggi kepada kerajaan pusat.
Setelah sistem feudal dihapuskan, pentadbiran baharu telah diperkenalkan di Perancis. Perancis dibahagikan
kepada 83 department [wilayah] dan setiap department pula dibahagikan kepada cantons [daerah]. Setiap cantons
dipecahkan lagi kepada commune.

Di setiap department diwujudkan General Council . Ahlinya dilantik pemerintah pusat. General Council menjadi
penghubung rakyat – kerajaan pusat

Commune pula berperanan mentadbir kawasan bandar;


Meluluskan permit bangunan.
Menjaga keselamatan penduduk.
Menguruskan pendaftaran perkahwinan.
- Commune diketuai oleh Mayor [Datuk Bandar].

Datuk Bandar pula berperanan sebagai;


MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
10
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Wakil kerajaan pusat di bandar.


Menguatkuasa undang- tempatan.
Mengurus pekerja di kawasannya.
* Keputusan Datuk Bandar boleh dipinda, diubah dan dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Kesimpulan
Setelah pemansuhan sistem feudal, pemerintahan negara Perancis berubah kepada sistem negara kesatuan. Sistem
ini lebih tersusun dan organisasi mempunyai garis panduan masing-masing.

2.2.2 Negara persekutuan Amerika Syarikat (abad 18 -19)


Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing2 dalam pekara2 tertentu. Sungguhpun
wilayah tersebut menyerahkan kedaulatannya kepada kerajaan pusat, identiti kerajaan tersebut tidak akan hilang
[dijamin oleh perlembagaan persekutuan] Sebagai contoh, perlembagaan AS tetap memberi kebebasan kepada
negeri2 untuk menggubal undang2 berkaitan adat dan budaya masing2 kerana setiap negeri mempunyai latar
belakang dan yg berbeza. Faktor inilah yang menyebabkan perpaduan di AS tetap utuh walaupun terdiri daripada
50 buah negara.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


11
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Aspek Huraian
Negara Persekutuan di Amerika Syarikat
Latarbelakang Sebagai sebuah kerajaan persekutuan, AS mengamalkan satu sistem pemerintahan yg
terdiri daripada dua kerajaan iaitu;

Kerajaan pusat
Kerajaan negeri

Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing2 dalam pekara2
tertentu. Sungguhpun wilayah tersebut menyerahkan kedaulatannya kepada kerajaan
pusat, identiti kerajaan tersebut tidak akan hilang [dijamin oleh perlembagaan
persekutuan] Sebagai contoh, perlembagaan AS tetap memberi kebebasan kepada negeri2
untuk menggubal undang2 berkaitan adat dan budaya masing2 kerana setiap negeri
mempunyai latar belakang dan yg berbeza. Faktor inilah yang menyebabkan perpaduan di
AS tetap utuh walaupun terdiri daripada 50 buah negara.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


12
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Kuasa Perlembagaan AS menggariskan secara terperinci badan2 yg memerintah Amerika.


perlembagaan Presiden boleh;
a. membatalkan undang2 dengan menggunakan kuasa veto.
b. Mengawasi kongres.
c. Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yang luas, rakyat tidak bangkit
menentang kerana;
i. Kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik.
ii. Perkara berkaitan dasar luar dan perdagangan diserahkan kepada kerajaan
persekutuan.
Ciri-ciri  Kerajaan pusat tidak diberi kuasa yang banyak
pemerintahan  Merupakan liga negeri bukan kerajaan pusat yang kuat
persekutuan  Kerajaan pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan kerana kurang
Amerika sumber kewangan
 Kedudukan kewangan bergantung kepada sumbangan negeri
 Kerajaan tidak dibenarkan membentuk sistem peerdagangan antara negeri atau
negara lain

Perubahan  Had kuasa persekutuan


kedudukan  Memelihara hak rakyat dan kedaulatan negeri
kerajaan selepas  Pindaan dibuat dalam bidang mata wang.
abad ke  mengistiharkan peperangan
18(konvensyen  Mengenakan cukai
Philadelphia)  Mengubal undang-undang berkaitan kehakiman
 Menguasai bidang perdagangan

Kuasa presiden dan


kongres  Membatalkan undang-undang mengunakan kuasa veto
 Mengawal kongres
 2/3 undi di dewan senat dan perwakilan boleh mengatasi kuasa veto

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


13
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

 Apabila mengubal undang-undang , satu pihak boleh mengawasi pihak lain

Calon seharusnya dapat:


Penyatuan negara
bangsa
membincangkan proses penyatuan negara bangsa.

Itali dan Jerman


(abad ke-19)
1. Berikan maksud Negara bangsa

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah
entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat.
"Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah
"negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan
bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya
berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya.
Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan
autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

Proses/langkah-langkah/usaha-usaha ke arah penyatuan Negara bangsa di Itali


Latar Belakang

Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke 19.Itali pada mulanya
terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian Utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih
di kuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan
menghalau orangAustria dari bumi Itali Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count Camillio Benso di Cavour
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
14
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Count Camillio Cavour amat menyanjung penyatuan Itali
berlandaskan pemerintahan monarki dan berusaha mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah
Perancis) bagi menentang Austriapada tahun 1860.

Proses Penyatuan Itali


1. Gerakan untuk menyatukan Itali bermula sejak tahun 1815 oleh kelas Pertengahan Itali.
2. Faktor pertama ialah penduduk Perancis pada era Napoleon Bonaparte di Itali menyaksikan sistem pentadbiran yang
berkesan perlu diwujudkan. Napoleon memperbetulkan undang-undang supaya lebih adil kepada semua kelas.
Keistimewaan golongan aristokrat dihapuskan & golongan menengah yang rajin berusaha dinaikkan pangkat yang sama
seperti golongan aristokrat.
3. Faktor kedua berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi golongan saudagar, mereka percaya dengan
penyatuan Itali, dapat memberi faedah dalam bidang ekonomi. Faedahnya termasuklah cukai kastam dapat dihapuskan,
pasaran lebih luas, pembinaan jalan pengangkutan diseluruh Itali & penyediaan prasarana pelabuhan yang lebih baik. Itali
juga dapat menjadi penghubung antara England dengan India apabila Terusan Suez dibuka.
4. Faktor ketiga ialah semangat untuk menyatukan Itali dikuatkan lagi dengan sentimen anti- Austria yang menguasai
Lombardy & venetia serta menempatkan tentera di 4 kawasan strategik di Itali iaitu Verona, Mantua, Peschiera & Legnano.
5. Pada peringkat awal, antara tahun 1815 hingga 1830, kemungkinan berperang secara terbuka dengan penjajah Austria
agak sukar dilakukan. Mereka yang menentang terpaksa bergerak di bawah tanah dalam bentuk kongsi gelap. Kongsi gelap
yang terpenting ialah Carbonari. Walaupun Carbonari melakukan 2 kali penentangan pada tahun 1818 & 1830, namun
gerakan tersebut mengalami kegagalan.
6. Kebangkitan semangat nasionalisme untuk menyatukan Itali dapat diperhatikan melalui beberapa gerakan yang
dipimpin oleh Mazzini, Count Camillo Benso di Cavour & Guiseppe Garibaldi.

Perjuangan Mazzini
Usaha-usaha Mazzini
1. Menyebarkan kesedaran nasionalisme
2. Mempopularkan idea penyatuan Itali
3. Menubuhkan pertubuhan Young Italy
4. Pendekatan Mazzini , penyatuan harus dilakukan oleh rakyat sendiri.
5. Melancarkan pemberontakan. Pada tahun 1833, Mazzini memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


15
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Piedmant tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Charles Albert.

Perjuangan Count Camillo Benso de Cavor


Pengenalan
Tokoh terbilang dalam menyatukan Itali ialah Count Camillo Benso de Cavor (1810-1861), Perdana Menteri dalam kerajaan
Raja Victor Emmanuel di Piedmont ( Sardinia). Semasa pemerintahan Raja Charles Albert, Count Camillo Benso tidak terlibat
dengan kerajaan tetapi apabila Raja Victor Emmanuel II menaiki tahkta, Count Camillo Benso de Cavour terlibat secara
langsung dalam bidang politik. Pada tahun 1849, beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Piedmont. Pada tahun 1850, beliau
menjawat Menteri Pertanian & Perdagangan. Pada tahun 1852, beliau menjadi Menteri luar & Perdana Menteri Piedmont.

Dasar dalam Negeri Piedmont


Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau memajukan Piedmont dengan menurunkan kadar cukai, membina kilang, membawa
masuk jentera, memperbaiki jalan raya & membina jalan kereta api. Sistem kewangan kerajaan disusun semula &
menghadkan keistimewaan yang diberi kepada penguasa gereja.
Perubahan yang dilakukan oleh beliau dilihat sebagai titik permulaan kepada cita-citanya iaitu menyatukan Itali. Oleh sebab
itu, beliau telah menyusun semula tenteranya dengan berunding secara rahsia dengan pihak-pihak di Itali yang ingin
menghalau pemerintah Austria dari Itali .

Bantuan Peranchis dan Britain


Langkah pertama dan dasar luarnya ialah bekerjasama dengan Perancis dan Britain dalam Perang Crimer bagi menentang
Rusia. Namun ramalan Count Camillo Benso de Cavour yang menjangkakan Austria akan menyertai Rusia tidak berlaku dan
rancangan pertama ini gagal.
Langkah kedua dalam usaha menyatukan Itali ialah membuat persetiaan dengan Perancis akhirnya pada tahun 1858 Cavour
menandatangani perjanjian dengan Napoloen III yang bertujuan membebaskan Itali daripada penguasaan Austria.

Penyertaan Itali Dalam Perang Crimea


Peperangan ini melibatkan kerjasama antaraItali, Peranchis dan Britain untuk menentang Russia dan sekutunya
Austria.Peperangan antara Sardinia (Negeri di Itali )-Perancis dengan Austria meletus dan Austria dapat ditumpaskan di
Margenta dan Solferino. Bagaimanapun maharaja Perancis memberhentikan peperangan tersebut dan membuat perjanjian
dengan Austria.
Kekalahan Austria telah memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu Austria seperti Tuscany, Parma dan Modena
kerana kehilangan sokongan pihak luar seperti yang diperoleh sebelum ini. Mereka turun takhta dan melarikan diri
Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour merasakan perlunya Sardinia terlibat secara aktif di kawasan tertentu
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
16
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

seperti di negeri-negeri Papal. Tentera Sardinia menyerang negeri-negeri Papal dan akhirnya negeri-negeri tersebut jatuh ke
tangan Sardinia kecuali Rom.
Kemenangan ini bermakna Cavour berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.

Pembentukan Persatuan Kebangsaan


Ditubuhkan untuk menyatukan kumpulan yang berjuang untuk menyatukan Itali.
Menyelaraskan Pergerakan Kebangsaan di Itali
Mendapatkan kerjasama daripada Garibaldi untuk menubuhkan pasukan tentera sukarela.
Mengadakan rundingan secara sulit dengan pemimpin-pemimpin persatuan kebangsaan.
Provokasi terhadap Austria.
Count de Covour melakukan provokasi terhadap Austria agar memulakan peperangan dengan Piedmont.
Memutuskan hubungan diplomatic dengan Vienna ( 1857 )
Mengarahkan Menteri kewangan Piedmont mengumpul dana untuk peperangan dengan Austria.

Penyatuan Itali ialah Giusepppe Garibaldi (1807-1882)


Seorang lagi tokoh yang terlibat dengan penyatuan Itali ialah Giusepppe Garibaldi (1807-1882) yang berasal dari Nice.Di
bahagian selatan Itali, iaitu di Dua Sicily berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Raja Bourbon, Ferdinand II dan
penggantinya Francis II.
Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi pemberontak disana. Dalam masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya
menguasai Sicily dan Naples.

13. Sehingga tahun 1861, semua negeri berada dibawah kerajaan Sardinia kecuali Rom dan Venetia. Parlimen Sardinia
bertukar menjadi parlimen Itali dan pada 17 Mac 1861, Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran raja Itali.
14. Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia dalam usaha mengusir Austria. Pada tahun 1870, meletus peperangan
antara Perancis dan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) supaya keluar bagi

menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil oleh tentera Itali untuk memasuki Rom.
15. Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Usaha penyatuan ini tiba ke
penghujungnya.

3. Proses/langkah-langkah/usaha-usaha kea rah penyatuan Negara bangsa di Jerman


MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
17
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

1. Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah pemerintahan masing-masing. Pada awal abad
ke-19M, Jerman telah dikuasai oleh Perancis di mana Perancis telah melucutkan takhta raja serta mengubah
sempadan Eropah. Perancis telah membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan mencantum negeri-negeri
kecil di Jerman.

2. Selepas Perancis kalah pada tahun 1815, Persidangan Viena telah dibuat dan mereka bersetuju untuk mencantumkan
Jerman kepada 39 buah negeri sahaja (Pengabungan Jerman) yang terdiri daripada Austria, Prusia, Bavaria,
Wurtemberg, Honaver dan Saxony.

3. Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud beberapa faktor penghalang seperti kebangkitan
revolusi pada tahun 1848, persaingan antara kuasa Austria dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman
disatukan dan ramai golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada yang telah menetap di Amerika.

4. Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman tetap wujud bermula pada tahun 1815
iaitu selepas tamat perang Napoleon melalui Kongres Vienna. Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan Persekutuan
Jerman sebagai negeri penampan kepada penaklukan Perancis dan keadaan ini mendorong kepada kerjasama ekonomi
yang turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.

5. Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah ditubuhkan di Prusia. Persatuan ini telah berusaha
menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di
Jerman untuk menyertai persatuan pada tahun 1854 kecuali Austria. Perkembangan perdagangan ini telah
menyebabkan negeri di Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.

Proses Penyatuan Jerman

1. Prusia dilihat sebagai memainkan peranan efektif ke arah penyatuan Jerman, apabila William 1 ditabalkan sebagai
Raja Prusia yang baru pada 1861 percaya Prusia boleh memimpin penyatuan Jerman. Beberapa langkah ke arah tersebut
telah dilaksanakan seperti memperbesarkan angkatan tentera melalui penambahan pegawai tentera, rekrut tentera yang
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
18
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

ramai dan memanjangkan perkhidmatan sukarelawan kepada 3 tahun.

2. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, William 1 telah melantik Otto von Bismark, iaitu seorang junkers (tuan tanah)
yang pernah menjadi ahli parlimen (1847), duta Prusia ke Rusia dan Perancis pada tahun 1859 dan telah dilantik sebagai
Perdana Menteri yang baru pada tahun 1862. Tugas utama Bismark ialah menjinakkan ahli-ahli parlimen Prusia supaya
patuh kepada kehendak kerajaan dan raja. Namun apabila parlimen menolak permintaan William 1, Bismark telah
bertindak secara lebih agresif dalam merealisaikan proses penyatuan Jerman .

3. Sebagai Perdana Menteri, Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasakan ekonomi
Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh Austria dalam kalangan negeri-negeri Jerman.

4. Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam tiga peperangan. Peperangan pertama Bismark
ialah menentang Denmark atas isu daerah Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh Raja Denmark. Kedua-dua
daerah ini mempunyai majoriti bangsa Jerman yang telah menyatakan sokongan kepada Bismark. Untuk mencapai
tujuan tersebut, Bismark telah memujuk Austria supaya bersama memerangi Denmark pada 1864. Perang Prusia-
Denmark ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Gastein pada Ogos 1865. Mengikut perjanjian ini menyaksikan Austria
diberi hak untuk mentadbir Holstein manakala Prusia mengawal Schleswig.

5. Namun demikian usaha penyatuan Jerman tidak dapat dilakukan sekiranya Austria tidak dapat ditakluki. Justeru itu,
Bismark mula mendapat sokongan daripada sekutunya di Eropah untuk membantu. Beliau telah menawarkan bantuan
kepada Rusia ketika Rusia berhadapan dengan pemberontakan di Poland. Manakala di Itali pula, Bismark telah
menandatangani perjanjian pada 1866, iaitu Prusia akan membantu Itali untuk mendapatkan wilayah Venetia yang
dikuasai oleh Austria.

6. Bismark mendapat persetujuan William 1 serta ketua-ketua tentera untuk memerangi Austria namun ditentang oleh
Parti Progresif yang menguasai parlimen. Bagi mengatasi senario tersebut, Bismark telah bertindak memberikan hak
mengundi kepada semua lelaki dewasa dalam pilihanraya dan bukannya hanya kepada golongan lelaki bangsawan
seperti yang diamalkan sebelum ini. Perubahan ini menyebabkan Parti Progresif kehilangan banyak kerusi di parlimen.

7. Bagi meneruskan misinya, Bismark telah mengistiharkan perang ke atas Austria apabila menghantar tentera ke
Holstein pada 15 Jun 1866 dengan menuduh pihak Austria melanggar Perjanjian Gastein iaitu kerajaan Austria telah

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


19
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

melayan dengan buruk orang-orang Jerman yang berada di Austria. Perang ini mengambil masa selama 7 minggu, oleh
sebab itu ia dikenali Perang Tujuh Minggu.

8. Tentera Austria telah dikalahkan di Sedowa dan perang ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Prague pada tahun
1866. Mengikut perjanjian ini Austria dikeluarkan daripada kesatuan ini serta Austria serah Holstein kepada Prusia dan
wilayah Venetia diserahkan kepada Itali. Kejayaan ini telah membolehkan Bismark mengabungkan semua negeri-negeri
utara Jerman menjadi Pergabungan Jerman Utara.

9. Prusia berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri Jerman. Napoleon III tidak akan
menyokong rancangan Prusia memimpin penyatuan Jerman. Selepas tamat Perang Prusia-Austria, Perancis mula
bimbang kebangkitan Prusia sebagai kuasa kuat di Eropah. Ini telah mendorong Perancis menuntut agar negeri-negeri
Selatan Jerman diserahkan kepada Perancis sebagai balasan pertolongan Perancis kepada Prusia mengalahkan Austria.

10. Dengan menggunakan tipu helah, Bismark telah berjaya memujuk negeri-negeri Selatan Jerman bersatu dengan
Prusia. Selepas itu, berusaha memujuk sekutu-sekutu Perancis supaya tidak membantu Perancis. Dalam meneruskan
misinya Bismark telah melancarkan perang ke atas Perancis pada Julai 1870. Perancis berjaya dikalahkan oleh Prusia
pada tahun 1871 dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Frankfurt.

11. Mengikut perjanjian ini, Perancis serah wilayah Alsace dan Lorraine serta membayar ganti rugi perang sebanyak 3
ribu juta kepada Prusia. Selepas berjaya mengalahkan Perancis, Bismark telah menyatukan Jerman menjadi Empayar
Jerman yang mengandungi 25 negeri kecuali Austria.

12. Pada 18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismark menjadi Cancellor (Perdana
Menteri). Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai tentera dan
pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat. Kaiser berkuasa untuk mengarahkan tentera sewaktu
peperangan dan menentukan dasar luar.

13. Selepas berjaya menyatukan Jerman (1871), Bismark berusaha untuk mewujudkan keamanan di dalam dan luar
negeri Jerman, membangunkan negara dan mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan
dengan negara-negara Eropah. Bismark juga telah menanda tangani perjanjian 3 kuasa iaitu antara Prusia dengan Itali
dan Austria yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Tujuannya untuk menggelakkan daripada Perancis menyerang

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


20
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Jerman.

14. Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman dengan menubuhkan parlimen yang mengandungi Majlis
Persekutuan dan Diet Maharaja. Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja, menyeragamkan sektor ekonomi,
membangunkan sektor perindustrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan serta pemulihan sosial.

Penyatuan Negara Bangsa Jerman


Pengenalan
Pada tahun 1815, terdapat 39 negeri di Jerman. Prusia dan Austria merupakan 2 negeri
yg paling berpengaruh dan saling bersaing untuk menjadi kuasa utama di Jerman.
Persaingan antara kedua-dua negeri ini menjadikan usaha untuk menyatukan Jerman
menjadi sukar. Kebimbangan golongan bangsawan mengenai status mereka jika
Jerman bersatu juga menjadi faktor penghalang usaha menyatukan negara Jerman.
Sehingga sekitar tahun 1850-an belum ada tanda-tanda negara Jerman akan terbentuk.
Golongan nasionalis Jerman belum bersepakat mengenai penubuhan negara bangsa
Jerman.

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


21
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Peta Jerman 1815

Usaha Ke Arah Penyatuan Jerman


Terdapat beberapa usaha ataupun langkah yang telah dilakukan dalam usaha menyatukan negara
Jerman iaitu;

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


22
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

1. Kongres Vienna 1815


Kongres ini menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penaklukan
Perancis. Ketetapan kongres ini secara tidak langsung menjadi titik permulaan kepada kerjasama
antara negeri2 di Jerman.

2. Peranan Prusia
Prusia merupakan negeri terbesar di Jerman. Kuasa politik Prusia dipegang oleh junkers iaitu
golongan tuan tanah. Prusia memiliki kelebihan sebagai negeri yang boleh menyatukan negeri2
lain di Jerman. Kekuatan yang dimiliki oleh Prusia ialah;

sistem pemerintahan yg cekap


Kedudukan ekonomi yg kukuh. Golongan junkers telah menubuhkan kesatuan ekonomi
iaituZollverein. Perdagangan antara negeri di Jerman mulai rancak. Justeru, Prusia dilihat mampu
memainkan peranan untuk menyatukan Jerman.

3. Peranan Raja William I


Raja Prusia iaitu Raja William I telah melantik PM baru iaitu Otto Eduard Von Bismarck. Tindakan
Taja William I dianggap keputusan yang bijak kerana Bismarck merupakan seorang pemimpin
yang berkebolehan. Kewibawaan Bismarck banyak menyumbang ke arah penyatuan Jerman.Tugas
utama Bismarck: menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja.

4. Peranan Bismarck
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
23
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja.
Selain itu, beliau berusaha mengurang pengaruh Austria di negeri2 lain Jerman. Bagi
melaksanakan dasar ini, beliau telah melibatkan Prusia dalam 3 siri peperangan iaitu;

Perang Prusia – Denmark [Prusia menang]


5. Perang Prusia – Austria [Prusia menang]. Kemenangan ini membolehkan Prusia menubuhkan
Kesatuan Jerman Utara [Austria dikecualikan]
6 Perang Prusia – Perancis [Prusia menang atas tipu helah / putar belit Bismarck]
Kemenangan dalam peperangan tersebut membuka peluang kepada Kesatuan Jerman Utara
menggabungkan negeri2 di Jerman termasuk negeri2 di Selatan membentuk negara Jerman. Pada
tahun 1871, Raja William I dilantik menjadi Kaisar [Maharaja Jerman]. Bismarck pula dilantik
sebagai Chancellor [Perdana Menteri]

Kesimpulan
Pada peringkat awalnya, usaha penyatuan Jerman mengalami beberapa halangan seperti tiadanya
sokongan golongan bangsawan dan golongan nasionalis masih belum bersatu tetapi kewibawaan
beberapa tokoh seperti Bismarck dan Raja Prusia mampu menggerakan usaha penyatuan ini ke
arah kejayaan.

Langkah-langkah Penyatuan Jerman oleh Otto Van Bismark

Memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah


Bismark mengambil langkah-langkah bagi memulihkan keamanan dan kselamatan untuk
membangunkan Jerman.
Bismark menjalinkan hubungan persahabatan dengan Negara-negara lain di Eropah.
Mengadakan Perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga
MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG
24
SEJARAH DUNIA [ 1500- 1955] TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Menerusi perikatan ini beliau berharap Negara-negara lain tidak akan melancarkan peperangan
terhadap Jerman.

Memperkenalkan Perlembagaan Jerman


Memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman
Perlembagaan ini memperuntukan kuasa bagi sebuah penubuhan parliman yang terdiri daripada
majlis persekutuan dan Diet Maharaja.
Mengikut perlembagaan Jerman kuasa sebenar terketak di tangan canselor dan Kaiser.
Perlembagaan memberi kuasa kepada Bismark untuk mengukuh perlembagaan Jerman.

Menyekat Pengaruh Gereja


Bismark menghadapi masalah dengan gereja Roman katolik akan memecah belah perpaduan
Jerman
Beliau memulakan gerakan anti gereja yang dikenali sebagai kulturkampf
Beliau meluluskan undang-undang Mei menyekat perkembangan gereja katolik

Menyeragamkan sistem ekonomi


Membangunkan sector perindustrian
Memajukan sector pertanian dan perdagangan
Pemulihan sosial

MODUL PEMBELAJARAN SEJARAH MODULAR JPN PULAU PINANG


25

You might also like