You are on page 1of 5

o CIRI-CIRI PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM

PEMERINTAHAN BERAJA DI RUSIA PADA ABAD


KE-16 HINGGA KE-20 MASIHI

Sistem pembesar
A) PENTADBIRAN DI PERINGKAT PUSAT
B) PENTADBIRAN DI PERINGKAT DAERAH
c) Pentadbiran di peringkat kampung

A) pentadbiran di peringkat pusat


o Di peringkat pusat, sistem pemerintahan pembesar melalui Majlis
Penasihat Tertinggi (Duma), Majlis Penasihat (Zemskii Sabor) dan
jabatan kerajaan (Prikazi). Duma dianggotai oleh golongan bangsawan
paling kanan dan bertanggungjawab menyelaras hal ehwal pemerintahan,
mengubal dan meluluskan dasar kerajaan, dan sistem kehakiman.
Walaubagaimanapun raja masih lagi berkuasa untuk membuat
keputusannya.

 Zemskii Sabor pula dianggotai oleh golongan


bangsawan. Bilangan ahlinya antara 40-50
orang dan bidang kuasa mereka lebih rendah
berbanding kuasa Duma. Prikazi pula
merupakan jabatan kerajaan yang
melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal
dan diluluskan oleh Duma.
 Sistem pembesar di Rusia disusun dengan
teliti akan tidak berlaku pertindihan peranan,
lebih seragam dan lebih cekap. Oleh itu Duma
dan Zemskii Sabor telah dibubarkan dan
diganti dengan Majlis Senate pada tahun 1711
semasa pemerintahan Peter The Great. Majlis
ini dianggotai oleh 9 ahli dengan dibantu oleh
Colleges bagi meringankan beban tugas Senate
yang semakin hari semakin banyak tugasnya.
 Dalam bidang pemerintahan, institusi gereja
Kristian Ortodoks juga mempunyai peranan
penting dalam bidang keagamaan, ekonomi
dan politik. Namum peranan mereka telah
dikawal dengan ketat oleh raja Rusia supaya
pembaharuan yang ingin dilaksanakan di
Rusia dapat dilaksanakan. Raja Peter telah
bertindak tidak melantik Patriarch yang baharu
pad tahun 1700 malah telah menggantikannya
dengan Holy Synod. Begitu juga di zaman
Catherine, beliau telah memiliknegarakan
harta dan kekayaan gereja. Hal ini telah
membolehkan raja mengawal kuasa gereja
kerana mereka terpaksa bergantung kepada
kerajaan pusat.
 Dalam pengubalan dasar luar, Jawatankuasa
Tidak Rasmi atau Jawatankuasa Khas telah
ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperanan
memberi nasihat kepada raja malah
menyokong segala dasar yang dilaksanakan
oleh pemerintah terutama di zaman Alexander
I. Beliau juga telah melakukan perubahan
dalam pemilihan anggota Duma atau parlimen
seperti pemilihan anggota melalui pilihanraya.
Semasa pemerintahan Nicholas II, beliau
menjadikan Duma sebagai Parlimen Rendah
iaitu keanggotaannya dipilih melalui undian
oleh rakyat dan bukan dipilih oleh Tsar. Oleh
kerana keanggotaannya terdiri daripada
pelbagai peringkat dan bangsa maka ini telah
menyukarkan Duma untuk membuat
keputusan. Akhirnya Duma pertama telah
dibubarkan dan Duma Kedua telah ditubuhkan
pada Mac 1907.
 Diperingkat pusat juga ditubuhkan Dewan
Perhimpunan Wilayah yang bertanggungjawab
membantu Tsar dalam menguruskan
pentadbiran negara Rusia. Keanggotaan terdiri
daripada golongan bangsawan.
 Polis Rahsia Khas (Okhrana) juga ditubuhkan
di peringkat pusat untuk mengawal
penyebaran unsur propaganda yang boleh
menggugat pemerintahan Tsar, demontrasi
rakyat, mengawal jalan keluar masuk ke
Rusia, menjadi pengintip raja atau Tsar dan
menangkap golongan pengkhianat kepada
Tsar. Penubuhan pasukan ini telah
mengukuhkan lagi pemerintahan Tsar
terutama di zaman pemerintahan Nicholas I,
Alexander II dan Nicholas II.

B)Pentadbiran di peringkat daerah.


o Pentadbiran peringkat daerah juga amat penting dalam membantu pemerintahan Tsar di Rusia.
Pentadbiran di peringkat daerah di ketuai oleh gabenor atau naib gabenor yang dilantik oleh
kerajaan pusat seperti di zaman pemerintahan Catherine.
o Di peringkat daerah juga diwujudkan Majlis Perundangan Tempatan atau Majlis Daerah
(Zemstvo). Rakyat diberi kuasa untuk memilih ahli Majlis Daerah. Ahli Majlis Daerah pula akan
memilih ahli Majlis Wilayah. Majlis ini berperanan menjaga jambatan, jalan raya, pendidikan,
kesihatan awam dan pemilihan pegawai undang-undang.

o c) prntadbiran di peringkat kampung


Pentadbiran peringkat kampung pula
dijalankan oleh Majlis Kampung. Majlis ini
juga dikenali sebagai mir atau Komun. Majlis
ini berperanan untuk memunggut cukai yang
telah ditetapkan oleh kerajaan, menentukan
jenis tanaman yang ditanam oleh petani,
mengagihkan tanah pertanian kepada petani,
memilih di kalangan golongan petani untuk
menjadi tentera apabila diperlukan oleh Tsar,
mengawal kemasukan pengaruh luar yang
boleh mengugat kerajaan pusat dan menjadi
pengintip kerajaan daripada berlakunya
penentangan.

You might also like