You are on page 1of 2

TSAR ALEXANDER I (1801-1825)

1. BERIKUT MERUPAKAN DASAR YANG DIJALANKAN SEMASA


PEMERINTAHAN TSAR ALEXANDER I.
A. Pemerintahan
i. Maharaja merupakan ketua negara yang berkuasa mutlak
dalam pentadbiran.
ii. Baginda mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran,
perundangan, ketenteraan, ekonomi dan agama.
iii. Tsar mempunyai kuasa melantik pembesar untuk menjalankan
pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah.
- Dasar pemerintahan terdiri daripada dasar liberal dan dasar
antiliberal.
- Menumbuhkan badan penasihat yang terdiri daripada
golongan berfahaman libera.
- Mengawal pasukan polis politik khas daripada melakukan
penyeksaan terhadap tahanan politik.
- Membebaskan tahanan politik.
- Mengadakan pilihan raya bagi memilih anggota Duma atau
Parlimen.
- Membatalkan rancangan membebaskan hamba.
B. Sosial
i. Tsar bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.
ii. Baginda menyediakan kemudahan asas serta peluang
pendidikan kepada rakyat.
iii. Tsar turut menekankan perkembangan dalam bidang
pendidikan di Rusia.
iv. Semasa pemerintahan Tsar Alexander I, berlaku reformasi
dalam bidang pemdidikan.
- Menubuhkan tiga buah universiti dan memperkenalkan
sistem persekolahan awal.
C. Perundangan
i. Tsar memainkan peranan dalam bidang perundangan.
ii. Baginda mengetahui sistem pentadbiran undang-undang di
Rusia
iii. Baginda berperanan sebagai ketua hakim negara dan melantik
hakim untuk mengandalikan kes.
- Meluluskan undang-undang untuk membebaskan golongan
hamba.
- Mengeluarkan undang-undang untuk menapis buku-buku
sekolah.
D. Agama
i. Tsar memainkan peranan sebagai ketua agama Kristian
Orthodoks.
ii. Tsar berperanan sebagai penaung agama Kristian Orthodoks.
iii. Baginda bertanggungjawab memperkukuh dan menyebarkan
ajaran agama Kristian Orthodoks.
- Tsar member kuasa kepada Gereja Orthodoks Rusia dalam
bidang pendidikan.

You might also like