You are on page 1of 2

Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga 1725 iaitu selama 36

tahun.Beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik, sosial, ekonomi dan
keagamaan. Sebelum menaiki takhta, beliau mengembara ke negara-negara Eropah Barat seperti
Jerman, Belanda, Austria, Britain dan Perancis.Kemajuan yang dicapai oleh negara-negara Eropah
Barat mendorong Tsar Peter Agung untuk melakukan pembaharuan bagi memajukan Rusia. Terdapat
pelbagai langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung bagi mengukuhkan pemerintahan monarki
mutlak di Rusia.

Langkah pertama yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan kedudukannya adalah
melalui pembaharuan dalam pemerintahan.Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sistem
pentadbiran Rusia telah disusun semula.Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap
dan teratur.Selain itu, beliau telah melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma,
Zemskii Sobor dan Prikazi. . Pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sobor digantikan dengan Majlis
Senat.Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges untuk mengurangkan
beban tugas anggota senat. . Jelas ternyata, pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung
mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah kuasa mutlak di Rusia.

Langkah kedua yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan pemerintahan monarki
adalah melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi.Tsar Peter Agung mengambil langkah-
langkah bagi membangunkan sektor perindustrian.Semasa pemerintahannya, penekanan diberikan
kepada pembangunan industri berat dan industri pembuatan.Selain itu, kerajaan pusat memberi
pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunkan sektor perindustrian.Tsar Peter Agung turut
menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan kilang di Rusia.Di samping itu, industri berat
seperti industri besi dan keluli, industri tekstil, kaca dan barangan kulit dimajukan.Di samping itu,
Tsar Peter Agung turut memperkenalkan pelbagai jenis cukai untuk menambahkan perbendaharaan
negara.Contohnya, beliau memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalam bentuk tunai pada
tahun 1718 dan cukai tidak langsung.Kesan daripada pengenalan sistem cukai ini, maka
perbendaharaan negara turut meningkat.Tuntasnya, perubahan yang dilakukan oleh Tsar Peter
Agung dalam ekonomi meningkatkan pendapatan negara dan mengukuhkan kedudukan beliau.

Langkah ketiga yang diambil oleh Tsar Peter Agung adalah melakukan pembaharuan dalam bidang
pendidikan.Dalam konteks ini, Tsar Peter Agung memberi penekanan kepada kemajuan dalam
bidang pendidikan.Beliau pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran
dalam bidang tertentu.Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sekolah-sekolah didirikan di seluruh
Rusia.Antara sekolah-sekolah yang didirikan di Rusia adalah The Navigator School dan Naval
Academy.Sekolah-sekolah ini memberi penekanan dalam bidang aritmetik, geometri, geografi Beliau
merancang pembinaan sebuah universiti yang dikenali sebagai The Imperial dan pelayaran.Justeru,
pembaharuan yang dilakukan dalam pendidikan menyaksikan pembangunan Academy of Science.
Rusia yang mengukuhkan kedudukan monarki di Rusia.

Langkah terakhir yang diambil oleh Tsar Peter Agung adalah melakukan Tsar Peter Agung telah
mengambil langkah untuk menyusun semula pentadbiran pembaharuan dalam bidang keagamaan.
Tujuannya adalah untuk mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimiliki oleh
gereja.gereja.Beliau bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya. Beliau
memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk mengambilalih peranan ketua
gereja Kristian Orthodoks.Beliau melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan
kedudukannya dalam badan tersebut.Tuntasnya, pembaharuan dalam bidang agama mengukuhkan
kedudukan Tsar daripada penguasaan institusi gereja.
Kesimpulannya,Tsar Peter Agung telah mengambil langkah proaktif dalam pelbagai bidang termasuk
politik, ekonomi agama dan sosial.Pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung
mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemerintah mutlak di Rusia.Pemerintahan Tsar Peter
Agung merupakan zaman keagungan dalam pemerintahan monarki di Rusia.Pembaharuan yang
dilakukan oleh Tsar Peter Agung menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah negara yang kuat dan
berpengaruh di benua Eropah. Beliau meletakkan asas yang kukuh bagi Rusia mencapai kemajuan
pada abad-abad seterusnya.

You might also like