You are on page 1of 2

Peranan Pembesar dalam Sistem Pemerintahan Beraja yang diamalkan di Rusia

Semasa pemerintahan monarki, raja dibantu oleh golongan pembesar atau dikenali
sebagai boyar. Golongan pembesar terdiri daripada golongan aritokrat yang memberikan
taat setia kepada raja yang memerintah. Mereka terdiri daripada golongan tuan tanah yang
kaya dan memegang jawatan penting dalam kerajaan. Raja memberi kuasa kepada golongan
ini untuk mentadbir kawasan tertentu dan mempunyai pengikut yang ramai. Peter The Great
atau Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689-1725. Baginda telah
melakukan pelbagai perubahan untuk memajukan Rusia dari segi politik, sosial, ekonomi dan
keagamaan , kesan daripada pengembaraan baginda ke negara-negara Eropah seperti
Jerman,Belanda ,Austria ,Britain dan Perancis. Perubahan ini turut melibatkan peranan
pembesar-pembesar di Rusia.Terdapat banyak peranan dan tugas pembesar dalam
beberapa aspek.

Antaranya ialah pemebesar beperanan dari aspek pemerintahan. Pentadbiran yang


sedia ada telah disusun semula, Peter melantik pembesar menganggotai dewan
perundangan seperti Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Antara tugas mereka adalah memberi
nasihat kepada Tsar dalam hal ehwal pentadbiran negara.Mereka menyelaraskan hal ehwal
pentadbiran dan menggubal serta meluluskan dasar negara.Pembesar - pembesar juga
dilantik sebagai gabenor atau naib gabenor di peringkat daerah untuk menguruskan
pentadbiran di peringkat daerah.Pada tahun 1711, Duma , Zemskii Sabor dan Prikazzi diganti
dengan Senate dan Colleges. Majlis Senate dianggotai oleh sembilan orang ahli dengan
dibantu oleh Colleges.Peter juga menyusun semula sistem pembesar untuk mesyuarat -
mesyuarat kerajaan. Tegasnya, peranan pembesar amat penting dalam pemerintahan di
Rusia untuk memastikan pentadbiran dijalankan dengan cekap .

Selain itu, pembesar juga berperanan dalam kehakiman. Sistem kehakiman ditadbir
oleh Majlis Senate. Peter The Great memastikan perundangan dilaksanakan oleh pembesar
dan memberi kesan kepada kebajikan dan negara. Pembesar - pembesar membantu Tsar
dalam mengendalikan hal ehwal kehakiman negara.Semasa pemerintahan Peter The Great ,
Duma mempunyai kuasa membicarakan kes-kes.Tsar melantik hakim, mejistret dan juri
daripada golongan pembesar untuk mengendalikan kes-kes.Kes-kes dibicarakan secara
terbuka dan sistem juri turut diperkenalkan.Jelaslah pembesar mengambil peranan yang
besar dalam banyak aspek termasuk kehakiman.

Disamping itu ialah kententeraan.Semasa pemerintahan Peter The Great , pembesar-


pembesar berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Pembesar-pembesar
membantu Tsar sebagai perancang strategi dan panglima perang. Peter melakukan
rombakan dengan melantik dan menggantikan ketua-ketua tentera bagi memastikan
kekuatan tentera Rusia. Dengan bantuan pembesar juga, Peter The Great dapat
mengukuhkan kekuatan pasukan ketenteraan Rusia untuk menghadapi ancaman luar,
pemberontakan dalam negeri, dan meluaskan jajahan takluk. Baginda dibantu dengan bala
tenteranya melancarkan dasar peluasan kuasa dan menguasai Azov, Livonia, Estonia, Ingiria
dan Kerelia. Pada 1716, satu peraturan dalam tentera dibuat iaitu semua ketua-ketua
berperanan merekrut tentera dan besiap sedia menghadapi peperangan. Tentera-tentera
laut ditingkatkan peranannya untuk membantu Peter The Great agar dapat bersaing dengan
negara - negara Eropah yang lain. Maka, pembesar di Rusia memainkan peranan besar
dalam ketenteraan untuk memperluaskan kuasa dan mempertahankan negara Eropah.
Peranan Pembesar dalam Sistem Pemerintahan Beraja yang diamalkan di Rusia

Seterusnya ialah dari aspek ekonomi yang dijalankan di Rusia.Semasa pemerintahan


Tsar Peter Agung, mereka terdiri daripada tuan-tuan tanah yang kaya. Mereka memilih
tanah pertanian yang luas dan diusahakan oleh golongan petani dan hamba. Di samping itu,
pembesar-pembesar berperanan mengutip cukai daripada penduduk. Pembesar akan
menyerahkan sebahagian daripada hasil kepada Tsar. Kerajaan pusat melantik Komun atau
Mir untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung. Komun juga mempunyai kuasa
menetapkan jenis tanaman yang diusahakan oleh petani. Jelas bahawa Pembesar
mengambil peranan penting dari aspek ekonomi juga untuk membantu Tsar menstabilkan
ekonomi negara pada masa itu.

Akhir sekali ialah peranan pembesar dari aspek keagamaan. Pembesar-pembesar memainkan
peranan dalam bidang keagamaan. Mereka memimpin dan menguasai institusi gereja Kristian
Ortodoks. Sebelum zaman Tsar Peter Agung, institusi gereja berpengaruh dalam bidang
keagamaan, ekonomi dan politik. Namun sewaktu pemerintahan baginda, gereja Kristian
diletakkan di bawah penguasaannya. Maka jelas Tsar Peter Agung telah memberikan
pembesar untuk memimpin dan menguasai gereja untuk kekal di bawah
penguasaannya.

Kesimpulannya, para pembesar memainkan peranan dalam sistem pemerintahan


monarki yang diamalkan di Rusia. Mereka membantu Tsar dalam pemerintahan, kehakiman
ketenteraan ekonomi dan keagamaan. Dengan bantuan pembesar, Tsar dapat mengukuhkan
kedudukan dan kekuasaan sebagai pemerintah monarki mutlak.

You might also like