You are on page 1of 9

dasar

pemerintahan
tsar peter
agung
Tsar Peter Agung merupakan pemerintah yang berjaya melakukan banyak
pembaharuan di Rusia pada abad ke-17 dan 18 dalam politik,ekonomi,sosial dan
keagamaan. Hal ini menyebabkan Rusia maju setanding dengan negara - negara
Eropah Barat seperti Jerman , Britain dan Perancis. Kemajuan ini telah
mendorong Tsar Peter Agung melakukan pelbagai pembaharuan.
Dari segi politik , Tsar Peter Agung telah mewujudkan sistem pemerintahan yang
teratur dan cekap. Beliau juga merombak institusi pentadbiran seperti Duma ,
Zemsky Sobor dan prikazi lalu mengantikannya dengan Majlis Senat yang
diwakili oleh 9 orang ahli. Beban Majlis Senat dikurangkan dengan menubuhkan
colleges. Pentadbiran yang cekap meluaskan kuasa Baginda dan berjaya
menewaskan Sweden dan Turki.
Beliau juga mengamalkan dasar perluasan kuasa. Tujuannya adalah untuk
menangkis serangan musuh , mematahkan pemberontakan dalam negeri dan
meluaskan penjajahan. Contohnya , Beliau merancang serangan ke atas Tartar
untuk menguasai laluan Laut Hitam tetapi serangan pertamanya gagal akibat
kelemahan tentera lautnya sendiri. Tetapi, serangan keduanya telah berjaya dan
menyebabkan mereka melancarkan serangan ke atas Sweden. Ini menyebabkan
empayar Rusia berkembang kerana Tsar Peter Agung meletakkan asas yang
kukuh.
Dari segi Ekonomi pula dan untuk meningkatkan
perbendaharaan negara , Tsar Peter Agung menekankan
pembangunan industri berat dan industri pembuatan.
Sektor perindustrian diletakkan dibawah kawalan
kerajaan pusat dimana ianya memberikan subsidi dan
insentif untuk membangunkan sektor Perindustrian. Tsar
Peter Agung juga mengenakan sistem cukai untuk
meningkatkan perbendaharaan negara. Beliau
mewujudkan cukai barangan untuk barangan harian dan
cukai kepala untuk setiap individu mengikut kelas.
Tsar Peter Agung juga memberi keutamaan kepada bidang pendidikan. Beliau
menghantar ramai generasi muda ke Barat bagi mempelajari kepakaran dalam
bidang baharu. Beliau juga mendirikan sekolah seperti The Navigator School ,
Naval Academy , Engineering Academy dan Artillery Academy. Selain daripada itu ,
Tsar Peter Agung juga memperkenalkan penerbitan surat khabar yang pertama di
Rusia. Beliau menggalakkan kegiatan penterjemahaan bahan - bahan bacaan dari
luar negara.
Dalam bidang keagamaan beliau menyusun semula pentadbiran gereja supaya
dapat mengurangkan kuasa gereja. Contohnya, selepas kematian Ketua Gereja
Ortodoks, beliau tidak melantik penganti tetapi menubuhkan sebuah badan yang
dikenali sebagai Holy Synod untuk menyekat kuasa gereja dan mengukuhkan
kuasanya. Beliau meletakkan pentadbiran gereja dibawah bidang kuasanya.
Kesimpulannya

Tsar Peter Agung berjaya memajukan Rusia. Pembaharuan yang dilakukan


oleh beliau menjadi asas yang kukuh untuk pemerintah-pemerintah akan
datang dan menyebabkan Rusia terkenal pada abad ke-18. Ia juga
menyebabkan empayar Rusia mencapai zaman kegemilangan pada
pemerintahan Tsar Peter Agung.

You might also like